Header

Monday, July 21, 2008

Hari ini Dalam Sejarah

Masa : Diantara jam 11am-12pm
Hari : Ahad bersamaan 20 Julai 2008

Sejarah mula tercipta apabila seorang pemuda harapan bangsa yg sudah berkeluarga (ayat sudah berkeluarga haruslah dihighlihtkn disini) ingin keluar membawa anak serta isterinya bersama² kedua org tuanya ke satu exhibition yg diadakan di slh satu lake garden yg terletak di bandaraya Kuala Lumpur.

Sedang dia tergesa² kuar rumah untuk menghidupkan enjin keretanya yg pada ketika itu baru saja keluar dari bengkel. Isterinya mengagak sendiri dalam hati kecilnya, suaminya itu mungkin mahu tergesa² kerana baru menyedari yg dia agak terlambat kuar dari rumah ataupun mungkin juga dia merindui barangkali untuk memandu keretanya itu bak kata pepatah melayu "sehari bagai sebulan lamanya, sebulan bak setahun".perpisahan itu sungguh menyiksakan mungkin itu juga getus pemuda itu didalam hatinya.

Setelah memastikan sumer orang berada didalam kereta dan rumah juga sudah dikunci seperti yg sepatutnya, maka pemuda tersebut memulakan perjalanan dr rumahnya menuju ke KL. Perjalanan berjalan dengan sungguh lancar dan happening sekali kerana masing² terhibur melayan karenah anak dara kecil pemuda itu...oooohhh tdk lupa utk diberitahu, ini juga ditambah dengan amalan pemanduan berhemat yg diamalkan oleh pemuda itu.(harusla dipuji sedikit pemuda itu utk menaikkan riak...heheh kasi up la dia sket).

Setelah smpai di Plaza Tol Kajang utk amik tiket, isteri kpd pemuda itu berpesan kepada suaminya supaya jgn lupa utk berhenti di Plaza Tol Sg Besi utk menyinggah ke pejabat bagi mengaktifkan kembali card Tough n Go (zing card auto reload) mereka yg sudah tdk aktif lagi. Isterinya memberitahu lagi keadaan itu jika dibiarkan amat melecehkannya kerana disebabkan masalah ini smart tag mereka tdk dpt digunakan dan mereka harusla que utk melalui laluan tunai...amatlah merumitkan kan..isterinya besuara lagi untuk menambahkan effek kepada kerumitan itu. Maka pemuda yg mmg bersifat suami mithali itu pun segera mengiakan kata² isterinya setelah memikirkan mmg ada kebenaran kata² isterinya itu.

sesudah sampai pemuda itu segera bergegas mau turun dari kereta tetiba jer

Ya Allah!!! Alamak.....kata pemuda itu
(semua org terkejut beruk, dada isteri pemuda itu sudah berombak² kerana risau kalau² ada sesuatu yg tdk diigini terjadi)

Kenapa???....sambil disambut oleh kedua² org tua pemuda itu..... ada apa b??.....tanya lagi istrinya
cepat jer isteri pemuda itu bersuara kan..kan

alaaaaaaaaamaaakk....b terlupa pkai selipar ler....kaki ayam nih. macam mana nih?nak jalan gi opis TnGo nih

laaa..yeke.Camne leh jadi camtu??
ketika ini isterinya dan juga kedua ibubapa pemuda tadi sudah tdk tahan menahan gelak...rasa seperti mau putus urat kentut isterinya mentertawakannya...hahahaaa...sakan besar punye gelak

yelaa...selang 2 hari lepas, isterinya jug mengalami insiden yg hampir serupa, sewaktu bergegas mau ke opis pd hr jumaat tuh, isterinya yg mengendong anak kecil mereka disuruh masuk dlm kereta...isterinya yg juga mithali itu terus ler masuk kereta tanpa menyedari yg dia ke opis dengan berselipar jepun....huhuhu....
...................
...........
...........
kwang3x

so masuklah pemuda itu kedalam pejabat utk menyetelkn urusan dgn selipar isterinya yg bersaiz 5/6 sedangkan seliparnya bersaiz 7/8. ayah pemuda tersebut tidak dapat memberikan seliparnya kerana beliau memakai kasut manakala ibunya pula memakai sandal yg bersifat lebih feminin.so yg available masa tuh hanyalah isterinya.

sepanjang tempoh pemuda itu membuat urusan, keluarga pemuda itu mentertawakannya...sungguh menggelikan hati sekali. sambil masing² berfikir dimanalah ada kedai yg menjual selipar di sepanjang highway ini.

sesudah pemuda itu settle dan kembali ke kereta, mereka semua bersetuju utk membuat pusingan u dan beralih arah menuju ke pekan sg besi kerana pekan inilah yg plng dekt dgn tempat kejadian dan setelah melilau² dipekan tersebut mereka pun bertemulah dgn kedai yg menjual selipar lelaki dan pemuda itu terus membelinya.Jika tidak terjadilah Hari Ini Dalam Sejarah seorang pemuda yg leh tahan lah gak kacaknya berjalan² di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan sekitar Taman Tasik Perdana dengan berkaki ayam.

sekian....

panjangnya hikayat nih..korang sumer nak tau ak siapakah pemuda itu

jeng
jeng
jeng

Pemuda itu = Prebetsabu a.k.a Walid Avin Damia a.k.a B




jom gelakkan dia...haaaa...kan dah kena kantoi...kantoi kan v lagi errkkkk...ahaksss

(entry ini tdk mempunyai gmbr buat masa ini, tgklah jika aku berkesempatan akan aku masukkan jua selipar itu)



1 Comments Uols:

prebetsabu said...

ku maluu.............

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!