Header

Tuesday, August 05, 2008

Breaking news : JEREBUUUUU!!!

Jerebu diramal beberapa hari

KUALA LUMPUR: Keadaan berjerebu di beberapa kawasan di negara ini dijangka berterusan untuk beberapa hari lagi dengan Tanjung Malim, Perak, mencatatkan kualiti udara tidak sihat sehingga jam 5 petang semalam.

Kawasan Tanjung Malim yang hanya mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU), 60, iaitu pada paras sederhana di sebelah pagi, bagaimanapun, menunjukkan penurunan kualiti udara apabila merekodkan indeks 110 pada jam 5 petang.

Pelabuhan Klang yang mencatatkan 104 dan dikategorikan sebagai tidak sihat pada Sabtu lalu pula semakin baik apabila hanya mencatatkan bacaan sekitar 76.

Sejumlah 31 kawasan mencatatkan kualiti udara sederhana, manakala 19 lagi pada tahap baik.

Semalam, titik panas yang mewakili kawasan kebakaran dikesan semakin berkurangan di Sumatera daripada 185 kelmarin kepada 145.

Bagaimanapun, jumlah titik panas di Borneo mencatat peningkatan mendadak daripada 22 kelmarin kepada 83.

Jarak penglihatan di kebanyakan kawasan turut merosot dengan mencatatkan bawah 10 kilometer (km) dengan Prai dan Butterworth, Pulau Pinang, mencatatkan jarak penglihatan 6 km sehingga jam enam petang semalam.

Selain kebakaran terbuka di negara jiran, kebakaran 40 hektar kawasan lapang bertanah gambut di Sepang sejak minggu lalu menyumbang kepada keadaan berjerebu di negara ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi semalam mengeluarkan amaran mengenai keadaan jerebu di utara Selat Melaka yang menjejaskan penglihatan di bawah lima km dan berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai peralatan navigasi.

Jabatan itu berkata, keadaan itu dijangka berterusan sehingga lusa dan mengeluarkan amaran angin kencang dari arah barat daya dengan kelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam perairan Condore dan Terumbu Layang-Layang yang akan mengakibatkan laut bergelora dan berbahaya kepada bot kecil serta sukan laut.







Sejak dua menjak ni asyik ngn berita politik je.. hari ni ada 1 berita yg menarik minat aku... JERUBU KEMBALI LAGI - dan dijangka lebih TERUK dari tahun2 sblm nih...

aduuyaii.. tak sanggup la jerebu lg... rimas.. kat jalan pon bahaya jarak penglihatan dekat sgt... pls la gomen amik langkah bersiap sedia dari skrg.. benih ujan ke wat ever la... sian avin n masviona takleh nak merendek ujung minggu.. kene berkurung.. huuhuh


1 Comments Uols:

Masviona said...

jerebu tak jerebu kalu nk shoppinh boleh ajerr
klu nak ke mid valley xde masalah kot ...ehhehe. masuk dlm kete xken jerebu..dah smpai parking dlm bangunan...hehhehe
alasan org yg suka shopping mmg mcm nih...ahaksss

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!