Header

Friday, August 08, 2008

Siapa pandai speaking Arab?

Semalam, masa htr Damia ke Hospital An-nur, doktor yg merawat Damia ni bukan warga mesia..

Dari rupa paras, aku rasa dia dari timur tengah...

Masuk2 je bilik consult dia, ni dialog pembuka dia

Dr: "Apa makna Avin?"

Kami: "Avin takde makna.. saje je letak biar sedap"

Dr: "ooo... mmg takde makna. Apa makna Damia?"

Kami: "NurDamia.. cahaya kebajikan/keberkatan"

Dr: "Tidak... tiada makna"

Kami: "Sure ke Dr... takde makna?"

Dr: "iya.. tiada makna. Apa makna Al-hamra?"

Kami: "Al-hamra diambil sempena nama istana di Andalusia zaman kegemilangan islam. Istana yg kemerahan"

Dr: "Al-hamra itu sebetulnya 'yang merah'.. tp baby ini tidak merah pun"



huhuhuuhhu.. persoalannya di sini, betulkah Nur Damia tidak membawa sebarang makna?? Bersusah payah viona wat research pasal nama baby kitorang tau......... or maybe gak dlm bahase arab ada byk prosa kata yg tak sume org tau kn.. sama la macam BM gak.. ada kekadang tu ikut dialek negeri....

*kagum ngn Dr ni.. pandai cakp melayu.. tak sure bape lama dah dok Mesia nih..

5 Comments Uols:

Unknown said...

wow hari2 tulis kat blog..rajinnye along!

prebetsabu said...

ehemm.. ni bukan masviona yg post.. ni LAKI dia yg post.. huuhuhuh... (ni nak marah ni.. masvionanas.blogspot ada 2 contributor tau.. kiranya ni blog laki-bini laaa)....

Masviona said...

catlina:
hehe kalu angin rajin dtg sehari smpai 2-3 kali update ateh oooiii...tmbh2 time byk criter sume nk stori mori kt sini...ahaksss
sajelah kiranya nk jadikan catatan hidup lerrr.

kena lak time laki pun rajin dia pun menolong update skali..hehe

Unknown said...

hmm..along, betul kut dialek lain2, jgn la risau pasal name damia tuh..janji bukan maksud yang tak elok..ateh pon tgh dok pk2 name yg sesuai utk org baru ni..kalo pompuan nak letak name nur insyirah..lelaki blum ade pilihan lagi..tapi tak tau ler dah kuar sok, name lain laks dipilih hehe...

Anonymous said...

Salam,
nama anak aku pun Nur Damia... so kalau Dr tu kata 'takde makna', apa 'makna' yg sebenarnya??? then, takkan sewenang2nya ada buku/web yg bagi maksud kebijaksanaan tu... yea dak??? so far aku rasa nama Nur Damia tu sesuai ngannya sbb memang bijak pun, kadang2 tu di luar jangkaan apa yg dilakukannya... maybe gak sbb susu sekarang nih dah ada 4X DHA...

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!