Header

Wednesday, September 10, 2008

Go Holiday Contest @ masvionanas !!

Bersempena ngn MATTA fair yg berlangsung dari 5-7 september ni, aku dok tertanya2 tpt apakah yg best utk kita g holiday... tak kira la dalam or luar negara.. bajet dalam 3k je utk percutian 2 org (ceh bajet 3k nak pi obersii konon.. takat indon je la yg dpt pon) huhuuh....

motif percutian adalah utk tenangkan otak, rilekskan badan n beromantika.. huhuuh kira2 ala2 honeymoon la...

so korang cadang nak p mana?

silalah nyatakan tempat2 yg menarik utk dilawati beserta alasan kukuh napa nak lawat tpt tu.. cadangan yg terpilih akan dapat something dari aku... pastikan korang letak skali email korang kat cadangan tu so that sng aku nak kontek bg hadiah... mungkin cadangan tu kitoang pakai utk next punya vacation.. nak pakai utk kali ni tak sempat dah... tawaran terbuka sampai 10 september 2008

SORRY DAH TAMAT !! NANTIKAN PENGUMUMAN PEMENANGNYE!!

10 Comments Uols:

mikamusz said...

saya x byk sangat tmpt melancong tp masa honeymoon we all pergi Sarawak. Memandangkan kehidupan sana lain sket dr semenanjung tu pasal pegi sana. Tidolah dekat dengan kaki gunung santubung tu sambil mengadap laut china selatan, best sangat, x ingatlah nama hotel dia tp best. dekat situkan ada kampung budaya. lagipun kat sana ada penduduk sarawak yang saya dah kenal. Insya Allah kalau dia tak tukar nombor phone, boleh kontek dia tuk bawak u all pegi jenjalan.

muzliani@gmail.com

viruspadu said...

Dengan perbelanjaan kurang dari RM3k, tempat percutian paling menarik bagi 2 orang adalah Kota Kinabalu, Sabah. Tambang kapal terbang Airasia dibawah special promo hanya RM714 untuk 2 orang dan penginapan di Hotel Promenade hanya RM170++ semalam. Selama 3 hari, kita dapat membeli belah di Pasar Filipina, berkunjung ke Kinabalu Park sambil singgah membeli sayuran segar di Nabalu atau Bundu Tuhan. Boleh juga menikmati makanan laut yang segar di Waterfront dan mandi manda di Poring Hot Spring Ranau.

sekian ayat skema dari saya :)

viruspadu@yahoo.com

Anonymous said...

My opinion tempat yang menarik untuk bajet rm3k adalah Bali, Indonesia.

Penerbangan untuk pergi balik 2 org (air asia)= rm1320
Package penginapan Dewi Sri Cottage 3h 2m = rm736 (2 org)
Passport = rm350 (mayb kurang)x 2 = rm700
Semuanya RM2756

Lebih lagi rm244 tu boleh la shopping or jalan2...

TERMASUK

* breakfast, lunch, n dinner
* spa treatment
* airport transfer

Alasan :
Oleh kerana u nak tempat yang boleh menenangkan fikiran, off course pulau bali sesuai kerana suasananya yang serba romantik..
Dan, tak payah susah2 nak cari tempat mkn sebab breakfast, lunch & dinner disediakan..tenang la tu kan.

Relakskan badan - U akan dapat FREE Spa treament untuk 2 org.off course dapat relaks badan, minda tenang.

Have a nice ;)

nicely_by@yahoo.com

Atiey MN said...

kak v, ati tag akak.
kalo free jemput singgah ke blog ati ye (^_^)

Anonymous said...

In my opinion...If I have limited budget..I won't spent much on the flight...better, I spent the said amount to visit more tourism places..

Year 2008..is Year to visit Terengganu..why not u visit her?. There are a lots of activities and events going on in Terengganu..

I love the food, the scene...if you wants to take a boat while sight-seeing the crystal mosque..this year would be great..If u like snorkling..it's a haven!..oh! don't forget fishing! and that nice fresh seafood bbq.

with budget RM3000..I'm sure you will have a lot of chances t visit places..besides...Terengganu is one of the cheapest place to spend money!

Browse more : http://www.tourism.terengganu.gov.my/

Ada Dalina said...

erm..dgn bajet RM3k byk tmpat best yg leh pegi tu...dan sahutlah seruan kerajaan utk bercuti di dlm m'sia..segalanya ader di m'sia...cewah..cam iklan tourism tuh lak..
oleh kerana entry kali ni ader gak kena dgn planning anniversary kiter thn dpn, kiter cadangkan Kak mas g pulau2...(plan nk celebrate kat pulau thn dpn..)
antara pulau yg bakal menjd pilihan hati den, ialah Pulau Tioman, Pulau Redang @ Pulau Perhentian...

Alasannyer : Pulau2 di mesia nih cantik2, nak2 Pulau Tioman ..antara 10 pulau yg tecantik di dunia..org serata dunia dah smpei situ, kiter yg org Phg nih sndiri lom smpei..aper daaa...
lg 1, kat pulau nih cam sesuei je utk dijdkan destinasi bln madu..cam romantik jerk..nak2 bila tgk sunset sama2 n berjln2 di tepi pntai smbil berpegangan tgn...so sweet...bila tgk laut dan pntai yg indah, jiwa kita pasti tenang...hilang segala kekusutan...kat pulau gak leh snorkling tgk hidupan laut...dgn bajet RM3k tuh leh booking utk honeymoon pakej (rasanya x smpai RM3k kot...dah save...heheh), mungkin pihak resort akan sediakan candle light dinner di tepi pantai ker...perhhhh...sgt syiookk la kak masss....hopefully, impian ku itu menjd nyata..so, utk share bersama kak mas, kiter sarankanlah cadangan ini...tp cadangan ini bleh direjek kalo kak mas dah penah g pulau2 tesebut..

sekian tima kasih..

adhoney18@yahoo.com

Koboi mana boleh minum air Susu!! said...

For me Tioman or Perhentian or Pangkor...

alasan: Bila satu2 tempat itu dipanggil Pulau... dh tentu jauh dari Tanah Besar... kawasan yg tenang, cool, jauh dari kesibukan...so mmg tepat utk relax or berbulan madu......

Thanks...
i think u know my email..
if i win just YM me.. hehehehe

Anonymous said...

mas..
gi ah Pulau Redanng.
Best,,,boleh tgk laut yang cantik, air biru....nampak ikan berenang...
harga konpem bawah 3K..

Bagi akak menang tau...sabotaj...

Mya said...

so mcm mana viona n prebetsapu? dah dapat ke tmpt nak berhoneymoon ni..? share2 la cerita eh.. :D

prebetsabu said...

mya : huuhuh gelojoh la.. rileks la dulu.. due date contest ni sampai arini.. so kita tunggu la....

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!