Header

Friday, October 24, 2008

Kenangan Terindah

prebetsabu n masviona dimajlis bersanding hmpr 4 thn lepas

Dah dekat² nak masuk bulan november nih, aku macam tak sabar jer rasanya...ihiks.

Still dok terkenang² lagi disatu hari yg indah di bulan november 4 thn sudah, aku perasan cun jadi bak permaisuri raja..huhuhu...mendapat layanan first class gitu.

Berdebar² hatiku tatkala menunggu raja yg gagah perkasa datang bertandang untuk membawaku ke alam kehidupan yg lain..muahaaa....seriyes kenangan terindah rasanya beb.

Rasanya baru jer lagi aku melayari bahtera perkahwinan dgn insan terchenta yg mampu menambat hati perempuan ku ini, rupa²nya dah hmpr 4 tahun sudah...

Berbagai² onak ranjau berduri yg aku dan dia tempohi akhirnya selamat jua kami diijabkabulkan menjadi pasangan suami isteri romantis yg sah...alhamdulillah.

Teringat lagi bagaimana kisah.... betapa malunya aku saat pertama kali kuar dating berdua, rerupanya terus aku diperkenalkan dgn ibubapanya, terpaku aku beb...first time dating terus jumpa bakal mertua..seriyes aku tak tau menahu pasal plan nih...kalu aku tahu confirm aku tak akan kuar berdating tuh...lalala.

Teringat juga saat berdating di Mid valley tetiba ada org mencuit dari arah belakang.....ooohhh tidakkk...sekali terserempak dgn bakal mak mertua n kakak ipar (tuberose ler) yg datang ke tmpt sama utk bershopping sedang tersenyum simpul menegurku...hohoh..terimbas jua waktu² hangat bercinta...keluar menonton wayang bersama kekasih hati sambil ditemani oleh bakal mak n juga bapak mertua.

Tak lupa, kenangan sewaktu aku menangis teresak² seorang diri di dlm bilik sewaktu ingin menghadiri kenduri bertunang bakal kakak ipar (tuberose lah yg nak bertunang nih...tuberose lagi) tapi dihalang oleh orang tua ku di kg...biasala org kg kan mesti ckp tak manis org pempuan yg masih belom ada apa² ikatan yg sah bertandang kerumah bakal..hohoho...sedih bukan kepalang tau..yg ayah aku bertambah marah bila dgr aku nak tidor disana..itu jer..aku mintak izin jerla coz my mama (masa tuh bakal mak mertua ler) yg bagi cadangan soh tidor umah jer, senangkan.

Masih segar lagi dlm ingatan bila prebetsabu sedang cuba mengawal dirinya yg macho n hensem itu (macho ker???) ketika datang seorang hamba allah yg sedikit terperasan menganggap aku teman istimewa (aku just anggap kawan je..) untuk keluar dinner bersama.

Sehingga terjadi sedikit kekecohan disitu, hingga terpaksa melibatkan kakak ku datang untuk meleraikan keadaan yg sedikit tegang itu dgn mengajak mereka semua keluar dinner bersama²....

Just imagine 2 jejaka tampan kuar dinner bersama seorang gadis idaman mereka sambil ditemani oleh kakak gadis tersebut...ooowwwwhhh..sungguh sadis sekali.

Disaat aku melibat hamba allah yg sedikit terperasan itu tadi, sedang meruap² api kemarahannya...memandang prebetsabu bagaikan mahu menerkam ganas....sedangkan prebetsabu masih cool dan tenteram....ooowwhhh saat itu barulah aku bagaikan tersedar mungkin mmg dia lelaki yg aku cari² selama ini..

Hohoho...walau apa jua halangan n rintangan yg dtg masa hangat bercinta...sebelum n selepas bertunang...akhirnya kami selamat jua diijabkabulkan dan sekarang sudahpun menjangkau 4 tahun usia keharmonian dan kebahagiaan perkahwinan kami.

Ditambah pula dgn kehadiran seorang puteri kami AVIN NURDAMIA ALHAMRA lagilah bertambah memeriahkan istana kami yang penuh kasih sayang ini...insyaAllah..moga ia berkekalan.....Alhamdulillah........ dan aku tak pernah putus berdoa dan akan terus berdoa dengan harapan agar bahtera perkahwinan kami ini sentiasa diberikan keberkatan dan dilimpahi rahmat oleh allah s.w.t...aminnnnnnnn.

InsyaAllah.............

6 Comments Uols:

prebetsabu said...

waahhh... ensemnye mamat dalam gamba tu.. kahkahkah..

huhuhu.. ye.. aku mmg nak sgt ngn si masviona ni.. sbb tu la 1st date dah terus hangkut bawak balik jumpe org tua aku.. kahkahkah...

dan aku tau, keputusan aku utk amik viona sbg isteri tak pernah salah...

*ermm.. ni kang kene banyak wat sambungan ni...

Anonymous said...

Semoga Allah memberkati perkahwinan anda berdua dunia & akhirat.Amin.

prebetsabu said...

amiinn.. tq km

Ms.Lilies said...

Moga kekal bahagia selamanya....Aminnn

Masviona said...

ms.lilies:
aminnn...tenkiu.
mmg tuler yg saya selalu doa pun

Anonymous said...

waa... rupa-rupa nyer tak sangka glamer gak nama tuberose nih ekk.. (terprasan jap).. hehehe..

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!