Header

Friday, October 24, 2008

Menjadi suami yang terbest sekali dalam dunia?

Ni aku copy paste kan info dari emil yg aku dapat..

khas pada kaum suami...
tp aku tau dah nama pon blog ni masviona yg punya... majoriti visitor pun pompuan...
takpe.. yg pompuan n isteri2, leh tolong bgtau kat suami korang kan?


1 Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan
berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
Prebetsabu - "Sahaja aku menjadi suami terbaik utk isteriku viona lillahi ta'ala"

2 Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda
adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
Prebetsabu - "Alhamdulillah.. ye mmg masviona adalah pasangan yg sgt ideal utk aku yg byk kekurangan nih"

3 Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat
positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
Prebetsabu - "apa yg spesel kat aku ek?hmm.. kekadang mai angin romantik... kekadang mai angin nak manje2.. tp yg pasti, istimewanya prebetsabu ialah dia meletakkan masviona di tangga paling atas dalam segala hal.. apapehal pon, sikit-sikit masviona sikit2 masviona.. uhuhuh"

4 Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum,
isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
Prebetsabu - "Insyaallah akan cuba dipraktikkan.. tp kekadang tu balik umah otak dah serabut ngn hal keje.... moody pon selalu gak.. sbb penat kan.. takpe2.. ni kene ubah ni...masviona pon pernah tegor aku bab ni.. thanks syg"

5 Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
Prebetsabu - "Dgn ym kira tak? kekadang dalam kete pon jd tpt diskusi n bual2.. klu depan tv, nak2 plak berita, aku punya pe'el mmg akan fokus kat topik dalam tv tu je.. sorry owhh viona.."

6 Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
Prebetsabu - "Ya allah.. dah lama aku tak wat yg ni.. terok la aku kan... slalu klu tepon pon, ckp apa yg perlu je.. ntah la.. dah terbiasa klu cakap ngn tepon ngn org2 lain pon camtu. takleh jadi aku ni"

7 Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
Prebetsabu - "aku bukan org yg klako... dan juga tak pandai nak story telling... tp viona slalu bercerita n aku slalu dgr.."

8 Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
Prebetsabu - "80% mmg kitorang akan bersembang/bergurau dalam kete.. lg 15% klu jem, aku jd hangin n malas nak sembang2... 5% lagi si masviona tertidooo dlm kete... ZzZzZz.. tak smapai ati nak kejut.. "

9 Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
Prebetsabu - "Setiap hari wajib makan malam bersama.. tp viona on diet skrg.. so aku melahap, dia just duduk2 teman je... klu tghari, time aku takde keje kat luar, mmg akan makan bersama.."

10 Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
Prebetsabu - "Yang ni biarla kitorang je yg tau.... klu orghe klate ado 1 istilah ni... dipanggil mandi buje...."

11 Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
Prebetsabu - "errmm.. viona.. b ada tak tolong menolong? hepp jgn kata takde tau.. b slalu je tolong basuh pinggan tanpa dipinta.. tp bab lain2 tu kene la cakap baru b tolong.. ye la.. kan v Manager Rumah.. so kene la bgtau subordinate mcm b ni apa yg perlu dilakukan.. sidai kain ke, angkat kain ke etc etc..."

12 Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
Prebetsabu - "selalunya, selain dalam kete, kekadang tu masa golek2 atas katil kami utilise utk diskuss hal kuarga... huhuuhuh"

13 Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
Prebetsabu - "ye.. dan sbb itula viona dah dilantik sbg perunding imej aku setelah sekian lama...nak wat camna.. aku mmg style suke yg sempoi2 selekeh.. kahkahkah"

14 Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
Prebetsabu - "ye tepat sekali.. tp kekadang tu si isteri jgn ego lak bila sang suami menegor.. terima teguran dgn hati yg lapang dan terbuka...."


kahkahkah...
so.. anda bagaimana?

3 Comments Uols:

Adry said...

Owh... nice... walaupun aku belum beristeri lagi.. tapi bagus gak ni untuk peringatan supaya jd suami terbest di dunia.. hehehe

This is where your love count... lust? i don't think so.. for details visit my page.. Sekian dari pesanan penaja.. hahahahhaa

Adry @ http://www.adrysabry.com

mummysyafie said...

salam kenal masviona..nice info ni. nak share ngan hubby la

anyway mas, macam pernah dgr nick prebetsabu ni..tapi tak ingat kat ner..bukan kat @15 or forum CARI ke?

prebetsabu said...

adry: ye..cinta dan nafsu sepatutnya diletakkan dalam dua kategori yg berbeza... tak dinafikan, dgn cinta, dtgnya nafsu.. huhuuh.. bonus tuh... moga kita sume berjaya menjadi suami terbest kat dunia... kahkahkah

mummysyafie: share je ngn hubby, adik laki, kawan sekerja.. hebah2kan info ni.. huuhuh
owh.. aku anti ngn @15.. membazir duit je nk sms bagai... dan ye, prebetsabu amat aktif di forum cari dan beberapa forum lagi.. kahkahkah...

glamer la plak nick prebetsabu ni ek....

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!