Header

Monday, November 17, 2008

BY REQUEST- Horse Riding.. mari belajar tunggang kuda

hmm.. ramai gak yg berminat pasal aktiviti kitorang menceburkan diri dalam bidang equin aritu kan...

ramai yg nak tau lebih lanjut pengalaman ktiorang 1st time naik kuda....
huhuuh...

nyebok aahh korang...

eh takde lah... memain je.. jgn majuk...

ok.. pengalaman pertama belajar menunggang kuda secara keseluruhannya amatlah SERONOK...

leh rasa adrenalin mengalir deras - ceewah ayat.

ye la.. aku ni berlatarbelakangkan sbg seorang yg amat tidak suke pada sukan..
amat tidak suke pada aktiviti yg mengeluarkan peluh...
dulu time sekolah aku hanya aktif dalam acara chess je... kahkahkah...

Ruoanya bukan senang utk tunggang kuda...
tunggang ni aku maksudkan, ialah sebenar2 tunggang.. bukannya mcm naik kuda kat pantai2 tu.. duduk atas saddle n org bawak jalan kuda tuh..

huhuhu.. rupanya byk skill yg kene blaja n mahirkan...

aku mulakan dgn cara nak naik duduk atas kuda...
korang jgn gelakkan aku...
tp aku aritu tak lepas ooo nak panjat n duduk atas kuda...
kuda yg aku naik tu amatlah besar n tinggi...
lebih tinggi dari aku.. aku rasa tinggi badan dia mau ada 7 kaki kot...
kaki aku lak keras (kaki org tak bersukan).. so payah aku nak bend kaki tu taruk kat pedal saddle tu...
lps dah taruk kaki kat pedal tu, kene pastikan yg muncung kasut kita tak menusuk perut kuda tu.. klu tak nnti dia buck(ejaan tatau betul ke tak.. instructor tu cakap Buck.. ni buck maknanya nnti kuda tu tendang)...
so muncung kasut kene pastikan align ngn saddle tu punya tali (flaps).. dgn erti kata lain, muncung kasut tu berlapik ngn tali saddle so kuda tak geli...
ye.. kuda amatpenggeli... byk lagi lepas ni perkataan kuda geli akan aku guna...

lps dah berjaya naik, kene belajar duduk atas saddle plak...
sekali lagi padan ngn muka aku, sbb aku selama ni duduk tak jaga posture badan..
nak tunggang kuda, kene jaga posture...
dada kene bidang...
kaki bend and peluk perut kuda... pelukan dilakukan oleh betis.. bukan peha..
teliga, bahu, lutut n buku lali kene dalam garisan lurus n sejajar...
tumit kene dipacakkan ke bawah.. macam korang nak tekan dgn tumit la... paham tak ni?

imbang badan dgn kaki, bukan dgn tangan...
sbb klu korang imbang badan ngn tangan, korang akan tarik tali breast kuda tu 9tali yg diikat pada kepala-tengkuk-dada kuda..
bila korang tarik kuat, kuda akan sakit.. and dia akan rodeo (klu moto, org panggil wheelie..kahkahkah.. mcm zorro)

memula naik, dia ajar kita lembutkan badan masa kuda tu walk... badan just follow je alunan hentakan kuda tu...

bila dah ok, dia akan soh kuda tu trot (sekali lagi aku tak tau nak eja.. tp sebutan dia camtu la).
trot ni maknanya dia soh kuda tu berlari anak..
haa.. masa ni korang akan rasa melambong2.................................
rasa mcm nak jatuh pun ada...
terhentak2........
so sbb tu la kene peluk perut kuda tu pakai betis...
tp kene jaga2... jgn peluk kuat sgt nnti kuda buck plak.. geli

lepas korang dah melambung2 ni, baru dia ajar teknik utk rising..
rising ni plak teknik yg mana kita akan bangun duduk ikut irama larian kuda..
so that korang takde la terhentak2...
rising ni byk main kat bhgn pinggang...
plak tu aku dpt plak spesis kuda yg spring dia kuat.. maknanya lonjakan kuda ni kuat... so aku melambung2 kuat..

teknik rising ni bg aku susah...
ko kene blend diri ko ngn larian trot kuda tu..
ko kene carik rentak kuda..
bila dah dpt carik, baru leh tau bila nak rise...
1..2..3.. rise...
tp nak rise pon kene ikut spring kuda.. kekadang tu terlebih rise, kekdang terkurang rise... so akan jadi bump (bump ialah bila korang tersalah bajet timing nak bgn n duduk.. korang terduduk time kuda tgh melonjak.. sakit ooo.... )...
teknik rising ni utk beginner mcm kitorang, mmg byk wat salah.. especially aku la:-
1- tak pacak tumit (spring kuda akan wat kita melambung, so kekadang pelukan betis terlepas n tumit jd tak pacak..)
2- pelukan perut yg salah (bila dah melambung, aku tend peluk kuda tu pakai peha.. which akan membuat kita ilang pusat graviti.. so lower kaki kita akan terhayun2.. which is definitely not good 4 ur balance)
3- imbangan badan dilakukan oleh tgn (oleh sbb kaki aku dah mmg tersasar, so aku tend imbang badan guna tgn... sian kuda tu sakit...)
4- berat badan sepatutnya diletakkan pada pinggang (masa walk, berat bdn ditumpukan pada saddle.. masa rising n strot, patutnya berat bdn kita focuskan pada pinggang... tp aku? berat badan aku tak terfokus.. kahkahkah.. hentam kromo...)
5- sentiasa pastikan postur badan yg betul - kahkahkah.... ntah napa aku suke sgt duduk malas....!! bila postur betul, telinga-bahu-lutut-buku lali selari, imbangan korang mudah..
6- jangan amalkan pandang ke bawah sokmo.. cara yg betul, pandang pada track... bila kerap pandang bawah, pusat graviti lari n tak elok la utk beginner mcm kita ni... kang jatuh!!


ok la.. tu antara serba sedikit info n experience ktiroang menunggang kuda tempohari...

tp serius.. walaupun letih n memenatkan, tp amat seronok!!!

tak sabar nak g kelas seterusnya...
nak kene mahirkan lagi rising...

huhuuh bila la bole dia ajar camna nak menouver kuda tu sendiri... kahkahkah..

antara tips 1st day belajar ride:-

-klu pakai jeans, pastikan korang pakai suar tight kat dalam.. sbb takut melecet kat peha.. ye la jahitan jeans tu tebal.. mudah bergesel...
-sila tuck in baju korang.. takut kang tersangkut kat saddle
-sila jgn makan terlalu byk sblm ride.. sbb beginner mcm kita ni tak pandai ikut rhythm kuda lagi.. so tend kepada lambungan2 n hentakan...
-jgn terlalu memaksa diri utk dptkan rhythm kuda tu.. relax n just follow je hentakan kuda
-pastikan anda memakai pakaian dalam utk sports punya.. sbb hentakan n lambungan kuda ni.. hmm.. sendiri mau igt..


ni plak antara tatabahasa yg digunakan utk tunggang kuda.. tp aku rasa ejaan tak betul tau.. sebutan dia je camtu:-

1- Walk - soh kuda tu berjalan slow
2- Trot - soh kuda tu berlari anak
3- Buck- tendangan kaki kuda.. biasanya sblm kuda ni buck , telinga dia kana ke belakang.. so berhati2 bila tgk telinga kuda dah kebelakang, maknanya dia tak selesa or geli.. then dia akan buck!
4- Rising - teknik bangun-duduk utk follow rhythm larian strot...
5- bump - bump ialah bila korang tersalah bajet timing nak bgn n duduk.. korang terduduk time kuda tgh melonjak..
6- Rodeo - aksi guna mengangkat kaki hadapan
7 - paddock

ceewah aku ni bercakap mcm la dah pro bebenor!!!!!!!!!
memana readers yg dah lama terjun arena equestrian ni, silalah betulkan n tambah info ni...

sekian......................

safety kene jaga.. pakai helmet n paddock boots

mana dia budak yg nakal tu.. meh viona nak babab!!!
Camna?

4 Comments Uols:

tuberose78 said...

waaa... walaupun baru 1st time masuk class tapi byk bender gak yang kena belajar...

prebetsabu said...

kelas pertama yang mengambil masa +-30minit sahaja.. tp cukup padat!!

mmg selama 30min tu, kita akan push keseluruhan badan kita to the limit!!! (huhuhu.. nak wat camna aku mmg bukan kaki sukan!)

otak penat utk terima n proses segala input2 baru, utk dptkan rhythm...

bdn penat sbb keseluruhan badan kene syncronise baru dpt feel n balance..

mummy Darin said...

no wonderlah naik kuda boleh penat sebab melambung - lambung kena ikut rentak kuda tu.. arghh part kuda lari - lari anak tu x leh tahan lah.. nak gak try cemana...

Anonymous said...

thanks for the tips!
sy pun masih belajar trot..
i look forward more tips frm u especially steps to trot :)

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!