Header


Jangan ketinggalan untuk melawati photo blog kami di prebetsabu-lens.blogspot dan juga sembang-sembang teknikal di prebetsabu.blogspot

Wednesday, December 24, 2008

Warkah untuk Abah

Alhamdulillah, dikau masih mampu berdiri tegap
Masih mampu bergelak tawa

Jika melihat raut wajahmu,
Jelas kelihatan ketegasan dirimu
Namun kami semua tahu
Disebalik ketegasan itu
Dikau menyayangi keluargamu ini
Lebih dari segalanya

Dari dahulu hingga kini
Dikau sentiasa membimbing kami
Walau dikau lebih banyak mendiamkan diri
Namun nasihat dan arahanmu jelas tatkala kami memerlukannya

Dengan bantuan Mama
dikau mencorak kami semua
membesarkan kami di suasana bandar memang terlalu banyak cabaran
Alhamdulillah, dikau berjaya membentuk kami dari hanyut
Membentuk kami dengan acuan dikau tersendiri

sekarang kami mengerti
Betapa besarnya pengorbanan yg dilakukan
Untuk membesarkan kami 6 beradik
Dengan segala macam kerenah
Namun dikau dengan tenang dan adil dapat membahagiakan kami
Walau hidup secara sederhana

hari ini, 24 disember, merupakan hari lahirmu
Maafkan anakandamu yg seorang ini
Kerana tidak dapat berada disamping mu beserta keluarga yang lain
Untuk meraikan hari bersejarah ini

Hanya yang termampu, dari jauh ku kirimkan doa untuk kebahagiaan dirimu

Dirimu tiada tolok bandingan buat diriku
Aku jadikan ketabahan, kesabaran, kewarasan dan kebijaksanaanmu sebagai asas membentuk keluargaku kini...

Selamat hari lahir..
Nas sentiasa sayang Abah!

*malam ni semua keluarga Nasir ada dinner kat restoran area amcorp mall. Malang sggh aku tak dpt join. Moga kehadiran viona n damia tetap dpt menggembirakan hati abah walaupun anak laki tunggal dia ni xde.

-Sent via Nokia E71-

4 Comments Uols:

CuTeMiUt78 said...

takpe la.. viona dan avin sebagai pengganti.. tentu... terubat rindu dihati

tuberose78 said...

cepatnya masa berlalu.. bila tgk balik parents kita, rupanyer mereka dah tua... kita pon dah makin berusia.. dah ada family sendiri, anak2 makin membesar..

tuberose78 said...

terfikir, sampai bilakah kita boleh menghabiskan masa dgn mereka..

moga abah dan mama dipanjangkan usia..

amin..

tini said...

Rindu nya pada abah dan mama:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Enjoy your reading and Thank you for visiting www.masviona.com...mmuaahhhhh......XOXO!

Disclaimer

Blog ini adalah sbg laman peribadi.

Dgn melayari blog ini, adalah dgn ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawap terhadap segala kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan.

Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sbg kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

************************************

Penulis juga ingin memaklumkan bahawa kerja² menulis entri ataupun isi kandungan blog ini kebanyakkannya adalah dilakukan waktu malam hari dan di auto publish (cetak automatik) pada masa yg telah ditetapkan oleh penulis sendiri dan bukannya dilakukan pada masa waktu bekerja.