Header

Thursday, January 29, 2009

Trend Lembut Sotong...


Kawan-kawan dan rakanku sekalian,

Apakah sudi kiranya jikalau diriku ini menjemput kawan² untuk berbual bicara dan berkongsi buah fikiran terhadap suatu fenomena yang sering berlaku dewasa ini?

Marilah kita jadikan coretan ini sebagai wacana untuk membuka minda kita terhadap kesumbangan tingkah laku peradaban dan budaya yang dewasa ini jika diamati dan diteliti dengan mata yang halus, maka akan terpancarlah kebejatan dan ketidakseimbangan moral yang semakin hari semakin dahsyat dan menakutkan.

Kini jika kita peka, rata-rata stesen televisyen dan radio seolah-olah telah menjadikan gaya bahasa dan lenggok piuk lelaki lembut sebagai suatu perkara yang ringan. Ianya seolah-olah sebagai senda gurauan! Walhal, jika difikirkan secara mendalam, pengaruh yang didatangkan dari media ini amatlah kuat! Tidakkah mereka sedar bahawa mereka seolah-olah membaja dan menerapkan sifat dan sikap lelaki lembut itu sebagai sesuatu yang normal?

Apakah maksud sebenar stesen televisyen dan radio ini memaparkan watak lelaki lembut? Dengan intonasi suara ala "Mak Nyah", dengan pakaian menyerupai perempuan? Mungkin ianya merupakan gimik untuk menarik perhatian masyarakat, dan mungkin juga kerana watak-watak sedemikian lebih mudah membawa kepada perkara-perkara yang amat melucukan?

Waima apa pun alasan, keadaan ini harus dihentikan segera. Tidakkah kita takut, anak-anak kecil akan terpengaruh dengan gaya dan lenggokan lelaki lembut yang ditonjolkan? Mahukah kita melihat, anak bangsa pelapis pemimpin akan datang menjadi serong? Jangan disanggah andainya saya mengatakan, dari trend lelaki lembut ini, maka tidak hairanlah mengapa masalah sosial dan gejala seks sesama jenis semakin meningkat.

Peranan yang aktif untuk membentuk akhlak dan budaya yang sihat patutlah diambil oleh pihak seperti media-media tersebut, namun, sebaliknya yang berlaku tika ini. Saya hanya dapat berharap agar budaya menggunakan watak lelaki lembut dan "mak nyah" ini dapat dihentikan segera demi menjaga kestabilan sosial.

(277 patah perkataan)

-Prebetsabu @ masviona.com-



ahahahhaa.. sesekali buat karangan best gak......
tp serius.. aku amat tak setuju ngn stesen radio, tv dan artis2 yang jdkan trend wat lembut2 ni.. konon utk kelakar tp kesan disebaliknya?

lu pikirlah sendiri and sebar2kanlah!

8 Comments Uols:

Masviona said...

wah!!!! dahsyat gak erkkk CTO mv.com nih bila sesekali wat karangan...huhuh

gaya bahasa mengalahkan pemeriksa kertas BM julai jer..huhuh.........lariksss


bab serius saya pun tdk setuju jika trend lelaki lembut nih menjadi gaya normal dlm masyarakat kita....dlm quran dah jelas n terang ckp haram kan napa kita still nak biorkan lagi....lu pk lah sendrik kan....

saya sokong prebetsabu 200%....:)

Joel Johnny said...

well.. saya setuju dengan pandangan mv, sememangnya perlu dihentikan dari terus dipergunakan sewenangnya hanya semata-mata untuk meraih kegilaan peminat terhadap apa juga produksi yang dikeluarkan dengan mengetengahkan watak2 seumpama itu.
Bukan saja mungkin akan membawa kesan kepada anak-anak masa kini, tetapi kadangkala ia berkaitan dengan perasaan manusia juga, seakan mempersendakan 'mereka2' yg dikategorikan dengan lelaki lembut ni.. Walaupun sememangnya sukar untuk kebanyakan masyarakat menerima hakikat wujudnya golongan ini, tetapi mereka juga masih dkategorikan sebagai manusia. Mungkin kita perlu juga fikirkan perasaan mereka.

p/s : mengharapkan ada jalan untuk membawa 'mereka' kembali ke arah yang lebih "SESUAIIIIII GITOO......" Ahakss..

prebetsabu said...

johnny: well said! aku terlupa lak nak kupas akan sensitiviti mereka yg tergolong dalam "lembut" ni... brilliant!

Anonymous said...

Tangkap je sotong2 ni buat sambal tumis hehehehe....

hidayah | salim said...

kak PS..oppsss...silap, tulisan kaler oren, hehehe... :P

bro PS,saye bersetuju dengan anda..mmg ar kadang2 bila tgk kelakar kan, tapi cam xbest je tgk artis lelaki berpakaian cam pompuan..siap ngan aksesori bagai...hmm..rambut palsu, lipstik n so on...

cam x hargai kelebihan sbg lelaki je...
kepada pengarah2 di luar sana, xde idea lain dh ke untuk berkarya selain nyah2 segala ni..huhu...

jadi, better stop ar.. ;-)

Masviona said...

wah chunk dah pndai bg pendapat yg BERNAS lah skrang nih...hebat²...clap...clap utk dia...keep up the good work..hehe

engaaaaa...enggaaaaa

hidayah | salim said...

kak mas : haaaa...xtgk lagi kehebatan siti noor hidayah berkata2...hahahahaha... :P

Anonymous said...

dia dapat bagi idea BERNAS since dia makan nasik beras cap BERNAS.. enggaaaa.. enggaaaa..

mak nyah di media? golongan ini pasti akan berasa gah kerana pengarah-pengarah filem seperti memberi sokongan kepada mereka dan seolah-olah mengangkat martabat mereka ke peringkat yang lebih tinggi. kita tidak boleh membiarkan hal ini berlaku lantas memandang remeh perkara-perkara sedemikian berlaku.

apakah nasib anak-anak bangsa kita nanti jika mereka terlalu didedahkan dengan perkara-perkara yang dilaknat oleh Allah SWT ini? ingatlah, kita ini khalifah Allah dan ia adalah satu amanah untuk kita memperjuangkan apa yang terbaik untuk umat Islam.

wallahualam..

Takbir!!

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!