Header

Wednesday, March 04, 2009

Krisis Politik Perak..


Serabut...
Serabai...
Kompleks..
Komplikated....

sbg rakyat malaysia, rasa gak la bahang kekalutan...

tv3 dok citer si BIRU tu yg betul je all the way.. tanpa cerita pun fakta2 dari perlembagaan n undang2 tubuh kerajaan perak... dok kata betul je...

menyuarat bawah pokok.... org BIRU kata tak sah.. dari dalil mana dia amik sampai kata camtu?
bistu, camna lak ngn tindakan polis yg menghalang SPEAKER dun dari masuk ke dalam dewan?
perlu "restu" Sultan utk adakan mensyuarat? Mmg la.. tp mensyuarat yg sebelum ni hanya DITANGGUHKAN, bukan DITAMATKAN.. so "restu" sultan masih ada n d carry forward.. huuhuh

macam2 la..

Duhai Baginda Sultan Perak... kembalikanlah kuasa memilih pimpinan negeri kepada rakyat.. bubarkanlah dun dan adakan pilihanraya semula!

Daulat Tuanku..


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

16 Comments Uols:

Nashrul Sabri said...

patik menyokong cadangan tuan hamba supaya tuanku mengembalikan hak memilih pemimpin kpd rakyat sbgmana yg terkandung dlm perlembagaan sebuah negara demokrasi..

p/s : ade org ISA yg berblogging tak? huhuhu..

Anonymous said...

no comment

~budak perak~

Nashrul Sabri said...

budak perak tu mmg selalunya no comment je.. idea takde ke sbb takut masuk ISA?? hahaha..

Nurmala Mazlan said...

huhu~~
hangat ni..
lebih hangat dari biasa..

attyfir said...

udah2 le tu wahai wakil2 ..pemerintah semua..kome asik bergaduh je..rakyat yg jadi mangsa..nye..

Nashrul Sabri said...

kami rakyat sudah tidak bodoh lagi.. tu la, sapa suruh bukak universiti byk2.. padan muka! hehehe.. over sket kt sini..

prebetsabu said...

jika kita lihat isu ini daripada konteks yg menyeluruh, rasanya terdapat terlalu byk kekeliruan yg dipaparkan oleh media.

dan terlalu byk juga penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan pusat.

adalah tidak adil kerajaan pusat menggunakan segala sumber seperti media arus perdana, polis, spr, sprm dll utk menghalang daripada menyebarkan maklumat yg tepat.

mengapakah spr menolak surat perletakan jawatan adun2 yg badut tu tempohari?

semalam d tv9, tan sri isa dan dato seri zahid hamidi dgn tak malunya menggelarkan mesyuarat dun bawah pokok as tidak sah... siap gelakkan speaker pakai jubah tgh2 panas..

atas dasar apa yg dikatakan tidak sah?

standing order yang mana?

bagaimana pulak dgn kerahan oleh polis yg sewenang2nya menutup bangunan negeri utk persidangan dun?

Nashrul Sabri said...

itu semua penyalahgunaan kuasa.. pemimpin2 seperti inilah yg sering dikaitkan dgn korupsi..

kita rakyat, ditipu bulat2.. kita percaya semua bual kosong depa.. depa kt blakang kita, duk gelakkan kita.. depa gelakkan kebodohan kita sbb terlalu taksub dgn politik sdgkan mereka memperoleh pelbagai kesenangan..

bayangkanlah elaun depa ni sebulan yg kita duk bayaq hanya untuk bertekak di dewan rakyat @ parlimen.. ish3.. kita kerja tertungging terbalik duk bayaq gaji depa sedangkan depa, keluarkan ayaq liuq shj..

walaupun aku belum bayaq cukai lg, tp aku kesian duk tgk mak pak aku duk bayaq cukai utk bayaq gaji pemimpin yg korupsi mcm yg ada la ni..

prebetsabu said...

sesebuah negara perlu pemimpin....

tp napa minda rakyat kita ni mcm tak matang...

dah dimomokkan... pemimpin cakap, sume betul..

tgk kat jepun... dah bape kali dah tukar peminpin sbb tak perform..

kita?

"biaq la depa pimpin.. depa kan BIRU.. mesti betui punya jalan depa.. dah lama depa tadbir.. depa lagi tau"

tu yg kita nak buang.. tak kira la biru ke kunin ke ijau ke merah ke putih ke...

kita perlu la bykkan info n fakta then proses..

jgn terima bulat2 dari 1 pihak..
malangnye, depa sume dah monopoli mainstream.. baik tv atau akhbar.. so makcik2 n pakcik2 tiap ari disumbat ngn fakta2 senget.................

Nashrul Sabri said...

sbb depa conquer media massa..

sbnrnya konteks parti adlh tidak penting, janji pemimpin yg kita pilih itu boleh memimpin.. bukan bercakap kosong ataupun tido semata-mata..

CuTeMiUt78 said...

wah.. isu hangat dan panas..

prebetsabu said...

parti dan individu memainkan peranan yg saling kait mengait.

parti membawa ideologi umum ttg perjuangan n matlamat.. manakala individu yg dicalon & dilantik oleh parti sbg alat utk menuju kepada matlamat parti...

kedua2 memainkan peranan, tp tu la.. siapa parti tanpa ahli?

dan yg lebih penting.. siapa ahli tanpa rakyat yg memilih??

renung2kan dan selamat memilih...

Anonymous said...

wah.. wah... mcm2 pandangan dan pendapat..
lama plak tak masuk masviona..
dh banyak ketinggalan ni..

Anonymous said...

Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Komen saya terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31b Mac 2009

Ahli2 panel akur (concede) bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak.

Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) dibawah Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan. Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato Seri Md Nizar engganpun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan exco baru dilantik Baginda Sultan.

Sebab Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN2 dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul. Maka bila Dato Seri Md Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.

Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.
Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.

Pandang Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya “masih bersidang” sedangkan diPerak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (DrAbdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN2 hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN. Maka penentuan Sultan diistannya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah disegi undang2. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN2 dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang dimasjid berjemaah berbanding sembahyang sendiri dirumah. Ataupun memberikan pengajaran (lecture) didalam kelas berbanding di padang rumput - namun sah tetap sah. Lagipun Dato Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue - agreed fact).

Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu - 15 Mei 2009.

Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu,

PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Bagina Sultan sepertimana terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Perak

Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR sepertimana terkandung didalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN. Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Dibawah undang2 kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN2 lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut. Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi2) bukan dari parti - maka apa hak parti meminta mana2 ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence -dan dalam kontrakpun adalah voidable? Apapun, SPR bukan dibawah arahan Speaker DUN.

Lompat itu sah disisi undang2 dan dibenarkan oleh perlembagaan.

Jika parti2 politik dapat sampai kesuatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan ataupun Sultan kononya tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar.

Adakah hanya kerana 3 ADUN, Sultan dikehendakai bubar DUN? Dengan membubarkan DUN bermakna ADUN2 yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai ataupun menimbulkan apa-apa masaalahpun. Maka dimana ketidakwajaran Sultan?

Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN ke pihak mereka tiada pula masaalah - maka kenapa pula kerana tiga ADUNyang melompat - isu ini diperbesar-besarkan. Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar? Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/ sebahagian kecil sahaja?

Saya dah berulang-ulang kali mengatakan bahawa jika pengundi2 merasakan mereka telah ditipu dan tertipu dengan calon DUN mereka – bukankah yang “menipu” adalah calon tersebut – dimanakah salah Sultan? Adakah calon tersebut disarankan Sultan atau PKR/DAP? Siapa yang cuai dalam mencalonkan ADUN2 yang melompat tersebut? Maka siapa sebenarnya cuai - Sultankah?

Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu - sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak2 yang menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Anonymous said...

Dari keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa EC (Suruhanja Pilihanraya) kompeten menentukan samada terdapat "casual vacancy" bermaksud (tersirat) keputusan EC bahawa Kerusi DUN tidak kosong dan EC tidak perlu mengadakan piliharaya kecil adalah sah disisi undang2. Keputusan ini adalah estoppel by record terhadap Pakatan Rakyat. Turutan dari keputusan bahawa EC berhak menentukan kekosongan kerusi DUN bermakna 3 ADUN tersebut kekal sebagai ADUN, Maka bolehkah ada kekosongan kerusi DUN?

Pun begitu, terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk membuat "judicial review" (semakan Undang2) terhadap keputusan EC bahawa “perletakkan jawatan “3 katak Pakatan Rakyat” itu meragukan dan tidak boleh pakai. Itupun jika dilayan (with leave) mahkamah.

Tambahan pula, kini Mahkamah Persekutuan memutuskan penggantungan MB Dato Zambry dan EXCOnya tidak sah. Apabila mahkamah persekutuan memutuskan bahawa pergantunggan Dato Zambry dan Exconya batal dan tidak sah bermakna secara implikasinya, sidang dibawah pokok itu yang dibuat tanpa kehadiran mereka2 itu mengikut turutannya juga terbatal dan tidak sah.

Apapun perlu ditekankan juga bahawa sidang dibawah pokok itu tidak mendapat perkenan sultan. Maka jika dibuat diDewan pun tidak sah, apatahlagi dibawah pokok.

Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu pada - 15 Mei 2009. (lihat Komen saya terhadap rancangan “Hujah-Krisis Perak, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31b Mac 2009)

Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

Apa pun, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah juga diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2 Hujah-Krisis Perak NTV9 pada 31hb Mac 2009.

PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, pada pandangan saya jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” DUN adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

Maka jika tiada perkenan Sultan, jangan nak kata sidang DUN didewan itu boleh sah, apatahlagi dibawah pokok.

Isu utama yang tinggal kini ialah samada Dato Seri Nizar masih seorang MB.

Kini Sultan Perak sudah perkenankan Dato Zambri mengadakan sidang DUN (pada 7 hb Mei 2009) – jika ada sesiapa yang ada bertanya apa itu Raja Berpelembagaan – ini adalah antara contohnya.

Contoh lagi, dalam kes bunuh, Raja ada kuasa pengampunan, dan seorang yang melakukan pembunuhan (jika sabit) hakikatnya, Sultanlah yang menggantungkan pembunuh tersebut sampai mati tetapi melalui Hakim (Hakim juga dilantik oleh YDPA/Sultan juga) dan Jabatan Penjara dengan menggunakan Undang2 Sultan. Bukankah semua undang2 memerlukan perkenan Sultan juga?

Ramai yang tanpa segan dan silu melaungkan Raja Berpelembagaan sedangkan mengetahui hanya sedikit (atau fahaman salah) apa hakikat dan maksud Raja Berpelembagaan.

Adalah hak rakyat untuk berpersatuan (dibawah Akta Pertubuhan) dan memperjuangkan kebajikan ahli-ahli mereka dan pada masa yang sama mencalonkan ahli-ahli mereka bertanding dipilihanraya untuk merebut kerusi DUN mahupun Parlimen. Rakyat turut serta terbabit dalam proses ini - namun perlantikan EXCO dan MB serta mandat pentadbiran kerajaan negeri/Negara adalah prerogatif Sultan samada mereka-meraka (ADUN2/ Ahli2 Parlimen) adalah suatu Management Team/Pakatan Pentadbiran (BN/ dan atau Pakatan Rakyat dan sebaliknya) yang boleh pada pandangan Sultan/YDPA membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan kepada rakayat dan negera/negeri . Jika tidak, saya tidak nampak relevannya kenapa mandat pentadbiran yang diberikan Sultan/ YDPA kepada mana-mana Management Team/ Pakatan Pentadbiran samada BN atau Pakatan Rakyat itu tidak seharusnya ditarik balik oleh YDPA/Sultan.

“Ketuanan Rakyat” yang diwawarkan mana-mana pihak atau pertubuhan jika tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan akan cenderung kepada fahaman atau unsur2 komunisme, sosialis dan atau republik. Ini adalah menyalahi dan bertentangan dengan konsep Raja Berpelembagaan yang dipegang dan amalkan di Malaysia (Rukun Negara). Pertubuhan yang sebegitu piagamnya boleh diharamkan kerana bergiat dalam aktiviti2 subversif sebenarnya. Jika ini halnya, ianya adalah sesuatu yang membabitkan isu keselamatan negara (ISA), kesejahteraan dan ketenteraman awam (Ordinan Darurat 1969), hasutan (Akta Hasutan), dan atau memerangi Pemerintah (Raja2 – Kanun Keseksaan).

Kepada Management Team BN, selamat mentadbir negeri Perak dan jangan dipersia-siakan mandat Raja dan hasrat rakyat untuk agama dan Negara. Bagi Pakatan Rakyat – bukankah esok masih ada?

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (jabatan Undang2 Awam) IIUM

Perhatian: Disini saya hanya memberikan pandangan undang2 saya. Bukankah diblog ini kita bole bertukar2 pendapat dan pandangan secara informal? Banyak lagi pandangan lain yang bole juga dipertimbangkan oleh pembaca diblog ini - terserah. Mahkamah yang buat keputusan bukan saya - dan pandangan Mahkamah mengikat pihak yang bertelagah.

Apapun keputusan Mahkamah (betul atau tidak, setuju atau tidak) mengikat pihak2 yang bertelagah. jangan pula kerana keputusan Mahkamah Persekutuan, kita pula yang bertelagah.

Anonymous said...

Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Petikan (beberapa saja) dari;
http://hamirdin.blogspot.com/2009/04/zambry-tak-boleh-hadhir-sidang-dun.html

Saturday, April 18, 2009
ZAMBRY TAK BOLEH HADHIR SIDANG DUN
Assalamualaikum,

Oleh
Mohamed Hanipa Maidin

Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Komen saya (Dr Abdul Rani):

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517

April 16, 2009 12:17 PM
Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted

PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) -- After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.
In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void. (sedikit petikan sahaja).

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Pada pandangan saya,(Dr Abdul Rani) permohonan kesepuluh-puloh permohonan itu bertindih (overlapping) dan mahkamah pada kewajaannya tidak perlu memberikan kesepuloh-puloh permohonan itu. Dengan membatalkan keputusan Speaker Dun Perak V. Sivakumar terhadap Dato Zambry dan 6 Exconya lagi, res ipsa loquitornya (tersirat dan tersuratnya) adalah tindak-tanduk V.Sivakumar tidak mengikut Undang2. Dua permohonan yang dibenarkan itu sudah cukup untuk mereka menghadiri sidang DUN.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan?

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Komen saya (Dr Abdul Rani):
Keputusan mahkamah membatalkan keputusan Speaker Sivakumar tentulah bermaksud (res ipsa loquitor) bahawa “menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Res ipsa loquitor bermaksud, perkara itu menjelaskan sendiri kedudukan perkara berkenaan – tiada perlu nak dibukitkan. Contohnya, jika sampah terdapat didepan rumah A, maka A yang bertanggungjawab terhadapnya melainkan ada bukti sebaliknya (lihat juga seksyen 106 Akta Keterangan – fakta yang dalam pengetahuan seseorang),

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

Komen saya (Dr Abdul Rani):
Mahkamah Persekutuan bersidang atas kapasiti bidangkuasa sivilnya bukan dalam bidangkuasa jenayahnya. Persoalan hendak mensabitkan Speaker dengan suatu kesalahan tidak timbul. Dalam hal ini, terserah kepada polis untuk melakukan siasatan (Akta Polis dan Kanun Keseksaan (antara lainnya) terpakai.
Seterusnya, terpulang kepada PendakwaRaya (Artikel 145(3) Perlembaggan Persekutuan dibaca dengan seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah) untuk membuat pendakwaan menggunakan mana-mana undang2 bertulis yang relevan. Seperti semua pengamal undng2 menetahui, beban undang2 diatas bahu Pendakwa untuk mendapatkan sabitan dan baharulah mahkamah boleh tentukan samada sabit atau tidak. Maka dalam bidangkuasa sivil, permohonan ini ini tidak relevanpun.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Tugas ADUN adalah isu berbeza. Isu yang relevan kini ialah boleh atau tidak mereka hadiri sidang DUN?

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Dengan pembatalan itu, bukankah mereka sudah boleh hadir sidang DUN?

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Pemberian Kos adalah budibicara Mahkamah - mungkin kerana pihak-pihak bertelagah adalah kakitangan kerajaan.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Ap perbezaan diantara "berhenti makan sebelum kenyang" dengan "jangan makan sampai kenyang"? atau air "separuh penuh" dengan "separuh kosong"?

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Apahalnya pula mereka tidak boleh hadir?

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
Fakulit Undang2 IIUM

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!