Header

Friday, March 06, 2009

Selamat ulangtahun kelahiran!


Sempena dgn sambutan ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW..
moga kita mengambil keberkatan Baginda.

Walaupun sambutan kelahiran ini akan diadakan pada hari Isnin kelak, namun biarlah kami di mv.com terlebih dahulu menyentuh tentang hari mulia ini, memandangkan seperti kebiasaannya, pihak mv.com kurang aktif berblog di waktu cuti memandangkan kami akan keletihan menghabiskan masa bersama keluarga, sekaligus menyebabkan kami tidak sempat untuk membuat autopublish di malam hari.

Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.

Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.





MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

7 Comments Uols:

atty's said...

selamat menyambut..maulidur rasul.utk..masviona & family

neezareef said...

salam maulidul rasul

nURmALa mAZLan said...

salam maulidur rasul kak..
ulang tahun Junjungan Kita

Mya said...

salam maulidur rasul viona sekeluarga.. :)

zino said...

salam maulidul rasul..

Uncle Dol said...

salam maulidur rasul..

amalkan sunnah2 Rasulullah dlm kehidupan seharian kita.. mudah2an beroleh keberkatan drpd Allah SWT.. amin..

CuTeMiUt78 said...

selamat menyambut maulidur Rasul utk viona sekeluarga

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!