Header

Wednesday, May 13, 2009

Jom Masuk ke Alam Rumahtangga...hiksss

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )

Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."


Aku suka ngan kata madah pujangga kat atas nuh.

Actually benda nih aku just copy paste kat satu site nih but aku pun dah lupa kat site mana yg aku jumpe nih coz benda nih dah lama dah.

Biasalah ada satu hari tuh aku menggoogling pasal apa entah sekali termasuk lak kat satu site tuh pastu tetiba jer aku terbaca kata² kat atas nun.

Pastu sepantas kilat ko ala² tindakan refleks gitu aku cecepat copy pastu paste kat notepad coz aku suke sgt kan makanya aku dah lupa lah url site tuh (klu idak ler lah aku link kan url nya kat sini kan).

Bebenornye ada byk lagi sambungan dia but aku paste smpai part ii jerla kot nnti sambung lagi yg lain tuh kat next n3 ye...bukan apa coz panjang sgt nnti uols tak larat lak nak baca kan.

Aku rasa penulis sgt menghalusi setiap perkara tuh itu yg dia leh hasilkan apa benda nih ek....poem eh...layak kot dipanggil poem kan.

So sesama lah kita amik iktibar ye.....yg mana baik tuh kita grab ler jadikan tauladan n yg mana buruk tuh kita delete lah jadikan sempadan kan....hiksss

Sesama lah kita ye yg bergelar suami n juga isteri n juga buat adik² abang² or sesiapa saja lah yg bakal bergelar suami n isteri nanti supaya hubungan yg dah dibina or yg akan dibina akan kekal insyaallah sehingga ke akhir hayat

Bukan apa takut pulak bila terdengar n terbaca sana sini pasal kes cerai berai kan terbaru kes roslin hashim tuh jaguh badminton negara hanya sempat bergelar suami selama 12 hari jer...uhuksss....alahai...sedih n sadis nye.....mintak² jauh lah semua benda yg tak elok nih drp kita semua ye...insyaallah.

Namun peperpun yg paling penting apa² yg jadi pun yg paling mustahak kita redha n terimalah ngan hati terbuka qada n qadar drp Yang Maha Esa kan uols.....m i rite???


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD kat
Camna?

3 Comments Uols:

tuberose78 said...

jiwang tuuu...
madah pujangga..

mummYaeesh said...

sure pompuan yg tulis ni kan..klu lelaki takdenye leh tulis mcm ni!hik3

ingat mas tgh merajuk dgn prebetsabu tadi..ahaks

atty's said...

suka..madah itu..

kty pun suka google..mengoogle..tp sampai lupa dr mana ke mana..

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!