Header

Monday, June 08, 2009

Dokumentari Beijing - Part 11 Summer Palace

hah...

aku rasa dalam byk² episod, episod summer palace ni la yang paling byk gambar rasanya...

sbb?
suasana n situasi di summer palace ni sg la cantek...
so takkan nak lepaskan peluang bergambar sakan lak kan?

summer palace ni merupakan sebuah istana berserta dgn taman diraja..

ianya menjadi istana kegemaran dan digunakan oleh Ibu Selir Cixi..
Cixi ni dulu ialah hanya seorang Selir (dayang aka gundik)...
tapi dia nasib baik sbb dapat lahirkan anak lelaki utk Kaisar (maharaja)..

lps anak satu satunya anak lelaki raja tu umurnya dalam lingkungan 9 tahun,
raja tu mati..
so ditabalkan la anak raja tu menjadi raja..
tapi oleh kerana anak raja tu masih budak,
so mak dia, si dayang Cixi ni pun mainkan peranan..
dia menjadi "penasihat" pada anaknya..
sekaligus menjadikan anak dia sbg maharaja boneka..
even singgahsana dia pun. unik sikit..
Raja (yakni anak dia) akan duduk kat kerusi singgahsana kat depan...
pastu Cixi akan duduk kat kerusi singgahsana kat belakang anak dia..
if ada keputusan yg perlu raja buat, anak dia akan mendengar kata2 dari mak dia n disampaikan pada umum...
huhuhuu..

kiranya yang berkuasa, si Cixi la..

dan Cixi hidup dalam keadaan serba mewah (maklumla dia berkuasa)..
time musim panas, dia takmo duduk kat istana Forbidden City tu...
dia nak pi duduk kat Summer Palace ni.. (sbb tu la namanya summer palace.. istana musim panas)..
sbb kat summer palace ni udaranya lebih dingin sbb byk pokok n ada tasik yg besar...

masa pembinaan, raja arahkan ramai pelukis utk memberi idea utk landskap di summer palace ni..
and raja gabungkan idea2 dari lukisan pelukis tu menjadi realiti di summer palace..
sbb tu la canteeekkkkk gille senibina n landskap sini...

tapi, summer palace ni pernah dibakar semasa zaman penjajahan perancis..
tentera perancis gatal tangan pi musnahkan summer palace ni...

lps tu kerajaan dorang bangunkan semula...

ok layan gambar yang sangatttt banyak..

di pintu masuk ke Summer Palace...

cuaca sangat silau...

lagi pose di pintu masuk.. kali ni camho ngn d80...




Batu "Orang Tua"....
sbb rupanya mcm badan org tua..

err.. tapi tak mcm org tua pun...
maybe sbb ada ciri2 mcm org bongkok kot..
tp takde la bongkon mana pun...
ntah la..


ni gambar2 from digicam sony viona...



di Balai rasmi singgahsana...
dalam tu ada singgahsana utk raja membuat urusan kenegaraan...




dalam kawasan summer palace...
tasik yg ada sunguh luas..

sekitar tasik terdapat pelbagai Balai n tpt istirehat yg cantik...


pandang² jeling² @ summer palace, beijing...



pemandangan kat sini sgt² mendamaikan...


ni plak gambar2 from d80... ngeh3..



afida kata, time winter, tasik tu akan membeku...
so org ramai bole skate kat atas tasik tu..
"orang ramai sangat suka" kata afida..


lagi terkesima ngn pemandangan sana...



di tambah plak ngn model dalam gambar tu yg cun..
lagi la wat pemandangan tu bertambah cun.. wakakakkakakaka...





pokok kat blkg viona tu...
mmg banyak kat beijing ni..
sbb pokok tu digunakan sbg penghalang angin..

time spring n autumn, angin bertiup lebih kencang..
so pokok tu ngn daun² mengurai camtu dapat menghalang sedikit dari angin yg berhembus kencang...



time pagi², summer palace ni merupakan tempat tumpuan warga tua dorang beriadah...
ada taichi, ada jogging..

dan jugak ada aktiviti mcm gambar kat atas tu...

dorang akan tulis kat atas lantai guna air...
merupakan aktiviti riadah fizikal n rohani...
cantik gak tulisan dorang tu..
tatau la jampi serpah apa yg dorang tulis kat lantai tu...


kat belakang aku tu ialah balai yg digunakan untuk kurung raja (anak cixi yg masih berumur 9 tahun tu...)..

kenapa cixi kurung anak dia?
sbb anak dia pada suatu ketika pernah memberontak dari mak dia..
anak dia nak wat reformasi..
sbb tak suke menjadi boneka mak dia..

huuhuhuh....

tapi mak dia berjaya halang anak dia...
pastu mak dia kurung anak dia dalam tu..

tp kurung2 pun, balai tu lengkap ngn segala²nya..
bukan la kurung kosong je...


berehat sejenak...


si Cixi ni mmg hidup mewah...
kat belakang tu ialah balai santapan diraja...
kiranya cixi n anak dia makan kat dalam tu la..

dan tiap kali makan, cixi nak lauk yg dihidangkan wajib sekurangnya2 133 jenis lauk!!!!!

gilak la membazir..

menurut afida, lauk2 tu boleh diberi makan kepada lebih 500 org petani !!!!



jom makan !!!!!

ahahha..


viona tgh pose kat pintu masuk ke beranda panjang...

di summer palace ni, Cixi arahkan supaya dibina 1 beranda yang pjg...
sbb cixi lepas bangun dari tido, dia nak jalan2 menikmati pemandangan tasik..
tp dia nak jalan2 dalam teduh..
so diarahkan la petugas dia wat 1 beranda yg panjang !!!
kira2 700m kot..
aku pun tak bape igt tp mmg AMAT PANJANG !!!




ni ialah pemandangan dalam beranda panjang..
mmg panjang..
dan mmg teduh...
dari sini kita leh tgk pemandangan tasik yg luas...



setiap tiang kat beranda ni, dilukis tangan...
dan setiap lukisan adalah berlainan...
so klu ada 1000 tiang, makanya ada 1000 lukisan...



pose kat jambatan dulu....




orang ramai berpusu2 amik gambar lukisan2 kat atas...

cantik2 lukisan dorang..
dan setiap 1 lukisan tu mcm ada cerita..


ni contoh lukisan yg ada..

cerita dalam lukisan ni,
anak cixi yg jadi raja tu lama2 mati akibat demam cacar...
tapi cixi takmo ilang kuasa..

maka dia pi amik sorang budak laki, n ditabalkan jadi raja...
so kekal la cixi berkuasa lagi..

mcm2 kes org gilak kuasa ni kan..




itu ialah viona....




ini ialah aku..
huhuuh korang tgk la aku pegang erat kat pagar tu..
sbb aku takut jatuh dalam air..
ye.. aku bukanlah perenang yg hebat..
takat renang sikti2 tu bole la..




tasik yg sangat luas...



pagoda atas bukit sinun digunakan if ada upacara diraja...




ni pemandangan yg diambil dari beranda panjang...
nun di hujung sana ada satu jambatan panjang yg menghubungkan sebuah pulau kecik..



kitorang igt nak pi jalan2 sampai jambatan tu..

tp bila pikir2, hari dah mula panas..
plak tu atas jambatan tu takde tpt berteduh from panas..
so baik takyah g..


viona bergambar disamping potret lukisan Cixi..
masam je muka Cixi dalam tu..


tamat sudah episod 11 Summer palace..

di episod 12 aku akan cerita hal Mutiara Air Tawar...


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

2 Comments Uols:

attyfir said...

bila tgk dan baca kisah nie..mcm tgk citer cina petang2 masa ade tayang kt tv3 dolu2..

budak kecik said...

ha'ah..betul tu atty..rasa macam kita sama2 pi situ...best la cara korang cerita..detail...

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!