Header

Friday, June 05, 2009

Dokumentari Beijing - Part 5 Forbidden City

fuuhh..
leguh kaki berjalan kat tianmen square tak pun reda lagi, ktiorang pi terjah Forbidden city aka Istana Kuno...

Forbidden City ni merupakan kawasan istana yang digunakan oleh maharaja² cina dahulu kala..
ada lebih kurang 24orang maharaja yang pernah menggunakan istana² dalam ni...

sangat luas kawasan istana ni...

ada kira² 9999.5 bilik keseluruhannya..
kenapa ada perpuluhan 5 lak?
sbb ikut kepercayaan cina, hanya dewa kayangan sahaja yg boleh mempunyai istana dgn 10000 bilik...
huh camtu pulak...

segalanya lengkap kat dalam istana ni..
terbahagi kepada 3 bahagian...

bahagian pertama, bahagian paling luar ialah bahagian utk pengurusan negara..
kiranya raja dedulu akan pegi kat bahagian ni utk segala urusan negara la..
klu ada tetamu mai dari negara lain, dia jumpe kat bahagian ni...

bahagian ke 2 ialah bahagian kamar diraja...
bahagian di mana raja tido.. ada bilik dia..
dan disekitar bilik raja adalah bilik tido gundik n dayang... (afida sebut dayang as "selir".. bahasa indon kot..)..
biasanya raja2 dulu ada sehingga lebih 50 org gundik...
gile la.. tak kene aids lak ek...
huhu..

yang amat memeranjatkan kitorang, walaupun istana ni besar2 belaka, tapi bilik tidur dia amatlah sempit..
katil pun camtu.. kecik gille mcm katil bdk kecik...
budaya cina zaman dulu, lagi kecik bilik tido n lagi kecik katil (afida sebut katil as ranjang.. hah) membawa erti panjang umur..
hahaha..

so klu nak pjg umur, tido la kat bilik sempit n katil kecik.. gitu...


bahagian ke 3 ialah bahagian taman diraja...
tpt utk raja istirehat n bersenda gurau bersama gundik...

Napa istana ni digelar Forbidden City?
sbb zman dulu, hanya kawasan bahagian 1 je yg ada org leh masuk dgn kebenaran raja n if ada urusan..
bahagian lain adalah hak mutlak raja n petugas diraja (gundik n hulubalang la...)..
org lain diharamkan masuk...
now..
dah dibuka kpd public..

overall, sangat luas Forbidden City ni...
sangat letih nak habiskan jelajah seluruh kota istana dia ni..

wuhuuu...

nah layan gambar2..
gambar banyaakk.. layan je la ek..











di luar forbidden city...
perhatikan tiang kat blkg tu...
ada sekor rimau yg memandang ke arah selatan..
simbolik utk memperingatkan raja supaya jgn lupa pada wilayah selatan kerajaan dia...
dalam kota istana tu lak ada rimau ngadap utara.. soh raja jgn lupa yg kat utara plak...

atas jambatan nak masuk forbiden city..
jambatan ni jugak la yg digunakan oleh maharaja dulu2..

sementara tunggu si afida beli kan tiket...
camho lagi..
tak silap aku harga tiket is 60yuan (rm30) utk dewasa...

bergambar di atas "garisan tengah"..
kota beijing dibangunkan di atas garisan tengah ni la..
kiranya simetri kota beijing...

berdua plak kat "garisan tengah"...
garisan tengah ni kat forbidden city ialah sepanjang 5km !!
lantai garisan tgh ni dibuat tinggi sikit dari lantai lain..

bergambar lagi kat bahagian pertama (bahagian urusan negara) forbidden city..

"saya datang nak jumpe maharaja utk urusan import eksport" hahahaha...

kat belakang aku tu ialah Balai yang digunakan oleh petugas diraja semata2 utk menyambut kunjungan tetamu...

pastu tetamu tu akan dibawa menghadap raja kat balai lain lak...

singa.. melambangkan keadilan raja..
if kaki singa pegang anak singa, maknanya singa tu betina la...
huhuuh

lagi bergambar ngn singa betina...

dari balai menyambut tetamu nak g balai siggahsana raja, ada satu lapangan yg luas....

lantai kat forbidden city bukan lanta biasa..
ianya dibuat dari 8 lapisan lantai..
sbb raja dulu2 ramai musuh.. dia takut musuh serang dari bawah tanah..
so dia wat latai tebal2 susah musuh nak gali.. hahah


eh eh.. pose cara apa tu...
main senget2 lak...

kat kawasan ni jugak la raja menjalankan hukuman if ada org wat salah...

dah sampai kat balai singgahsana....

replika singgahsana maharaja...
yang ori diorang dah cabut sbb dibuat dari emas ooooooooooo...


kawah belakang tu dulu raja letak harta..
emas...
melambangkan kekayaan raja time tu...

antara ribuan bilik2 yg ada kat istana kuno ni...


mana fong sai yuk?????? lalalallala...

kekonon maharaja n ratu tgh memadu kasih....
hahahaha


dari balai singgahsana, kitorang nak pi lak ke bahagian 2 kawasan forbidden city..
bahagian bilik tido raja...

upgrading work in progress........
uhuhuh

walaupun kwsn istana ni ada 9999.5 bilik, tapi hanya terdapat 6 saje public toilet..

kitorang tak ambik gambar sgt kat bilik raja sbb bilik raja dia bubuh cermin just tinjau dari luar so tak nampak la if snao gambar..
hanya ada dalam ingatan kitorang je...

dah sampai ke bahagian ke 3...
taman diraja...

cantik ooo landskap dia..
batu-batuan di bawa khusus utk raja dari segenap pelusuk china...

mmg cantik2 batu hiasan kat taman ni...


pokok ajaib bak kata Afida..
dua pokok yang bercantum...


kepercayaan cina, pokok ni melambangkan ikatan yang tak mungkin terurai bg pasangan kekasih/suami isteri..
hihihih..


atas batu2 tu pulak tpt raja menikmati pemandangan...
org awam takleh naik...

khusyuk viona mendgr penjelasan si afida...

sambil viona dgr afida bebel, aku lak camho je kejenye...
wakakakka

Sungai Emas...
ntah napa ntah dia di panggil sungai emas..

sungai ni terletak kat bahagian belakang kawasan istana..
kiranya penghujung forbidden city..


klu kat mesia, komuter je yg pakai letrik....
kat tgh bandar beijing, dorang ada bas letrik..
maju maju maju...

letih oooo jalan dalam forbidden city..
lps dah jalan, kitorang dibawa g makan tghari...

lapa lapa...

uhuhuh...
berholiday punya pasal, letih letih pun tetap ceria...
sementara tunggu hidangan..

menu kali ni ok sikit rasa dia..
but still kitorang makan hanya utk kenyang, bukan utk feel...

dah kenyang...
jom jalan tpt lain lak..

selepas ini, tgk sutera..

Sekian Episod 5 - Forbidden City...
Nantikan episod 6 - Sutera pada hari dan siaran yg sama... ahhaha

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

6 Comments Uols:

atty's said...

banyaknya bilik istana tu ye..kira mcm wilayah gak agaknya besau istana tuh

nURmALa mAZLan said...

aisehmen!!!! menjeles btol tgtk gambar korang berhoneymmoning nih..ehehe

prebetsabu said...

atty: a'a kak.. kira mcm wilayah la.. dah nama pon forbidden city.. mmg dah mcm bandar la.. khas utk raja....

nurmala: takpe mala.. korang masih kira pengantin baru leh honeymoon lagik ni.....

sue-ana said...

ilang ngtuk tgk gmbr2 anda berdua..best2!!


tp xtau mengapa, sy lebih cenderung tgk t-shirt yg anda berdua pkai tuh.nice!!! (",)

Cath J said...

NI berdua saje ke pergi...best nyerrr... ^_^

prebetsabu said...

cathJ: yup g berdua je.. damia tinggal ngn wan n atok.. honeymoon maaaaaa hik

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!