Header

Wednesday, July 15, 2009

Bulan masih mengambang di manek urai


Rata-rata rakyat malaysia dah pun mengetahui keputusan pilihanraya kecil d manek urai, kelatan kan?

Ye...

Bulan masih lagi menyinarkan cahayanya di Manek Urai..
PAS menang lagi...

PAS menang dgn majoriti 65 undi sahaja..
tak pe la.. janji tetap HIJAU yang sentiasa akan menang, hihihi.. everGREEN mcm Mv.com gak...

Antara isu yang menarik dalam pilihanraya kecik ni, tak lain tak bukan ialah isu mengenai hal pembayaran royalti minyak terhadap kerajaan negeri..
PAS mendakwa, sebanyak kira2 1 BILLION ringgit sepatutnya dibayar kepada kerajaan negeri sebagai royalti hasil minyak petroleum..

tapi dakwaan itu disangkal oleh Timbalan Perdana Menteri dgn sekeras-kerasnya..
bahkan TPM jugak kata, yang kelantan TIDAK LAYAK menerima royalti minyak..

apabila diajukan mengapa Kelantan tidak layak menerima royalti tersebut, TPM mengatakan, hal itu akan dibentangkan secara terperinci oleh pegawai dari Petronas, dalam kempen pilihanraya tersebut..

tapi....................

sampai ke hari pembuangan undi, takde pun sorang wakil dari petronas yang tampil untuk memberikan penjelasan mengenai royalti minyak...

Apa ni Pakcik Muhyiddin...
kata TPM.. tapi takkan org bawahan tak dgr kata TPM kot..

sampaikan sorang pun kelibat wakil petronas tak mai mai utk jelaskan..

mungkin tak sempat untuk wakil petronas nak pikir ayat nak putar-putar kot?
or janji kosong dari TPM tu sekadar TIN KOSONG untuk meredakan sedikit mengenai isu petroleum tu kot?
kiranya janji bahawa petronas akan beri penjelasan mengapa kelantan tidak layak royalti tu hanyalah sebagai tiket utk melepaskan diri dari bebanan tuntutan dari PAS?

Macam2 la dorang ni tak sudah2....

Apepahal pun, PAS dah menang di manek urai...
moga YB yang terpilih dapat mnjalankan tanggungjawap dgn cermat n cekap demi rakyat segenap lapisan...

jangan asyik sibuk nak berpolitik sampai lupa tanggungjawap yg telah diamanahkan....

alhamdulillah... hijauuu lagi bumi malaysia....


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

9 Comments Uols:

KM said...

KM suka kempen menghijaukan bumi malaysia hua..hua...hua...

~ eila'z ~ said...

i suka sangat warna hijau...tp ada jugak hijau yg i tak suka...

prebetsabu said...

hihih.

jangan kerana politik, sesama kita masyarakat bermasam muka kan kan kan...

*takleh terima sesetengah org taksub politik sampai takmo kawan ngn org pahaman lain.. pelik...

mYpRecious said...

mcm kat kg saya la ps, umah sekeliling seme pakai bendera hjau kami ygb tengah2 ni pakai bendera biru.. sudahnya mmg dorang tak tegur kami anak beranak.. dari saya kecik sampai dah kawen neh,l atu jugak jiran2 sy.. tk pham betul..

Masviona said...

saya lagi ler suke hijau...mmg hantu sejak dulu² lagi...cita↓l masa kecik kalau dah besar nak beli kete kaler hijau metalic....ahaksss

tp tak semestinya saya suka bendera hijau tuh n tak semestinya saya suka bendera biru tuh.....hikssss kerana undi adalah resia kan....muahahahaha\

tp saya mmg suka kaler hijau...green around the world

~ain said...

hijau bumi tuhan

Aduka said...

dlm syurga ada smua warna kcuali biru..
hahaha..
phm2 je la..
=P

Suziey Ahmad said...

harap2 kelantan akan bertambah maju dan menjadi lebih baik dari sekarang

CuTeMiUt78 said...

bumi yg hijau gitu.. hik..hik..hik.. lari tajuk la plak.. :D

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!