Header

Wednesday, July 15, 2009

Toll Rebate.. Mcm tak ikhlas je....


Malam tadi masa aku teman viona ke dentist, sempat aku layan berita kat tv sat...

ada satu berita yang menarik perhatian aku...

Pengguna lebuhraya yang menggunakan kad TnG boleh claim rebate...

camni...
antara yang dapat aku pahamkan ialah, bagi mereka yang menggunakan TnG dan jumlah transaksi mereka melebihi dari 80 kali dalam sebulan, mereka layak untuk claim rebate..

rebate yang diterima bukanlah berupa rebate tunai, tapi merupakan rebate dalam bentuk tambah nilai TnG..

jumlah rebate ialah sebanyak 20% daripada jumlah transaksi...

camna nak dapatkan rebate?
let say dalam bulan ni korang guna hiway n jumlah transaksi toll korang ialah lebih dari 80 kali...
so bulan depan, korang leh g ke kaunter TnG and bgtau mereka yang anda nak claim utk rebate..
pastikan anda bawak jugak kad TnG sbb dia akan tambahkan nilai TnG anda tu mengikut jumlah rebate...

kita jugak leh kumpulkan utk laim rebate sekaligus selama tidak lebih dari 6 bulan..
lebih 6 bulan, burn la if tak tebus..

hmmmmm...

bagaimana bagi mereka yang menggunakan transaksi tunai utk toll?
sorry.. setakat ni rebate hanya diberi pada pengguna TnG sbb kerajaan masih belum dapat tentukan mekanisma utk pengiraan rebate bg trxn tunai..
ye la kan.. if trxn TnG, akan ada rekod dalam statement TnG so leh tau dia guna utk toll lebih or not 80 kali sebulan..
if tunai, camna nak trace?
simpan resit?
kalau pun boleh pakai resit utk claim rebate, camna lak nak bg rebate tu sbb gomen takkan bagi dalam bentuk tunai...

hmmm....

macam tak ikhlas je kan usaha kerajaan ni...

apapepun, harapnye mekanisma rebate utk pengguna tunai dapat diselesaikan secepat mungkin...
dan semoga kaedah rebate ni diperhalusi dgn lebih mendalam...

kene pikir gak camna lak keadaannya dgn pengguna Zing TnG..

cmna lak ngn penduduk yang berada di luar lembah klang nak tuntut rebate TnG sbb pejabat TnG kebiasaannya berada di lembah klang shj..

dan adakah semua lebuhraya kita leh claim rebate atau hanya lebuhraya PLUS?
sbb agak kurang adil la.. cthnya kita duduk PJ and keje di rawang... so kita akan lalu hiway PLUS yg kita tau ialah hiway yang pjg.. so trxn dikira sbg 1 (entry di toll subang, exit n payment di toll rawang) tapi jumlah yang dikenakan adalah tinggi...

berbeza with mereka yang tinggal di kajang cthnya...
kerana area kajang byk hiway yg stretch nye pendek.. tapi ada 2-3 plaza yang tiap 1 berkadar rendah (rm1.50, rm1.30) spt besraya, sprint etc etc..
so utung besarlah mereka yang menggunakan laluan toll yang kerap but jumlah kecil berbanding mereka yang menggunakan laluan toll stretch pjg, tapi jumlah besar...
sb mereka kebih mudah utk capai target 80 kali penggunaan setiap bulan, walhal pengguna hiway yang panjang, susah la nak dapat jumlah trxn camtu...

errr paham tak ni?
yang aku nak cakap sini, ketidakadilan masih berlaku !!!

dan jugak, sejauh manakah tepatnya laporan statement TnG?
berdasarkan pengalaman, aku perhatikan dah banyak kali trxn TnG aku di sesetengah plaza toll yang tidak direkodkan secara betul..
aku dah pernah wat aduan melalui email pada Rangkaian Segar, dan jawapannya ialah sistem di plaza tidak dapat menghantar data pada central processing..
so jikalau masalah ni masih berterusan, susah la kita nak define 80 kali tu if ada 2-3 trxn kita yg tak terrekod dalam statement...

kesimpulan aku, kerajaan kerap melakukan keputusan secara melulu !!! keputusan yang hanya macam nak kaburkan mata rakyat nnti esok2 dia leh la kata "Kita dah bg rebate pada toll khas utk rakyat.. kita prihatin..."


huuh ?!


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

3 Comments Uols:

~ain said...

ha.. bukan macam tak ikhlas. tapi, memang tak ikhlas.. 80 kali? 20%? Tak lebih dari bulan? Bukan rebate tunai? hmmm... macam-macam!
Dalam berita semalam..ada kata...
Mr.PM tak sampai hati bla bla... Macam tak ikhlas!!

opsss.. terlebih sudah.. Kang tak pasal2 i kena gam dengan gam gajah!! heheh

[-suziey-] said...

susah nk puaskan hati sume pihak..bagaimana sempurna pn seseorang tu nk tunaikan permintaan sume org tp masih akn ade bunyi jgk..rambut smaa itam hati lain2..xgituh :)

CuTeMiUt78 said...

eemmm.. memang betul tu.. nampak ketidak ikhlasan tu..

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!