Header

Monday, July 20, 2009

Tunaikanlah tanggungjawap ANDA...

KORANG DAH BAYAR CUKAI???????????????????
BELOM????????????

MEMANG KORANG TAK BERTANGGUNGJAWAP............. !!!

CONTOHI LA KAMI DI MV.COM....
DAH BAYAR CUKAI.. (eleh..padahal baru je settlekan cukai yang dah tertunggak, dah nak eksyen lak aku ni... ahhaah)

Cukai apa yang aku maksudkan?

tak lain tak bukan ialah Cukai Taksiran aka Cukai Pintu..
Cukai ni ialah cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas rumah anda...
cukai ni dikenekan sebanyak 2 kali setahun...

satu lagi cukai, ialah Cukai Tanah......
Cukai ni dikenekan oleh Pejabat Tanah..
Setahun sekali je..
dan basanya cukai tanah ni murah je.. bape puloh ringgit je setahun...

Alkisahnya, tetiba lak mai seru untuk soh kitorang settlekan segala macam cukai ni...

dan dua dua cukai ni adalah tertunggak...!!!
Untuk Cukai Taksiran, kitorang tertunggak utk bayaran 2008 & 2009.. huhuhu..
tapi lebih dasat, ialah Cukai Tanah..
Kitorang berjaya menunggakkan cukai tanah ni sejak 2006 !!!!!

Sangat tidak bagus kan kitorang ni.... !!

So kitorang pun berubah...
menjadi penduduk Selangor & malaysia yang bertanggungjawap..
maka kelam kabutlah kitorang p ke PBT...
Oleh kerana kitorang dahulunya adalah ingkar untuk bayar cukai mengikut peraturan, maka kitorang dikenekan denda.. hahahhaha
padan muka kitorang kan kan kan...

oleh kerana Teratak Buruk kitorang terletak dalam mukim Kajang so PBT yang bertanggungjawap ialah Majlis Perbandaran Kajang la kan..
Kitorang pun pi la serbu MPKJ dgn wajah riak n takbur sbb bangga akan perubahan untuk menjadi penduduk selangor yang bertanggungjawap... ahahhaa..

memula aku g je kat kaunter Pandulalu dia..
sbb malas nak paking kan...

sekali sampai je kat kaunter tu, Petugas tu tanya kat aku ada tak bil/surat untuk cukai tu...
aiyaakkk....

"encik, dahulu kami adalah penduduk selangor yang tak bertanggungjawap... lalu segala surat/bil telah kami tong sampahkan..... "

huhuuhuh...
tak.. aku takde la cakap camtu.. hati aku je cakap camtu...
oleh kerana aku tak bawak bil/surat cukai tu (padahal surat2 tu ntah mana ntah aku buang)
maka aku diberitahu urusan aku takleh dibuat di kaunter drivethru ni..
kene g naik ke kaunter opis gak hahahaha...
dush dush padan muka aku....

oleh kerana aku naik Mr. Triton aritu, so selamba lah aku meredah divider n paking je atas divider kat kompleks MPKJ tu...
(hahaha.. baru je kata nak berubah menjadi penduduk selangor yg bertanggungjawap.. adoiii la....)
Aku masuk n g kaunter pertanyaan...
lalu diarahkan aku untuk terus masuk ke kaunter bayaran...

tunggu giliran tak lama sbb tak ramai org (ataupun lebih tepat lagi, tak ramai org yang bertanggungjawap nak pi bayar cukai.. hahah ye ke?)

tgk la.. bersenang lenang je staff kt kaunter tu sbb tak ramai org pun yang ada.... huhuuh

sampai kaunter, staff sana cakap kitorang punya akaun tertunggak...
aku pun wat la muka terperanjat...

"Apa?? tertunggak? Eh cuba awak cek semula"
(Dgn harapan tetiba je system dorang jd bengong, kata aku dah wat full payment...)

"Betul encik, cukai tak bayar since 2008.."

"ooo.. ye ke.. ok la klu camtu.. bape?"

so rabaklah poket kitorang dalam rm460 gak la...
takpe..
janji kitorang leh senyum riang kuar dari MPKJ and berbangga sbb kitorang dah jelaskan cukai taksiran..
huhuuh..


tapi ni baru sekerat jalan...

kitorang g lak ke Pejabat Daerah kat bangi nun..
nak tanya dia pasal cukai tanah..
jujurnya, aku tak pernah bayar cukai tanah !!!
sbb aku tak pernah dapat surat untuk soh bayar !!!

so sesampai kitorang ke Pej Daerah, terus kitorang tanya mengenai status pembayaran cukai tanah umah tu..


tup tup dia cek, dia kata maybe maklumat cukai aku ada kat Pejabat tanah kat Shah Alam..
aiyooo.. takkan takleh cek?
kan skrg zaman IT...
rupanya, sistem dorang down...
sbb line broadband Kerajaan selangor kene blok!!!
adoii.. nasib badan kitorang ....

tapi dah alang2, kitorang pun terus shoot ke bangunan SUK Shah Alam...


terus tanya kaunter pasal cukai tanah umah aku..
huhuhu..
mmg sah dari 2006 aku tak pernah bayar...

ye la camna aku nak bayar..
tak pernah dapat reminder or surat soh bayar pon...
rupanya, dalam rekod tu, alamat umah aku adalah salah...
ceh...
boleh plak camtu...
patutla tak pernah dpt statemnt soh bayar cukai tanah pon...
so terus aku tukar alamat....


sib baik cukai tanah murah je..
tunggakan sejak 2006 hanya sebanyak 235.90
hmmmmm.....

senyum meleret je kitorang lps dah bayar.........

puas hati segala cukai untuk tahun ni dah langsai !!!

KORANG PLAK CAMNA? LEH JOIN KITORANG TERSENYUM TAKKK???????

if tak bayar lagi, gi bayar cepat !!!!

*sbenarnya leh bayar online thru internet banking.. tapi sbb aku takde details, so kene la pi ngadap ke kaunter....




MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

12 Comments Uols:

atty's said...

ooit..bertanggungjawab betui uols..ha..nexttime.jgn tangguh2 beb

mummysya said...

Kin pernah kena sampai RM1K++ sebab MPKj tak update. Kitaorg pakai standing instruction, MBB dah potong tiap2 tahun, tapi MPKj tak dpt notice...

Sangat sengal. bertunggu tangga kat MPKj sehari baru settle....

lily lotus said...

hiksss..tahniah!

TiNiE said...

ala, akak bayar pakai mb2u jer...dtp bil terus setel..online..heheheh

CuTeMiUt78 said...

wah.. sungguh bertanggungjawab...
eemmmmm disebabkan cam akak ni duk umah pusaka.. dan umah belum lagi terbina makanya idok ler akak ko ni g membayar cukai pintu ataupun cukai tanah..

nURmALa mAZLan said...

wahhhhhhh
kak mas adalah bertanggungjawab
isk....... x reti la kita cukai2 ni
tgu dah ada rumah sendiri nnt baru nak amik tau pasal cukai ni..boleh?? ahahaha~

moMmY miMiL said...

MV,

Cukai tu spesis ape ek? wakakakaka..gelak jahat jap..

p/s : aduh! bab2 ni weols agak lembab sket pergerakannye..hehe..

rasp said...

leh dpt "award penduduk contoh nie" :D

Dee said...

dh byr..hehehe..lega..

miezrina said...

lerrrr dtg shah alam ker... awat x buzz daku... leh jimba2 keh keh keh

anyway... rumah tetiap bulan setel... baru x parah... tanah lak... hny di kampung saja ada tanah... pulak tu.. bapak yg setelkan hehehehhehe

prebetsabu said...

ALL: thnks sbb drop komen...

kitorang tak sempat nak balas arini..

kesimpulannya, tanggungjawap kita pada negara harus dilunaskan...

tak kira la cukai tanah ke, cukai pintu ke, cukai pendapatan ke...

baru la leh jana ekonomi.....

*zakat jagan dilupakan !!!!

tuberose78 said...

ya ampuuuunnnn..!! tak dapek nak nolong.. nasib dh bayar!!

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!