Header

Wednesday, August 19, 2009

CCRIS

Siapa tau makna CCRIS sila korek idong sekarang!!
hah !

Central Credit Reference Information System ialah nama penuh CCRIS
CCRIS ialah sebuah sistem yang akan mengumpulkan data dari syarikat kewangan yang ada dalam negara ni.
Sistem ini diselia oleh Bank Negara Malaysia.

Laporan CCRIS ni lah yang selalu digunakan oleh pihak bank sekiranya kita nak memohon utk pinjaman baru..
buruk laporan ni, maka tipislah harapan korang utk loan tersebut lulus... walaupun pada kiraan kasarnya gaji or income korang mmg memenuhi syarat.... !!!

apa fungsi CCRIS?
apa yang terkandung dalam CCRIS?
melalui laporan from CCRIS, kita boleh lihat data-data mengenai :-

1- Maklumat terperinci mengenai fasiliti² pinjaman yg telah kita buat, spt jenis fasiliti pinjaman (pinjaman kereta, pinjaman umah, personal loan etc) dan jugak jenis pimilikan pinjaman tu (perseorangan ataupun pinjaman bersama/joint)

2- Maklumat terperinci jumlah sebenar komitmen kewangan kita, termasuklah jum;lah outstanding segala fasiliti pinjaman dan juga jumlah had maksima bagi setiap pinjaman yg dibuat.

3- Memaparkan rekod dan corak pembayaran kita untuk SETIAP fasiliti yang kita ada selama SETAHUN. Samada kita ni jenis bayar on time or bayar tertangguh². If bayar cun n on time, dalam rekod kita akan catat 0. if 1 maknanya kita tertangguh sebulan (yg ni if kita nak apply loan lain, bank tak kisah sgt rekod 1 camni..) if 2 maknanya kita tak bayar 2 bulan n seterusnya.. (if dah 2 bulan, mmg harapan korang utk apply loan lain susah la sikit.. sbb rekod loan sedia ada menunjukkan korang mmg jenis liat bayar utang!!)

4- Memaparkan maklumat² tambahan lain spt tarikh maklumat dikemaskini oleh pihak pemberi pinjaman, jenis kekerapan bayaran (bulanan, tahunan etc) dan jugak jenis cagaran.

ni format lama report ccris.. now dorang dah ubah sikit format ni... lebih mesra pengguna n mudah dibaca n difahami

Laporan CCRIS ni boleh didapati dgn PERCUMA di Bank Negara.
Dan baru aku tau sekarang ni dah ada kiosk layan diri utk kita print report ccris ni...
sangat senang..
lepas print, if kita tak paham report tu, leh mintak staff Bank Negara tu explain kan kat kita details report tu.


So itulah dia serba sedikit mengenai CCRIS dari Bank Negara.
Nanti aku kupas pasal CTOS (Credit Tip Off Service) yang mana bank² masih lagi menggunakan servis CTOS ni jugak utk cek samada bakal peminjam tu ada rekod buruk or tidak... (terkini, CTOS pun bg FREE gak if kita nak cek data kita sendiri ngn CTOS.. dulu kene bayar rm30 kot klu tak silap)

so dua dua report kita kene jaga...
kene make sure report2 ni data dia cantik..
takde sangkut2 or blacklist..
if ada, hancur la harapan korang utk wat loan nanti.......

SELAMAT !!!


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

7 Comments Uols:

mummysya said...

Salam

Dan, nowdays pihak bank amat leka dalam mengemaskini rekod-rekod pengguna walhal jika terdapat full settlement yang dibuat bertahun dahulu masih terpapar dalam rekod CCRIS.

Tat is why kita kena selalu update setiap kali pembayaran full settlement dibuat dan paling lama seharusnya 45hari dari tarikh pembayaran...

Yang pasti segala kelulusan loan adalah bergantung pada pihak bank berkenaan.

Ceh!! mentang-mentang duit diaorang, sukahati diaorang nak bagi atau tak. Yang paling besh, fizikal kita juga penting jika kita apply loan tersebut....

Cath J said...

Oh... thank you for sharing... ^_^

Dee said...

dh penah gi bank negara check ccris..

TiNiE said...

dulu, pernah berkhidmat di dept yg handle ini sistem. skang?? tidak lagi...

tuberose78 said...

mmg nk kena check jugak la..

CuTeMiUt78 said...

emmmm bagus ada info yg camni sekurang2nya blh tau kan camne status kita

dhiya said...

informative! thx for sharing

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!