Header

Tuesday, August 25, 2009

Pekene TEH HALIA... perghhh..


Malam semalam and malam sebelumnya, aku dok balun teh halia.....
kenapa?
sbb pengalaman lalu mengajar aku erti kedewasaan (dah mula ayat mengerut aku hah)

sbb biasanya everytime awal puasa, aku akan kene perut kembung...
perut rasa sebuuu je.. mual2 n nak muntah..
so aku prepare awal2 minum teh halia tiap malam..

tapi rupanya dalam aku sebok prepare, viona lak yg terkena penyakit angin tu..
alahai..

takpe la. ni aku nak cerita psl teh halia..
apa yang bagusnya teh halia nih?

halia, atau dalam alloghatul arabiah ialah zanjabil..
sejak dari zaman dulu lagi mmg pak arab suke benar masukkan halia dalam air dorang... tak kira la teh ke, kopi ke, susu ke, madu ke...
halia juga ada disebut dalam al Quran tau...
“Mereka dalam syurga ini diberi sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil" - surah al-insan ayat 18

haa.. minuman halia ialah minuman ahli syurgaaaa tau !! jgn main2 !!

Menurut kitab-kitab perubatan Islam, zanjabil dapat mengatasi masalah kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angina dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan.

haa.. sikit punya banyak khasiatnye sebenarnya..
yang kita dok tau.. halia sesuai utk buang angin...
lepas minum air halia, kita akan sendawa n kentot... hahaha


oleh kerana halia ni amat baik utk sistem penghadaman kita, orang2 dari zaman dulu lagi dah campur jugak halia dalam pembuatan makanan...
pernah dengar psl roti halia?
tak pernah..?
camna gingerbread?
haa.. ginger tu sama la ngn halia.. huhuhuuh..

ada jugak resipi biskut halia...
tak tau?
sila browse encik google n search la biskut halia..
berlambak!!

Antara khasiat halia ni yg aku dapat info and nak kongsi,
if korang selesema, adalah lebih melegakan and sangat mujarab if korang makan halia ni...
korang leh kunyah halia segar...
ngeri? takut pedas n rasa yg tak best?
takpe la.. korang capur la halia segar dalam teh !!!
insyaallah.. badan akan lebih selesa..

Selain dari khasiat herba halia ni,
actuallynya if kroang minat bercucuk tanam, pokok halia ni pun sebenarnya if korang susun cantik2 kat laman umah, leh jadi perhiasan landscape yg cun.. lain dari yg lain !!
serius...

so?
apa tunggu lagi...
if takut perut tak selesa tie puasa, leh layan teh halia time late night supper..
time sahur pun leh je layan teh halia... campur lak ngn madu.. perghhhhhh..


*huhuh.. viona dok wat n3 pasal Eno halia... haa.. tgk tu.. eno pun dah taruk halia!!! see?

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

6 Comments Uols:

Kaseh said...

biasa bulan pose teringat arwah nenek salu buat air mata kucing buh halia.. mmg sgt sedap..elok minum time bolan pose ni..

prebetsabu said...

ahaa.. buah mata kucing...

ni pun satu buah yg amat2 baik n berkhasiat..

kaya ngn antioksidan dan antivirus...

sesuai utk mengubati dan mencegah alergy, cancer, diabetes n sakit jantung ooo...

bijik mata kucing lak leh di buat syampu dan juga boleh digunakan sbg bahan utk menghentikan pendarahan

isi buah mata kucing sama khasiat mcm halia gak.. utk penghadaman dan paling best, sesuai utk bunuh cacing dalam perut hahah...

menarik gak ni.. gabungan mata kucing n halia.. err.. nak resepi leh????

malinasiam said...

fuhhh
korang b2 ni mmg byk info lahh
halia muda buat ulam pon sodap

prebetsabu said...

momguess: wahh.. buat ulam.. tak pedas ke ek.. hihiih...


lupa nak tambah.. buah mata kucing mmg berkhasiat, tapi tajam utk tekak.. if batuk, elakkan mata mata kucing...

Masviona said...

mata kucing mmg kesukaan saya tp selalunya confused mana satu mata kucing mana satu longan....bedal jer lah asalkan rasa dia tetap sedap...hiksss

tp tak pernah rasa lah plak kaseh air mata kucing campur ngan halia....sedap ke????

Anonymous said...

wupsss..ape yg terjadi pd MV, terjadi pd saya jgk smlm....

Thanks for your info yekk!!

Angin 1 badan pulak cemana nak dibuang??? xD

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!