Header

Thursday, August 27, 2009

"Terima Kasih Masviona.com"

Ding Ding Ding...
Lewat petang semalam, time nak nunggu berbuka puasa, tetiba je henpon aku bunyi... macam biasa, bunyi tu ialah bunyi email masuk.
Ahkak pun rileks je la.. dalam hati maybe email notification from blogger.com bgtau aku ad org komen kat blog kot. So aku pun settle² kan urusan untuk berbuka.. hidang makanan etc etc...

Lepas dah settle, duduk² baru aku teringat kat henpon tu terus amik dan buka email. Bukan email dari blogger.com, but email dari seorang reader masviona.com rupanya. Ahkak terharu hockay ngn isi kandungan email tu...

Huhuhu.......sebak wehhhh (kandungan original hanya di copy paste je kat sini ye uolsss)

Dear Sis Masviona & Bro Prebetsabu serta Avin Damia,

Sorry sis saya kacau sis dgn email nie. Sebenarnya saya dah lama teringin nak email or kat sis. Saya dah lama ikuti perkembangan sis sekeluarga dan boleh dikatakan saya telah mengenali sis macam kawan rapat walaupun kiter tak pernah bertemu.

Saya sebenarnya nak mengucapkan penghargaan kat sis sebab sis & family selalu buat saya rasa bahagia. Bila saya baca kisah kehidupan keluarga sis, saya rasa seolah-olah saya adalah salah seorang dari keluarga sis. kadang-kadang sampai saya betul-betul teringin untuk menjadi salah seorang keluarga sis! Keunikan sis & family betul-betul menjadi sumber inspirasi saya.

Pada mulanya saya hanya singgah di blog sis nie dari link blog lain. Saya ingatkan blog sis nie sama jer dgn blog-blog lain, family blog. Kisah pasal anak, pasal makan, pasal jalan-jalan. Tapi bila saya pergi jauh ke tulisan-tulisan sis, saya dapat rasa seperti saya masuk sekali dan begitu dekat dgn sis sekeluarga.

Saya teruja melihat perkembangan dan kemajuan yang ditunjukkan oleh Damia. Kasih dan sayang yang sis & bro tunjukkan pada anak sis jelas nyata dizahirkan. Damia juga sangat aktif & cerdik. Teringin rasanya saya mencubit-cubit dan mencium pipi dia. Tiapkali sis bercerita mengenai perihal damia di blog, pasti saya akan menumpukan sepenuh perhatian akan setiap baris ayat sis, sambil tersenyum. Saya turut menitiskan airmata bila membaca warkah-warkah yang ditujukan khas buat Damia, sangat menyentuh perasaan saya.

Begitu juga dengan info-info yang banyak sis & family zahirkan dalam blog nie. Saya benar-benar hormat kepada sis sekeluarga sebab banyak berkongsi ilmu, info serta idea untuk pembaca sis. Jujur ikhlas, banyak benda baru yang saya pelajari hasil dari tulisan-tulisan kat blog sis nie. Dan juga dari perkongsian cerita dan aktiviti sis, sedikit sebanyak saya dapat juga merasa dan menikmati pengalaman yg tak mungkin saya rasakan, seperti pengalaman sis menunggang kuda. Saya dilahirkan tidak sempurna sis, tak mungkin saya dapat menunngang dan melakukan aktiviti-aktiviti macam orang lain dapat lakukan.

Saya berharap semoga keharmonian sis & family akan sentiasa berkekalan dan bertambah untuk dikongsi bersama. Teringat lagi saya masa sis & bro mengalami perselisihan paham tempoh hari, hati saya menjadi runsing dan risau dan tak putus berdoa agar badai yang melanda sis & family akan pergi jauh. Alhamdulillah, keadaan kembali normal.

Sis, andai dapat suatu hari kita dipertemukan, sayalah antara orang yang paling gembira di muka bumi ni.

Terima kasih sis sebab menceriakan hidup saya dengan tulisan & ilmu yang diperturunkan melalui blog sis.


Ermm.. camna ek aku nak ulas email nih... ahkak terkedu n terharu lagi. Langsung aku tak menyangka isi kandungan email ni camni.

Yang penting, aku bersyukur sgt² sebab ada jugak yang mendapat manfaat dpd masviona.com

Buat pengirim email tersebut, biarlah akak respond email adik tu kat mv.com ni je ek, sbb akak rasa email adik ni sgt² memberi akak suntikan baru utk terus mempertingkatkan kualiti Mv.com. akak juga menghormati setiap readers akak, dan seboleh²nya mmg weols nak jadikan masviona.com ni bukan sahaja tpt utk weols Team Mv.com coretkan diari harian keluarga, bahkan juga ilmu dan tips yang dapat dikongsi bersama.. weols pun menganggap semua yang ikhlas utk mendekati Mv.com sbg keluarga kami sendiri jugak..

Teringat lak kat sorang rakan blogger akak dulu... dia siap perkenalkan lagi blog Mv.com ni kat mak ayah dia.. ye la kan.. dah tiap² hari mak ayah dia tgk anak dia tu tersengih² je depan pc... last² anak dia soh mak ayah dia tu baca n join sekali.. untill now, weols semua dah jadik rapat ngn blogger tu berserta mak ayah dia... (tak sabar nak wat planning ke penang nih... kan irda kan.. tp now irda dah ada kl la plak... huhuuh hikss)

Akak sekeluarga juga turut bersimpati atas kekurangan diri adik, dan berharap semoga kekurangan yang ada dalam diri tu tidak dijadikan sbg penghalang utk adik terus maju n mara lagi dalam hidup ni... dan sentiasa igt, tak seorang manusia pun yang sempurna ok?

Insyaallah, jika takde aral, akak sekeluarga pun nak sgt jumpe with adik ni. Maybe time tu kita leh berbual n bermesra lagi kan...

till then, take care ye..
and terima kasih sbb sudi menyampaikan isi hati pada ahkak sekeluarga dan kami sangat² berbesar hati dan berbangga sbb dapat menceriakan sedikit sebanyak hidup adik tu ek..


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

5 Comments Uols:

tuberose78 said...

wow.. terkedu gak..! :)

Masviona said...

tuberose:
mas bukan takat terkedu tapi terharu....even yg nih bukan pertama tp still terharu tuh masih ada

betul² rasa dihargai sgt kengkadang ada gak yg buzz YM semata² nak ckp camni kat kita...wahhhh giler terharu rasanya

Kaseh said...

mmg terasa keikhlasan penulis email tu mas... tapi mmg betul la.. famili mv.com ni diff dari blog lain.. sebab boleh rasa dalam jiwa jalan ceritanya esp bab citer pasal damia.. bila dia gelak ke senyum ke.. terasa macam dia gelak kat kita pulak.. apa2 pun pembaca bleh nilai yg mana citer yg tulus dan yg mana plastic.. apa2 pun moga persahabatan kita semua kekal selamanya..insyaALLAH..

Masviona said...

kaseh:
tuler terharu lepas tuh terus kasi kat prebetsabu baca emel nih dia pun sama speechless gak....huhuhu

weols nih xdelah best sgt cuma weols suka ngan blog nih dr dulu lagi mmg suka tulis blog n blogging world nih tulis ats niat utk kenangan weols gak n apa yg leh share nak share sesama gitu

insyaallah moga perkenalan di alam maya nih berkekalan hendaknya

CuTeMiUt78 said...

yup.. turut rasa terkedu gak ni

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!