Header

Thursday, August 13, 2009

Warkah Untuk Anakanda - 2 Tahun


Masa Avin Damia usianya mencecah setahun, aku ada wat Warkah ni untuk dia...
so now umur dia dah 2 tahun, maka ini ialah warkah khas untuk Avin Nurdamia Alhamra dengan harapan semoga semua warkah yang telah walid n bonda hasratkan di blog ni menjadi bukti kasih sayang kami terhadap damia :

Duhai Anakandaku Avin Nurdamia Alhamra,

Tanggal 6 Ogos 2009 yang lepas, maka genaplah usiamu menjangkau ke angka 2. Walid dan Bonda merasakan terlalu pantas masa berlalu. Hampir dalam sekejap waktu, sudah 2 tahun kita membina keluarga bersama, Walid, Bonda dan Damia. Seperti yang telah Walid nyatakan di dalam Warkah ketika kamu berusia 1 tahun, Walid dan Bonda percaya suatu hari pasti Anakandaku Avin Damia akan terbaca juga warkah yang ditujukan khas untuk dirimu. Maka ketahuilah dikau buat sekian kalinya, dikaulah penyeri hidup kami berdua.


Masih terngiang-ngiang lagi bayangan dirimu ketika kamu masih bayi. Ketika kamu lemah tidak berdaya melakukan apa-apa, kecuali menangis tatkala dirimu kelaparan. Juga tidak luput dari ingatan kami ketika dirimu ditimpa ujian kesakitan dalam usiamu yang masih kecil itu.

Kini, anakandaku Avin Damia, dikau bukanlah lagi seorang bayi kecil yang 100% bergantung kepada Bonda dan Walidnya. Dikau kini telah banyak belajar. Dahulunya dikau tidak pandai merajuk ketika dimarahi, kini dikau telah pandai membawa diri ke bucu dinding dan menangis esak jika dimarahi. Dahulu mulut mungilmu hanya pandai menangis jika kelaparan, kini dikau telah mampu mengeluarkan bait-bait kata dalam meminta diberikan makanan. Dan juga dahulu, dirimu tidak dapat membezakan ketidakselesaan tatkala lampin dirimu telah kotor, kini andai Bonda dan Walid teralpa daripada menukar lampinmu, dikau sendiri mengingatkan kami supaya menukar lampinmu, beserta mimik muka menyatakan geli dan bau busuk.. "Smelly.. yak yak.." kata dirimu, maka faham lah kami bahawa lampin tersebut perlu ditukar segera.

Senyum manis kini ditambah dengan hilai tawamu. Gelagat ketika dirimu menutup mulut ketika tergelak amat mencuit hati setiap yang melihat. Sangat sopan dan sangat ayu ! Liuk lentok manja dirimu inginkan belaian dan dakapan dari Walid seringkali mendapat lirikan cemburu dari Bondamu. Pelukan dan ciuman salam darimu setiap kali Walid dan Bondamu keluar mencari rezeki membuatkan kami terasa rindu akan dirimu walaupun kaki masih belum melangkah keluar dari rumah !


Avin Nurdamia Alhamra yang sentiasa disayangi,

Kami amat-amat bersyukur kerana selama 2 tahun dikau bersama kami, segala ujian berjaya kita tempuhi bersama-sama dengan jayanya. Alhamdulillah, kini telah 2 tahun dikau bersama mengharungi kehidupan bersama kami. Seperti mana gembiranya Bonda dan Walidmu ini, begitu jualah harapan kami terhadap dirimu, agar kamu senantiasa bergembira.

Kisah duka yang telah kita lalui dahulu, kita tinggalkan ianya jauh ditinggal masa, dan semoga ianya berterusan begitu. Walau apa pun jua keadaannya, kami tetap ibubapa dirimu dan kamu tetap anakanda kami, selama-lamanya ! Tidak ada walau sekelumit kuman pun di dalam hati kami membezakan dirimu.
Harapan Walid dan Bonda, semoga Avin Damia bersedia menghadapi realiti kehidupan di dunia ini. Kuatkanlah semangat, penuhkanlah ilmu di dada, rendahkanlah dirimu agar disenangi oleh semua pihak. Kami percaya, kebijaksanaan yang telah kamu perlihatkan di peringkat awal ini, sekiranya terus digilap, ianya akan terus bersinar dan memancar.

Sempena menyambut ulangtahun kelahiran dirimu yang ke 2, Walid dan Bonda mengucapkan Selamat Hari Lahir buat dirimu, Anakandaku Avin Damia. Tiada apa di dalam dunia ini yang dpt menggantikan dirimu. Kehadiranmu amat bermakna buat kami. Terima kasih kerana sudi hadir menjadi seorang ahli keluarga dan menemani kami. Kami sayangkan dirimu duhai Anakandaku Avin Damia, walau apa pun terjadi, dirimu tetap Anakanda kami dan kami sentiasa berdoa kejayaan dunia dan akhirat buat dirimu selamanya.


Nukilan ikhlas bersama airmata gembira dari kami, Walid & Bonda buat Avin Nurdamia Alhamra tercinta.



MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

8 Comments Uols:

atty's said...

suka warkah nie..tulus ikhlas..dari kedua ibubapa yg mencintai anaknya..mesti satu arinanti avin akan rasa terharu sangat2...

rizz said...

so sweet kak:)

Dee said...

sweetnyer..

[-suziey-] said...

ouh touching la warkah ni..pndainya mengarang ayat:)

mummysya said...

adus!!! nak nanges lahhhhhh...

tuberose78 said...

syahdunyerr.....

Mr & Mrs MonDoK said...

.:: Alamakkk... Dah nanges dah... Camner nieh... Tisu... Tisu... Huhuhu!!! ::.

CuTeMiUt78 said...

so sweet n touching bila membacanya.. semoga satu hari nnti damia akan membaca warkah dari walid dan bondanya ni.. insyallah

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!