Header

Monday, September 14, 2009

FOR RENT - Apartment Kajang Impiana, Bandar Baru Bangi

UPDATE: 4 OCT 2009 - THIS HOUSE IS OFFICIALLY NOT AVAILABLE ANYMORE. DAH ADA PENYEWA... THANKS!!


Its now official !!!!
We are looking for anyone who is interested to rent an apartment in Bandar Baru Bangi, Selangor.

Yup, rumah tu adalah kepunyaan CEO Masviona.com... so uols akan deal direct ngn weols tanpa org tengah...

So ada tak sesiapa yang sedang mencari Apartment (bukan kondo, teres, banglo maupun semiD ye...) kat area bandar baru bangi?

ish... jgn la korang kata korang tak penah dengar Bandar Baru Bangi?
weh.. Mawi pun duduk situ tau.. ramai artis duduk situ...
orang kata Bandar Ilmu...
dan sekarang dah nak tukar dah.. bandar ilmu yg dipenuhi artis.. hahaha

Ok.. ni spesifikasi umah apartment tu:-

- Terletak di Taman Kajang Impiana, bandar baru bangi, bersempadan dengan seksyen 7 dan seksyen 8.

- Keluasan dimensi +-900 sq feet (besar.. aku leh main lari2 sambil slide masa cuci umah aritu.. leh refer n3 ni)

- 3 bilik tidur, 2 bilik air (ada 2 blik air, so takyah rebut2 nak mandi ke, nak hajat besar ke..)

- Umah unit tepi, tingkat 3.

- Ada lift di setiap wing (takyah naik tangga!!!!!! tak penat.. )

- Ada balkoni dan juga ruangan pantry utk sidai kain (balkoni korang leh dkan ruangan mengelamun time pasrah.. hihi)

- Keseluruhan lantai dan juga dinding dapur dipasang jubin (so umah lebih kemas dan sejukkkkk je)

- Kawasan apartment berpagar konkrit setinggi 7 kaki dan dibawah pengawasan Security Guard 24jam

- Nursery penjagaan budak akan dibuka di bawah blok.

- Kedai serbaneka akan dibuka di bawah blok.

- Petak parking khas untuk setiap rumah

- Taman permainan dan court badminton terdapat di dalam kawasan apartment (eksklusif utk kegunaan penduduk apartment)

- Hanya +-1km dari kawasan kedai, dobi, JPJ cawangan Bangi, kedai makan yang telah beroperasi (korang igt tak weols pernah review restoran sup urat keting, restoran chicken king ngn pustaka rakyat? haa.. dekat je ngn kawasan kedai tu...)

- Hanya +-500m sahaja dari kawasan kedai baru (belum beroperasi.. dijangka tahun hadapan.. )

- Hanya +-4km ke pusat bandar bangi (kompleks pkns, warta, pejabat daerah dll)

- Berdekatan dgn UKM, Putrajaya, Kajang, Cheras

- Hanya +-1.5km dari sekolah seksyen 7

- Line Celcom & Maxis FULL BAR. Streamyx jugak termasuk dalam coverage. P1WIMAX tak berkesempatan test..

- BONUS -> hanya +-13km dari Teratak Mv.com.. motip? klu nak lepak2 minum teh mamak, calling2 je sekejap je weols sampai... haha

ni model pelan lantai umah tu.. see, luas kan.. bole bayangkan lokasi kedudukan 3 bilik tidur, 2 tandas, balkoni, ruang tamu, dapur dan pantry sidai kain.


blok apartment....
perhatikan dinding konkrit 7 kaki tu..
so at least tahap keselamatan tak perlu terlalu diragui...
lagipun ada guard..
sebelah pagar blok tu ialah umah teres 2 tingkat...

umah yg tak terlalu konvensional..
kira ala2 moden gak la design dia kan...
kemas n ringkas..
ucapkan selamat tinggal pada tingkap nako.. sume tingkap guna tingkap glass and sliding door 3 pintu kat balkoni.


petak parking khas utk setiap rumah
takyah risau nak rebut2 parking dekat or jauh...
dia dah atur parking semua org mmg dekat ngn unit umah memasing

taman permainan khusus utk penduduk apartment ni..
juga ada court badminton... sng nak riadah...
sorry gamba gelap shoot time malam... ihihii


pintu masuk ke apartment dgn guard...
sebela pintu dekat ngn pondok guard is kawasan parking pelawat.
sng guard nak pantau kehadiran pelawat..

ni la area kawasan utk nursery. Pusat jagaan kanak2..
juga area untuk kedai serbaneka di hujung sanaaa...

di tingkat paling bawah merupakan tempat yang dikhas kan utk bersosial.. huhuhu
kalau ada event kenduri leh wat kat bawah ni...
motor tak dibenarkan parking bawah ni merata-rata sesuka hati.. dia dah blok dgn bangku konkrit.. motor ada kawasan parking dia sendiri..

peti surat pun aku nak amik gak gambar dia..
sebab?
peti surat ni dia letak kat kawasan yg tak berapa tersorok..
separuh apartment peti surat letak kat ceruk hulu2.. kes peti kene pecah adalah lumrah..
so yg ni maybe org takut nak pecah sikit.. hihi

lif... keseluruhan apartment ni ialah 5 tingkat
umah tu tingkat 3...
hanya beberapa meter from lif sbb umah tu ialah end lot.. sangat dekat ngn lif !!!


haa.. leleh dah airliur?
rasa mcm nak terus mintak kunci umah from ktiorang n terus duduk situ? hahahaha
nanti dulu...
aku tak habis cerita lagi..

camna nak kadar sewa?

hmmm.. setakat ni kitorang dah survey harga market situ...
campur dgn keluasan umah n kemudahan yg ada kat umah tu, so berbaloi la kot kadar sewa tu..
berapa?
market situ ialah antara rm600 sehingga rm860 !!
tak caya?
hihihih.. korang pun dah kenal weols kan.. takkan weols nak tipu...
mmg betul.. setakat yg weols survey, ada umah tu yg nak disewakan ngn kadar rm840!!!
rate biasa is rm650.. paling murah weols jumpe is rm600..
masih tak caya? silalah google keyword "apartment kajang impiana" sekarang juga dan sure korang akan jumpe iklan umah yg sama ngn kitorang yg nak disewakan jugak ngn harga rm600, dan harga jualan rm130k...

ehmmm...
itu orang lain...
macam mana ngn umah ktioang ni?
kitorang bagi harga kawan2 la...
rm580/bulan sahaja... duit maintenance rm80 ditanggung oleh weols..
korang just bayar sewa rm580 and duit api air je (air adalah free utk 20meter padu!!!)

deposit?
standard la 2+1 punya konsep...

kemasukan bila-bila masa dari sekarang...
siapa cepat dia dapat... hiihihih

tau sesapa yg mungkin berminat nak sewa? leh sebarkan kat kawan2 or sedara mara semua ok!!

yg dah berkenan di hati tu and tak sabar nak duduk area bandar baru bangi ni, silalah email/ym prebetsabu@yahoo.com ataupun masviona@yahoo.com

and sesapa nak arrange utk appointment ngn weols utk tgh umah tu, sila jgn malu jgn segan...

SPREAD THIS NEWS AROUND !!! THANKS

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

15 Comments Uols:

nizaa said...

adeeii kak mv.. jauh sangat ler dari uitm.. kalau tak mauu ku rembat..

Gieyana said...

wahhh..bagus betui...in details tuan rumah explain..hihi

Bandar baru bangi..tpt weols dok dedulu..huhu

MY HEART said...

Salam Kak MV,

Jauh tak dari Putrajaya?

atty's said...

adeh..kty baca..mcm iklan pasaraya bintang yg buat dr van tuh ..ekekeke..

besau umahnya berbaloi ..kalo sewa..
yg penting kete tak parking kt luar..

neezareef said...

menarik tul..tp aku nk sewa bakpe..hehe

Kaseh said...

sgt menarikkssssssss....
nati nak tanya cintahati mau sewa kat maner pas kawen..tapi umah MV tu menarik laa...siyess..

Dee said...

cantiklah umah ni..

nURmALa mAZLan said...

naper akak nak sewa kan nih?

Dj Epoi said...

Salam...huhuuuuuuuuuuuuuu......

Besau siut...rumah koworang yg nak disewakan nih.....
Kemudahan....rancak bagai kat situh huhuuuuuuuuuuuuuuuuu.....

Memang tak rugi weih kalau koworang nak sewa,.....mana nak carik harga camginih zaman skank.....
Siap duit maintanance ponk Owner yag bayaukan....huhu...........

Ok nanti Gua Copy entry nih kat Blog Gua......
Ok arrrrrrrr kawan......huhuuuuuuuuuu!!!!

Pasal Lu tak ajak Gua main slide ngn Lu waktu Lu coooooci rumah hari tuh hehehhe?

TiNiE said...

yezzaa...
leleh leyoku...
kalaula aku mmg duduk di sana, rasanya tak segan silu mintak kunci umah u olls tu...musti ada nyerla org nak sewa nanti..insya-Allah

tuberose78 said...

mak aiiiihhh... ni gila detail!! org yg dah ada umah pon leh tertarik nih!

oneyani said...

memang meleleh la air liur yani baca...aduh knp masa duk ukm dulu tade rumah ni lagi

hehehhe..nant ade rezeki yani sambung master..kot2 la rumah ni kosong bole la apply..ehhehe

kojah said...

nak sewa tp jauh sgt la kak...klu akak ada umah area kg baru nakkkkk la...huhu

enzek said...

komen nii xder kene2 ngn entri umh sewa ni..just nak bgtau kt korang..td layan radio kl..dj kata bekalan air akan terputus hari rabu 16 sept ni lps 9pm smpi khamis pagi. kt area kajang,bdr tek. tuu area umah korang kan..so pepandailah takung air yek..hehe

Dina said...

saya berminat untuk membeli apartment di kajang impiana

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!