Header

Wednesday, October 14, 2009

INFO: Finance - Jenis² Interest


Sebelum kita mulakan kelas, kita mulakan ngn ummul kitab al fatihah...

amiinn...

ok.. tenangkan jiwa, lapangkan hati.
sebab aku nak buka kelas Financial ni..

Ramai yg terlepas pandang akan kepentingan jenis² interest (orang kita panggil Bunga)
Sebenarnya, kita perlu nilaikan setiap pinjaman yg ditawarkan oleh bank tu..
ada sesetengah bank yg tawarkan interest yang tinggi and ada yang rendah..

Tapi bukan nilai interest tu je yg kita patut perhatikan..
tapi juga kita wajib perhatikan, jenis interest yg ditawarkan tu..
ada yang tawarkan interest bersandarkan hari (daily rest), ada bersandarkan bulan (monthly rest) dan jugak ada interest kadar tetap (fix rate)..

apa beza jenis2 interest tu semua?

tapi sebelum kita kupas jenis2 interest t..
apa kata aku ulas sikit apa itu INTEREST?

huuhuh.. interest ni ialah kadar keuntungan yang dikenekan terhadap jumlah pinjaman..
kiranya daripada interest ni la bank dapat untung...
ye la. siapa nak bg pinjaman kalau tak dpt untung.. takkan la dia bg pinjaman 10k selama 5 tahun, then kita bayar balik pun 10k gak ngam ganm.. tak mungkin kan... mana untung bank kat situ..
sbb tu la ada interest... so sbenarnya if kita wat loan 10k, jumlah yg akan kita bayar kat bank ialah lebih daripada 10k.. dah campur untung bank.. campur interest...

Bank negara juga akan menetapkan BLR - base lending rate
kebanyakan commercial loan, dia akan berpandukan pada BLR ni..
cthnye loan umah....
utk pinjaman lain mcm hire purchase (loan kete), and personal loan biasanya dia tak ikut BLR... bank akan tetapkan jumlah interest tu base kepada pengurusan bank itu sendiri...

ok..

kita start ngn Interest Monthly Rest.

interest jenis ni, jumlah interest yang perlu kita bayar akan dikira berdasarkan baki jumlah pinjaman setakat bulan lepas.

contohnya... now dah bulan October... so jumlah interest yang akan di caj dalam akaun adalah berdasarkan baki jumlah pinjaman setakat September..

katakanlah.. setakat september, baki pinjaman ialah RM10k... dan pakej pinjaman tu menawarkan interest BLR - 1% per annum mothly rest.

katakanlah BLR skrg is 5.25%..
so maknanya bank akan mengenakan interest sebanyak 4.25% setahun (per annum) dan dikira bersandarkan bulan (monthly rest basis)..
jadinya, sebulan interest rate akan jatuh kepada 0.35% sebulan. (kiraannya 4.25%/12bulan)

makanya jumlah interest yang dikenakan pada oktober ialah:
10k x 0.354% = rm35.40

tamat mengenai monthy rest


kita masuk pada Daily Rest

bagi interest daily rest ni plak, kadar jumlah caj interestnya akan di kira setiap hari, berdasarkan jumlah baki pinjaman bagi hari sebelum itu....
tapi biasanya dia tak reflect la dalam account tu setiap hari...
dia akan still reflect amount interest tu pada ujung tarikh cycle due date..
tapi still kiraannya adalah berdasarkan hari..

so contoh :
baki pinjaman is 10k
interest is BLR - 1% perannum daily rest
so interest sehari ialah (5.25%-1%)/365 = 0.0116%
maknanya kadar interest yang dikenakan bg sebulan ialah-
(5.25%-1&) x 30/365 = 0.349%

jadinya caj interest utk bulan tu ialah 10k x 0.349% = RM34.90

haa.. kat sini ada trick dia..
oleh kerana interest dia akan dikira berdasarkan hari dan jumlah outstanding loan yg ada, maknanya, if korang bayar kerap, korang dapat jimatkan interest...
mmm.. camna nak explain..

katakanlah.. dalam perjanjian tu korang wajib bayar tiap2 bulan rm200..
so korang pecahkan bayaran tu kepada 2 kali... minggu pertama korang bayar rm100 then minggu ke 3 korang bayar rm100 lagi..

kenapa kita wat camtu?
sbb kiraan daily rest tu la..
berdasarkan contoh di atas, kadar interest yg dikenakan sehari ialah 0.0116% kan..
so if kita kerap kurangkan jumlah baki pinjaman, maknanya sekaligus kita dapat kurangkan jumlah interest harian tu la..

tamat daily rest...

camna plak ngn interest Fix Rate?

fix rate ni lak, dia dah tetapkan jumlah interest yang dikenakan sepanjang tempoh pinjaman tu...

contohnya,
kita wat loan rm10k, selama 5 tahun dan interest yang ditawarkan ialah 8% per annum..

maknanya interest yg kita akan bayar untuk pinjaman tu keseluruhannya ialah-
(10k x 8%) x 5 = rm4000
sekaligus membawa makna jumlah keseluruhan yg perlu dibayar kepada bank ialah rm14k...


so amacam?
dah dapat sedikit gambaran mengenai jenis2 interest dan kaedah kiraan dia?
if korang tanya aku, pendapat peribadi aku, jika kita diberi pilihan untuk memilih, baik kita pilih loan yang menawarkan daily rest (itupun bergantung pada nilai interest yg ditawarkan.. of course!)

kelas tamat.. !


*UPDATE:- reader merangkap Keluarga Mv.com ada tanya.. dia kurang paham camna daily rest tu leh dikurangkan ngn wat bayaran seara kerap..

k ni jawapannya secara ringkas...

suziey: sat ek aku try wat data utk simulate..

katakanlah-
outstanding loan kita = rm1000

interest = 10% perannum = 0.82% sebulan = 0.0273% sehari

ok utk 1hb, outstanding yg ada is rm1k
maknanya, interest untuk 2hb = 1000 x 0.0273% = rm0.27

untuk 3hb = 1000 x 0.0273% = rm0.27

untuk 4hb = 1000 x 0.0273% = rm0.27

dan begitulah seterusnya...

tapi cuba kita wat bayaran awal...

contohnya:-

untuk 1hb = rm1k
kita bayar rm100 awal pada 1hb...
maka baki pada 1hb ialah = 1k - 100 = 900

untuk 2hb = 900 x 0.0273% = rm0.24

untuk 3hb = 900 x 0.0273% = rm0.24
dan kita tambah lagi bayaran rm100 pada 3hb.. so baki is 900 - 100 = 800

untuk 4hb = 800 x 0.0273% = rm0.21

hah.. nampak tak kat situ?

so kita sebenarnya dah kurangkan jumlah intereset yang dikenakan..

tu contoh ngn jumlah yg kecil.. if houing loan biasanya main ngn jumlah besar.. so lagi significant..

*aku menaip cth n simulation ni dalam waktu yg singkat.. if ada tersilap sila betulkan..

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

9 Comments Uols:

Diarihatiku1976 said...

pppeerhhh.. memang kelazzz penjelasan yg diberi... baru saya tahu.. tq

masviona said...

terima kasih cikgu...:)

n0n0n said...

mmg berguna kelas ni....tambah2 kpd mereka yg buat loan utk investment...kne kire smua ni so that we can get the nett profitt calculation...ahaks...speaking kejap.....anyway kalo ade klas lg,inform la bro

[-suziey-] said...

agk kurang paham daily rest tu..klu byr kerap lagi kurang interest ke? hmm nape ek..cuba tunjuk perbezaan kiraan kalu byr 2 kali sebulan..tenkiu

prebetsabu said...

diarihatiku: yg mana kita tau, kita leh bgtau kat org lain supaya tau jugak... viona pun suke makan tahu bakar.. errrr.. tak berkaitan..

MV: alahai... sekali teringat plak kenangan masa b jd demo v kelas animasi tu kan.. hikss... kenangan terindah zaman percintaan....!!

prebetsabu said...

n0n0n: tak dinafikan, sbenarnya, byk tools yg diberikan oleh bank ni, kita boleh manipulasikannya semula untuk memihak pada kita.. ada org gelar "gali lobang tutup lobang - The Professional way!" if kita bebetul paham mcm mana sesuatu financial tools yg ditawarkan oleh bank tu, kita boleh ambik kesempatan berdasarkan keadaan semasa kewangan diri kita sendiri

btw, seingat aku dah byk gak aku kongsi sembang2 pasal kelas financial kat mv.com ni..

err cuba try godek2 balik n3 lepas.. ada ada sembang pasal OD, pasal inestment, pasal housing loan etc etc.. tapi aku rasa aku tak properly wat tag la.. cuba try tag finance, tips, info

huhu

prebetsabu said...

suziey: sat ek aku try wat data utk simulate..

katakanlah-
outstanding loan kita = rm1000

interest = 10% perannum = 0.82% sebulan = 0.0273% sehari

ok utk 1hb, outstanding yg ada is rm1k
maknanya, interest untuk 2hb = 1000 x 0.0273% = rm0.27

untuk 3hb = 1000 x 0.0273% = rm0.27

untuk 4hb = 1000 x 0.0273% = rm0.27

dan begitulah seterusnya...

tapi cuba kita wat bayaran awal...

contohnya:-

untuk 1hb = rm1k
kita bayar rm100 awal pada 1hb...
maka baki pada 1hb ialah = 1k - 100 = 900

untuk 2hb = 900 x 0.0273% = rm0.24

untuk 3hb = 900 x 0.0273% = rm0.24
dan kita tambah lagi bayaran rm100 pada 3hb.. so baki is 900 - 100 = 800

untuk 4hb = 800 x 0.0273% = rm0.21

hah.. nampak tak kat situ?

so kita sebenarnya dah kurangkan jumlah intereset yang dikenakan..

tu contoh ngn jumlah yg kecil.. if houing loan biasanya main ngn jumlah besar.. so lagi significant..

*aku menaip cth n simulation ni dalam waktu yg singkat.. if ada tersilap sila betulkan..

n0n0n said...

semua info ni kdg2 org amik remeh je bro....sbb tu la ramai agen insurans ngan investment leh cari makan...hahahahaha.....tp nk kne rajin ar...nnt la aku cari ye bang....tgh malas tahap dewa ni...btw,tak syok sgt la menuntut melalui pembacaan...nk kne ade sifu gak tnjuk ajar depan mata...ahaks

Kaseh said...

Veryyyy good info... ermmm besh...nak save entry ni..for future reference...

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!