Header

Monday, October 12, 2009

Papadom

Rentetan dari Live entry Family Time tu...

Jumaat lepas...
lepas opis hour terus balik then fetch damia n keluar semula..
hahahah..
dah kata sabtu cuti...

amik kesempatan pi jalan2 ronggeng2 bersama keluarga MV & PS..
siapa lagi.. aku mv ngn damia la.

tak jauh pun
lepak2 pi Mines je
gi serbu tgk wayang..

Sampai je sana..
bergegas la kitorang pi beli tiket wayangnyeee...

takut gak if tiket dah fully booked ke..
fuh sib baik byk lagi.

oleh kerana show weols tu kol 930pm..
so byk lagi masa...
sempat lagi weols merendek raound 2-3 kali dalam mines tu..
sempat gak pi terjah kedai jeans Levi's...
dan telah menjadi hak mv dah... huuhuhuh


dah penat jejalan..
pi old town white coffee..
eh rasanya mcm dah lama tak ketedarah sini....
lepas gian la plak..

avin damia...
org sebok tgk menu dia pun nak sebok tgk menu gak..
org sebok isi order chit
dia pun sebok nak intak pensil n form tu gak..


MV and damia...
muka 2 beranak yg excited nak pi tgk movie!!!

tak silap ni wayang ke 4 kot weols bawak damia..
if sebelum ni dia baby je lagi..
tak byk mulut..
tau gelak je..
now dia dah byk mulut..

alkisahnya awal 20min tu dia ok je...
awal2 lagi kan. so dia behave la..
sopan je anak dara tu..
tgk gezet cerita hantu...
siap peluk weols rapat2.. pastu bisik.. "eee tatut tatut.. huggg"

hah..
lepas 20min, dia dah biasa ngn surroundng gelap n bunyi kuat tu
terus dia pun nak ngalahkan bunyi sound system wayang tu..
kuat betul suara dia..

tak..
dia tak nangis..
tapi dia main2 dalam wayag tu..
asal org gelak, dia pun nak gelak gak..
org dah habis gelak, dia dok gelak sakan lagi sengsorang..
volume takyah cakap la.. org lain dah sunyi sepi, tetiba je suara dia gamat gelak sengsorang..

dah puas gelak, dia main bunyik mulut dia..
ala.. yg mcam kelas vokal AF tu..
apa ek nama dia
bubbling ek..
kuat gak...

aku n mv dah mula isau la..
kang tak pasal2 ada org baling kasut soh weols senyap.. uhuhu
sib baik tpt ada kosong lagi..
weols beralah la... demi keselesaan penonton lain...
beralih ke tpt kosong yg jauh sikit dari org...
area depan sikit.

dah beralih sini, damia semakin ligat..
dia mintak nak turun...
nak duduk asing..
adoii la.. mcm la dah besar sgt nak duduk sendiri..
pastu dia turun n panjat2 kerusi..
sib baik takde org lain.. so lantak la dia nak panjat panjat je la..


lupa nak bgtau..
kitorang tgk citer Papadom
satu-satuny movie bukan kartun yg damia g tgk kat cinema
sblm ni tgk katun je.. kugfu panda, upin ipin semua..
agaknya sbb citer org besar, tu yg damia boring n mula nak explore sana sini..

overall citer papadom ni...
best..
aku bg 4/5 bintang la kot..
sgt2 menerminkan kekeluargaan...
walaupun aku tak fokus tgk citer ni sbb ralit layan damia.. if tak layan dia kang dia badmood n nangis lagik susah!

rasanya tak rugi la if korang nak pi tgk citer Papadom ni...
kelakar but sedih n penuh pengajaran kekeluargaan

lepas dah habis citer..
damia mcm taknak keluar from panggung
dia pi berlari ke hulu ke hilir
sampai staff cleaner tgv tu tanya weols ada hilang barang ke sbb dok ke hulu ke hilir..
huuhhu.. padahal kitorang ke hulu ke hilir ngejar si damia!!!

nah layan video yg sempat aku snap dalam panggung masa nak kuar..
see... damia pun kata BEST!!




MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

3 Comments Uols:

*Miss Geli^ said...

tengok tak yang last last tu liyana jasmey main nipple Que tu??

stim je muka Que kan?

prebetsabu said...

geli²: ahahahha... sabo je la... a'ah kitorang mmg stay sampai scene tu.. mmg siol je tgk muka si q tu setim.. hahaha

Kaseh said...

kiut jek damia..naper dia pegang bibir dia ehh..

nogha & ps : kaseh pun tgk sampai abeh..bab yg q kena geletek tuh..haha kelakar muka control jek..

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!