Header

Monday, December 14, 2009

Waja Replacement Model.. akhirnya official!

akhirnya gembar gembur kata Waja akan diganti with model Lancer telah menjadi official!!!

dipetik dari berita harian online


Proton rancang keluar sedan baru tahun depan

Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my


Waja

Model ganti Waja tampil salinan Mitsubishi Lancer 2.0 GT

PROTON Holdings Bhd yang mengukuhkan semula kehadirannya dalam industri automotif tempatan menerusi model pelbagai guna (MPV) Exora, bakal mengeluarkan satu lagi model sedan baru menjelang Julai atau Ogos tahun depan, dengan harga pengenalan sekitar RM80,000 seunit.

Model yang akan menggantikan Waja dan dikatakan mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan antarabangsa itu, akan menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang dipertingkatkan.

Menurut sumber terdekat, kemasukan kembali 'ciri Mitsubishi' dalam Proton itu hasil kerjasama pembangunan kejuruteraan terbaru antara Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC), yang juga bekas pemegang sahamnya.


"Model yang akan digunakan Proton bagi menggantikan Waja ini akan menampilkan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan luaran berbanding model Lancer 2.0 GT sedia ada di pasaran.

"Antaranya, ia akan menggunakan enjin dengan kapasiti yang lebih kecil sedikit, iaitu 1.8 liter, komponen dalaman menggunakan produk keluaran vendor tempatan yang terpilih serta beberapa ciri lain yang dapat menjadikan model itu mampu menawarkan harga lebih berdaya saing.

"Justeru, model baru itu bukan saja dilihat berada di landasan terbaik untuk memberikan saingan terhadap kenderaan sedan keluaran syarikat automotif asing lain, bahkan ia turut mampu membantu memulihkan kembali imej Proton sebelum ini," katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur.

Mitsubishi Lancer 2.0 GT

Sumber itu menjelaskan, pengeluaran model baru dengan kuasa enjin 1.8 liter itu dilihat pemangkin terbaik untuk syarikat automotif nasional itu dalam memenuhi perubahan keperluan dan selera pembeli, khususnya generasi muda.

Katanya, Proton yang mendapat sokongan padu daripada MMC, dijangka tidak menghadapi sebarang masalah dalam memenuhi permintaan, memandangkan model gantian Waja itu akan dipasang di kilangnya sama ada di Shah Alam, Selangor atau di Tanjung Malim, Perak.

"Melihat kepada perjanjian antara Proton dan MMC, ia tidak menjadi masalah bagi Proton untuk memasang, menjual dan memberikan khidmat selepas jualan bagi Mitsubishi Lancer 2.0 GT versi Malaysia itu.

"Ini disebabkan MMC sudah memberikan 'lesen' kepada Proton untuk menggunakan bantuan teknikalnya, termasuk memasang dan memasarkan Lancer 2.0 GT yang akan menggunakan jenama Proton itu," katanya sambil menambah 'pelesenan' itu turut merangkumi bantuan dalam mengeluarkan komponen Lancer 2.0 GT tempatan serta sokongan dan perkhidmatan selepas jualan.

Ketika ini, model sedia ada Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, dijual pada harga RM120,598.10 tanpa insurans di negara ini. Model itu diedarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd.

MMC adalah rakan teknikal dan pemegang saham Proton ketika ia ditubuhkan pada 1983 sehinggalah pengeluar kereta nasional itu mengeluarkan kereta pertamanya pada 1985.

Bagaimanapun, kemelut kewangan kumpulan daripada Jepun itu menyebabkan ia melupuskan kepentingannya dalam Proton pada awal 2004.



wauuu wauuu wohooooooooo!!!
nampak gayanya leh la postpone hasrat nak beli kete untill ujung tahun depan (proton janji jlai or ogos.. rasanya sure delay tuuu wahahaha...)

ala2 lancer.. hmmm
rm80k..

leh la kembali semula kepada proton?
kita tunggu dan lihat la tahundepan camna cerita...


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

2 Comments Uols:

joegrimjow said...

80 k dah boleh angkut bmw 5 series kat sini

n0n0n said...

80k?mahal la.....baik beli kete waja biasa pastu g wokshop then pasang body sendiri....modified gedebuk gedebak baru berape je...ahaks

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!