Header

Thursday, January 14, 2010

Rakyat Didahulukan ?????????????????????

Tak masuk dek akal langsung!!
kekonon nak dahulukan rakyat...
prestasi diutamakan...

setakat ni nampaknya indah khabar dari rupa..
prrfftthhhhhhhhhhhhh...



Gula dah naik...
gomen kata jgn isau.. peniaga ta dibenarkan naikkan harga minuman or makanan...
tapi??
NAIK jugak...

ayam? bawang? minyak??
fuhhhh...

skrg ni aku dgr si Juara Rakyat nak hapuskan subsidi makanan Sabtu & Ahad tu student sekolah berasrama penuh..
aiyoo.. bulat-bulat jd mata aku ni baca pasal hal tu..

aku pernah duduk asrama..
dan aku tau betapa bernilai dan berharganya makanan kat asrama tu walaupun ikan jaket, nasi lembik n sayur kangkung pasir!!

sbg student sekolah, remaja yg baru nak meningkat naik, bebudak ni mmg sentiasa lapar...
kalau dah takde makan time sabtu n ahad, so bebudak ni kene keluar sekolah n beli makanan?
takkan tiap minggu budak2 ni nak balik kampung?
kalau kampung sebelah sekolah takpe la jugak.. sepelaung je.. "Mak.. hantar nasik lauk ayam golek!!"

dah tentu la kebanyakan student ni kampung dia jauh..
nak naik bas? kos tiket? masa yg dihabiskan? baik la budak tu lepak kat Bilik Prep n study ke, bersukan kat padang ke..

kalau pun bdk tu tak balik kampung, nak soh budak2 tu keluar pi makan kat kedai?
kalau kes macam sekolah aku dulu, Sekolah menengah teknik slim river...
jarak sekolah ke pekan Slim tu dalam 3km...
if jalan kaki adalah dalam 10-15min one way...
dan dah tentu2 if diberi bdk sekolah ni kelonggaran utk kuar setiap weekend, sure ada bbdk nakal yg pi amik kesempatan melencong ke tempat lain....

nak soh dorang melantak meggi je tiap weekend?
wahh.. majulah generasiku!!!!!!!

pendidikan dan kesihatan adalah keperluan asas dalam menjamin masyarakat yg seimbang dan berdaya maju..
sangat2 asas!!!!!!!!!

tak paham lak aku..
camna la dorang leh terpikir utk cut cost kat makanan weekend bdk asrama?
ish.. pelik...

ohh... baru aku paham..
kerajaan lebih pntingkan pembangunan kubur daripada pembangunan insan..
sbb tu la selamba je bg bajet RM18JUTA utk fund projek Pusara Negara..
ooo... patutla..................................................................................... (sambil angguk2 kepala dan mengibarkan bendera malaysia mini yg diberi percuma)

Juara Rakyat konon???


ni dipetik from malaysakini:

"Persoalannya ialah kalau Umno hendak mengaku mereka juara rakyat, adakah program dan projek yang mereka buat dalam kempen Umno juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari Umno sendiri?

"Datuk Seri Najib mengumumkan peruntukkan RM15.6 juta untuk membaiki bumbung (pangsapuri di Taman Bukit Sentosa). Adakah ini duit dari tabung Umno atau duit negara yang merupakan duit rakyat?" soalnya lagi.

dulu, kini dan selamanya... adalah HIJAU!!!


*kalau ye nak berjimat, bole tak tolong cut cost kat projek2 yg lain? cthnya, aku perasan dalam event kerajaan sure ada bagi mcm2 goodie beg kan? eh goodie beg tu bajetnye bape satu? rm6-7 gak kan? haa.. yg tu ko nak slash kan takpe la.. tak berapa significant... ini makanan utk pendidikan?? (eh malaysia dah miskin sgt ke tak cukup duit? juara Rakyat ke Juara Korporat??)

**tadi jam 8am dah schedule entry psl nak beranakkan duit.. adakah ini tektik kerajaan BN nak beranakkan duit malaysia????????? tak dapat akal aku nak terima!

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

19 Comments Uols:

ArELeEz said...

wo hoo...! ahak2.. aiyokk2..!

Diarihatiku1976 said...

FUHHH/.... luahan perasaan ekkk.. tapi kena fikir gak.. nape kita hidup asyik nak subsidi jer...
byk dah kerajaan habis dengan subsidi....
jgn mudah melenting...
ikut mcm cina... apa nak jadi jadilah... totap cari duit utk keluarga...
tak harap subsidi...

kalo beri subsidi pun asyik nak melalak demontrasi pun payah gak...
dah tersepit baru nak cari kerajaan bantu.. kalo tak pangkah pihak lain...

pandang byk sudut...

sekadar pandangan jer....

rasp said...

ada baik buruknya benda2 nie...
probly, tak nak manjakan melayu sgt...
bab melebih2kan/nak equality kaum lain tu i cukup tak kenan...

tapi......
anak akak yg dok kat asrama dah ckp,
probly tak lama lagi every weekend dah leh balik coz no food hahahahaha..
dia tu kuat makan...
tapi yg kesiannya kengkawan dia yg dok jauh2 tu...
haruslah dorang dtg berkampung kat rumah ahkak gak :D
bestnye, meriah rumahku nanti,
ramailah 'anak2' i :D

prebetsabu said...

areleeez: aha aiyookk

diarihatiku: point utama ialah bukan subsidi...

ok, gomen kurangkan subsidi gula.. ok fine.. tapi kerajaan pattutnya pastikan langkah pencegahan n pemantauan terhadap chain reaction bila dah announce harga gula naik ni.. apa kaedah yg kerajaan buat utk atasi kenaikan harga pd peringkat retail, yg secara langsung akan effedt pd pengguna?

dan lagi.. utk isu pendidikan dan kesihatan, kerajaan patutnya tak bole pandang remeh..
ni isu membabitkan aset yg paling berharga.. manusia..rakyat..

yg buat aku lebih tak paham, kenapa gomen decide utk potong subsidi makan budak sekolah?
bukan ke ada byk lagi cara yg bole dilakukan utk cut cost? cara yg lebih diterima akal.. at least potong elaun pak menteri ke apa ke..

knapa rakyat jd mangsa??

bukan isu subsidi or tanpa subsidi.. tapi isunya, kenapa gomen tidak peka and sensitif bila nak buat dasar?

tingkatkan jugak pemantauan dan penguatkuasaan!!

mcm yg aku kata, bukan Juara rakyat, tapi Juara Korporat.. sbb dasar2 gomen ni lebih byk bantu korporat dari rakyat..

prebetsabu said...

rasp: sis, dalam hal makanan utk bdk asrama ni, saya tak rasa ni isu melayu, cina or india.. tapi ni isu rakyat malaysia..

mmg tak dinafikan, kuota utk sekolah asrama penuh mg didominasi oleh melayu..

tapi kita pandang isu ni secara keseluruhan.. sbb masih ada juga kaum cina, india n minoriti yg bersekolah di asrama (teringat kat member asrama.. Allagan.. indian.. apa khabar la dia skrg)..

dari 1 segi, mmg seronok la bdk2 eery weekend dapat balik umah..
tapi kalau dok jauh tu kan.. sian gak kan?

tak paham.... tak paham

atty's said...

bagi kty ..kalo pasai budak2 sekolah ..sepatutnya tak timbul melayu ke ..cina ke india ke..walupun kbykan yg duk asrama..adalah anak2 melayu ..
camtu baik takyah ade sek berasrama terus ..kalo betui nak save baget ..
cut cost projek lain ..yg tak penting..tp pasal pendidikan ..tak sepatutnya kaco..

prebetsabu said...

kty: kita berkongsi perasaan yg sama.. hahahaha..

takut gak terpikir.. camna nnti masa depan anak2 kita.. mampukah dorang harungi cabaran yg kian meningkat ni..

J@J@ / Bini The Rock said...

itulah dia...

"RAKYAT DIDAHULUKANNNNNNNN......."

apa2 musibah pun biar rakyat dulu yang kena....


saya sokong 100% PS punya luahan!

Dee said...

hahaha..alahai..kasi derma 1/2 juta utk gereja xpe..

kasi 15 juta utk nafkah tu xpe..

nk bg budak2 makan berkira? pelik aku..

pembayar tax lebih rela duit dorang dimakan oleh budak2 sekolah dari yg ntah apa2 tu..gereja? dorang tu lagi kaya dari kita..nafkah? alahai..lelaki2 yg x bertanggungjawab sorak hore2..pikir2kanlah..

Diarihatiku1976 said...

saya setuju apa yg anda katakan..
tapi setiap yg kerajaan buat.. kerajaan telah buat research... statistik yg dukeluarkan oleh Kementerian pelajaran kepada si juara rakyat adalah 87 % student diasrama penuh balik pada hujung minggu.. so buat per nak membazir sedangkan student takde hujung minggu di asrama...

keduanya... kerajaan berhabis untuk skim kesihatan...ubat-ubat yg ada di hospital mahal.. berapa mahalnya tanya org kementerian kesihatan ataupun klinik-klinik swasta. sedangkan dinegara luar atau paling senang indonesia yg mundur tu pun ubat kena beli sendiri... kalo negara maju tu lain lahhh...

ketiganya elaun pak menteri...
mana ada org nak kejer kalo eleun ciput.. lagi plak pening mikir satu negara... alangkan pembangkang pun naikkan elaun exco-exconya... inikan kerajaan...
Parlimen 6k adun 4 k... expenses lain tu adatlah... kita yg swasta pun byk claim bab expenses..telefon, minyak, tol, dsbnya.. ikut kelayakkan ler kan...

Ketiganya bab dasar plak...
hah.. bab ni aku setuju... memang kerajaan buat dasar melulu.. tapi rasanya dulu .. zaman pemerintahan lain... sekarang apa yg aku tgk.. kerajaan kuarkan statement di paper dahulu then tgk riaksi rakyat baru kerajaan laksana atau tidak... itu setahu akulah....

keempat plak...
sektor korporat adalah penyumpang utama dalam pembangunan negara..kalo sijuara tak utamakan korporat camner rakyat nak hidup... sedangkan korporat yg byk beri kerajaan duit... duit tu plak adalah untuk subsidi dan membantu rakyat...

contohnya... kerajaan bina KLCC, tempiasnya adalah.. rakyat juga... ada peluang kerja.. dapat duit.. duit tu beli makanan.. makanan tu makcik jual.. makcik tu plak beli ikan.. ikan tu nelayan jual... nelayan dapat duit beri anak-anak makan.. itulah tempiasnya... kitaran ekonomi...pengaliran wang...

sebelum ni projek kerajaan takde... negara pun inflasi...

bab gift plak memanglah membazir .. aku setuju ckp ko... tapi bukan tak perlu... sbb gift tulah untuk salah satu bentuk promosi kerajaan pada rakyat..

sekadar pandangan jer....

prebetsabu said...

Dee: tepat dan padat...!!!!

dan rasanya habuan rm10juta utk pemain skuad kebangsaan tu pun leh hold dulu kot........

tolong la kerajaan.. set kan priority!!

prebetsabu said...

Diarihatiku: thanks.. wahh.. pakar debat?

statistik yg dukeluarkan oleh Kementerian pelajaran kepada si juara rakyat adalah 87 % student diasrama penuh balik pada hujung minggu.. so buat per nak membazir sedangkan student takde hujung minggu di asrama...

bagaimana nasib 13% student yg tinggal pd weekend? kenapa kerajaan tak tgk pada alternatif lain cthnya: apa kata wajibkan pengurusan asrama utk amik nama student yg tak balik on weekend, dan makanan disediakan hanya utk mereka2 yg tak balik tu?


keduanya... kerajaan berhabis untuk skim kesihatan...ubat-ubat yg ada di hospital mahal.. berapa mahalnya tanya org kementerian kesihatan ataupun klinik-klinik swasta. sedangkan dinegara luar atau paling senang indonesia yg mundur tu pun ubat kena beli sendiri... kalo negara maju tu lain lahhh...

tahniah buat kerajaan yg baru2 ni announce utk skim klinik 1malaysia.. langkah yg baik harus dipuji.. tak dinafikan, kemudahan kesihatan bole dikatakan telah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.. mmg kerajaan mengeluarkan bajet yg agak tinggi utk kesihatan, tapi, rasanya byk lagi yg perlu diperkemas.. cth yg paling terpalit dalam ingatan aku ialah betapa membazirnya projek e-kesihatan aritu... dan jugak peruntukan2 yg telah menjadi abu tidak berguna especially dalam penyeleggaraan pembinaan hospital yg byk berlaku pembaziran n lompong sana sini.. again, ianya kelemahan kawal selia!


ketiganya elaun pak menteri...
mana ada org nak kejer kalo eleun ciput.. lagi plak pening mikir satu negara... alangkan pembangkang pun naikkan elaun exco-exconya... inikan kerajaan...
Parlimen 6k adun 4 k... expenses lain tu adatlah... kita yg swasta pun byk claim bab expenses..telefon, minyak, tol, dsbnya.. ikut kelayakkan ler kan...


so? pak menteri rasa dia byk pening kepala pikir hal negara, jdnya dia adil if kita desak kurangkan elaun dia? dia kerje utk siapa? siapa yg undi?

Ketiganya bab dasar plak...
hah.. bab ni aku setuju... memang kerajaan buat dasar melulu.. tapi rasanya dulu .. zaman pemerintahan lain... sekarang apa yg aku tgk.. kerajaan kuarkan statement di paper dahulu then tgk riaksi rakyat baru kerajaan laksana atau tidak... itu setahu akulah....


mmg betul.. inilah trend terkini sejak pengabilalihan tampuk pimpinan dari Abdullah... announce suke ati, then rakyat bising baru kelam kabut nak revoke... mana pegi majlis penasihat? mana pegi segala kajian dari kementerian yg berkenaan? mana pegi akal logik?


keempat plak...
sektor korporat adalah penyumpang utama dalam pembangunan negara..kalo sijuara tak utamakan korporat camner rakyat nak hidup... sedangkan korporat yg byk beri kerajaan duit... duit tu plak adalah untuk subsidi dan membantu rakyat...


perlu ada kestabilan diantara ekonomi dan juga sosioekonomi dalam negara. saban tahun kita tgk annual report korporat2 ni semuanya untung million2 bahkan berbillion2... mana timbang tara?


contohnya... kerajaan bina KLCC, tempiasnya adalah.. rakyat juga... ada peluang kerja.. dapat duit.. duit tu beli makanan.. makanan tu makcik jual.. makcik tu plak beli ikan.. ikan tu nelayan jual... nelayan dapat duit beri anak-anak makan.. itulah tempiasnya... kitaran ekonomi...pengaliran wang...

yes, kebanyakan pembangunan yg dilakukan mempunyai chain reaction yg positif, mcm cth yg diberikan...
tapi akal aku takleh nak proses la.. makanan utk sekolah asrama dicatu???


bab gift plak memanglah membazir .. aku setuju ckp ko... tapi bukan tak perlu... sbb gift tulah untuk salah satu bentuk promosi kerajaan pada rakyat..

jika diberi pilihan antara door gift dalam event kerajaan dgn makanan weekend utk sekolah, aku pilih makanan utk budak sekolah... anda, bagaimana?

;)

Alamfanacinta said...

bro ps..

itu lah kan..patutnye kat student2 yg sedang meningkat umur tuh lah kne bagi makan, sbb dieorg tgh stadi..dari sudut nutrition nye, teens mmg patut makan makanan yg berkhasiat...*walaupon ni ayat standard, but its undeniable facts*

dahla selama nih dok bagi makanan pn ala kadar jer..ikan jaket ikan jaket ikan jaket...

Sidratul Muntaha said...

salam
pokok pangkalnya..
bukan soal subsidi
bukan soal bangsa
bukan soal statistik
bukan soal elaun menteri

yup
slogan tak sepadan.
mcm 'ckp berdegar - degar,tahi sangkut digelegar'
malah boleh aku kata as 'cakap tak serupa bikin.'

atuk aku bilang ,bukannya rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.ni dah lebih pada rosmah diutamakan,najib didahulukan.'
ni atuk yg cakap.aku cuma ulang balik.

elaun menteri..ceh!!bukan menteri buat keje maa..
org bwh2 dia...
bukti?
aku keje universiti..
phm2 ler sendiri.

lagipun..
tak salah bidas klu gomen mmg ade silap..jgn ler puji melambung.
bru bagi sikit n buat2 tutup mata yg lenlain.
n also..kritikan membinakan itu bgus?!

sib baik PB dah kuar isu..
klu aku buat n3 cenggini
mahunya kena maki dgn pro kerajaan..

yeah..
mmg aku takkan pergi pada dacing or keris..
biarlah ijau n torquise selamanya..
roket?
belum terpikir lagi..
peratikan jer dulu...




p/s:sori komen pnjng2 sbb aku rasa ni ler n3 bagus dari PB.

prebetsabu said...

sori komen pnjng2 sbb aku rasa ni ler n3 bagus dari PB.

nak kecik ati la.. n3 aku yg lelain tak bagus.. waaahhhhahahahahaha..

gurau2..

'rosmah diutamakan,najib didahulukan.'
;)

prebetsabu said...

alamfana: walau ikan jaket tu keras, tapi tetap meriah n mengenyangkan makan ramai2 ngn kawan2 dalam dewan makan!!

budak remaja baru nak naik.. mmg kuat makan!!

Dee said...

kwn aku ckp..rosmah bulat xpe..budak2 biar kurus mkn..hahaha..

pastu..eh org gomen kursus sehari makan 6 kali xpe..budak2 nak berkira..aiseh..catu tang lain ar..jgnlah kt anak2..kesian..

[-suziey-] said...

hohoo..hangat gk perdebatan ni..hehe..

Anonymous said...

bro,

aku rasakan ada elaun wajib dimansuhkan seperti elaun si rosmah bini PM tu. ko tau tak.. dia mengikut PM visit ke hulu ke hilir.. dia akan dapat elaun. maybe elaun untuk buat shopping. walaupun sikit je pun tapi sebenarnya tak perlukan diberikan. ada dasar dan tujuan apa elaun si isteri mengikut suami?? kalo berhari-hari PM ge visit, dah berapa banyak dia dapat kan?? kalau sekadar mengikut suami dan diberi layanan 1st class lagi mau diberi elaun.

gula pandai nak di naikkan. anak-anak bijak pandai yang duduk asrama boleh pula tidak diberi makan.. oh ya! anak dia mewah makan so tak perlu nak belas2 ehsan bagai ni kan...semua tu mengarut tapi elaun bini mengekor kulur kilir tak pandai pula nak dimansuhkan.. haih!!

-pecinta keadilan-

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!