Header

Wednesday, June 30, 2010

Dokumentari Europe : Day 2 - Paris> Cruise & Town Sightseeing



wohooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
jom kita sambung pasal pengembaraan ke eropah timur..

hari kedua, masih di paris..
aktiviti di paris harini ialah utk river cruise...

apa ek nama sungai dia.. river seine
sebuah sungai utama yang panjaaannngggg..! air dia mengalir merentasi benua eropah.
tenang je arus sungai dia..

otw ke sungai tu, lalu kat Statue of Liberty ni..
wah.. bukan saje ke paris, tapi leh wat trip ke new york la..
hahaha tak lah..
ni just olok2 je.. dia wat sempena memperingati US la..

patung liberty ni mmg menghala ke arah bandar US


ok dah sampai ke salah sebuah kompeni yg ada wat river cruise
Bateaux dalam bahasa france bermakna kapal

tiket? dalam 11euro seorang



cruise nye selesa.. lebar n besar...

di setiap tempat duduk, ada gagang ni..
gagang ni krianya dia punya guided tour la

nnti dia explain la kita berada kat kawasan mana, apa itu bangunan itu..
sejarah asal usul..
menarik seehhhh dengar kisah sejarah dorang..
just dgr je la bukan hafal pun..
atleast dari kisah2 sejarah dorang ni, kita leh kaitkan dgn apa yg kita nampak pada hari ni..
budaya, sosio ekonomi dorang, perwatakan dorang... etc


kitorang geng2 lelaki semuanya kan.. apa barang nak duduk kat dalam area bumbung..
maka berteraburlah weols semua gi ke bahagian ujung cruise tu..
kat situ open air..

wahh syiok oo
ngn cuaca sejuk!!
angin sepoi2 bahasa.. wahhh best!!

mmg masa weols sampai eropah, sepatutnya adalah bermulanya musim summer
tapi, officially summer is on 23 june 2010..
weols arrived paris on 19 june 2010, makanya iklim masa tu masih sejuk..
tapi kat london nnti 23 june, haaa.. dah panas!!

so weols rasa bertuah la dapat merasa 2 keadaan iklim.. sejuk spring dan panas summer!

jom layan pemandangan n posing2 mautttt dalam cruise tuh..

pandangan sisi notre dame de paris..
mmg gereja ni dibina bebetul tepi sungai seine ni..
rekaan dia mmg marvelous la!
penuh ngn ukiran n kesenian.. besar gadang plak tuh!



kan dah bgtau, bangunan lain kat paris ni mmg sepeseennnn je..
samaaa je kebanyakan bangunan dia..
mengelirukan if kita tak tau nama jalan or landmark yg lain




gegambau atas ni sume berlatarbelakangkan kepada muzium dorang..
sume muzium kat paris ni kene beli tiket.


keseluruhan sungai ni di bahagian paris, ada lebih kurang 72 buah jambatan yang dibina dari dulu kala and diorang perbaik dari semasa ke semasa..

tapi crusie ni sempat lalu 12 jambatan je..
jambatan dia cantik2..
penuh ukiran n statue pelbagai bentuk...
setiap jambatan adalah unik..
so if korang nak jdkan sebagai landmark utk cam kawasan, haa.. jambatan korang leh la amik sbg landmark.. bangunan takleh sbb samaaaa je design.. susah nnti kompius.


kalau lah time ni mv ada sekali, sure romantikaaaaaaa
leh duduk2 sembang2 n menikmati pemandangan indah sambil dihembus udara nyaman..

perjalanan cruise ni amik masa dalam 1 jam 15 minit...
lama tuhh.. bape round leh french kissing atas tu!!!!
muahahhahha

kat area bawah kaki eiffel tower.....

pendapat peribadi aku, amat berbaloi lah naik cruise river seine paris ni!
pemandangan dia cukup memukau..
bangunan2 lama..
jambatan2 unik...
suasana dia tu.. bringin up our romantic mood from inside!!
serius..

buat yg bukan beragama islam, yang boleh makan makanan tak halal, if korang p amik cruise with dinner tu lagiiiiiiiiiiiiiiiii la syiokk ooo.. !!

musim summer ni, matahari adalah bersinar panjang sekali ye..
seawal jam 4am dah terbit, selewat 10pm baru nak terbenam..
so kalau uols opt in utk cruise dinner, wallawehh.. sure best!


selepas settle cruise 1jam 15min tu,
perut sudah laparr..

jom makan... makan kat kedai menu pakistan..
menu kacang dal.. tak sedap!!



tapi bila pikir2, if tak makan kang, susah plak nak carik makanan lain..
bebalik mcd fries je...
so makan je la..alas perut..
dah la cuaca luar sejuk.. so kene gak makan kasik panas nnti..

perut dah kenyang, jom kita pergi terjah kawasan bernama montmartre !

rasanya, kalau uols jejalan dalam bandar paris ni, korang akan rasa bandar paris ni mcm kecik je.. sbb balik2, korang akan lalu kawasan tu jugak..
jumpe monumen itu ini jugak.. hahha

tu monumen pegang daun zaiton tak silap..
sebagai simbol pembabtisan kota paris...
kepercayaan kristian.

dan di paris, mmg banyak skuter..
aku suke betul skuter roda tiga ni... huuhuh

sampai di montmartre

kota paris dibina dari gabungan beberapa buah kepulauan kecil (pulau dipisahkan sungai.. bukan lautan..sbb tu kat paris ada byk jambatan) dan juga beberapa bukit..

masa lalu cuise tadi dia dah tunjuk kota asal paris..
kat sebuah pulau.. kecik je kota asal dia..
dan sekaang dah membesar..

now, montmartre ni plak, merupakan kawasan bukit yg membina kota paris ni..
aku igtkan dalam kepala otak ni, bukit tinggi la mcm fraser hill ke..
tapi...
rendah dan landai sajee..
hahahah


kat kaki bukit, sepanjang jalan nak naik tu, banyaakkk kedai2 souvenir..
sib baik byk kedai2 camni.. so perjalanan tu tak la terasa mcm daki bukit sgt.. sbb leh stop2 tgk2 kedai..




dan dipuncak bukit ni plak terdapatnya sebuah gereja..
dan disebelah kiri kawasan gereja tu, pulak merupakan dataran bagi para pelukis menjual dan mempamerkan lukisan mereka..

nampak tak belakang tu atas bukit tu ada gereja...?
suatu ketika dulu, kota paris dah terkenal, maka cost of living di paris pun mula mendadak tinggi..
maka bagi golongan yg kurang kemampuan, especially golongan pelukis akan lari dan membina penempatan di kawasan luar kota..
dan dorang pilih bukit ni utk dijadikan kawasan penempatan mereka

dan sehingga hari ini, kawasan ni tetap terkenal ngn pusat berkumpulnya golongan seni n pelukis..
dan view dari atas ni jugak adalah cantik!

nak naik ke atas tu ada 2 pilihan..
if korang gagah perkasa macam aku, leh je naik ikut tangga..
takde la tinggi pun.. cuaca pun sejuk.. so enjoy je naik tangga pelan2..
but if nak senang, ada perkhdmatan kereta kabel..
dia caj 3euro tak silap aku.. zzrruupppp je dah sampai atas..

panjat tangga pelan2, dalam 10min sampai la atas..

ngeh3...
sempat berehat amik nafas duduk2 kat tangga sambil posing latar belakang gereja...
tgk tu tangga dia landai je.. enjoy je naik..

dan sampai atas..
pose kat air pancut kat depan gereja..

igt nak pose macam The Thinker tu bertenggek tapi segan plak..
tapi tu pun bertelegu ala2 the thinker versi prebetsabu la tuh..
dok mikir apa la yg mv n damia wat.. beza waktu paris n kl is paris lewat 6jam.. sure mv n damia tgh tido masa tu............

di dataran depan gereja ni mmg meriah..
begitu byk sekali street performance...
kita layan dulu dorang perform sini..
lepas tu baru gi ke dataran seni kat belah kiri gereja tu..

dalam byk2 performance yg ada kat situ..
yang ni paling aku minat utk tgk..



gille cekap dia timbang bola....

dan bukan setakat timbang bola tu kat atas tembok tu..
tapi.......................
tengok la sendiri yg ni:-


tetiba dia gi panjat itu tiang lampu daaaa

dia pi timbang bola atas tu plak..
siap pusing2 kat ulut dia lagi pakai pen..
dasat2...

aku rasa time ni ramai mulut yang ternganga...

weh tiang tu bukan rendah...
nah tgk plak gambar ni:-

perghhhhhhhhhhhhhh
kalau lah dia jatuh.. patah liuk gak tu rasanya!!!

dan ramaiii yang gi bagi tips atas persembahan dia yg hebat tu..
syabbassshh!!!! mmg mengujakan!


dah puas tgk show, jom kita p tgk artist square montmartre..


ruapanya besar lagi kawasan dalam tu..
meriah..
ada kedai2 makan.. keai kopi..
dan kat tengah2 kawasan tu, dataran pelukis...

pelbagai jenis lukisan ada..
dari lukisan landscape...
potrait...
oil painting, water kaler, crayons, pencils...
uishhh.. cantik2 belaka..

harga? bole tahan gak la..
hand made kan..

dalam byk2 tempat, tetiba ada sorang ni mai panggil..
dia kata dia kurang customer utk aritu..
so dia nak wat utk kita free...

apa seni dia?
dia boleh gunting kertas menjadi design muka kita dari bahagian tepi...
waahh... dasat gak..
tak sampai 5min dia gunting2 kertas sticker tu, tup tup siap dah profile muka kita dari tepi...
siap ramos rambut lagi.. ada pakai suite bow tie lagik!

dia bagi free sbb nak tarik org ramai tgk hasil dia..
kita pun paham lah.. nak gak tolong dia carik makan..
sesambil tgk dia wat tu, ktiorang pun wat2 la kecoh2.. tepuk tangan bagai... pekik "waaahhh very nice"..
tak sampai seminit, tuuu dia ramai berkerumun kat tpt dia..

dan lepas tu berbaris org nak wat hasil tangan dia..
huhuhu rezeki dia.. bg 1 free kat org lain, dapat 5-6 plak customer lps tu..
kos? 1 gamba tu dia wat dalam 10euro.

so settle di montmartre.. kita habis masa sini dalam 2jam gak la.. syiok gak sini

terus kita gerak ke Louvre Museum
tampat dimana, terdapat beribu2 lukisan dan arca monumen ditempatkan di sini..
dan yang menjadi daya penarik utama ialah.................................

lukisan asal potret monalisa...........
ianya merupakan lukisan agung oleh leonardo da vinci..
pompuan dalam tu nama dia bukan mona lisa.. tapi lisa giocondo (camna ntah eja)
lisa ni dok sedih je anak dia mati.. so laki dia soh leonardo lukis potret bini dia ni senyum...

yang menariknye, potret ni if kita tgk dari mana arah sekalipun, kita akan nampak si lisa ni pandang kita and tersenyum manis.........................................
errkk.. seram gak kan?
hahahaha

waktu operasi ialah dari jam 9am - 6pm, kecuali rabu dan jumaat dari 9am-10pm
entrance fee is 9.5euro


pintu masuk ke louvre museum



masuk je kat pintu masuk depan sekali tu, aku dah jadi jakun dah...
dok terbayang lak macam maharaja paris dedulu je jalan masuk situ..

senibina dia.. mantap betul..
sekali imbas rasa mcm ada kat rome plak..


sampai je kat dalam...
tuuu dia. lapangnyee..

kat tgh2 tu ada sebuah piramid kaca..
bukan bangunan asal
dibina utk jadikan ruang tempat pintu masuk museum tu n beli tiket situ



tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..................

sedih betulllllllllllllllllllll
sbb dok ralit sgt bergambar kat atas tu.. sembang2 plak lagi..
tak pasan lak jam masa tu dah kol 540pm..

so kaunter tiket tu dah tutup.......................
adoii...
so kami beberapa kerat ni tak dapat masuk.........
tak dapat la tgk potret asal mona lisa tu... waawawawawaaaaaaaaaaaaaaaa


takpe. next time gi ngn mv leh tgk puas2!!!!

makanya selepas itu kami pun berjalan longlai la dgn hati yg frust tak dpt tgk monalisa...
takpe takpe.. kat mesia tu aku punya monalisa lagi comeyyyyyyyyy!
masvionalisa!!!!

so weols berjalan tanpa arah la kat luar tu.. jalan2 suke2 then masuk mcD pekene kopi hahahahah


kat sekitar paris, banyak betul basikal cenggini...
ni basikal utk disewa...
leh sewa pakai kad kredit or kat prepaid dia...
mudah.. mudah..

ko leh sewa kat memana, dan pulang kat memana jugak asalkan dia ada stesen dia camtu..
convenient sungguh... dan takde plak jahanam reader n stesen basikal tu.. bagus dorang pandai menghargai kemudahan...

harga? tak pasti...

dan selepas minum2 tu makanya masa utk pulang la...

otw pulang tu ktiorang berkesempatan utk melalui jalan yang dilalui oleh Lady Diana and Dodi Al-Fayed.. perjalan mereka yang terakhir sebelum terbunuh dalam kemalangan........

dan di terowong itulah yang meragut nyawa diana n dodi...
mereka otw balik dari dinner kat area grand theatre kat bandar paris tu..
driver dia plak makan kat restoran ritz...
driver dia mabuk terlebih alkohol.. kalau mabuk cinta leh maaf lagi.. ni mabuk todi.. haaa.. sendiri mau ingat lah! dan eksiden.....
kereta merc S class kelajuan 80kmh je.. tapi.. remuk habis...

depan sikit dari terowong tu dibina monumen api ni..
menyerupai bentuk api obor statue of liberty..
eh statue liberty kat US tu dibina oleh org perancis tau..
muka statue tu muka mak org yg bina tuu.. hahaha muka org french...
poodaahh la US!

kat monumen ni tiap kali peringati kematian diana, ramai akan tulis surat pada queen Elizabeth marah2 kat queen tu n salahkan queen tu sampai diana mati..
huh memacam..

lepas tu kitong straight back to hotel..

dan dengan rasminya, lawatan di kota paris tamat.......

kesimpulan 2 hari di paris:- seronok, teruja dgn sejarah, bangunan dan latarbelakang bandar ni
sangat sesuai utk jiwa romantik!
amat tidak membosankan!
shopping di paris juga best!

kalau ada rezki next time, maybe leh spent 3 hari kat paris utk lawat segala museum and pusat shopping dia! kalau lama sgt, kang rugi masa.. kalau singkat sgt tak dan nak round.. so 3 hari is just nice!

next, weols meneruskan perjalanan ke Belgium!

*maxi buku = terima kasih banyak2.. thank you very much

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

3 Comments Uols:

kumichan said...

fuyooo..menarik...tertarik....memang da boom la...best..best....

kumichan said...

fuyooo..menarik...tertarik....memang da boom la...best..best....

Hezesuze said...

dari segi penceritaan macam akak plak yg pergi kesana...huhu

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!