Header

Tuesday, June 01, 2010

Hobi, Kegemaran, Kesukaan atau Kegilaan...

hobi, kegemaran, kesukaan atau kegilaan...


Actually benda nih ahkak dpt from email dr sorang member ahkak nih but tetiba rasa mcm terpanggil lah nak share² ngan uols...dah kebetulan prebetsabu pun ada tgh dok kemaruk ngan minat baru dia nih kan....hikssss

Kata org sharing is caring rite?????? so jom sesama baca nih ahkak CnP jerlah kat sini eh....hari nih kita bincang psl topik


banyak orang, banyak kegemaran. Ramai orang kata apa yang mereka gemar lakukan adalah hobi diorang. is it? ambo pun tak tahu. by literalnya;

hobby = an activity engaged in for pleasure and relaxation during spare time

so, rasanya based on makna tu sendiri orang dah paham apa itu hobi. hobi ni cuma satu aktiviti yang kita buat untuk kita punya pleasure dan relax pada masa lapang.

Ambo sendiri pun ada banyak hobi, mostly involved dengan outdoor activities macam mountain climbing, rock climbing, diving, sky diving, fishing etc.. semua tu ambo buat sekiranya ada masa lapang and sekiranya ada RM lebih. setakat nih boleh dikatakan semua gunung yang tersohor di Malaysia, ambo dah sampai ke puncak.

ramai orang kata kita boleh / perlu mencari masa atau create masa untuk hobi kita. dan ambo sendir pernah ada pegangan macam tu juga dulu. tapi masalahnya, ambo x boleh enjoy the hobby sekiranya ambo ambik masa atau create sendiri masa lapang ambo untuk tujuan hobi ambo. masa naik gunung ke hapa ke fikiran ambo dok pikir pasal kerja. so, whats the point of pursuing that hobby kalau kita nak rehatkan minda pun x bleh. itu dah jadi satu KEGILAAN. and this madness is not good for dan orang sekeliling kita.

ada juga orang kata, kalau nak berhobi, perlu mengeluarkan duit lebih sikit. Is It? perlu ke kita buat semua tu? mungkin pandangan ambo ortodok sikit, tapi bagi ambo kalau takde duit, takyah lah berhobi yang mahal2. dok rumah tidur lagi baik. my idola dalam outdoor activity ni, Richard Branson taukeh Virgin Air, mmg dia hebat dengan aktiviti ourdoor dia. tapi ambo x bleh la nak tiru dia, dia ada banyak duit lebih. ambo x de duit lebih cam dia, if ambo tiru dia maknanya ambo ni GILA and akan menyusahkan semua orang disekeliling ambo. lagi satu fikiran ambo pun tak tenteram bila terlebih spent untuk hobi ni, kesian la orang yang bergantung hidup dengan ambo tu.

ambo cukup kesian kat family orang2 yang kata dia habiskan duit untuk dia punya hobi. contohnya orang yang hobi dia bermotor besar, banyak habis oooo.. upgrade motor la apa la. kalau kita ada duit lebih takpe la juga. ada member ambo tu siap buat OD lagi nk upgrade motor dia. for me, tu adalah kegilaan, otak kita pun makin serabut jadinya bila fikir hal hutang-hutang ni. orang sekeliling kita pun akan terima effect juga. kesian la diorang. ini adalah satu KEGILAAN.

so, kalau nak berHOBI tu biarlah pada masa lapang dengan duit lebih sahaja. kalau lebih-lebih tu bagi ambo adalah satu KEGILAAN.


So moral of the story, harapnya lepas baca nih kita semua dpt set priority dlm hidup kita. Semua org ada hobi ada minat yg nyata berbeza utk setiap org n minat nih tak salah malah akan lebih memberikan warna pelangi dlm hidup kita but kita seharusnya pandai meletakkannya ditempat yang betul.....for me lah

Ahkak ingt lagi quote nih....ini nasihat from pak cik ahkak yg masa kekecik dulu ahkak mmg takut giler lah dgn dia nih pantang tgk muka sure nangis air mata xdan² nak kesat kuar balik kesat kuar balik...haaa sampai gitu ahkak punya takut kat pak cik ahkak yg sorang nih even dia baik hati sbrnya ckp pun pelan jer. Ahkak pun heran smpai skrang pesal ahkak takut sgt ngan dia dulu.....dia....CINTA TUH TAK SALAH, TAPI PANDAI² LAH KITA MEMILIH CINTA.....ASALKAN CINTA YG KITA PILIH TUH MENDORONG CITA-CITA KITA JGN LAK YG MEMBUNUH CITA² KITA

hahaha sbb apa dia nasihat gitu sbb weols nih (cousin ahkak+ ahkak)....wah nak gak letak nama ahkak tuh (jaja...kak norly korang jgn nak eksyen ehhhh xtau lah plak depa baca ke tak blog nih....xpe² nnti ahkak nk war² kan kat fb kasi depa baca....hahaha)....masa zmn skolah dulu ramai peminat....ramai lak pakwe (depa ler ahkak xramai pakwe...hiksss) secret admire sana sini....hahaha.

Dan seharusnya juga benda nih biarlah selari dengan kita punya umur, situasi dan juga kita punya kehidupan kerana setiap kehidupan kita sbg manusia didunia nih pasti tak sama coraknya even pada dasarnya kita nampak sama aje kerana jika kita dpt renungkannya sebaik mungkin pasti ia akan dapat menyedarkan kita bahawasa secara tak langsung ia menunjukkan agungnya dan maha besarnya kekuasan Allah swt itu kerana ia menciptakan sesuatu perkara/benda itu tidak ada yang sama sebijik sebijon even kembar siam.

Sama² kita bermuhasabah diri kita moga segala apa yang kita buat tuh bukan saja kita suka buat malah dapat mengembirakan hati orang di sekeliling kita pula barulah ada barakahnya kat situ....bahagia hidup....Insyaallah.


Author's note: Peace No War!!!!


Updated: Ok uols actually member ahkak yg email ahkak psl isu nih dia pun CnP kat blog org lain n this is the url...so uols check it out kat sana eh...... http://tuansaharizam.blogspot.com/


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

11 Comments Uols:

SyuQ said...

kita tunggu apa kata abg prebetsabu plak. he he he

btw kak mas, kalau kita mampu n ada duit, x salah perabih duit tuk hobby. dgn syarat x lah smpi bergolok bergadai...

masviona said...

syuq,

mmg lah tak salah sbb tuh kak mas ada buat quote nih

"Semua org ada hobi ada minat yg nyata berbeza utk setiap org n minat nih tak salah malah akan lebih memberikan warna pelangi dlm hidup kita but kita seharusnya pandai meletakkannya ditempat yang betul.....for me lah"

klu kita hidup sendirian xperlah duit kita utk kita sorang but klu kita hidup bekeluarga duit kita masa kita diri kita utk di share ngan famili kita kan....huhuhu

Anonymous said...

wat u means x salah perabih duit?

prebetsabu said...

wah wah wah... siap nak tunggu apa kata aku ye syuq?

hihiih...

bila si A bercakap dari sudut pandangan mata dia, dah tentu la si A tu akan memenangkan pandangan dia.

Hobi,kegemaran, kesukaan atau kegilaan?

ada 1 lagi istilah yang maybe si penulis terlupa utk masukkan, iaitu MINAT... PASSION.

pandangan mata setiap manusia adalah berbeza. tak semestinya jika A minat sesuatu bende, makanya si B juga perlu minat... klu camtu tak meriah la dunia ni kan?

ada bende yg A minat, B tak minat.. begitu jugak sebaliknya.

kekadang buruk pada mata kita, tapi cantik pada mata dia.. sebab dia dapat menilai dan menghayati sesuatu tu dgn pandangan dia sendiri, yang mungkin tidak dapat diperlihatkan olehnya kepada org lain.

dalam hal ni, hobi, yang akhirnya cuba diklasifikasikan as kegilaan oleh penulis ada plak tercalit ngn dunia permotoran, atau lebih tepat lagi, motor besar.

umum tau, dek kerana momokan dari cerita tv barat, dunia moto ni selalu di salah ertikan. ramai jugak yg kompius, dunia moto kecik (rempit) ngn moto besar ni ramai yg igt sama je... kaki pompuan, kaki judi, kaki botol.

kalau tgk dalam tv, plak, geng2 mat salleh yg kaki moto besar ni, semua nya rupa macam tak terurus... rambut panjang kusut masai... tattoo sini sana.. tgn tak lekang ngn botol beer.. etc etc..

so ramai yg dah terbawak2 dgn persepsi ni... walhal, arena moto besar di malaysia ni amat berbeza... masih lagi kaya ngn adat ketimuran.

rata2 yang bermoto besar bukanlah yang muda belia, sbb utk memiliki moto besar, kos adalah tinggi... maka agak sukar utk budak muda nak bermoto besar.. so dari segi tu kita dah dpt bezakan golongan big bike rider ni ngn golongan rempit.

dan bila kita sebut n bicara pasal minat, ianya bukan sekadar hobi yang sgt minimun intepretasi maknanya, tetapi minat ini lebih mendalam jika dapat dikupas.

to be continued - dah lebih characters plak..

prebetsabu said...

samb-

dan bila kita sebut n bicara pasal minat, ianya bukan sekadar hobi yang sgt minimun intepretasi maknanya, tetapi minat ini lebih mendalam jika dapat dikupas.

pure passion is something that derive from ur heart, which makes u really into it, no matter how hard or how big the obstacles u have to face just to achieve it.

tidak sepatutnya minat itu menjadi sesuatu penghalang. takut dia upa tanggungjawap disebabkan minat n hobi dia? kalau org tu dah tak tanggungjawap, macam si penulis tu suggest soh dok rumah tidur lagi baik daripada seseorang tu berhabis banyak utk hobi dia.. haa.. itu barulah habis hancur luluh harapan utk jadi org bertanggungjawap klu dah tidoo je kejenye.

mungkin terdapat kes org yg terlalu penting minat sampai keluarga terabai.. spent beribu riban utk minat sampai perkara asas family pun tak dpt nak provide, but bukan nak bemegah, tapi setakat 6 tahun membina keluarga, rasanya bole dibanggakan pencapaian. at least dah mula stabil, baru lah nak venture into my minat yg dah lama pending.. priority? ye.. itulah caranya nak bina priority.. bina keluarga dulu.. dah stabil, then y not kita layan sedikit hobi n minat.

jika seseorang itu dapat menikmati minat dia dan ditambah pulak ngn org sekeliling yang sentiasa memberi sokongan, maka risiko utk keterlupaan and kegilaan tu mungkin akan berkurangan, sebab dia dah enjoy dpt wat sesuatu yg dia suke, and dapat pulak dorongan..

tapi, bila dia baru je nak dpt berjinak ngn minat yg dah terkubur lama, then suddently kene cantas, maka i can assure u things will be malapetaka...

just imagine, dia dah spent bertahun2 lamanya masa just utk bina keluarga yg bukan sahaja cukup serba serbi, tapi rasanya dah mewah dah tu... and to do that, dia kene keep n hold dia punya passion... then sampai satu tahap, dia rasa dia dah cukup stabil, tetiba plak kene cantas.. humakkkk.... just imagine.

bukan sahaja kerana ego, sebab setiap org ada ego.. yg dok nak kata minat tu membawa kegilaan tu pun ego la.. sbb dia terlalu takut akan bende yg tahpape..

tak dinafikan, ada org yg hanyut.. bukan nak kata sebab hobi or kesukaan or kegilaan.. tapi mcm2 sebab leh jd hanyut.. kaki pompuan, kaki tipu, kaki boros etc etc, tak perlu hobi, pasti akan hanyut.

ukur baju di badan sendiri. kita tau kemampuan diri kita, dari segi fizikal, mental dan jugak kewangan. selagi semua tu masih di dalam kawalan, so y not? itu bukan kegilaan.. tapi kalau kita ada rm10, then kita banje rm8 utk minat, rm2 utk family, itu baru la GILA.. dan BODOH!

hah tu dia.. pendapat n engalaman dari dalam hati, terus kepada anda.. huuhuh.. mcm iklan la plak..

yang benar,
prebetsabu yang suatu masa dahulu didokong oleh seseorang yang sentiasa memberi sokongan.

El-Zaffril said...

CINTA TUH TAK SALAH, TAPI PANDAI² LAH KITA MEMILIH CINTA.....ASALKAN CINTA YG KITA PILIH TUH MENDORONG CITA-CITA KITA JGN LAK YG MEMBUNUH CITA² KITA

Saya suka quote ni... ngeh ngeh ngeh

tuansaharizam.blogspot.com said...

Sister Mas & Bro Prebetsabu,

ambo x kenal korang ni, tapi thanx sebab bagi komen-komen membina untuk n3 dalam blog ambo. luv to be friends with you 2 guys.

ambo dh go through this blog. you two can be classified as loving couple. hopefully this petty problem like prebetsabu's hobby / passion wont effect your relationship. pray for the God.

p/s : sahabat Ambo, mat motor yang disebut dalam n3 ambo tu sebenarnya ambo sendiri. ambo pernah hadapi masalah yang sama.

remember : only love can atasi whatever problem. so get back to LOVE.

do visit tuansaharizam.blogspot.com again. tq

prebetsabu said...

Tuansaharizam,

Klu tuan xbgtau yg mat moto tu tuan pun, sy dh bole agk sbb kupasan tuan dlm tu mmg cara kupasan terhdp diri sndiri.

Simpati sy utk tuan kerana telah terjebak dlm kegilaan dek kerana hobi tuan.

Tp buat pembaca luar umumnya, dan juga buat masviona khususnya, adalh x adil utk kita menghukum kesemua penggemar hobi yg penuh minat. Jgn kerana nila setitik!

Suatu ketika dulu, sy juga amat dambakan cinta.. Love.

Tp bg sy, cinta bkn lg d tngga teratas.

Sy lebih rela agungkan perkataan PERCAYA. Dan sy lebih dambkan lemparan kata-kata "saya percayakan awak" drpd "sy cintakan awak"

Sbb cinta hnya sekadar dasar, mnkala percaya adalh dr akar umbi.. Tnpa kepercayaan, cinta sekadar lakonan! Cinta tanpa kepercayaan akn mengundang byk titik hitam.. Terlalu sangsi dgn setiap pwrbuatan psgn.. Itu .. Ini... Maka melingkuplah hubungan!

Spt tuan, penulisan tuan adlh brdsrkn pengalaman peribdi, begitu jugalh saya.

Mmg kami adalah pasangan yg loving.. Sy sememangnya cinta dan percaya terhdap psgn sy.

Tp tu semua dulu...

masviona said...

firstly thanks pd semua yg komen....syuq, el, prebetsabu...anonymous n tima kasih gak utk tuan saharizam coz komen gak kat sini...saya terima semua komen ngan +ve


yes sy stuju ngan prebetsabu....dulu saya pun letakkan percaya di tangga teratas tp lumrah manusia nih bila kita dah kasi 100% kepercayaan but org yg kita percaya tuh dah hilangkan kepercayaan tuh boleh ker kita percayakan dia 100% balik mcm dulu?????

frankly speaking saya xdpt PERCAYA kan org tuh lagi mcm mn saya percayakan dia dulu

kenapa dulu bila saya letakkan PERCAYA dtangga teratas dia yg robohkan so now semua nih terjadi sbb dia....dia lah penyebabnya!!!!!

prebetsabu said...

Sejarah adalah sesuatu yg perlu dikenang dan djdkn sbg panduan, bukannya ikutan.

Mmg dulu pnh lakukan kesilapan,tp adkh ats sbb kesilapan dulu tu, nk terbawa2 smpi 100thn lg?peliknya manusia ni ialah, brg kesilapan akn diletakkan dlm kotak simpanan rapi dlm otak manakala brg kenangan manis akn disimpan d ceruk hulu di otak.. Mjdkn sejarah kesilapan sentiasa segar.

Sy xmau menuding jari sbb kita tuding 1, 4 lg tuding mana?

Pikir pikirkan lah.. Adakah minat ni mbw kemusnahan, atau adakah perasaan prasangka dlm diri tu yg membw kemusnahan.

Hobi dan minat sy ialah terhadap moto.. Hobi dan minat anda? Mencari punca perbalahan? Lps 1 kes, dtg plak 1 kes lg.

Sy pun dh bosan.

tuansaharizam said...

http://tuansaharizam.blogspot.com/2010/06/cinta-kasih-sayang-tanggungjawab.html

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!