Header

Thursday, July 01, 2010

Dokumentari Europe : Day 3 - Brussel > OTW to Brussel, Belgium untuk kencing berdiri dan ke Holland

Harap korang bersedia..
entry hari ke 3 di eropah ni panjang berjela..
kisah dari sarapan di paris, lunch di belgium dan dinner di holland!
panjang oooooooooooo.. moga jangan muntah hijau! keh keh keh

aku terlupa nak cerita mengenai pengalaman naik lif kat hotel yang kitorang menginap masa di Paris, Holiday Inn Paris Velizy..

Lepas register checkin kat kaunter, badan dah letih makanya berlumba2 la nak naik ke bilik cecepat..
terus tekan lift.. tekan level yg kita nak pi tu.. takmau nyala lak.. tekan pintu soh tutup pun takmo.. last2 dia bunyi buzzer n terus tutup.. naik keatas sekali.. pastu dia dok diam situ.. tekan pintu buka takmo.. tekan lagi button level bape tu pun takmo.. adoii rosak ke lift ni..

sekali baru pasan.. utk activatekan lift tu kene swipe kad kunci bilik tu daa... kiranya lift tu hanya utk kegunaan tenant hotel tu la.. adooiiyaiii... bazir masa disitu and rugi je main saspen2 sorang2 dalam lift tu hahahahha..

padahal label arahan dah tulis besar2 kat situ.. dalam pala dok nampak katil je kan.. haa padan muka



hari ketiga ni, merupakan hari kita akan meninggalkan bandar Paris, sekaligus meninggalkan Perancis...
kita menuju ke sebuah bandar di sebuah negara lagi.. Brussel di Belgium, dan kmudian ke sebuah bandar di sebuah negara lagi, Amsterdam di Netherlands.

sebelum bertolak ke negara ke dua dalam trip europe ni, kita pekena sarapan dulu!
makan kenyang2 sbb nak jalan jauh ni g belgium.
menu yg bole dimakan, tak lain tak bukan ialah roti-rotian saje..

tapi dia punya croissant mmg mantap! lembut but crunchy..
aku bahan sampai 6keping! hahahah biar kembang dalam perut aku kenyang sampai petang... kot.

Perjalanan darat dari Paris ke Brussel mengambil masa kira2 4jam 30min..



dari kota paris, kita straight amik exit ke motorway dia.. Europe Motorway code E.
lepas kuar je dari bandar paris, masuk je motorway ni, kita akan lalu terowong..
eh bukan terowong la.. tapi kita akan lalu bawah landasan airport paris.. airport Charles de Gaulle

punye la besar n banyak landasan dia sampai melintasi motorway dia..



dan motorway ni jugak ada toll booth..
ada entry n exit.. entry amik tiket transit.. exit bayo..
amik tiket sume dah pakai mesin.. takde pakai manusia lagi..


bole dikatakan 80% view sepanjang perjalanan dari perancis ke belgium ni dipenuhi oleh ladang gandum n jagung... lapangggg..



dah nak sampai ke ujung2 perancis sempadan belgium, kita leh tgk begitu banyaaaaakkk kincir angin camni..
ternganga gak la mulut aku tgk.. besar betul..
rasa mcm dalam citer alien lak..
kincir angin ni jana kuasa letrik utk kegunaan dorang..

cukup 2jam 30min berjalan, driver ni wajib berhenti utk rehat 45min!
wahh... sgt disiplin dorang kan..
dorang kene ikut peraturan sbb ada blackbox dlm kenderaan dorang.. mesti benti rehat selepas 2jam berjalan non stop..
dan driver wajib mendapatkan rehat utk tido malam sekurangnya 8jam.. dikira dari time terakhir dia matikan enjin sampai time pertama dia start enjin pada pagi keesokan hari...
sangat efficient! dan driver dia utk 1 perjalanan hanya sorang je... takyah bawak 2 driver sbb dia tau for sure driver tu akan cukup rehat.


so kita rehat di salah satu R&R hiway dia..
i must say, R&R Plus Hiway lagi selesa la.. besar..
sini kecik je.. kedai makan ada 1-2, kedai buku n toilet sikit..


kecik je toilet dia..
R&R Plus Hiway punye toilet lagi selesa... byk bilik air n bilik mandi.. sini ada dalam 5-6 bilik air je.. kalau full kene tunggu la puleekkk



nak minum kat kedai minum dia...
mahal plak..
kopi cappuino dalam 3euro..



so kita minum je air cappucino from vending machine ni murah..
1.50euro je..


ok la wat basah tekak...
minum berdiri sajeee...
bawak kat luar minum sambil hirup udara nyaman.. heaven gak!




yeahh.. dah seberang sempadan Belgium!
oleh kerana negara-negara dalam Kesatuan Eropah dah memeterai perjanjian Kesatuan, maka nak cross border dorang ni tak perlu ada imigresen cop passport lagi..
dah macam negara tanpa sempadan plak.. huhhu


masuk je ke belgium, kita serta merta leh differentiate between France and Belgium especially dari segi bangunan dia.
kat belgium ni bangunan dia takde lah sepesen je mcm paris tu..
and design bangunan dia pun simple2 je.. takde ukiran sgt mcm perancis punya bangunan..
so kita tau, kita bukan lagi berada di perancis.

Belgium ni kecik je.. kira2 malaysia kita ni 9 kali ganda besar dari belgium.
Kat belgium ni jugaklah terletaknya HQ bagi kesatuan Eropah, dan juga HQ bagi NATO.

Dan oleh kerana kedudukan belgium ni adalah diapit oleh france dan holland, maka penduduk dia juga terbahagi kepada 2 kategori:-
1- penduduk yg bertutur bahasa France dipanggil Walloon
2- penduduk yang bertutur bahasa Holland (Dutch) dipanggil Flemish

Kesian dorang kan... takde bahasa sendiri hahahaha

dan Walloon ni dikira sbg kasta tinggi la daripada Flemish.. dorang ni selalunya tak boleh ngam antara satu sama lain.. asyik nak kelahi je..
ye lah.. tak sama kasta kononnya...


disebabkan dorang speak 2 different languages makanya kebanyakan sign board jalan ditulis dgn 2 bahasa.. French & Dutch.



kete polis dia..
comey je..
Peugeot...

kat bandar dia ada gak tram camni..
haa yg ni model baru...
nampak canggih sikit..

yang kat belakang aku tu plak model lama...

tapi aku rasa, bila dia wat track tram ni kat tengah jalan dia yg sempit tu, macam mengganggu je pergerakan kenderaan lain.. sempit..



dan selamat sampai ke Brussel, Belgium!
sini pun ada gak bas hop on ni.. tapi aku tak selidik plak bape tiket dia..

sampai2 je kita carik makan dulu!!

err.. masih lagi makan menu pakistan...
tak lazat lah!
janji kenyang!

sekitar bandar brussel...
ok la bandar dia takde la crowded sangat..
clean n simple..
parking space pun tak mcm paris.. padat berhimpit2 bercalar balar kete..
sini paking dia luas2 la sikit.

berlatar belakangkan ngn gereja st Micheal..
kiranya gereja ni boleh dijadikan sbg landmark utk pergi ke kawasan tumpuan pelancong di Brussel ni.. Grand Place.

apa yang ada kat Grand Place?
ada budak kencing berdiri...!
hish tak senonoh...

tapi sebelum kita jentik telinga budak yang kencing berdiri tu, jom kita tgk bangunan yang terdapat kat Grand Place ni



aku suke betul bila berdiri kat tengah2 dataran Grand Place tu..
rasa macam hidup kat zaman dedulu!
dataran tu dikelilingi oleh beberapa bangunan penting utk belgium pada zaman dulu..

antaranya:-


itu ialah bangunan Brussel Town Hall...
sedih kisah bangunan ni...
di bina oleh 2 org, sorang guru arkitek and sorang lagik student dia..
bila dorang siap je bina bangunan ni, guru arkitek dia tu terus bunuh diri !
sebab apa?

sebab ada kecacatan kat bangunan ni..
cuba korang tgk apa yg cacatnye?

haa..
cuba korang tgk bangunan ni punya tower yg kat tengah2 tu tak center..
belah kiri bangunan ni adalah lebih lebar dari belah kanan..
atas sebab tu, guru ni keciwa.. camna dia leh wat silap..
terus dia panjat bangunan ni n terjun bunuh diri.. aiyaakkkk

lenlain bangunan yang ada kat dataran ni:

er.. aku tak igt la yg apa lak nama bangunan2 ni..
tapi ada 1 tu museum..
ada 1 tu plak istana...

patung org berbaring ni ialah umpana dewa dorang la.. Saint apa ntah nama dia..
kepercayaan dorang if korang usap2 patung ni boleh bagi biz korang lagi laris la..
kiranya pelaris versi belgium hahahhaha


ok jom kita pi tengok budak yang kencing berdiri tu..
nak kene piat telinga nih!!!



manneken piss atau melayunya, budak yang kencing....
nasib baik dia berdiri tinggi kat atas tu.. kalau tak mau aku ketuk pala dia.. tak senonoh kencing berdiri.. tak habis2 plak tu ar kencing dia hahahahahahha

alkisahnya, takde sorang pun yg dapat sahkan lagenda kenapa patung budak kencing ni dibina..
tapi kisah yg paling popular ialah, budak ni adalah anak datuk bandar situ.. dia hilang berhari2 cari tak jumpe..
last2 sekali jumpe dia tgh kencing utk padamkan api dari marak membakar bandar tu..
dan sebab itulah budak itu diperingati...
hero kencing!!!!

nak amik gambar patung ni maakk aiii ramainyeee orang!
tapi patung ni bukan original.. dah diganti lain yg ori masuk museum dikawal rapi sbb dah ada kes org pi curik patung ni..

lepas dah puas kene kencing sama itu budak, jom kita jalan2 tengok kedai2 dia..


selain dari patung kencing, belgium ni jugak terkenal ngn coklat!!
heeehhhh coklat pun nak wat patung kencing kahh? dah la tak sunat..! cehhhhhhhhh kulup!


pelbagai jenis coklat ada jual..
ada yg home made..
igt nak beli..
tapi lepas berfacebook, dpt info from kakak yg dah biasa dok UK kata kalau nak beli coklat kat europe ni hati2 kene tgk kandungan bebetul takut ada campor bende bukan2..
so better take precautions..
sudahnya takde hati dah nak beli.

ye lah kan.. barang makanan kan..
kang kita tatau dia campur ngn lemak babi ke apa ke, balik mesia bg anak bini makan.. haiihh haru biru...
nnti mesia beli je la coklat belambak gak!

selain dari kedai2 coklat, kedai2 jual waffles pun banyak kat sini..
dan waffles dia sangat2 menarik perhatian!!
nah tengok lah sendiri:-


sangat2 menggiurkan!
harga pun murah.. dalam 1.5euro saje..
tapi aku tak try pun.. malas nak bagi tangan melekit..
geng yg try tu kata not bad.. not bad...


strawberry dia nampak ranum merah menyala..
macam manis kan?
tapi masammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.. yeekkkkkkkkkkkkkk tak sedap


kat area tu jugak ada 1 kompleks utk shopping..
macam kompleks wilayah kat kl la..
jual barang2 kulit je
mostly from india n pakistan..

tapi mahal la sini..
better beli kat kl je..
sama je produk dia...


dalam mahal2 tu pun, ramai gak geng2 ni yg borong..
adoii la.. rasa rugi je.. biorla duit depa byk sgt tu kot?


next? kita meneruskan sightseeing di bandar brussel...

dalam pagar tu ialah istana raja..
org tempatan kata selalunya leh nampak raja dia keluar malam2 naik moto gi club utk tonggang arak... cesssss

world trade centre belgium...
glamer gak tempat ni..



monumen ni paling aku suke
moden dan gergasi!!

macam dibina utk ekspedisi angkasa lepas plak!


melambangkan 9 buah negara kesatuan eropah..
sebab tu la ada 9 bijik bola bola tu..


ececeececececeehhhh pose apa ntah?

dalam banyak2 tempat yg kitorang lawati, aku paling respect ngn tempat ni:-


ok..
itu adalah penjara..
tapi bukan sebarang penjara
sebaliknya ialah penjara yg digunakan oleh nazi dalam perang menghapuskan penduduk yahudi !
pelbagai seksaan dibuat dalam ni..
diberi gas beracun..
dipotong2..
didera..

apakata kalau soh dorang aktifkan balik penjara ni?
haa mau terkencing2 plak si yahudi karang..


wah.. aku jeles betul dgn harga kete sini..
kete SmartForTwo hanya 7700euro aka rm33k saje!
ngee ngee ngeeee

so selpas berjalan2 dalam bandar brussel, maka kitorang meneruskan perjalanan ke Netherlands plak..
kiranya dah malam ni baru gerak ke holland..

jgn tertipu ngn pancaran matahari.. sini kol 10pm baru gelap..
maghrib sini area kol 930pm.. isya pulak kol 12+am!
jenuh nak tunggu isya mata dah ngantuk!

tak jauh mana.. dalam 2jam je.. kira mcm kl ke melaka la..

ramai yg kompius.. Netherlands, Holland, Dutch, Belanda tu sama la...
nama sebenar negara tu ialah Netherlands... Holland tu ialah nama panggilan je sebenarnya nama satu daerah kat netherlands ni..
daerah tu ramai pelaut yg suke explore dunia ni..
so bila dia explore tpt baru, org tanya dia mai dari mana, dia jawap holland.. tu yg lekat panggilan holland kat netherlands ni.. gitu kisahnyeee


yeahhhhhhhhhh
selamat datang ke belanda...
negara yang terkenal ngn dutch lady n kincir angin..
nnti aku citer pasal windmill ni lagi details



yang menarik pasal holland ni ialah negara dia sebenarnya adalah di bawah paras laut!!!
begitu rendah..
sehingga dorang terpaksa bina banyak benteng2 air...
kalau lah suatu hari benteng air dia ni pecah.. maka tenggelamlah holland ni!

tanah dia pun pasir je..
sekaligus memberi cabaran hebat utk arkitek dorang
sbb tu kat holland tak byk bangunan tinggi sbb tak selamat if tinggi nnti roboh!

dan akhirnya kami selamat sampai ke Amsterdam...
err.. amsterdam ni bukan ibu negara dia..
tapi sgt glamer..


camna nak tau kita dah masuk ke Holland?
selain dari signboard kat border... dari segi rekabentuk bangunan pun kita leh tau!
paris ngn senibina artistik.. belgium ngn moden+kuno..
netherlands pulak? haaa

oleh kerana majority org holland adalah pelaut, makanya umah dorang pun ada ciri2 tu..
setiap umah kat holland ni akan ada penyangkut utk memudahkan pelaut menaikkan barangan dorang thru tali je..
so dah jd trademark holland, sume umah tinggi akan ada penyangkut kat luar umah tu.. even skrg dah tak guna pun... tapi imej dorang je la..



cantik juga amsterdam ni..
maju..
banyak kete dan banyak sekali basikal!!
siap ada lane khas utk basikal


tapi awas.. kebanyakan basikal sini takde brek!
so kalau kroang nak lalu n melintas, berhati2 kang kene langgar plak...


dan setelah puas berlegar2 tgk2 bandar amsterdam, akhirnya weols terus terjah hotel..
duduk di Artemis Hotel, Amsterdam


selesa dan nyaman.. terus bumm bummm tidoooooo..
esok sambung jalan2 di amsterdam!

fuhh.. tamat la sudah hari ke 3 di eropah!



MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

9 Comments Uols:

kumichan said...

seronok baca Dokumentari Europe ni...walaupun panjang berjela-jela tapi tak terasa sebab penerangan PS padat n mantap ditambah dengan gambar2 yang menarik ....tahniah PS...

prebetsabu said...

kumichan telah berjaya membuat idung aku kembang kempis kembang kempis.. hahaha

tq tq..

info n experience yg kita peroleh, kita kongsi.. bukan sekadar utk readers tapi jugak utk diri sendiri.
tambah plak trip kali ni mv tak berkesempatan join bersama.. so boleh la utk jd tatapan persiapan mv plak nnti nak g sana sng...

byk lg yg nak dikongsi.. pelan pelan kayuh.. itu dokumentari gold coast pun tak habis lagi karang.. hahah

Hezesuze said...

macam yg akak ckp ....cam akak lak pelancong yg pergi sana...ahaks!!

Gambo yg apa2 entah tu teringatkan Mas n avin tu...huhu

J@J@ / Bini The Rock said...

mmg betol kata Kumichan tu. Seronok betol baca penulisan dan penyampaian PB wpon ringkas2 tp padat!

hhmm..yg tak mgkn dpt ke Europe (mcm saya ni) pon rasa "eee, mcm ni rupanya negara tu..negara ni..oo mcm tu..mcm ni.." sambil melopong2 mulot!

teruskan dokumentari seterusnya..tak sabar nak tgk & baca...

dari:
silent reader yg jarang bg komen!
xD

Cath J said...

best lah... tergelak juga baca kisah kat lift... hehehhe... sebab org sini pun kena... uh terus terang bukan 'suspen'.... panik gilos... hahahah

masviona said...

heze, hehehe mn tau nnti akk leh g sana ke kan...:)

hehehe mestilah kena ingt kt anak n isteri kan...hehehe

jaja, tima kasih jaja...sy ucapkan bg pihak...weols mmg rasa dihargai bila ada kengkawan kat luar sana yg mendpt sumthing drp apa yg weols tulis kat sini...thanks again

cath j, nasib baik sy xde klu idak sy gelak dah...hahaha

Anonymous said...

Salam,
Terima kasih kerana banyak info anda dapat membantu perjalanan saya ke eroupe tahun depan Insallah. Nak tumpang tanya , pergi kesana ikut tour pakej atau pergi sendiri? Kalau ikut pakej , ambil dari sini atau dari London. Terima kasih

masviona said...

anon,
sama². yg pergi nih my hubby prebetsabu tp biarlah sy reply memandangkan dia xde kat depan pc kan. Dia g kesana ikut tour n tour tuh diambil dr travel agent dr malaysia

Anonymous said...

Helpful blog, bookmarked the website with hopes to read more!

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!