Header

Monday, August 30, 2010

Dokumentari Europe : Day 4 - Amsterdam > Kincir Angin, Red Light dan Macam² Holland

haii kawan² tora datang lagi.. hehehehe
gila lama aku tak continue pasal travel ke Eropah ni..

dah mula berkarat dah pun.. ihihih..
mv kita dah marah² cakap bila nak update lagi pasal trip europe ni.. hehehe.. dia tu pun tah bila nak sambung story psl gold coast aritu..
tapi dia kata "alaa.. yg gc tu b pun ada g skali.. yg europe ni v tak g so v nak tau la pengalaman sana tu!"

heh.. beul gak..
ok la aku pun gigih la nak share lagi..
aritu kita stop sampai hari ke 3 kan? masa tu kat Belgium tgk budak kencing tu..

ok now aku sambung kisah di Netherlands plak..
syiok jugak Netherlands aka Hollands aka Belanda ni

seperti biasa, waima kita tak travel pun, for sure ktia kene penuhkan perut kita ngn breakfast.. apatah lagi time kita travel ni kan?
tambah plak time ni cuaca sejuk2 gitu kat sana..
tapi alhamdulillah, masa weols kat belanda ni cuaca dah mula panas.. but still kekadang tu mai angin menyucuk tulang.. huuiishhh.. so aku standby bawak vest n jaket..
makanya pagi² tu wajib la makan byk2 sikit utk kasik panas badan!

manu biasa bila berada kat tpt yg susah nak cari makanan halal ni especially kat hotel is tak lain tak bukan ialah roti-rotian n bijirin je la..


hotel artemis ni jugak sediakan perkhidmatan utk sewa basikal n moto..
terasa teringin lak wat macam masa kat Ho Chi Minh aritu.. aku n mv pi sewa motor round kat bandar dia..
ehhehe tapi kali ni takleh la nak wat cenggitu sbb g ramai2 kan? lgpun time sojuk ni nak naik moto? haaa.. mau beku kang...

lepas sarapan terus weols bergerak menuju ke suatu lokasi rahsia...
hahaha.. igt citer secret agent ke?

jeng jeng jeng..
kita semua menerjah ke sini..
ohhh.. bukan taman tasik utk gi skodeng org merendek ye!

tapi kitoang nak tgk ini..
ye.. kasut!

tp kasut bukan sebarang kasut ye!
ini ialah kasut terompah tradisi negara belanda..

sangat keras ok kasut ni!
kalau kat tpt kita ramai org guna safety boot yg ada besi kat depan tu kan?
kat sana dorang masih guna terompah ni utk ganti safety boots tu tau..
haa.. betapa bangganya dorang..

terompah ni diperbuat daripada kayu pokok poplar.
dan weols berkesempatan utk tgk demonstrasi mamat belanda ni buat terompah tu..




napa mudah je mamat ni buat n korek2 kayu tu jadi bentuk terompah dia ni..
dah keje dia tetiap ari kan?

mmg kukuh betul kayu tu.. dan juga amat RINGAN!

teringin gak nak beli..
tak mahal mana pun.. dalam 20euro gitu utk plain..
kalau yg ada corak2 tu mahal la lagi sikit.. sbb katanya corak tu hand drawing..

petua nak cari size utk terompah belanda, kita sarung kat kaki, dan size yg ideal ialah bukan yg ngam² ketat ngn kaki kita. tapi kene amik yg longgar kira² leh masuk 2 jari kita..
haa.. gitu..
so kalau jalan ngn terompah tu harus lah berbunyi kub kub kub.. heheh


disamping terompah design tradisi, dorang ada gak shapekan kayu poplar tu jd design cun2 gitu..

tapi nak bawak balik mesia macam leceh je.. makan ruang dalam beg la... walaupun tak berat kan? tapi sgt space consuming..
so terpaksa melupakan niat nak beli terompah..

tapi kita ada la beli keychain design terompah.. hahaha
jadiklah kan?

kat sini beli sikit je..
sbb tour guide dah bgtau awal2 takyah nak beli sgt kat sini sbb nnti dia bawak kita ke tpt yg lebih murah n byk pilihan..
wahhh... ok.. cun!


haaaaa... hambik ko!
bapak besar da punya terompah daaaa
not for sale ye.. just utk display n sesi photo..
klu letak kain lapik dalam tu, leh jdkan katil letak baby oooo.... ;)



hah.. depa ni konspirasi apa ni memasing pakat hulur tgn nak merasa ni?
aaaiihh.. sudah.. tau la kat holland ni ganja n ecstasy di halalkan dijual kat Red Light District sana tu!
tapi takkan la memasing beriya2 nak try ye dak?


kekeke...
tidaklah kami ni sebegitu rupa..
just memasing nak try home made cheese..

kat kawasan yg sama ni ada jugak selain dari buat terompah, tempat dorang buat cheese...


ooo.. rupanya camtu dorang wat cheese...
selama ni tak pernah tau pun camna kan?
tau beli kat kedai je...

leceh gak rupanya nak wat keu ni..
kene masak susu tu..
then peram..
then pnyetkan..
then peram..
alah.. leceh la.. beli je lgpun keju bukan makanan utama kita org mesia kan?


tapi berhati² ya kalau nak beli cheese tu kat sini..
sebab ada cheese yg dia taburkan sekali ngn ketulan2 kecil daging lembu..
heheh.. dan semestinya tak sembelih kan?

haa.. tadi kita dah tgk tokey2 kita ni beeriya2 nak merasa keju kan?
naahh.. kali ni lagi masing2 lajuuu n berebeut2 lebih riang lagi apabila sample keju dihidangkan oleh seorang dutch lady!
yg mana dah muak nak makan cheese teiba je nak makan lagi hhahah ....


bagus lah tpt yg dorang bawak kita ni gi..
kira mcm 3 in 1 tau..
kasut, cheese n kincir angin sekali gus...

nak pi masuk umah kincir angin ni?
sediakan lah 3euro utk dewasa dan 1.50euro utk kanak2 anda ye!

aku tak masuk pun.. rr.. nak watpe masuk pun..
yg glamer nye ialah design dari luar.. yg dalam tu for sure just tangga je n dia punya pengisar bijirin segala macam tu kan.. hahahaha


kat kawasan ni ada dalam 7-8 biji kincir angin..
besar gadang!
tapi teknologi asal kincir angin ni diacilok from mesir
ntah camna kincir kat belanda ni plak yg lebih glamer..


ini ialah posing ala² Superman.. kekonon kat smallville la nih..
fuiihh.. penat oo aku tahan napas tu! ;)


serius pemandangan kat kawasan ni mmg cun melecun...
umah² dorang plak ceria² je gitu kaler dia..
tu umah kaler ijau tu.. kalau mv tgk ni sure dia dah cuit² aku "eh b cantik aa umah tu green kaler.." sambil terus cuit n cuit n cuit sampai aku respon.. kekadang sakit gak dia main cuit2 ni haahhahah

aku lama habiskan masa kat tepi terusan ni sambil2 tgk pemandangan kincir angin n umah dorang..
sangat syiookk..
dan cuaca pulak tak terik.. just silau je.. wahh heaven...
dan time tu la aku rasa aku amat rindukan cuit2 sakit tapi manja from mv..... :(


ok cukup..
tengah harinya pulak weols di bawa ke suatu kawasan ni...
utk lunch n beli2 barang souvenir seperti yg tour guide dan janji tadi..
kawasan ni merupakan perkanpungan nelayan belanda..


kan aritu aku ada bgtau, negara belanda ni merupakan negara di bawah paras laut..
maknanya paras air laut adalah lebih tinggi dari daratan dia!

haa.. tgk la ni contoh antara enteng2 yang dibina utk mengelakkan air laut masuk menbanjiri..
kalaulah tetiba paras air laut meningkat mendadak, mau tenggelam habis belanda ni kan?

turun je dari bas yang ni terus aku snap gamba..
wehh jaguar tu wahh..
dia selamba je guna siap angkut basikal kat bumbung..


trademark rumah² kampung di belanda ni plak ialah tingkap mereka adalah lebih besar daripada pintu... sebab? haa.. sebabnya kalau pintu besar, makanya cukainya adalah lebih tinggi hahaha.. ntah betul ntah tak...
so uniknya netherlands ni, kalau bangunan tu tinggi , dia ada penyangkut utk memudahkan angkut barang nelayan naik ke atas.. kalau umah tu umah kampung, dia ada tingkap besar jugak tuk memudahkan utk masuk n keluarkan barang.. gitu.

dalam pikiran aku, igtkan nak gi kat kawasan kampung nelayan, so aku expect mcm kawasan kampung nelayan kita la..
leh tgk umah kayu tradisional. ada titi antara rumah bagai kan?

ropanyaa..
silap daa..
meriah n ceria betul kampung nelayan dia..






kawasan ni dah dibagnunkan dan menjadi sebahagian tarikan peancong jugak..
banyak souvenir dorang jual kat sini..
dan betul, harga sini lebih mrah dibanding ngn tempat lain..

cantik2 beb koleksi pinggan dia..
fuiihhh.. (nasib baik mv tak ikut kan? kalau tak.. berat la beg!! ngihahahah)



kekekeke... mmg belanda especially bandar amsterdam terkenal ngn basikal, pelacur red light dan jugak ganja.. tapi tgk dorang takde la mcm over ke apa ke..
walaupun pelacuran n ganja tu di"halalkan" di kawasan2 tu, tapi tgk takde plak org berlumba2 nak beli mabuk2 gitu.. manusia kan? agaknya yg ditegah tu lagi ramai yg suke buat kan?

pemandangan sekitar perkampungan nelayan yg telah dikomersilkan....
perhatikan memula takde pegang plastik..
pastu bertambah besar lak plastiknya..
hahahha


yeayy.. arini takyah maka makanan pakistan lagi!
sbb sini byk jual seafood..
waauuu sedap!

murah je plak tu..
set yg cenggini siap ada udang sotong ikan bagai ni sume baru 5euro...
buurrppp kenyang!

selepas dah kenyang ktia bergerak semula ke bandar amsterdam..
utk apa?

kita akan meaiki bot cruise utk jalan2 kat terusan di bandar amsterdam ni..

sejarah dia...
oleh sebab belanda ni berada dibawah paras laut, so dorang dah bubuh benteng utk halang air laut masuk la kan..
dan disebabkan ada benten tu, mana plak dia nak dapatkan bekalan air ek?
takde air tak subur la.. tak suur, takleh la maju!

so dorang pun bina lah rangkaian terusan yg banyaaakkkkkkkk
haa.. sbb tu la jgn pelik bila masuk ke bandar2 di belanda ni kita akan jumpa banyak terusan..


gini la rupa paras bot yang akan bawak kita bersiar2 di jaringan terusan di amsterdam..

ehehe.. eksaited je..
teringat lagi pengalaman naik cruise kat paris..
syiok...

antara yang menarik masa cruise ni ialah kita leh tgk derean rumah² yang asalnya adalah dari boat...
kiranya rumah terapung la..

masa zaman dedulu, harga tanah di amsterdam ni melambung tinggi maka ramai yg tak mampu utk tanggung kos tu..
so mereka mula menjadi tidak berumah..
dan dorang pun tinggal dalam bot je la..

maka time tu datuk bandar pun isytihar siapa yg nak duduk dalam bot boleh, tapi ada syarat2..
antaranya ialah bot tersebut tidak dibernarkan belayar.. maknanya mesti ditambat je la kat situ...

dah separuh perjalanan...
lihat lah reaksi memasing..
dah mula bosan hahahahaha

muka memasing tak bermayaaa jee..

bukan just dorang, aku pun sama..
maybe sebab scenary tak secantik di paris..
dan jugak maybe sbb cuaca dah mulai terasa bahangnya..
dan maybe jugak sbb memasing dah letih..

tapi kesimpulannya, aku lebih menghargai cruise di paris..
rasanya naik cruise kat amsterdam ni mm bazir duit n bazir masa je.. serius!
elakkan lah ye kalau g amsterdam nnti..
rugi je.

dan cruise tu akhirnya berhenti kan kitorang yg memasing dah tersengguk2 ngantuk dek boring ni..
perjalanan pusing2 tu ada amik dalam lebih kurang sejam lebih gak..

kat mana dia bentikan weols?
haa.. jom kita tgk apa ada dalam bangunan tu..

bangunan dikawal rapi..
nak masuk siap ada seurity check lagi..
alamak.. pesal plak ni sampai begini ketat security.. igt kita ni pengganas ke hahahha

mmg la ketat sebab kita nak melawat kilang diamond.. kilang permata..

sampai je kita disambut oleh seorang perempuan..
ooo.. warga negara malaysia rupanya...
keje situ.. untung dia leh cakap 3 bahasa.. leh layan pelancong china, malaysia n indon jugak..
segala proses pembentukan dan pemotongan batu permata diterangkan.

ni antara bilah besi yg digunakan utk membetuk n memotong permata supaya batu tu bersegi2..
lagi banyak segi lagi kuat pancaran dia... dan of course lagi mahal..



proses pembentukan batu permata...
remeh..

dan lepas dah dgr penjelasan itu ini..
maka sesi utk cuci mata..
mana yg berkenan tu leh la beli..
aku awal2 lagi gi tegok2 gitu je pastu terus keluar hahahahahha

mm.. nah khas utk masviona ku sayang..
ehhehe



lepas sume dah settle membeli belah..
kita free and easy..

ramai yg cadangkan kita melihat2 sekitar kawasan red light district..
saya selaku ahli jemaah yg paling muda makanya saya hanya menurut kehendak jemaah lain yg lebih tua hahahaha

jalan kaki je ke kawasan red light tu..

apa yg ada kat situ?
korang perhatikan dalam gambar tu..
ada sebuah lorong.. dalam lorong tu ada tingkap2 besar mcm akuarium..
dalam tingkap tu ada manusia.. lebih tepat lagi ada perempuan..
dgn pelbagai aksi.. utk memikat si lelaki..
kalau ada yg terpikat, leh terus masuk dan beraksi.. hahaahaha
ceeehh..

humanggaaaiii.. bukan 1 lorong je ye..
ada pelbagaiiii lorong.. banyaakkk..
fuhh.. mencabar!

errmm.. no 18sx pictures here at masviona.com ye walaupun dia larang nak amik, tapi kita ada skill skodeng kan bole je amik tapi takmo amik hahaha.. cukup hanya di memori sendiri...


selain dari deretan lorong "ayam segar" juga kat area red light district ni la ada kedai yg secara sahnya jual ecstasy dan ganja...
ada juga duatnye kek ganja..
haaii.. macam2 la dorang ni..

lepas tu, weols straight jalan ke kedai makan..
utk dinner..
then balik hotel.. berrsama kenangan yg terngiang2 dalam kelapa.. hahahaha

hah. penat weeii..
penat jari menaip dan penat otak nak refresh balik details pasal travel ni hihiih..
tapi aku seronok dapat kongsi..
harap korang seronok dapat baca..

maka tamat la sudah hari ke 4 berada di eropah...
lps ni ktia sambung hari ke 5..
apa yg kita buat di hari ke 5?

kita akan naik train lajuuuuuu eurostar utk memijakkan kaki ke kota london! weeehuuuuuuuuuuuu

jumpa di episod 5!
MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

4 Comments Uols:

edrina said...

best baca & tgk gambar2.. tak sabar nak tunggu episod seterusnya!

atty's said...

puas tengok gambar..tak dpt pegi ...tapi dpt tgk gambar pun jadi.
tq mv.com team..

masviona said...

edrina,

saya pun sama ed even dh tau cerita serba sedikit n jugak dh tgk semua gambar2 but still nk gak baca dia nye karangan...hikss

atty,
mas lak kak ty bila tgk gambar2 nih n jugak dgr criter2 nih xsaba rasa nak g sana membuak².....hehehe

mas pegang janji PS dia kata nk bawak mas g sana....bila tuh xtau lah plak...hahaha

ZEBY said...

Bebaik bang amik gambor dekat red light... KArang kene blasah ngan bapak ayam....

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!