Header

Wednesday, October 27, 2010

Kritikan Terbuka Buat HOTEL SERI MALAYSIA MERSING

Kalau dah nama pun Prebetsabu, tak sah la kalau tak komplen kan?
kekekeke.. ye la mmg aku sedikit fussy!!

Last weekend aku kene gi ke Mersing atas suruhan dan arahan dari client.. hehehe..
sebab pc server dorang dah start bengong.. so dorang mintak replace server yang baru..
wehh server weehh.. data sume dalam tu.. mana leh main² so nak taknak mmg kene g la..

ok.. takmo ulas panjang sangat bab tu..
aku nak ulas pasal hotel seri malaysia mersing yang kitorang duduk 1 malam..

Basically, Bandar mersing takde la banyak sangat hotel yang ada..
so aku opt for hotel seri malaysia nih..
rasanya ni pengalaman pertama weols try duduk kat rangkaian hotel seri malaysia.. belum kesempatan lagi nak try hotel ni kat tempat lain..

tapi aku sedikit terkilan la ngn layanan staff dorang kat sana..
biasa la, weols bawak family.. bawak budak.. so beg byk la.. ngn bag laptop 2 bijik lagi.. bag sus.. bag baju... etc
so masa kat kaunter lps checkin aku tanya la ada tak orang leh tolong angkat bag..
dengan selamba je staff situ bgtau "tuuu encik.. kat sana ada troli."

aiyaaakkkk... camtu ke.. ? bayar hotel ni boleh tahan gak mahal.. rm190 satu malam.. dah macam hotel 4 bintang punya rate (seri malaysia ni bape bintang ek?) so at least bagi la service yg ok sikit... tolong la customer awak ni angkat bag je pun bukannya nak soh dukung kitoang bawak pegi bilik..
ok lah.. takpe lah.. weols pun paking kete kat depan pintu masuk dia n punggah bag masuk dalam troli dia..
dan aku pun mintak masviona tolak troli tu masuk lobi sementara aku g paking kete..

lepas tu sampai je kat lobi, aku tengok muka CEO Mv.com kita ni dah monyok je..
dia kata takde orang pun nak tolong buka kan pintu tu masa dia nak tolak troli..
pintu tu bukan pintu automatik.. 
troli tu besar.. jenis yg ada hanger tu..
ngn avin lagi..
pastu dia terkial2 la nak kene buka pintu tu dulu, then jaga troli tu supaya tak bergerak.. then monitor avin..
padahal staff dia ada je kat reception tu dok sembang..
aaiiiiiiiiiiiiiiiiii........

kebetulan,bilik kitorang tujauh sikit la.. ke belakang sana..
so dgn susah payah la kitorang tolak troli tu..
saje je wat2 pancing staff situ.. "cik.. camna nak pegi bilik tu? ada troli ni nak tolak"
selamba je dia jawap "ohh.. encik tolak lalu ikut sini.. bilik encik kat belah sana, tingkat 1 naik tangga belah kiri ye encik"

adoii.. ingatkan saje la nak berkias harap2 dia paham la kot2 dia nak offer tolong tolak troli ni or at least offer la nak guide jalan pegi ke bilik..
dah la 1st time kat tempat dia, kene tolak troli lagi.. pastu terkial2 nak carik bilik pulak..
dan baru aku tau, hotel ni takde lift.. haha
mmg la 1 tingkat je pun.. tapi dah tau takde lift patutnya korang usaha la nak kurangkan beban pelanggan.. bawak kan lah bag2 tu!

sampai kat tangga.. tuuu dia aku dah jadi macam rak bag yang bergerak..
gigih naik tangga dgn segala bag tu..



bilik ok lah..
bersih..
katil rasanya macam uzur sikit.. so upacara Bed Jumping seperti yang biasa weols lakukan bila kat hotel tak berani la nak wat kat sini..
aircond baru lagi.. sejuk! best!
toilet punya lantai dah berbekas2 sbb dah lama kot? avin damia sedikit geli.. tapi bila dah convice dia itu bukan kotor tapi latai tu mmg camtu.. baru dia nak jejak kaki masuk
telefon dalam bilik dah jahanam.. nak cakap ngn reception pun tak dgr.. masing2 dok heeloo hello sbb fon tu bunyik bising..
mungkin bende ni dah jadi lama.. tapi reception dia tu takkan tak peka, tiap kali customer call from bilik tu dia igt customer tu saje je ke wat telefon tu jadi bisng mcm ada cengkerik kat dalam tu? aiyoooooo.. dah tau bising.. gi la tukar cepat.. kene plak aku kol 2-3 kali baru dia paham apa yg aku nak.

Mungkin sebab Seri Malaysia ni hotel dah lama..
so aku paham la kenapa bangunan dia nampak uzur..
tapi aku tak paham kenapa sikap staff dia pun uzur jugak ke?
tak tengok ke camna layanan dari hotel2 lain? even aku selalu gak duduk hotel murah2 rm80 satu malam, tapi service dia lagi tip top lah!

Harap Seri Malaysia dapat pertingkat kualiti servis especially kat front liner.

Korang prnah stay seri malaysia memana? camna pengalaman?

Kasihan Hotel Seri Malaysia...

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

10 Comments Uols:

Mummy Dasy said...

dr ape yg dceritakan mmg mcm tu kot sevis kat SERI M'SIA coz kitorg pgi kat PD pun camtu gak keadaannya, mmg x berapa puas ati ah terutama toilet anak2 geli coz lantai berbekas2 hitam.... w/pon nmpk bersih tp tau bilik tu jarang org guna sebab berbau...

prebetsabu said...

mummy dasy, dorang tolong angkat beg tak? ;)

antara kriteria penting utk bilik yg selesa bg aku:
1- bersih
2- aircond berfungsi ok
3- toilet tak sumbat
4- tak bau HAPAK dalam bilik

if 4 ciri ni tak menepati, aku sanggup mintak refund and keluar cari hotel lain.

Nashrul Sabri said...

memang servis seri malaysia dah di'standardize'kan seluruh malaysia macam gitu..dulu masa ada course kat kuantan pon macam tu..time pegi course punb kat seri malaysia k.trg pon macam tu juga..

tapi alhamdulillah, course punb kali ni bukan dekat seri malaysia lagi..mungkin dah terkena kot..harap-harap seri malaysia dapat pertingkatkan mutu servis mereka jika ingin terus bertahan dan maju ke hadapan selaras dengan wawasan 2020 yang mantan perdana menteri kita cadangkan..

MALAYSIA BOLEH!!

melur said...

Salam Masviona jelita dan prebetsabu Mr Jelitawan,

Dah terkena banyak kali, bukan dengan hotel ni je, hotel lain pun sama lebih kurang je...perkhidmatan tak setaraf dengan bayaran yang selalunya rm200 ke atas...

Anonymous said...

aku slalu outstation gi kulim. so, hotel yg murah kat situ tak byk. jadi pilihan aku adalah seri malaysia kulim.

harga bilik rm130 - rm160 inclusive bfast. hari mggu ada surcaj. biasa la. hotel tu 3 tgkat termasuk ground floor. dan mmg hotel tuu takdak lif. jadi, kalau kau dtg berbondong2 beg nya, kau pikul lah naik/kerabat tangga2 tuu. khidmat bellboy, sori la. aku rasa seri msia nii 3star jer la.

kondisi bilik: ok laa utk rm130 siap bfast n free wifi. bleh laa habuan lepas penat gi keje. kalau nak berhoneymoon, percutian ker, toksah la. cadar sume bersih, wangi. tv ok tapi takde remote. aicond ok tapi ada bilik yg remote rosak, so kau kene jadi electrician utk off/on aicond kat DB board bilik tuu. toilet bersih tapi lantai melekit/kesat sbb dia sapu/mop chemical anti-slip kot. jamban ok. towel bersih. gobok/almari barai, pintu tanggal la, sliding door almari takleh tolak la. mini pantri ok. mini cooler/fridge ni tgk nasib, ada bilik ada takde. katil dan tilam cam kau kata laa uzur.
breakfast, ok la... byk variety, berpadanan laa dgn hotelnya. kualiti/kesedapan, takperlu diceritakan la.

tempat lain aku tak pasti tapi kat kulim ni, byk org yg usahakan bisnes homestay. bdekatan ofis yg aku outstation tuu ada homestay/motel yg beru bukak. semuanya baru. mmg pueh ati dgn harga rm55 - rm120 per room per night. tapi mmg laa basic. bfast mmg takde la. khidmat bellboy mmg takdela. yg ada tokei dia. tapi layanan mmg bagus la, sopan, ramah. cleanliness, mmg terbaek. yelaaa semuanya baru2. toilet pun bersih, sure anak prebetsabu akan masuk tanpa segan silu.

-nadzim

prebetsabu said...

Nas, so maknanya bukan sahaja seri malaysia mersing yg camtu.. rupanya yg tpt lain pun sama ek?

melur jelita, aaauuu i tak rela u dipanggil mr jelitawan! hotel lain makna ko tu hotel seri malaysia cawangan lain ke? kalau hotel2 lain selain hotel seri malaysia ni, so far tak pernah plak orang wat customer camtu if rate rm150>

nadzim anon, fuh.. macam ko pernah keje sana je bro? detail tu!! tapi tu la kalau dah selalu pegi mmg la tau detail camtu..

bilik mmg bersih.. alhamdulillah.. gobok aku tak pasan lak.. tak amik peduli pun aku masa tu..

kitorang ada request iron board n iron sekali.. dia bagi iron ngn sehelai cadar wat lapik.. adoi.. iron board pun dorang takde ke?

bab breakfast, biasa2 je.. takde la variety sgt.. nasik gorng, mee goreng, roti bakar, ngn buah sikit.. takde baked bean etc etc n juice pun takde.. ada teh n kopi panas je.

bilik ktiorang dapat tu takde fridge :(
tv ada remote alhamdulillah ;)
astro channel ada, dia pakai cable biasa tu.. so signal amat poor..
wifi ada, laju gak! best!

water heater dah tak bape nak betul.. dia pakai water heater asing2 bukan centralized... water heater unit dia tu dah tak function penunjuk suhu.. main pulas2 sampai 360degree pun boleh lagi.. so kita takleh set temp.. suam kuku je airnya...

apapepun, 1st impression sangat penting..
dalam kes aku, masa kat kaunter checkin lagi dorang dah wat aku hangin.. dok sembang2 tak peduli kat cust yg susah payah nak buka pintu bagai...

ohhh.. lupa.... masa nak cekout tu kitorang call recep mintak dia hantar bellboy tolong angkat beg..
dia jawap "ha apa cik, anngg kattt beggg...ermmm alamak, ermmm nntilah cik sy try arrange org"

ngn intonasi makcik bedah yang rasa diri disusahkan ngn permintaan customer

rasa nak cucuk je idong recep tu!

Unknown said...

hotel seri malaysia kat alor setar pun sama,
ada sekali tue,
wanie temankan kawan wanie yg kebetulan stay kat situ,

~biliknya yg ala2,
~aircondnya yg dah rupa rasa kipas saja
~staf2 kat situ ala2 kekwat skit,kita tanya leklok,jawabnya ala kadar saja...Sudahnya diorg dptlah habuannya...

Sampai skg,kalau ada sesiapa yg tanya hotel mana yg best tuk stay kat loq staq,Wanie x akn suggest ngn Seri Malaysia...
::Very Bad::

Anonymous said...

My cousin recommended this blog and she was totally right keep up the fantastic work!

Amal Amani said...

Assalamualaikum w.b.t

Saya selaku Pengurus Hotel Seri Malaysia ingin mengucapkan terima kasih atas komen dan teguran yang diberikan. Kami memohon maaf atas masalah yang berlaku. Pihak kami akan cuba mempertingkatkan lagi mutu dan perkhidmatan Hotel Seri Malaysia Mersing.

prebetsabu said...

mohd zamani, alhamdulillah, ada juga wakil dari seri malaysia yang alert tentang dunia web ni ;)

thanks atas inisiatif Tuan untuk melihat rungutan dari customer.

Amat diharapkan pihak Seri Malaysia especially cawangan Mersing dapat meningkatkan kualiti service and public relation. bab fcilities lain tu, tak seteruk mana, tapi bab staff yang tk friendly can ruin averything :)

insyaallah, syarikat tempat saya bernaung akan kerap berkunjung ke mersing dan semoga kita dapat memperlihat penngkatan mutu kelak.

Terima kasih.

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!