Header

Monday, October 25, 2010

Macam mana nak beli nombor plate kereta?

Nampak gayanya ramai yang dah berminat untuk menyeragamkan nombor pendaftaran kenderaan masing² ye?
ehehhe.. macam Team Mv.com, nombor rasmi ialah 1445.. anda bagaimana?

Sebenarnya, takde la susah pun proses and prosedur untuk beli nombor ni.

tapi ada beberapa kategori nombor ye.. tak semua nombor plate boleh kita beli, ada sesetengahnya kita kene masuk tender.. especially nombor² vip and nombor panas yang ada ong gitu..

Antara nombor vip ialah nombor 1-10..
haa kalau ada yang berkenan ngan nombor ni, korang leh la masuk tender utk plate akan datang.. katakanlah now dah WUM so sepatutnya pihak jpj dah open date utk tender WUN dah...
errmm.. utk nombor 1-10, minimum  tender is rm10,000 sahaja.. hahaha
nombor-nombor "panas" yang lain, errmm.. aku tak hapal lah.. tapi antaranya ialah 9999, 8888 etc etc tu, korang cek la sendirik.. aku takde ilmu sangat bab tender nombor puluh ribu ni.. bazir..
so macam weols, 1445 bukanlah nombor "panas".. kita boleh terus beli di kuanter..
pembelian di kaunter ni sebenarnya bukan susah pun...
camni je secara ringkasnye:

1- Pastikan dokumen booking kenderaan anda ada bersama anda.. alaa kertas/resit from dealer kete tu masa ko pi booking kete tu la..

2- Pegi ke JPJ kawasan anda.. kalau kl, gi la kat jpj wangsa maju tu.. kalau kelantan, gi kat jpj kb

3- amik borang untuk beli nombor plate, isik je.. simple je pun borangnya

4- gi semula ke kaunter pembelian no plate lps dah isi, submit borang tu, then staf tu akan cek samada nombor tu ada lagi ke tak.. kalau dah takde,  sila jgn menangis airmata darah pun sbb mmg ko takkan dapat nombor tu kecuali kene tunggu utk next punya WUP plak hahaha

5- kalau nombor tu masih ada, korang akan dikenakan bayaran - rm210 if nombor tu mmg dalam list utk hari tu, rm310 kalau nombor tu bukan dalam list.

apa nombor dalam list n bukan dalam list, kat kaunter tu nnti ada tv.. kat tv tu ada dia bubuh list running number utk masa tu katakanklah masa tu dia open utk 4000-6000, tapi nombor korang nak beli tu 6501, so nombor tu tak masuk dalam list lagi.. so korang ada 2 pilihan, samada nak tunggu kat situ sampai nombor tu keluar dalam list n bayar rm210 atau korang just bayar rm310 takyah tunggu list.

cara mudah korang nak jimat, sebelum g jpj, korang cek la dulu web jpj ni.. No Kenderaan Terkini kat situ dia update 2 kali sehari.. tghari jam 1230pm and peang jam 530pm.. so korang leh agak la bila korang sepatutnya gi ke kaunter tu n wat urusan pembelian...

6- lepas dah beli, nnti staff jpj tu akan bg 1 slip mengatakan anda telah membeli nombor pemdaftaran WUM1445. nanti bila kete dah iap, leh kepilkan dokumen tu ngn dokumen2 pendaftran kete yang lelain tu.. senang cerita, ko pass je doc plate number tu kat salesman ko tu tau la dia nak register nanti keta dah sampai...

tapi aku ada sedikit kekeliruan.. if dulu, nombor yang kita dah beli ni, kita leh hold sampai 3 bulan sebelum kita register kereta kita.. tapi info terbaru aku dengar, kita just leh hold sampai sebulan je.. pastu leh wat rayuan and hold extend sampai lagi sebulan if kete tak sampai lagi.. maknanya 2 bulan je kita leh hold nombor yang telah dibeli tu kalau tak register gak, maka nombor itu akan hangus menjadi abu... (but tempoh berapa bulan ni kroang kene double check semula with jpj ye aku tak berapa pasti, but for sure mmg ada timeframe.. so kalau kete korang lamabat lagi nak deliver, agak2 la bila nak beli nombor)


so.. mudah kan?

memang mudah sangat.. tapi.. memakan masa dan tenaga dan minyak utk travel ke kaunter jpj.. 
so kitorang selalunya just tempah kat runner dealer kete je.. haahhahahahahahhahahaha
caj yang reasonable ialah dalam lingkungan 260-300 la.. kalau depa caj korang lagi mahal dari tu, baik ko wat sendiri!

ok itu sahaja info..
harap buat korang yang tertanya2 camna nak beli plate number ni terjawap la sudah pertanyaan..


apa? ada yang taktau apa itu plate number????? nombor pendaftaran kenderaan, nombor plate...
silalah korang jemur kepala kat luar masa mentari terik ye.. sebab kepala korang tu kompom dah byk masuk air... 

kami memilih 1445... anda bagaimana? (ayat peberet bila nak abiskan entry hahahahhaha)


*aku malas la nak carik gambar untuk entry ni.. biarlah text sahaja pun ok janji ada info kan?

UPDATE: Ada reader bgtau, perkara no 1 - bwk slip booking tu dah tak perlu dah.. leh just terus dtg kaunter takyah bawak doc tu pun takpe... tq ezly!

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

12 Comments Uols:

prebetsabu said...

UPDATE: Ada reader bgtau, perkara no 1 - bwk slip booking tu dah tak perlu dah.. leh just terus dtg kaunter takyah bawak doc tu pun takpe... tq ezly!

Rina said...

saye pun ade no plat favorite ~7173~...nk angkat triton hehehe, amik plat ni,kene bayar rm350..dulu rm200 jer..mgkn psl yg ni saje nak amik plate perlis...yg MV punyer kene bayo brape?biase kalau yg kapit punyer mahal skit, mcm contoh 5454 / 2626 etc..yg ni dlm 400++..

Rina said...

*nak amik plate perlis tu yg jadi rm350 x silap hehehe..ayat berpusing2 daaa...

Masviona said...

Rina,
weols kena mmg reasonable....under rm300.

oowwhh buat kat sini but nk amik yg perlis pun starting R tuh....owhhh patt ler mahal sket klu camtuh

PutraRocker said...

kami kena 380 kot

3032 je pon..bodoh punya..hahaha

Unknown said...

TQ bro entry yg bagus...esok gak aku g wgsa maju..beli 3438 je pun ahahaha

Unknown said...

bro,
tnya skit kot2 bro tau,
klo nk beli plat klate kt jpj png, leh ke? then register keta yg beli kt png guna no tu..

Unknown said...

halo,
tnya skit, leh ke beli plat kt JPJ negeri lain, eg. beli plat kltn kt JPJ png..psal cdg beli keta kt png tp nk plat kltn..

prebetsabu said...

Bole.

Even kita beli johor pun, kalau nak beli no penang perlis pun bole ;) prosedur yg sama. Once dh beli no, akan kuar slip then kita register je no n kete tu kat mana2 ;)

Unknown said...

cmtu ke bro,
nsib baik no yg sy cdg nk beli just no semasa 9594, no ni arwah keta sy dulu igt nk pakaikn kt keta br nnt..
tgk website jpj, 300 duit jgk nk booking..

thanks alot

prebetsabu said...

Errr rasanya xleh. Kene g caw d negeri yg berkaitan. Maybe kene upah runner kalu jauh :)

Sr. abg kamil said...

AKU SELANGOR...85 RM550

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!