Header

Thursday, November 11, 2010

Dokumentari Bandung - Part 3: Sari Ater Hot Spring


Last episode PS inggalkan uols dengan persoalan di seperti dibawah:-

"Ok Pak supir.. kita langsung ke tempat yang hangat dikit ya pak?"
supir - " baik pak bisa aja saya bawakan ke XXX"

nakal betul PS ni kan suka buat uols tertanya-tanya..

hehehe.. apa yang korang agak xxx tu ye?
tempat yang hangat!
kihkihkih muahhahaha
korang jangan ingat ahkak dengan PS yang bukan² tau!

sebenarnya kita akan pergi ke tempat yang sedikit hangat dan panas..
kita singgah ke kolam air panas Sari Ater.

Sari Ater merupakan sebuah kawasan takungan air panas semulajadi yang terhasil daripada gunung berapi, tapi kan uols, diorang dah komersilkan tempat ni tau!
dah di buatnye resort and cantik jadinya tempat ni.



tempat ni tak silap ahkak, on the way nak turun from Tangkuban Perahu tu je.. kiranya dalam 10 minit perjalanan lah sampai la sini. Suasana sini still sejuk, tapi yang bestnya, airnya panas! ahkak loiikeee uolsss! ngeee....
owh, ada yang bertanya kenapa ahkak berpayung macam nak joget tarian melayu tu ke? tarian payung.
ngeee hikss..
sebabnya time weols sampai ke Sari Ater ni, hujan lah pulaksssss..
so kene la berpayung..hujan gerimis gitu..

payung ni pun ada bebudak situ yang kasik service sewa..
dia kasi weols pakai je payung tu sepanjang berada kat situ..
PS bayar rp5k kat budak tu.. takde bayaran standard sebab khidmat tu diberikan oleh mereka2 yang nak carik rezeki lebih.. so kita bagi je la seikhlas mungkin.


tapi nak masuk kawasan Sari Ater ni, kene bayar tiket lah.
aduuhhh.. tapi akak lufe lufe lah fulek berafe kene bayarrr..
sebab bab bayar tambang and makan minum ni semua PS yang handle... I handle bab shopping sajorkkkk ngeee ngeeeee...

tak silap dalam rp17k seorang.. nanti mintak PS tolong komen ye sayang..


see at my back.. ada kabus kan?
hikksss.. tapi bukan kabus sejuk.. tu sebenarnya wap panas dari air tu!


suasana sini kan uols, sangat tenang dan mendamaikan.. dikelilingi oleh kehijauan pokok² dan ahkak memang suka hijau!
ditambah pulak dengan keindahan susun atur landscape dia.. dia buat kolam n alur air ni bertingkat² sangat cantik tau!

walaupun kita dah kena bayar entrance fee masa memula masuk tu, tapi ada certain kolam yang still kena bayar different entrance fee.. ermm.. tidak lah pulak ahkak tau mengapa.. tapi still banyak je dalam ni kolam² lain yang free.

ahkak sebenarnya berkenan dengan private room untuk hot spring ni. weols pegi tanya, tapi private room tu khas untuk seorang je.. adusss potong stim lah kan?
kenapa ahkak nak private room? sebab weols tak bawa kelengkapan mandi lah! dah sampai sini sangat teruja untuk terjun dalam kolam² and sungai2 air panas dia.. serius!

 see? begitu cantik kan? macam air sungai biasa, tapi kat sini air dia panas..
bukan lah panas menggelegak.. tapi suam just nice..
ditambah pulak ngn stim n wap tu, aduuyai.. menggoda sungguh lah

hikss.. dilarang menggelar tikar.. sian tikar kat indon ni dorang selalu gelar ke?
hahaha.. mungkin makna menggelar kat sini ialah bentang?


entah kenapa ahkak rasa gambar yang ni macam suasana kat kore or jepun.. haa.. PS.. korea ke jepun next? ngeeeeeee


so ni lah yang akak kata antara kolam yang open for public.. free takde kene caj tambahan...
ramai jugak yang mandi.. best betul..
suasana sekitar sejuk, tapi airnya panas.


hikss time ni ahkak dah nak campak payung tu dan rasa macam nak terjun je terus ke kolam2 tu..
sabar mv oiii sabar...



dan akhirnya kesabaran weols tercabar jua! ahkak singsing je seluar dan masuk jugak ke kawasan kolam ni..
buat syarat la uols janji dapat merasa air panas semulajadi di indonesia ni.


dan sesi bermain air pun bermula lah sesama Masviona and Prebetsabu............


ni bukan berlakon nak celup2 tangan tau.. ahkak memang tengah celup tangan nak basahkan muka terus PS panggil then snap snap snap

antara jejaka indon yang sedang asyik menikmati air panas.. hikss.. ganteng enggak? oppsss

mujur lah PS pakai seluar kargo yang jenis kaki ada zip boleh kasik transform jadi seluar pendek tu.. dalam diam dia dah buka senyap2 kaki seluar dia dan terus jadi seluar pendek... berkobar uols laki ahkak ni!


 tidak ubah seperti seorang Putera pahlawan sedang berehat di pinggir sungai melepaskan lelah..
owwhh i like lah!


ada banyak maksud tangan ahkak ni.. V - viona, 2- just the two of us and peace....




hikss.. jangan marah aaa..
kami main geli² dalam air..
main kuis² kaki sesama weols.. owh.. indahnya alam!



apa yang boleh akak katakan is, ahkak gerammmmm mau saje rasanya terjun and berendam...!
aarrgghhh.. best ooo air dia.. suam-suam kuku pulak tu!
takpe lah.. bukan kali ni........... kan b? lain kali kita datang lagi kan kan kan?


lepas puas berendam kaki and main air, kita jalan-jalan kawasan sekitar..
kaki weols dah basah takkan nak sarung  je kasut tuh..
so terpaksa lah weols berkaki ayam.. nanti naik kereta keringkan kaki baru pakai semula kasut.. nanti pakai lembab2 ni rosak kasut dan jugak risau takut kang melecet pulak kaki weols.. haruuu nanti ada banyak lagi hari nak berjalan kaki ni.

 


kesimpulannya, jika uols mau enjoy menikmati kehijauan alam, sambil berendam di air panas semulajadi yang penuh khasiat, silalah terjah ke Sari Ater Hot Spring.. kat sini jugak disediakan resort kalau nak bemalam kat sini...
Love our nature!

Kalau pergi ke tangkuban perahu, jangan lupa singgah Sari Ater tau kawan²!

NEXT? Dinner di atas bukit dan singgah ke FO for the 1st time!

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

4 Comments Uols:

nUR_rOsALiNdA said...

Isk isk....ingat kan tempat apakah yg XXX itu..Len kali letak tempat kosong, boleh org teka bukan menggunakan otak kuning..hehehe~

masviona said...

nur_rosalinda,
ooohhh gitu eh..hahahaha sapa soh pk ngan otak kuning...org pk lah ngan otak hijau....hahaha

sian mala

Anonymous said...

uwaaa...naper lah TA akak tak singgah kat sini aritu...tu le ekk..lebih bebas berjalan sendiri2 dari ikut tour nih...nak jalan pun terbatas waktu..byk tempat menarik tak dpt singgah...kene pegi lagi sekali nihh...

Yati

prebetsabu said...

alahai kak yati.. dah singgah tangkuban tapi tak singgah hot spring ke? aduuhhh rugi rugi.. sekali jalan je tpt2 tu.. gi ngn tour agent mungkin group ramai kot? dah berabis terlalu banyak masa sewaktu di tangkuban tunggu group lain kot sbb tu tak dan nak turun ke hot spring hehehe..

betul, pegi sndiri2 lagi fleksibel tapi kene wat research dulu sebelum pegi baru sampai sana ak terlopong2 tatau nak wat apa.. and mulut kene ringan beranya kalau pegi sendiri ni.. tanya je penduduk sana apa lagi yang menarik area situ n macamana nak pegi sana ;)

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!