Header

Thursday, November 25, 2010

Dokumentari Bandung - Part 7: Serbu FO! Toko 3, Dago.. Our Style!

We're back!!!!
Yes.. kami kembali untuk mengcontinuekan episod seterusnya berkenanaan pengembaraan weols di bandung, Masviona.com's Style of course.. ehhehe

CEO Mv.com kita tinggalkan uols dengan pengalaman kat Saung Angklung Udjo tu kan? Wah uols mesti pergi situ tau kalau dah ada kat Bandung tu! Best Best Best!!

Selingan - Masa aku taip enty ni, aku sedang berbalas status komen f with Mummysya.. dia buat aku menadi sengal.. oleh itu jika kalau entry ni ayat pusing2, lame it to mummysya wkaakkakak

sambung back on track..
show angklung berlangusng selama lebih kurang 2 jam yang penuh pengisian.. sebelum masuk ke gelanggang tu, weols dah pesan sama adik manniissss yang jaga kaunter tiket tu untuk tolong call kan teksi sejurus selepas tamat show.

dan tepat jam 530pm, sewaktu joget lambak ngn para pemain angklung tu staff tu terus panggil weols kata teksi dah sampai.. wahh bagus! Terus weols naik teksi tu.. menghala ke mana? Kita menghala ke Rumah Mode untuk melihat-lihat keagungan FO antara yang paling glamer di bandung ni!

nah ini nombor telefon untuk teksi Bluebird. Kalau korang call n panggil dia datang ke premis memana, minimum caj yag akan dia caj is rp20k, walaupun meter hanya 10k gitu.. kira extra caj sebab panggil dia.

Sampai di Jl Sukajadi, tempat dimana ada banyak juga FO, dan Rumah Mode ni terletak kat situ jugak. Cuaca tetiba hujan lebat pulak. Adus. Tak dan la nam ambil gambar pemandangan kat luar Romah Mode yang cantik ini.

Ye, landscape area luar Rumah Mode ni cantik!

 



Patutlah Rumah Mode ni glamer..
Banyak jugak baju-baju dia yang cantik-cantik..
Ada juga koleksi baju Ed Hardy.. saya suka!!!


Harga di toko Rumah Mode ni rasanya macam mahal sedikit dari FO lain. Takde lah mahal bebenor.. tapi mahal sikit lah dalam 3-4k gitu. But still, murah amaattttt compare malaysia lah ;)


 Sudah puas shopping di dalam rumah mode, kita dinner dulu.
Kat area luar Rumah Mode, tapi masih dalam compound dia, ada cafe.
Macam-macam ada jual dalam tu. Orang kata, situ glamer dengan Kopi Java dia. Tapi weols tak terbuka hati nak try ;)

Nasi goreng petai untuk saya hehehe


dan sup bakso untuk masviona.
Lepas makan kitorang lepak-lepak dulu tunggu hujan berhenti  then cadang nak cari teksi untuk pulang ke hotel.
Tapi hujan macam taknak berhenti je. Takde lah lebat macam awal-awal tadi, tapi renyai-renyai gitu. So  weols decided untuk redah saje hujan itu dan tunggu teksi di pintu nak masuk ke Rumah Mode ni.
Tengah tunggu tu ternampak pula sigboard Rumah Mode Plus. Kalau aku yang nampak, maybe takde bagi kesan lah, tapi ni masviona yang nampak...............

"B dah alang-alang kita singgah dulu la rumah mode plus tu..."
"err... ok"

Walau badan dah letih mata dok terbayang katil je, demi isteri tercinta, kita penuhi hajat dia. Lagipun bukan selalu nak pergi tempat orang kan? So dah alang-alang kita terjah je.

Bukan jauh pun rumah mode plus ni. Sebelahan dengan rumah mode je pun ;)
tapi kat situ aku dah tak snap pics dah sebab kamera dah simpan dalam beg sebab hujan.
Basically, rumah mode plus ni pakaian yang dia jual lebih kepada remaja gitu.

Dan akhirnya kami pulang ke hotel dengan hasil belian dari 2 FO - Rumah Mode dan Rumah Mode Plus ;)
Sampai hotel, err.. takyah cerita lah apa yang weols buat dalam bilik hotel ye kekekekek.. terus bum bum tido lah.kekeke

Keesokan hari, bangun awal pagi dengan girang gemirang terus breakfast. lpas breakfast, terus dengn aktiviti penjelajahan seterusnya.. FO FO dan FO lagi wkakakakaka

Seawal jam 9am, kitorang keluar dari hotel dan terus on GPS untuk mencari sebuah toko yang amat terkenal dengan seluar jeans - Toko Tiga namanya..

Pagi-pagi kita exercise yok! berjalan kaki saje! menuju ke toko tiga

sampai hati masviona tinggalkan saya dibelakang.. wakakkakakaka.. kat bandung ni, nak jalan kaki kurang best lah sebab sidewalk dia tak rata, batu dah pecah-pecah so kene jalan leklok nnti ilang balance boleh tergelencosss heehhe

Terima kasih pada gps. dia lah yang menunjukkan jalan nak pergi ke toko tiga ni.

ralit betul aku nak amik gabar, sekali baru sedar masviona dah jalan jauh ke depan daaa... eleh dia tu jalan dulu ke depan tu dia tau ke jalan mana nak tuju tu? muahahhaha

Tapikan uols, dalam lebih kurang 600-700m lepasw weols berjalan kaki tu kan, rasa penat lah pulak. bincang punya bincang, ada lagi 2km nak kene menapak kaki ni untuk sampai ke toko tiga tu.
wahh.. jauh gak tu. Weols rasa macam rugi je nanti pagi-pagi dah penat kang lenguh kaki lak nak jalan tempat lain lagi sepanjang hari. Hah btul gak  kan? kang penat ooo tak syiok la nak menerjah tempat lain sebab untuk hari tu, itinerary weols memang nak trjah segala macam FO je!

Makanya weols sepakat untuk mencuba nasib naik Angkutan Kota aka Angkot je!
Tahan je angkot n terus tanya dia pergi tak ke area toko tiga.
terus naik!

weols bernasib baik, angkot tu masih kosong sebab tak ramai orang time pagi-pagi camni

dan bermulalah sesi bergambar gediks dalam angkot itu. rasa macam angkot tu weols je yang empunya sebab takde orang lain dalam tu. Tak pelu bersesak. Hooray!







ermm.. kalau uols ada bawak budak-budak, takyah lah naik angkot. Amat tidak selesa. Sempit dan uzur.
Tapi MURAH!
;)


Sampai sudah di lokasi tujuan - Toko Tiga
tapi masih tutup lah pulak. Masa ni tak silap dah jam 930am.


suasana sekitar toko tiga. banyak kedai-kedai yag masih belum memulakan operasi. Toko Tiga ni bukan terletak kat kawasan FO tau. dia kat kawasan kedai-kedai biasa je.

So weols pun berlega-legar lah aea situ.
Ternampak pulak pasar ni - Pasar Kosambi
Dah takde bende lain nak buat, so why not kita jengah je dulu pasar ni?

jarak pasar ni dari toko tiga tu just around 200m. Dekat je

Di bahagian luar Pasar Kosambi. Agak kotor. Sampah bersepah kat luar. Sedikit busuk bau hanyir bahan mentah.




Pasar Kosambi ni weols rasa memang khas untuk pasar sehari-hari penduduk tempatan sana lah. Takde apa yang menarik pun.
Tapi weols singgah ke kedai jual segala macam kerepek kat situ. Sedap-seap jugak.

Lepas dah pusing-pusing pasar tu, weos pn berpatah balik ke Toko Tiga...

Aiseh. masih belum buka lah. Jam dah dekat pukul 945am dah ni.

kami menanti dengan sabar menunggu jam 10am. Jam 950, pntu dah dibuka separuh. Staff diorang tengah sapu n bersihkan kedai.
Senario biasa di indon, kita akan didatangi oleh penjual souvenir. Kalau takmo beli jangan dilayan. buat derrkk je. Lama-lama diorang blah. Tapi tak suka la cara diroang, macam nak suruh jugak kita beli :(

So sementara tunggu diraong prepare buka kedai, viona ralit melayan penjual souvenir, aku plak ralit snap gambar sini sana.
Aku dapat lah jugak snap gambar jenis pengangkutan awam yang ada kat bandung ni:-

Angkutan Kota aka Angkot. Sangat banyak kat sana. Cat kat body angkot ni berlainan mengikut lokasi tujuan diroang.

Teksi. Ada banyak teksi dari model Proton Waja dan Wira.

Kereta kuda. Weols tak teringin pula nak cuba naik, so tatau la camna servis diraong.

ada lagi beberapa jenis public transport, tapi aku tak dan nak snap sebab masa aku snap ni, takde plak diraong lalu. Antaranya ialah bas dan juga beca ;)

dan tepat jam 10am, maka Toko Tigaa pun mula beroperasi. Apa bagusnya Toko Tiga ni?Kt Toko Tiga ni segala macam jeans ada. Dari Levis dan jenama-jenama lain, sampai lah ke jenama jeans tempatan.
Orang ramai suka cari jeans kat jalan cihampelas. Ramai yang kurang tau pasal Toko Tiga ni. Tapi sebenarnya Toko Tiga ni jual bermacam-macam jeans di bawah 1 bumbung. kiranya macam one stop center untuk segala jenis jeans! Bangunan kedai Toko Tiga ni pun buruk je, tak grand pun, tapi jeans yang dia jual, fuhh pelbagai!




Antara sijil pengesahan yang diorang dapat, menandakan mereka menjual jeans yang diendorse.
Rambang mata ooiii bila masuk sini. Banyakkkkk sangat jeans boleh pilih.
Bermacam-macam design and cutting dari pelbagai jenama. korang pilih je lah nak low cut ke, bell bottom ke, semua ada. Harga? Levis sana dalam lingkungan rm100+ aje. kat Malaysia cikai-cikai pun Levis ori dalam rm300 kan?





Tapi serius lah wei.. rambang mata nak pilih jeans ni. Bila dah dihadapkan dengen pelbagai jenis n design ni, jadi tak tau plak nak pilih yang mana. So kalau uols pun jadik blur macam weols tetiba jadik tak pandai nak pilih, jangan segan silu tanya je kat staff diraongg tu. Staff diroang tu sangat knowledgeable terhadap produk yang diorang jual. Cakap je nak yang camna, nanti dia kasi recommendation!

lepas dari toko 3 tu, weols naik lgi angkot menuju ke Jl Dago untuk menerjah deretan FO yang berlambak kat situ. Pics aku tak snap pun sebab sibuk nak shopping nak nak bawak beg beg plastik hehehe so kitorang tinggalkan bagpack aku yang berisi kamera ni kat kaunter sekuriti salah satu FO tu dan kitorang pi terjah sebanyak mana FO yang mampu weols terjah.

Penat weh! Lenguh kaki tau nak terjah semua tu. So kalau uols bercadang nak shopping di bandung nanti, make sure uols fit! jangan pakai kasut tumit tinggi plak eh! kikiki pakai selipar je! jagan sampai kaki melecet.. rugi oooooooooooooooooooooooooo


So tamat lah sudah Dokumentari bandung Part 7... part yang membuatkan lenguh kaki banyak berjalan..

ehem.. lenguh2 ni dapat urut n spa best jugak kan?

haaa itu bab 8 kekekeke




Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

5 Comments Uols:

Anonymous said...

Valuable info. Lucky me I found your site by accident, I bookmarked it.

SueAnnie said...

salam..

maner nyer sambungan episod 8 dan seterusnya.. baca sekerat jalan nih.. he3..

prebetsabu said...

Sueannie, rest assured that next episodes are coming real soon. Lately sibuk skit xdan nak schedule ;)

Sorry.

Do stay tune!

SueAnnie said...

okeh..

sebenarnay nak mintak suggestion atau itenery ke bandung ni .. 3H/2N je .. tapi first day tu nak include main golf skali.. boleh tak suggest??
sampai dalam ptg kol 3 kot..

pastu nak tanya dari bandung ke tangkuban perahu tu jauh tak??

terima kasih

maria said...

*NUMPANG PROMO, yach....
Daftar seger Handphone Anda.... dan dapatkan segera berbagai macam infonya dan tips2 seputaran Internet. Semua langsung dari Hp Anda. Caranya Gampang banget Anda hanya mengetik REG NET kirim ke 9789 (khusus pengguna telkomsel yach..) Mari gabung,,, ^_^

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!