Header

Tuesday, November 09, 2010

Sinopsis Pengembaraan BANDUNG

Buat semua, tak kiralah yang memang setia dengan masviona.com ke, yang masuk masviona.com dengan tidak sengaja ke, atau yang sengaja masuk masviona.com untuk mencari bahan untuk mengumpat weols bersama rakan-rakan seperjuangan longkang yang lain ke, alah, semua lah.. u know who u are kan?

Pengembaraan kami edisi kali ni - Bandung, telah berakhir dengan selamatnya, Alhamdulillah.

Dapat juga akhirnya setelah beberapa kali cubaan untuk pulang ke Malaysia, maka semalam jam 1am weols touched down di airport LCCT.

Seronok, memang bandung menyeronokkan. Bukan sahaja kerana dengan limpah ruahnya tempat untuk berbelanja, tapi juga banyak sebenarnya yang boleh kita amati dan pelajari di sana. Dari segi budayanya, corak hidupnya, tradisinya, susun aturan kehidupan sehari-harinya, dan tak lupa juga pada tapak pelancongan lain, terutama kawah-kawah gunung berapinya. Indah, sangat indah.

Bagaimna dengan layanan penduduk setempat di bandung? Terus terang, mereka adalah lebih sopan dan banyak membantu. Bukan sahaja petugas di hotel, bahkan juga mereka-mereka yang di kaki lima juga mempunyai sifat sedemikian.

Tapi ekoran desakan ekonomi dan kos sara hidup, seperti mana di segenap pelusuk indonesia yang lain, mereka akan melakukan kerja dalam apa cara sekalipun, demi mendapatkan wang. Ada yang menjual souvenir,  ada yang menjaga trafik, ada yang bermain muzik dari teksi ke teksi bahkan ada juga yang menyediakan khidmat payung apabila hujan.

Pengalaman membeli belah kat sini juga menarik. Deretan kedai-kedai yang seolah-seolah tidak pernah habis! lepas satu kedai, sebelah sana ada lagi kedai.. lepas dah habis kedai di kawasan tu, maka pergi pula ke kedai di kawasan lain. Pendek kata, sekitar kota bandung ni memang berselerak lah kedai-kedai shopping.

Tapi pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan, dah semestinya lah pengalaman weols mencari jalan untuk pulang ke Malaysia, apabila 2 kali flight yang weols book terpaksa dibatalkan atas alasan keselamatan! Dalam banyak kali experience kami travel ke negara orang inilah pertama kalinya terjadi ke atas kami, flight dibatalkan atas alasan keselamatan, bukan delay, but cancel terus. Cuak jugak weols tetiba mati arah mana nak rujuk apa nak buat, mana nak kene extend stay.

Mmmm.. kalau cerita camni je semua, mesti tak best kan?
Dah semestinya tidak lama lagi akan mula dikeluarkan edisi Dokumentari Bandung, lengkap dengan segala aktiviti, tips dan info atas pengalaman weols ke bandung, bukan sahaja shopping, tapi juga kawasan pelancongan lain dan macam-macam lagi.

Jadi, harap bersabar ye rakan-rakan sekalian, beri kami peluang untuk melepaskan lelah kami dahulu sebelum dapat kami membuat entry-entry dokumentari tersebut ;)

Nantikan Dokumentari Bandung tidak lama lagi hehehe

Kan aku dah kata, pastinya ada kelainan travel weols ni, we have been to bandung, Masviona.com's style!!

*terima kasih pada mereka-mereka yang concern terhadap keselamatan kami di sana thru fb, email and  sms pada CEO Masviona.com kita tu. Korang memang memberi motivasi pada weols untuk kuatkan diri untuk bershopping berikhtiar mencari jalan pulang ke tanahair ;)


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

2 Comments Uols:

atty's said...

Alhamdulillah korang selamat sampai ke malaysia..yang palin happy msti avin..

masviona said...

atty,
syukur kty dlm pala nih pun masa stuck kat epot bandung n jakarta pun dok pk psl dia je....:)

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!