Header

Monday, November 01, 2010

Yes, we are indeed a Flashpackers!

Akhirnya baru lah aku jumpa istilah yang amat sesuai dengan gaya travel kami. Sebelum ini saya berasa sedikit ralat apabila menggunakan istilah "Backpackers" untuk kategori penjelajahan dan percutian kami.

Makna sebenar backpackers  pun dah lari jauh dari gaya travelling kami. Backpackers adalah gaya travel yang berbekalkan hanya sehelai dua baju t-shirts yang akan diulang pakai, kadang kala akan diganti dengan t-shirt murah yang boleh didapati dari kedai-kedai cenderamata. 

Backpackers juga seringkali mempunyai sumber kewangan yang terhad ketika dalam sesuatu travel. Biasanya mereka akan menginap di dorm-dorm dan juga hostel. Mereka juga sering kali menumpang a; "hitch hiking" demi untuk menjimatkan kos. Matlamat asal,  biarlah kurang bajet, asalkan dapat menjejakkan kaki di negara orang.

Bila kami selidiki, istilah backpackers tidak kena 100% dengan gaya kami. Dan baru-baru ini saya terjumpa dengan istilah bagi gaya terbaru kategori Backpack, dikenali sebagai Flashpackers!

Jika diamati gaya Flashpackers, nampaknya amat sesuai istilah itu dalam mengklasifikasikan gaya travel Team Masviona.com. Berikut adalah perincian makna Flashpacking:

Flashpacker (def): Someone unusually in their mid 20s to early 30s, who travels like a backpacker but has more disposal income as well as electronics such as a camera, iPod, or laptop. Flashpackers also expect better accommodation and more amenities when they travel. They seek to explore the world but not give up many of its comforts.

Ya, kami masih lagi dalam kategori umur tersebut! jangan jeles! dan kami juga mengamalkan gaya ala backpackers tetapi dengan pakaian yang lngkap serta bajet yang lebih besar untuk dibelanjakan ke atas penginapan, pengangkutan, makan dan minum serta buah tangan. Dan sebagai blogger, tentu sahaja kami akan sentiasa ditemani oleh gadget-gadget penting seperti kamera (2 kamera sekaligus, point n shoot dan juga dslr), blackberry, laptop dan gps! Sekaligus menjadikan pengalaman travel sedikit berbeza dari backpackers.



Kebiasaannya Flashpackers tidak akan berjimat sehingga menjadi seperti ala-ala Sami atau Zuhud! Mereka akan tetap berbelanja demi untuk kepuasan diri dalam sesi travel mereka. Mereka tidak lokek untuk berbelanja asalkan mereka dapat merasai pengalaman berada di negara orang, dengan cara orang local itu sendiri atau erti kata lain, mereka akan mencuba untuk blend diri mereka ke dalam tradisi tempatan walaupun dikenakan kos.

Bagi Flashpackers, kita tidak nampak apakah significant sesuatu travel itu jika terpaksa memakai ulang t-shirts sehelai dua? kami juga tidak mengerti mengapa kita harus mengikat perut semata-mata untuk berjimat (unless for a Muslim travellers like us, sometimes kita terpaksa menghadkan eksplorasi dalam segi pemakanan kerana runsing dengan isu halal haram dalam pemakanan). 

Flashpackers kebiasaannya akan tinggal di hostel (bukan hotel mewah), menggunakan perkhidmatan transport bajet, tetapi akan berbelanja lebih pada makanan, sightseeing, kawasan pelancongan dan membeli belah ;)
Jadi, adakah anda Flashpackers juga?
Adakah anda membawa bersama gadget-gadget seperti kamera, laptop semasa bercuti? Adakah anda tidak lokek dalam berbelanja lebih-lebih lagi untuk tujuan mencuba pengalaman sebagai orang tempatan?
Kami rasa tentulah YA!

Percutian adalah sangat membuka mata, meleraikan segala kekusutan dan juga mengintimkan kasih sayang!

Maka, apa lagi yang ditunggu? Marilah kita pergi bercuti!

Team Mv.com is a Flashpackers!

*hasil teguran dari beberapa pihak, maka adalah lebih afdal jika sekiranya penulisan info ditulis dalam corak bahasa yang lebih formal. Ramai dikalangn readers masviona.com yang mengadu agak sedikit sukar untuk memahami bahasa, dan slanga penulisan pasar dan juga kesalahan ejaan yang seringkali kami lakukan. maaf dipinta dan terima kasih diatas teguran. Setiap teguran akan diambil kira demi memantapkan lagi masviona.com.

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

3 Comments Uols:

Nastradamus said...

ada lagi satu istilah.. woodpecker.. lari terus dari maksud.. cuma sebutan pecker dan packer tu je same.. hahaa.. :P

Miqtravellers said...

Woah. flashpackers? The gadget are cool but it is very difficult to carry then around sometimes. Don't you think so? ;)

prebetsabu said...

Nas, sudah.. mengarut time la ko nih dah tiba!

Miq, for me personally, its not quite a nuisance to carry all of those stuff.

we usually carry our blackberries, a pns camera (easily can put it in pocket, pouch), a dslr (hang it at my shoulder, a netbook (since its small n lightweight, it doesnt consume much space and easy to carry, but will be put in a safebox in the hotel.. will use it once get back to hotel for blogging and facts finding of near attractions) and last but not least, a gps (actually it a garmin mobile installed in my nokia e71.. very handy !)

from our experience, we did bring along our camcoder while travelling in gold coast, but now we didnt opt to carry a camcoder anymore becoz of the laziness to compile n render the video later hahaha but d pns camera can act like a video cam if theres something really interesting to capture.

all in all, flashpackers is similar to backpackers, but with a little tech and a bit more budget of cash in hands ;)

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!