Header

Monday, December 13, 2010

Bersuka ria di Family Day - Choppersgarage

Kesinambungan dari entry LIVE yang ni.
Memang tak dan nak taip panjang-panjang sebab macam rugi je masa kalau dok sebok ngn entry live hahaha

Sabtu lepas, 11 December 2010 bertempat di D'river Chalet, Janda Baik, Pahang telah berlangsung majlis Family Day bagi Komuniti Permotoran Choppersgarage.
Asal-asalnya nak buat 5 dec lepas, tapi dah clash date dgn Johor Bharu Bike Week so ditunda sampai 11 dec ;)

Perjalanan dimulakan jam 830am, rv point di shell kembar selepas taman melati. But kami antara yang sampai lewat. Biasalah, anak kecik susah nak bangun pagi hahaha alasan terbaik!
Sampai di shell, dah ramai yang menanti, Techman n co, Bud, Redskull, kikker, am lowrider.. tak lama lepas tu mai Hungryghost ju n co dan blackie n co ;)

Avin dah dipaksa bangun dari awal pagi lagi, mood dia adalah tidak berapa ok :( sepanjang perjalanan ke gombak, dia sambung tidur lagi. Adoii.. next year dah nak pre school camna ni still takleh bangun awal.

dalam jam 930am konvoi terdiri daripada 4 buah motosikal dan 4 buah kereta pun bergerak menuju ke Janda Baik.




Sampai di RnR Genting Sempah, weols semua stop utk regroup n tunggu ahli yang mai dari Temerloh pulak. Tadi masa RV kat Gombak viona kita tak dpt kuar n beramah mesra sbb avin nak tido atas riba dia.. sampai genting sempah nak taknak viona kuar jugk lgpun nak singgah toilet. Maka terpaksa lah jugk gerak si Avin. dan bertambah lah moody dia tu adoii lah..

Dari RnR Genting Sempah, terus menuju ke janda Baik, perjalanan dalam 15minit juga. Jalan kecik dan berliku-liku.


Dan selamatlah semua sampai ke D' River Chalet, Janda Baik, Pahang.

 Avin memula sampai memang excited lah sebab dah nampak sungai. Dan dan tu jugak dia kata nak tukar baju ;) tapi kita ke sini ada agenda.. nak celebrate event family day, so mandi manda punya agenda ialah sebelah petang. Avin kene tunggu dulu lah.

Semua sedang sibuk untuk unpacking makanan dan barang2 lain. Ada ayam dan daging yang telah diperp resipi khas dari Dion, unfortunately dia tak dpt join event ni.

Up kan banner tanda kawasan ni dah jadi milik kita muahahha

Juga disediakan bilik dorm untuk rehat-rehat dan tukar baju

Mereka yang ggah perkasa sedang mengangkut khemah untuk di bawa ke padang

Khemah ni chalet tu punya

Nak kata tugu negara tak jugak, nak kata terrorist tak jugk.. sorang moden ngn machine gun sorang tradisi lastik ;)

So lepas dah setup segala macam, tibalah masa untuk kita mengisi perut dulu as breakfast. Menu mihun goreng adn nasi lemak temerloh.. nyum.





Gangters Janda Baik menahan seorang rider.. kene pau la tuh gamaknya hahah


Sementara menunggu semua selesai makan, avin request nak jalan-jalan. Dia enjin masih tak panas.. malu-malu ngn uncle2 n aunty2 n kawan2 semua

"Bonda, cow tu kecik naa"
Dari jauh dia dah nampak kelibat seekor lembu. Pelik kot bagi dia sebab selalunya dia tengok lembu besar-besar belaka, tapi yg tu lembu kecik je. Memang lah kecik sebab muda lagi. Agk agresif anak lembu tu, berlari sana sini and terlompat-lompat. Takut gak if Avin g terjah kat lembu tu kang ada yang kene sondol.


"Bonda, jom naa tukar baju swim.. Avin nak mandi"
Anak dara ni tak sudah-sudah request nak tukar baju mandi dia. Merengek-rengek tak tahan godaan air sungai lah tu.

Last² bonda tukar kan jugak baju dia.. terus dia join abg and kakak² main air. tapi dah sound dia awal² lagi takleh mandi, leh main air rendam kaki je.. petang sikit baru mandi.. mujur dia ok menurut kata


Tiupan sangkakala vuvuzela dari encik tekmen menandakan telah masuk waktu untuk memulakan acara. Gila kuat bunyi benda alah ni. Dan aku baru tau bahawasanya aku tak pandai nak tiup bendealah ni.. igtkan macam tiup recorder kat sekolah dulu. rupanya kene ada skill jugk bukan sebarang tiup. Aku fail hahah

Punye lah kuat bunyi vuvuzela tu sampaikan si avin pun tutup telinga

Games yang telah diaturkan untuk hari tu.


Briefing dari Hungryghost Joe. Dah macam gerila terrorist manaentah siap ngn senapang lagi. Gerun gerun. Selaku founder kepada komuniti Choppersgarage, beliau menalu-alukan kedatangan semua peserta dalam menjayakan Family Day untuk kali yang kedua ini.


Avin sampai nangis tengok ke brutal an Uncl Joe.. hhha. Tak.. tak.. avin nangis sebab dia dah mula boring + ngantuk tapi dia lawan kan mata dia, so serba tak kena lah jadinya dia.

Antara tawanan perang ;)

Dan pengganas Joe merekrut askar bawah umur sebagai orang kuat dia :D


Lepas sesi ucapan, maka rasmilah sudah majlis Family Day Choppersgarage 2010 dan bermulalah aktiviti. Game yang pertama, game family untuk anak dan ubu bapa. Game suap pisang. Anak dimestikan untuk menyuap pisang kepada bapa.

Bonda tengh bagi briefing kat Avin "memula avin amik pisang ni pastu avin sumbat terus kat mulut Walid tau!" "ok bonda!"

On ur mark, get set, GO!


Avin masa Bonda dia brief camna nak main, bukan main lagi angguk-angguk tanda paham and setuju. Tapi bila game dah on, dia tetiba jadi malu-malu and takmo buat plak. Penat dok pujuk dia soh suap, dia takmo pulak hahahahha


Udahnya, dia amik pisang tu and dia amik untuk diri dia je. kekekekek.. melepas walid nak rasa suapan pisang from Avin :) Orang lain dah habis 2 ulas pisang tu, kita punya pisang telah dilarikan oleh Avin hahaha


 

 Sampai dah ada winner pun, Avin takmo lepas pisang dia. Ke hulu ke hilir dia bawak pisang dia.. haha adoii lah avin.

Dan seterusnya kita ke game yang ke dua, game untuk couple laki bini dan gay.. hahaha. Digelar sebagai game bawak telur. Tapi rasanya terms yang lebih sesuai is sedut telur :)

Bersiap sedia mengambil tempat . masa ni Joe tengh briefing ajar camna nak main game.


 heheheh rupanya game ni kene letk telur kat mulut n bersma2 pasangan kene jalan pusing satu round jgn bagi telur jatuh.. wahhhhhhhhhhhhhhhh. Avin pulak dok leka dengn pisang yang dia ambil tadi.. haha bagus2 so leh la weols concentrate kat game telur ni wakakkakaka


tapi apakan daya, telur weols jatuh pulak. Baru je berapa langkah dah terlucut.. ekekkeke.. tak memberi saingan lah pulak team Masviona.com ni!


 Dan inilah dia gerak langkah pasangan juara.. woot wooottttt!

 Tak boleh jadi ni! Dah 2 game tak menang jugak.. bukan tak menang bahkan tak memberi saingan sengit pun kat others! So kami berpakat untuk lebih bersungguh-sungguh dalam game yang berikutnya..

errr.. game apa?


Tuu dia.. dah keluar dah segala macam alat make up. Game Suami Cantik.. auuuuuuuww!

Jom kita lihat keadaan muka mereka-mereka yang terlibat sebelum di make up kan. masing-masing kelihatan macho.. kekekeke





Tapi weols mendapat tentangan hebat lah pulak dari avin. Dia tak kasi Walid dia join make up ni.. wakakakkaa. Beriya-iya dia tahan aku n bonda dia tak kasi make up kat muka aku. adoii..
last2 organiser letak 1 kerusi kat tempat weols kene tahan ngn Avin n ktia make up dari situ je.. hahaha dan avin pun meraung raung tanda protes!

Work in progress

Avin pulak beriya-iya marah kat weols sebab dia takmo bonda dia makeup aku haha.. "Tak boleh mekap la walid.. tak boleh!"
 Dah memang weols train dia dari dulu pun, make up ni untuk perempuan je.. boys tak pakai lipstick semua. Tu yang dia marah sangat tu kot sebab perbuatan weols ni dah bercanggah dengan apa yang weols dok ajar dia. Takpe lah avin.. ni just for fun. lepas habis game tu kita explain kat dia kita tgh main games ni sib baik dia faham juga at last ;)

Nak tengok hasilnya?
Sila kan:-





Muka JUARA SUAMI CANTIK!


Barisan 2 Alam hahahahaha

 kehkehekh.. lepas dah habis kene makeup, terus bergegas ke bilik air kasi cuci semula semua make up ni.. I tk rela nyah.. nanti muka I sensitip keluar jerawat pulak pakai mekap camtu noksss... hahha

Dan tiba masa untuk group games. Games yang penuh hilai tawa jugak semestinya. Dinamakan sebagai Teka Filem. Semua dibahagikan kepada 2 kumpulan secara rawak dan setiap kumpulan dimestikan menghantar wakil untuk membuat gaya dan ahli yang lain harus meneka tajuk filem yang di gayakan.

Kita di Kumpulan A - kumpulan paling bagus (tapi kalah jugak hahahahah)

En Hungryghost sebagai pengadil. Dalam kotak tu ada list nama filem yg kena digayakan.

Dan masing-masing menggunakan kreatiiti masing-masing untuk menggayakan memberi clue paa ahli kumpulan yang lain.. hahaha.. pelik tapi benar gaya diorang semua ;)

Filem - Mami Jarum. Gaya - Tunjuk jarum kat jam hahaha

Filem - Adnan Sempit. Gaya- ala mat rempit dan kecikkan kaki seluar :D

Filem - Hulk. Gaya - tengok lah sendiri hahaaahhahh


Sementara weosl semua dok main game ni, anak dara kita tu mood dah kembali reda. Punya lah dia nak independent sampai nak makan pun dia nak gi wat sendiri. Kita monitor dari kejauhan je.. kang nak air ke nak tambah mee ke baru dia panggil. Syabbashh bete!
 
Dan last but least, game oldskool! baling selipar.
Bapak budak dan lelaki lain yang dah mula meningkat tua bangka hahahah..
Dah lama betul tak main game ni... pergghh memang best!! Fantastabest!!!


Dan oleh kerana game ni lah jugak, keesokan paginya, memasing bangun pagi dengan sakit urat hahaha.. tergeliat urat oiii tetiba je dah lama tak bersukan nih! padan muka aku hahaha



yang anak dara weols ni plak, towards tengahari dia semakin ok, leh blend ngn yang lelain ;) time walid main baling selipar, dia pi main tembak-tembak askar-askar pula :)


Tak cukup dengan tu, dia pi join pulak kawan-kawan baru dia main bola ehhehehehehe happy tengok dia happy ;) berlari kesana ke sini dengan senyuman tak lekang from bibir.


Lepas dh abis game, memasing dah berpeluh n kotor badan dok golek2 kat rumput kan? so tibalah masanya untuk kita semua menerjah sungai! dan juga bermulalah acara bakar membakar.
Sungai di D' River ni tak dalam pun, amat sesuai lah untuk anak-anak! Sejuk weeeehhh! Gambar takde dalam D80 ni tapi rasanya ada dalam kamera viona.. nnti kita cerita bab mandi pulak ek


Antara Brader and Sister yang telah menjayakan Choppersgarage Family Day 2010
 Conclusionnya, weols sangat happy dapat menghadirkan diri di majlis ni, even ramai yang last minit terpaksa kansel sebab ada komitmen lain :(
Seronok tetap seronok, masa yang dihabiskan di sini adalah dalam nilainya!
Terima kasih kepada Komuniti Choppersgarage kerana telah menjadikan hobi aku terhadap motosikal ni tidak terbatas terhadap motosikal sahaja, tetapi juga mengundang kenalan, ideologi dan pengetahuan baru ;)

Anda minat motor? Minat kastem moto? Chopper? jom join! ;)



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

3 Comments Uols:

kojah said...

sonok tgk avin :)

attyfir said...

ekekekeke..sakit perut ketawa , tgk nasimah make up .ekekekkeke.(tergolek2 gelak )

Masviona said...

kojah,
avin bad mood....:(. tak cukup tido bonda n walid nk main pun xleh....huhuhu

atty,
klu tgk real lg lah nak tergelak...ahaksss

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!