Header

Friday, December 03, 2010

Dokumentari Europe : Day 5 - London > OTW to LONDON naik train!!

Assalamualaikum.
hah malam  ni tetiba mood aku untuk mengenang kembali kenangan dan pengalaman sewaktu trip bercuti cuti cuti cuti cuti di eropah haritu kembali bersemangat. Cadangnya nak sambung dokumentari cuti bandung tu, tapi takpe lah, kita sambung dulu hal eropah ;)

Aritu kita stop pada hari ke 4, semasa di amsterdam.


ingat lagi tak aku cerita, kalau kat holland ni, satu cabaran bagi para jurutera and arkitek dia ialah untuk tidak membuat penilaian yang salah thadap bentuk bangunan mereka, kerana tanah di holland ni adalah tediri dari pasir-pasir halus. So kalau salah perkiraan, maka bangunan tersebut adalah tidak selamat untuk diduduki!


Nah ini contoh terbaik antara bangunan yang telah mula mendap! Bangunan ni bebetul ada kat pusat bandar Amsterdam, Ngeri plak tengok kan?
 

Dan di Amsterdam ni, selain dari Red Light District tu, ada sebuah lagi pusat tumpuan pelancong yang bertemkan seks juga. Tak lain tak bukan ialah Sex Museum. Tapi weols tak singgah lah! Sebab ada bermacam-macam kedai lain kat deret museum tu yang lebih beerti dan berfaedah untuk disinggah kekeke.

Ok. Itu hari ke 4. Hari ke 5 ni dari Amsterdam, kita akan menaiki bas meneruskan perjalanan kembali semula ke Brussel, Belgium untuk menaiki Eurostar terus menuju ke London. Eurostar ni ialah keretapi laju. Sangat laju!


Dari Amsterdam menuju ke Brussel mengambil masa kira-kira 3jam lebih. Cukup 2 jam, pemandu bas akan berhenti untuk berehat.

 Aritu masa stop kita pekene kopi kauu. kali n kita pekena air ringan-ringan je lah ;). Tak silap harganya dalam euro2 kot.


tak ramai orang awam yang berhenti sini. Kebanyakannya lori dan bas je. Berhenti pun tak lama, sempat lah untuk duduk lepak minum air, pergi melepaskan hajat dan hisap rokok sebatang. Selepas itu, masuk semula ke dalam perut bas.



Dah sampai ke Brussel. Kita makan lah dulu. Kedai makan ni bebetul sebelah dengan bangunan bursa saham lama di brussel.



Sekali lagi sempat bergambar di bandar Brussel.
Cuaca di sana, silau tapi dingin. I really like!


Dan lepas perut dah kenyang and free and easy di bandar brussel, kita terus bergegas ke Terminal Eurostar.


Sempat bergambar with some performer yang ada dalam terminal tu. Leka pulak tengok diorang main alat musik dorang tu. Bergema dalam terminal ni.



Sekitar pemandangan dalam waiting area di dalam terminal. Train kitorang lebih kurang jam 230pm. So ada sedikit masa lagi untuk dihabiskan, makanya weols pun berjalan la menjengah kedai-kedai yang ada dalam terminal tu. Rugi lah kan kalau dah sampai negara orang, tapi kita dok duduk tercongok je kan? Dah kata pelancong ini lah masanya kita untuk menjadi jakun :D

 Dan beginilah rupa paras tiket train Eurostar tu. Dijangka bertolak dari Brussel jam 230pm, dan dijangka tiba di Kota London jam 330pm, lebih kurang sejam perjalanan. Wah ok lah tu, boleh rileks dalam keretapi tu sejam, so sekarang ni jom kita letihkan badan meronda stesen brussel ;)

Harga? Alamak kat tiket tu napa lah plak dia tak print harga.. dia print **** pulak. Aku mmang ada tanya harga aritu, tapi dah tak ingat pulak berapa euro. Sorry. Tapi dalam web Eurostar sure ada list harga tu ;)



Ok, masa dah nak tiba untuk kita boarding train. Jom lah kita cop passport exit dari brussel. Imigration brussel tak banyak songeh pun. Buka passport dan teus cop. Senyum.



Beratur ye semua! Jangan rebut-rebut. Semua dah ada tiket and ada seat number pun ;)



Dan akhirnya aku dah brada di dalam coach eurostar enuju ke london. Keadaan dalam coach dia ni, biasa je. Sekali imbas dah macam dalam kapal terbang pun ada jugak !



Seat dia ok. Amat selesa. Amat luas dan lebar. Penyandar kepala dia ada support kepala. So kalau kita tido, takde lah kepala kita terlentok ke bahu orang sebelah ekekekkeke.. bagus!


Pura-pura tido je ni. Tapi nasib badamn, aku tak dapat kerusi sebelah tingkap. Dapat sebelah dinding la pulak. Takpe itu masalah kecil, sure ada banyak seat kosong nanti kita boleh beralih hehehe


Nah view dari lantai pulak hahahahah
Asyik view dari pandangan biasa je.








Pemandangan ketika baru berlepas dari terminal Brussel. Banyak betul rail dia.
Masa ni tak berapa laju pun lagi, maybe sebab kawasan sibuk.


Lagi aksi pura-pura tidur kekekekke. Kan dah kata, sure ada seat kosong punya. So kita beralih lah ke seat kosong ngeeeeeee
Dapat tegok pemandangan thru tingkap!





Sepanjang perjalanan, lepas dah meninggalkan bandar brussel. kita akan lalu kawasan kilang-kilang. Banyak tedapat kilang-kilang automotif sini. Lepas dah habis kawasan kilang, kita akan lalu kawasan pertanian pula. Time ni syok la melayan perasaan ;)

Dan yang bestnye, walaupun train ni super fast, tapi ruangan coach dia super quiet and super stabil. Kita tak sedar pun yang train tu tengah bergerak laju. Leh bangun bjalan-jalan and boleh berlari-lari dan menari tanpa hilang keseimbangan badan dek kerana innersia. Wah! aku masih ingat istilah fizik! inersia!


Sesambil itu juga, boleh la baca majalah yang diorang sediakan. Eh, gambar bontot? Orang bogel? ceh... seni katanya.


Haa.. Yang uniknya mengenai Eurostar ke london ni ialah ianya akan melalui sebuah terowong yang panjang DI DALAM LAUT!

Ye, train tersebut akan melalui dasar laut ikut terowong sejauh 50km, sedalam 100mter dari aras laut.. perrgghhh.. dan kelajuan train ni boleh mencecah sehingga 334kmh! Haa kau! laju tu!



Masa ni train dah masuk bawah laut dah. Kalau tengok ikut tingkap pun tak nampak apa. Geelap je sebab dalam terowong. Tapi kita akan sedikit tidak selesa ketika berada dalam terowong ni. Telinga kita akan rasa bengang. Kuat gak rasa dia tu. Maybe sebab kita dalam terowong bawah laut kan? So tekanan udara dia berubah dan kita pulak bergerak laju.

Tak silap aku, kita akan spend masa dalam 15-20min dalam terowong ni baru lah kita akan sampai ke daratan semula. So 20minit dengan telinga yang bengang. Agak kurang best.

Tapi aku tetap teruja sebab dapat naik train merentas dasar laut dalam terowong yang laju!


Dan setelah hampir sejam di dalam train, akhirnya kita sampai lah ke bumi LONDON!
Wehuu.. aku dah sampai london.. eh eh excited pulak aku sampai ke tempat negara penjajah kita dulu!





Ekekekeke.. masa nak naik train ni kat brussel aku lupa nak snap camna rupa paras train Eurostar ni kan? haa.. kat atas tu sume gambar rupa paras eurostar dari luar ;)



Ok, kita sekarang berada di Terminal Eurostar St Pancras. Dulu Eurostar tak benti kat stesen ni, tapi kat stesen Waterloo, tapi now semua eurostar dah berpusat di stesen st pancras ni.

Jom tengok keadaan sekitar dalam station St Pancras ni.







Oh.. untuk melepasi kastam England ni, agak sedikit strict ooooooooooiii!!! Masa san badan pun, habis aku kene buka segala jenis besi yang ada kat badan. Berapa kali aku kene rejek ngn mesin tu asyik bunyi je. Buka kasut, buka belt bagai. buka gelang cincin sume. haa baru lepas. ehhehe.. so kalo korang ada pakai besi kat bahagian pelik2 tu haa baik la korang tanggalkan awal2 ye!

Lepas dah san badan, nak cp passport enter england pulak. Pun macam leceh. Begitu banyak soal jawap dia. Dan tour guide kitorang bagitau, jangan kurang ajar or kerek dengan immi officer england. Dorang ada kuasa penuh nak rejek ko daripada masuk england. Haa.. pepandai la korang nak carik flight balik Malaysia kalau kene rejek.

Memang banyak soal jawap sebelum immi tu cop passport. Dia akan tanya kita mai buat apa, mai dengan siapa, ada sesiapa kenal ke kat england ni, berapa hari, duduk hotel mana.. so sebelum kroang menghadap pegawai immi ni, baik korang ready dengan jawapan. kalau korang teragak2 kang dia rejek haru biruuuuuu..
Aku pun senyum and begitu sopan menjawap segala pertanyaan brader immi england tu! fuuhh ada la jugak soal jawap dalam 1-2minit then terus dia cop.


Teksi ni pun antara ikon terkenal di kota london. Tapi ni bukan teksi original dah. Design je macam teksi yang original tapi ni teksi brand new. Aku ada naik teksi ni. Nanti aku cerita pengalaman naik teksi n metro kat london dalam episod akan datang lah.

So lepas dah semua ambik barang and bagasi memasing, kita tunggu pula bas untuk pick up kitorang dan terus kita merewang ke kota london. walaupun badan sedikit penat, tapi gagahkan jua untuk jalan-jalan sikit2 dalam london and cari makan ;)




Lalu sebelah Hyde Park. Besar betul taman ni.
Ada banyak bahagian.
Siap ada tempat orang berpidato dan juga ada tempat kubur binatang peliharaan hehehhe



Deretan di mana terletaknya Malaysian Hall.
Kita ada singgah di sana, dan juga singgah ke Kedutaan Malaysia melawat atas urusan rasmi, next episode kot.


Dah sampai di England, matawang Euro dah tak laku disini. So terus carik money changer dan tukar semua baki Euro yang ada jadi Pound Sterling. Walaupun England termasuk dalam kesatuan eropah, tapi mereka memilih untuk tidak memakai matawang Euro, sebaliknya terus memakai matawang mereka sendiri iaitu Pound Sterling.



Cun pulak aku tengok color scheme kete Smart for Two ni!
Comel weh
 



ekekke.. rugi lah dah sampai llondon tapi tak bergambar kat pondok telepon dia yang glamer itu!
tapi sebenarnya teringin nak carik pondok yang original.. yang pakai telepon asli zaman dedulu.. yang ni dah pakai telepon moden dah kekeke..
kene carik kat museum lah!
ngengada betul aku.




ok. kita dinner di sini. Holiday Villla Hotel. Kepunyaan rakyat Malaysia.
Kebetulan masa weols dinner kat situ, terserempak dengan rombongan pengiring Sultan Pahang. Sultan Pahang ada kat hotel tu weh!




Jemput makan everybody!
menu Malaysia weh! best! dah bape hari kat eropah ni asyik makan menu pakistan n india je.. dapat jumpa menu malaysia haaaa mentekedarah lah tak ingat dunia!!!






 
Tetiba terasa bangga je bila ternampak bendera malaysia, Jalur Gemilang berkibar megah kat London. Tak silap aku ni bangunan kepunyaan MAS. Tetiba jadi patriotik pulak tengok bendera kita kat negara penjajah ni!

Ok lah. So begitu lah kiranya serba sedikti pengalaman menaiki Keretapi laju Eurostar dari Brussel menuju ke London. Best!

Next episode?
Tugguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu laaa...

ngeeeeee...

Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

2 Comments Uols:

FaDLi said...

kewl kewl.... kami akan mengembara dr kuala lumpur-china-europe menggunakan public transport for 2months. insyaallah july 2011... nice blog...leh jadi reference!heehhehe

prebetsabu said...

Fadli. Tq bro. Just sharing our experience ;)

Pergghh 2 months ek? Menarik tu! China mula dari mana? Mencabar gk tu from china to europe? Fuhh all d best! Saya mencemburui anda yg punyai masa dan simpanan duit! ;)

Nnti jgn lupa share kan experience! Go flashpackers!

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!