Header

Thursday, December 09, 2010

Hello, Colmar Tropicale - Rabbit Park

Ok ni kira Part 2 lah utk kisah cuti di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Part 1 ada sini : Part One.

So lepas perut dah kenyang dan dah puas hati meronda-ronda dalam perkampungan ala-ala Perancis, jom kita habiskan masa di Rabbit Park pula. Weols tak bercadang pun untuk pergi ke Japanese Tea Garden & Botanical Park dia sebab kalau gi sana pun takde apa sangat aktiviti untuk anak-anak ni. Nak naik kuda kat Horse Trail pun macam tak berbaloi; mahal sangat. Weols ride kat Serdang je lagi puas hati walaupun teringin juga nak try ride dalam hutan cam kat Colmar ni ;) wahh sudah lama tinggalkan bidang horse riding ni, entah-entah badan pun dah naik keras.

Rabbit Park ni terletak dekat je ngn bangunan Colmar tu. Kalau drive dari Colmar, menghala turun bukit tu, dalam 3km je kot nanti akan nampak signboard.


Di perkarangan Rbbit Park. Masa ni Avin Damia, Akim and Adam memang dah terloncat-loncat dah happy tengok banyak rabbit kat hujung sana.

Nak masuk ke sini, akan dikenakan lagi yuran tiket. RM3 seorang, dari kanak-kanak berusia 2 tahun sampai la ke orang tua, semua kene rm3. Kalau masuk sini tak beli makanan rabbit, kurang syiok la kan? Kat kaunter tiket dia tu ada jual makanan arnab ni, dia punya dedak. Satu paket rm1.50 weols tapau 3 paket sorang satu utk Avin, Akim and Adam.


Melangkah masuk ke kawasan feeding arnab ni, Adam lah orang pertama yang terus berlari kejar arnab nak bagi makan. Avin dan Akim sedikit takut-takut, pengalaman pertama diorang bertemu muka secara langsung with those rabbits.


Memula Bonda tunjukkan cara macam mana nak bagi rabbit ni makan. Masa nak masuk tadi pun staff sana dah bagitau, kalau nak feed, letak kat telapak tangan, jangan suap guna jari takut nanti jari budak tu rabbit tergigit ;)


Adam tanp0a segan silu dan takut-takut terus cari arnab yang masih kelaparan, dia suap sorang sikit ;)
Pandai dia, dia takmo bagi banyak -banyak kat seekor rabbit sahaja, instead dia bagi seekor sorang sikit.

"Mana boleh bagi dia makan banyak-banyak. Nanti dia kenyang, orang lain tak boleh nak suap dah. Lagipun kalau Adam bagi dia sikit-sikit, Adam boleh bagi kat banyak ekor arnab. Adam boleh pegang banyak arnab nanti"

So true!

Jom kita tengok gelagat Puteri Masviona.com ni takut-takut berani nak suap rabbit makan:

Bonda tarik tangan dia soh hulur dekat ngn rabbit, keras je tangan dia.

dan itu dia, arnab tu tengah makan dari telapak tangan avin

Tapi arnab tu berjaya makan sikit je, avin dah tarik tangan dia.. "Geli aaaa rabbit ni makan! Geli tangan Avin" kekekke maybe dia terasa geli kot bila rabbit tu macam menjilat-jilat tangan dia untuk ambil dedak tu.


Rasanya tidak kurang dari 20 ekor arnab kot yang ada dalam kawasan ni bebas untuk diberi makan. Semua pun yang ada dalam ni semua kita tengok gemuk-gemuk montel-montel belaka. Mana tidak? Tiap hari ramai yang pakat suap dia makanan!



Leka bebudak ni tengok sekor arnab ni tengah sibuk menggali lubang. Gelak besar diorang sebuk bertanya napa dia wat camtu.. dia nak pegi mana gali lubang tu.. nanti tak kotor ke main pasir camtu...

Kikikiki.. sehensem-hensem Akim, tapi dia ni tak berani lah. nak pegang arnab tu pun dia takut. Duduk jauh-jauh je,

Time bonda usap rabbit, akim usap tangan bonda.. konon leh mengalir ke rasa tu akim oii?

Avin tengah ligat mencari mangsa untuk disuapkan makanan ;)

Bila tanya adam, dah berpa ekor dah adam suap, dia kata tak ingat dah. banyak sangat!


Dalam proses nak memujuk Akim supaya lebih berani.. ala pegang je rabbit tu dah jinak

Tak berjaya pujuk Akim, kita layan je lah Avin suapkan rabbit ni sambil Akim tengok je dari jauh.


Majoriti arnab sini boleh dikatakan bersih la jugak. Kawasan feeding ni pun bersih, but biasalah bau hancing binatang kan?



Avin happy dan puas hati dapat feed rabbit. Bila rabbit tu makan ngn rakus, Avin sedikit takut, dia tarik tangan dia and dia letak je makanan kat tanah "haa.. rabbit makan je situ.. amboi naughty dia!" kekeke rabbit kene marah.

`

Jom avin kita rileks dulu. "Taknak lah walid, Avin nak tengok rabbit lagi"



Time kitorang ada situ, ada lah 2 ekor rabbit ni yang sedang nak ber ehem ehem. Time ni plak lah dia nak mengawan. Tapi, sian dia, orang lain pergi kacau lak pergi dekat-dekat ngan rabbit tu utk amik gambar.. apadaa.. amik la dari jauh! Potong betul! :D


Lepas dah bagi makan kat arnab, kita pergi ke kawasan di mana ada beberapa ekor kuda untuk di tunggang dan beberapa ekor keldai dalam kandang.


Memula weols pun kompius, ni keldai ke kuda hahahhahaha. Lepas dah dengar bunyi dia, haaaa baru kompom.. ni ialah keldai kikikih. Akim and Avin tengok dari jauh. keldai ni macam agresif sikit, kita pi dekat-dekat dia, dia pi hulur kepala.. terperanjat bebudak ni takut kene gigit hahha



"Meh sini Avin, tengok bonda pegang Donkey ni.. ok je Avin"
"Tak nak lah Bonda. Horse ni kaki dia berdarah naaaaa. Cepat Bonda panggil Doktor"

ekeke.. avin masih tak dapat beza horse ngn Donkey, lagipun weols jarang ajar dia pasal Donkey. So semua binatang tak kira Zebra ke, Donkey ke, semua dia panggil Horse. Kadang-kadang lembu pun dia kata Horse :)


Tak tau lah kenapa kaki keldai ni semuanya luka-luka. Ada 2 ekor keldai, dua dua kaki dia luka berdarah. Siap kene hurug dengan lalat lagi luka dia :(


Avin lah orang yang paling risau bila tengok luka kat kaki keldai tu. Beriya-iya dia soh hantar jumpa doktor kasi ubat. Sebab weols tengok banyak sangat luka and lalat, so weols pilih untuk teruskan perjalanan. Taku juga nanti mana tau kot-kot luka tu ada infections ke apa kan?


ok.. next kita tengok haiwan apa pulak dalam sangkar ni?

Tu dia. Dalam sangkar ni terdapat beberapa ekor rusa

Ok jom anak-anak, kita say Hai rusa.....

Tan rusa ni, tetiba si Akim jadi berani pulak, nak pergi dekat-dekat cage tu..

Tapi rupanya berani sekejap je. Bila dia g dekat ngn cage tu, rusa tu mai kat dia, kelam kabut dia gi belakang balik. muka sudah cuak!



"hmmm.. apa ek nak buat kat rusa ni? Rasa macam nak buat something je kat rusa ni" getus hati notty Avin


"Eh Avin nak buat apa tu?" tanya Akim
"Avin nak bagi dia makan naaa.. dia lapar" balas Avin.

ehhhe.. kebetulan dedak arnab tu ada lagi, so tetiba dia gi kat rusa tu and hulur. Mujur lah dia hulur thru plastik tu, tak hulur pakai telapak tangan ;)


Bersungguh dia hulur. Bila rusa tu dah makin rapat, si Akim pun makin jauh wakakkaka.. aAvin tersenyum riang bila rusa tu makan dedak yang dia bagi. Eh takpe ke ek rusa makan dedak arnab? Weols ni pepandai je kang rusa tu sakit perut plak... sorry rusa...


Lepas tu, terus weols paksa anak-anak untuk pergi cuci tangan pakai sabun. mana taknye, dah pegang arnab, keldai and rusa bagai kan? Sure lah dah kotor tangan tu! Maka berbaris lah mereka kat sinki yang disediakan untuk membasuh tangan.

Then weols pilih untuk berehat seketika, sementara tunggu bebudak ni main kat playground indoor dalam kawasan park ni. Bagus jugak lah management sini buat camtu, at least parents ada masa leh spend together berdua sementara anak pergi main kat playground!






Gegak gempita kawasan tu jadinya bila diorang masuk dalam tu. Suara Adam, Akim and Avin memasing mmang suara kuat! Bergelak ketawa bergolek-golek diroang dalam kawasan bola tu ;)




"Ok, Avindah puas main? Dah letih? Jom pergi panggil Abg Adam and Akim cakap kita nak balik dah."
"Alaa walid taknak la balik. Avin nak main taman playground."
"Ye lah kita bukan nak balik rumah. Kita nak pergi mall nak tengok movie tak?"
"Waahhh nak aaa walid! Abam Dam, Akim! Jom cepat-cepat!"

hahahah.. kalut Avin pi panggil sepupu dia tu ajak balik sebab nak pergi shopping mall nak tgk movie.
terus weols semua memulakan perjalan pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan nak turun tu, semua sibuk melambai-lambai tangan ke arah Colmar yang semakin lama semakin sayup :(

Masuk je Highway, terus memasing terbongkang kat seat belakang. Semua dah tak sedar dunia dah. bonda pun turut sama join dorang hehehe tinggallah Walid ditemani siaran radio meneruskan drive kembali ke KL, ke Mid Valley untuk terjah GSC, dengan harapan dapat beli tiket movie Repunzel lagi sekali memandangkan anak dara weols yang begitu seronok bila tengok movie tu dan juga sebagai pengubat duka dia sebab tak dapat jumpa Princess kat Colmar ;)

Lebih kurang 45minit, terus weols sampai ke Mid Valley. Tapi, cerita Repunzel dah sold out :( yang ada cuma Aku Tak Bodoh. Layan je lah dah alang-alang sampai...

We had a great family outing di Berjaya Hills Resort, Colmar Tropicale dan Rabbit Park di Bukit Tinggi Pahang!

So, sekian.

Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

3 Comments Uols:

mytravellicious said...

mmg plan nak gi cni plak next week

CathJ said...

best la.. suka tengok rabbit2 tu... tapi tak senang ngan bau nya lah...hihihi...

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

wahhh rabbit..wani baru je start bela rabbit..hihi=)

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!