Header

Thursday, December 09, 2010

Hello, Colmar Tropicale

Mood bercuti-cuti di Malaysia tercinta! Kekadang tu terdengar lah jugak kat cuping telinga weols ni, "Alah depa tu dok canang pasal cuti overseas diorang je, ntah dalam Malaysia dah habis ronda ke?" kihkihkih. Manusia kan? Bermacam ragam. Bukannya weols anti dengan cuti dalam negara, banyak juga tempat yang weols redah dan kebanyakan tempat tu adalah diluar jangka weols, kita main redah je. Katalah esok cuti, then pagi esok tu sure tetiba je terus drive n redah memana tempat!

Dan pada weols juga, peluang untuk bercuti di Malaysia ni rasanya lebih cerah, dah kata tempat negara sendiri kan? Manakala bercuti di negara orang pulak rasanya suatu pengalaman yang bukan acapkali kita akan perolehi, dan sebab itulah kita blog pasal pengalaman di sana, share kan pada yang ingin tahu ;)

Nah, kali ni kita bercerita pulak dengan percutian spontan weols di dalam malaysia. Harap lepas ni mulut-mulut Mak jenap and Mak Bedah tu leh shut-up lah kan?

Awal Muharam, seluruh Malaysia cuti. Pagi tu weols sefamily keluar untuk breakfast area Bangi. Habis breakfast, malas nak balik rumah terus hahaha.. bole ke malas nak balik rumah? Terus kepala ligat berfikir nak pergi mana?

Dan akhirnya weols sebulat suara nak try terjah bercuti di Bukit Tinggi, Pahang. Atau lebih tepatnya di Berjaya Hills Resort. Kita pi terjah Colmar Tropicale ;)

Lepas dari kedai breakfast, tak singgah umah dah, terus sehelai sepinggang bergerak menuju ke Pahang. Mujurlah avin dah tak minum susu sangat, so takyah packing bag susu dia ;) On the way tu, viona terus call Kakak dia sebab cadangnya nak bawak sekali sepupu avin, si Adam and Akim. Sure diorang akan lebih seronok, especially Avin lah sebab ada geng kan?

Lepas dah fetch 2 beradik tu kat rumah dorang area Selayang, tanpa melengah masa weols straight menuju ke Hiway Karak.

Lepas toll di Hiway Karak kat Gombak tu, terus berhenti kat stesen petrol BHP. Bukan untuk mengisi minyak, tetapi untuk membeli sedikit bahan makanan kudap-kudapan untuk askar-askar semua tu. Hehehehe budak-budak tengah nak naik, sure nak makan itu ini, tambah pulak time ada geng ni... yang tak lapar jadi lapar, yang tak sedap jadi sedap! Itulah dia keistimewaan berjemaah! So kita singgah BHP tu utk beli mini donut from Dunkin Donut tu ;) dan tidak lupa juga, bekalan air kotak sorang satu.. takmo kang berebut plak dorang dalam kete. Lucky kebetulan hari tu weols bawak Miss V instead of Madam A, so kalau berlaku pertumpahan darah makanan dalam kete tu takde la ralat sangat sbb Miss V pakai leather seat, senang nak cuci ;)



Dari kiri: Avin Nurdamia Alhamra, 3tahun. Akeem Luqman 3tahun dan Adam Luqman 8tahun.

Saksikanlah muka-muka mereka yang sangat teruja untuk ekspedisi percutian Team Masviona.com's Style ni! Memasing pun tau last minit je, semua last minit main call je terus sesiap then terus blah. Dorang cam tau-tau je tema Team Masviona.com is green, tapi weols sorang pun tak pakai green itu hari hahahaha.. sib baik dorang pakai green ;) Adam and akim ni memang rapat dengan weols semua.. sampaikan diorang selalu panggil weols as Walid and Bonda juga. Dan Avin damia pun sangat senang dengan akim dan adam.. serasi.

Camna jalan nak pergi ke Colmar ni? hehehe.. weols yang sehelai sepinggan tak bawak lah pulak GPS tu, makanya main terjah ikut signboard je la. Ingatkan susah nak cari, rupanya mudah saje ;)

Dari hiway Karak tu, drive je sampai jumpa RnR Genting Sempah. Lepas RnR tu dalam 5km, akan jumpa lah dengan simpang exit ke Berjaya Hills Resort! Haa dalam tu je Colmar.. dari exit tu kene drive dalam 10km kot baru sampai kat Colmar. Banyak signboard ;) Weols berhenti sat kat Rnr Genting Sempah sebab nak keluarkan duit hahha tu la siapa soh last minit sampai duit cash pun tak kuarkan lagi, mujur teringat kalau tak, camna nak berbelanja atas tu nanti kekekeke (nasib baik weols kuar duit kat genting sempah.. kat atas tu sana takde mesin atm!)

Dah dekat nak sampai ke area Colmar, ada toll menanti ekekke! Semua visitor akan dikenakan bayaran masuk. RM12 untuk dewasa dan rm8 untuk kanak2 12-4tahun, kira macam 1 day pass.



Ok dah sampai.. dah ada dalam lift pun. Weols pilih untuk parking kat basement. parking adalah free since kita dah bayar entrance fee memula tadi kan. Sepanjang perjalanan, kita leh nampak sayup sayup dari bawah tu bangunan colmar ni. Tiap kali nampak, tiap kali tu lah bebudak bertiga ni excited terlebih!

"Fuiiyooooo kita nak pergi kat istana lah!" kata si Adam.
Si Avin pulak "Bonda, situ rumah Princess rambut panjang macam movie lah!" hahahah.. kebetulan avin masih fresh lagi teringatkan movie Repunzel aritu, so bawak pulak datang kawasan colmar ni, lagi la dia excited melebih-lebih hahaha

Alhamdulillah, cuaca sepanjang weols kat sana, menerjah colmar dan rabbit park, sangat best!
redup mendung macam nak ujan tapi tak ujan.. so keadaan sekitar adalah lebih sejuk.. ngam ngam syiok

Sampai je sana, haruslah kami semua menjadi tercengang-cengang melihat senireka yang diadaptasikan dari perkampungan Colmar di French sana ;)
Bergabar sakan dan menyelinaplah weols ke segenap sudut bangunan kat sana.

Sebelum berambar, Adam siap ketuk-ketuk dulu patung armor ni katanya mana tau kot-kot dalam tu ada orang.. tapi mana pedang dia? kekekekke

Ini Akim yang hensem, walaupun ensem tapi penakut jugak hahaa.. habis ilang macho dia menggeltar takut nak amik gambar ngn armor tu! Menggeletar sampai ke kaki viona kata.. ketar gigar!

Tapi, apakan daya, Princess Avin Damia sedikit moody time ni. Sebab? Dia bangun dari awal pagi, then teman weols breakfast, then terus bergerak ke sin, sepanjang pejalanan memang dia tak tido langsung, aktif main pot pet pot pet mulut dia. So dia moody lah sebab tak cukup tido. Sepatutnya dalam jam 0-11 tu sure dia tido sat. Takpe lah, layan je la pe'el princess tu.
Soh amik gambar dia takmo.. nak lepak dalam stroller dia je.

Orang lain semua muka ceria, si Avin ni tarik muka masam dia.. hahaha

Bebetul dia koya jadi Pricess kot.. dia soh abg Adam dia tolak stroller dia, dia duduk rileks dalam tu.



Dah sampai tempat camni, aktiviti yang menarik sekali dah tentunye lah aktiviti nak melayan kerenah anak-anak ni. Dorang super duper excited! Tengok bende tu, nak pergi dekat n pegang.. tengok bende ni nak pergi dekat and cuba. Weols tersenyum sendiri, puas hati tengok mereka semua menunjukkan minat.

Avin mood on dan off. kejap ok, kejap mai angin pasang surut dia takmo bergambar ;(



Akim memang steady all the way, mungkin sebab dia teramat teruja kot dengan pengalaman baru dia ni. Terjerit-jerit dia ni takleh nak cover eksaitednye.. tgk bende tu, jerit tgk ni, jerit hahahaha Berlari ke sana ke sini fuh penat gak nak kejar dia!



Princess Avin dikelilingi oleh hulubalang diraja ;)
Masih lagi on off mood dia.. so para hulubalang terpaksa bertukar rupa jadi Pelawak Istana lah mau ceriakan mood si princess. Respect sama Adam, sebagai anak sulung, dia sangat humble and pentingkan adik-adik dia. makanan dia pass adik dia, mainan pun sama.. avin tak terkecuali, dia dah anggap avin pun memang macam adik beradik dia ;) avin dapat layanan terbaik dari Abang Adam dia.


Princess Avin, Permaisuri Masviona dan hulubalang Panglima Adam dan Panglima Akim mengawal Permaisuri dan Princess.



Rombongan Masviona.com bergambar kat tengah2 roundabout yang ada fountain.






Bebudak 3 orang ni pulak, saje weols biar dorang leka tengok air pancut tu sebab weols nak spend masa berdua ngeee..
Bebudak ni tatau la apa imaginasi dorang bertiga ni, tapi dorang sangat teruja lepak depan fountain tu sambil dorang dok perhati bangunan Colmar yang macam istana tu..
Sekejap-sekejap si Avin mengilai.. lepas tu kang pulak si Akim pulak tersengih sorang-sorang.. pastu kang pulak si Adam terlompat-lompat kononnya dia tengah berlawan la kot? hhuuhuh apa saje lah anak-anak oii..





Permaisuri Masviona beserta 2 panglima amik kesempatan untuk turun ke kolam di bawah jambatan masuk ke istana ni. Tapi Puteri Avin takmo turun. Dia insist nak lepak dalam stroller diraja dia tu. So Aku pun stay la ngn avin sementara yang lain turun ke bawah pi tegok pemandangan kolam.. ada banyak ikan koi and ada juga bangau.




Sementara diorang bersuka ria bergambar kat kolam, aku n avin just perhati dari atas je. Agaknya lepas tu avin pun jeles kot tengok bonda dia bergelak bergembira kat bawah tu bergambar ngn abg adam n akim, tetiba dia pun nangis-nangis nak turun ikut bonda jugak. Hadoi.. tu lah tadi berloagak diva sangant taknak turun dari stroller.



Menangis bukan menangis ala-ala manja gitu, tapi menangis meraung-raung. "Nak Bonda.. nak Bonda" orang sekeliling dah pandang semacam macam aku ni dera anak sendiri pulak hahahaha


Avin  tengok dia bersuka ria camni, bertambah kuat menangis dia.. uhuhuhuh
tu lah, pengajaran buat avin.. lenkali jangan nak diva sgt.. orang ajak takmo ikut.. haa.. sekarang siapa rugi? kekekee




Dah puas menjelajah kawasan luar Colmar ni, dah tiba masanya untuk kita menjelajah kawasan dalam kota colmar ni plak. Jom.

Adam beroya-iya nak bergambar ngn basikal ni.. katanya ini basikal upin ipin!



Berada kat dalam kawasan colmar ni, seronok pulak rasanya dikelilingi dengan arkitekture perancis. Teringat pulak masa g Paris aritu ;)

Kalaulah kawasan tu tak ramai orang malaysia yang pergi, sure ktia senang-senang je claim yang kita dah pergi perancis dgn gambar-gambar scene kat dalam hahahaha


Masuk kat dalam ni, avin punya mood dah kembali stabil.. bravo Avin! Maybe sebab dia dah menyesal kot berlagak diva sampai kene tinggal tak dapat tengok ikan kat kolam.. hahahah



Mulut tak lekang daripada air kotak milo dia.. ntah minum ke ntah tidak, sebab tak habis-habis pulak airnya sepanjang ada kat sana ! gaya je lebih anak dara weols ni kekekeke nak jadi duta milo kot


Tengah weols meleka melayan kerenah anak dara tu and melihat-lihat kawasan sekitar, tetiba je si Avin tanya "Eh bonda, mana Akim??"

Ahhhh sudah.. cari kiri cari kanan, takde plak nampak kelibat si Akim.
Last-last mujur masviona kita ni terperasan kelibat budak berbaju ijau sedang menangis melalak kat ujung belah sana.. terus soh adam pi kejar n panggil adik dia tu. Fuhh lega..



Kasihan Akim.. tu lah over excited sangat semua nak redah sendiri, sampai hilang arah dah.... dari ujung sana menangis tak henti-henti sampai la akhirnya selamat dalam dakapan viona..

Mak tam hilang....... kata akim.. eleh.. bukan mak tam yang hilang lah.. tapi akim yang sesat sendiri wakakakaka

Antara aktiviti and daya tarikan yang ada sekitar colmar berajaya hills resort.

Okeh.. dah puas bergambar, perut pun dah terasa berkeroncong.. jom kita carik tempat untuk makan. Dalam kawasan ni ada lah jugak 2-3 restoran makanan, bertemakan menu Perancis and international cuisine. Harga? Boleh tahan mencekik darah lah jugak!

"Akim lapar nasik lah".. alamak akim.. nasik takde.. pizza ada.. "Kenyang ke makan piza?" tanya akim... errrrrr

Avin sangat teruja nak tunjuk kat aku hasil aktiviti menabur pasir berwarna kat Dora tu.. dia pi wat ngn tunjuk ajar Bonda and Adam tadi



Tetiba mood sempat dia datang balik.. dia dah rasa mengantuk semula la tuh.. bebudak kan, time takde aktiviti camni teringat la dia balik pasal ngantuk dia tu.. time ada aktiviti yg dia suke, segar bugar.





Avin tercengang tengok persembahan nyanyi 

terhibur lah jugak kitorang ;)
 
Dan akhirnya, makanan dah tiba.. nyum nyum

Pizza.. large size.. sedap weehh.. tak muak macam pizza hut sbb byk sgt cheese.. yang ni just nice n crunchy!

memasing dah tak sabar nak terjah!


kita order juga Spaghetti bolognese.. tapi tak sedap! tak leh challenge spaghetti buatan masviona kita ni!






Dok ralit memerhati dan memantau anak-anak makan, sampai aku pun terlupa nak makan.. hahaha.. makan sikit je. yang lain dok sengih-sengih tengok gelagat dorang berselera makan.. sesekali menjegilkan mata marah-marah sayang kat diroang kalau dah wat something yang tak betul.


Lepas makan, terus weols serbu ini clown.. ehehe..
dapat belon ;)


Kelakar lah adik ni.. visitor kat situ jugak, takut2 berani takut belon meletup...


Memasing dah dapat belon memasing, bergambar dengan clown pulak.. tapi walid ngn bonda tak dapat pun belon hahahaha

Bonda lepas geram pinjam belon akim nak main sat...


Masih lagi edisi lepas geram oleh boda.. pinjam belon adam sat.. sian bonda, clown tu taknak bagi belon kat bonda ek?


Dan anak dara weols dah ralit main belon dia.. dia dapat shape macam dog tu.. tapi dia panggil mickey mouse ;)

Duduk dalam stroller pun takmo kasi lepas genggaman from belon kesayangan




Fuh..
Lepas tu, dah puas dah melepak kat Colmar Tropicale ni.. basically, takde apa sangat sini kecuali menikmati pemandangan dan senibina ala Perancis dia je la. Kalau mai bercouple, insyaallah, boleh bangkitkan suasana romantik.. kalau mai ngn family, insyaallah leh bangkitkan suasana keterujaan anak-anak.. konon-konon ada kat zaman istana lah ;)

Tapi avin sedikit keciwa..
"Walid, mana Princess rambut panjang tu?"..
"Alamak avin.. princess tu sleep la kat tower yang ada jam tu.. dia letih"
"oo.. kalau camtu next time ktia datang lagi suruh princess bangun ek walid"

:)

"Ok lah avin.. now kita pergi ke tempat lain nak tak?"
"No. Avin nak tunggu princess"
"ala.. avin. kita pegi tgk rabbit dulu.. mana tau nanti princess datang sana nak tengok rabbit jugak?"
"mmm.. ok.. "

itu kita sambung lain kali ek.. Rabbit Park



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

6 Comments Uols:

rina said...

rumah u kat mane?berape jam dari rumah nak gi bukit tggi?saye x pernah pergi, tapi bile tgk syok gak, boleh bwk anak pergi jalan2 sini nanti..

prebetsabu said...

rina, weols stay area Kajang/Bandar Baru Bangi. Kalau jalan tak jem, dari bangi tu direct shoot ke Bukut Tinggi tak jauh, kurang dari sejam ;)
Dari toll Gombak hiway karak tu straigt sapai exit bukit tinggi dalam setengah jam +-

Colmar Tropicale ni mmg sesuai bawak family.. bawak anak-anak.. bg new sight n experience kat dorang ;) tapi idak la mcm genting or sunway lagoon tu.. sini just enjoy scenery lah.. and leh g rabbit park feed arnab! best..

tapi entry pasal rabbit park tu bakal muncul kemudian ye.. part 2.

rina said...

waaa..ok2..thanx for the info :)

Suziey Ahmad said...

mcm baru je jejak kaki ke sini..n3 pn baru je tamat publish all..hiks:p uols xstay ke? blik hari ke?..

-fara- said...

saya ada plan nak kesana...nak tanya pasal makanan sana....pizza tu nampak menarik untuk dicuba...berapa u'oll makan kat sana???

Sidratul Muntaha said...

kali ni stay sana this 25th..
huuhuhuh
last time lepak kat selesa hillhomes jer
pastu baru naik atas colmar ni
huhuuhuh...
terujanya..
xsabarnya..

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!