Header

Wednesday, December 15, 2010

Kicap Kipas Udang Tiruan

kicap kipas udang merah aka manis.....kesukaan team mv.com

Malam kemarin masa dok sembang2 satu family kat umah my sis time weols nak amik my mum n dad balik umah weols sempat lah dengar kat buletin utama, tv3 pasal kes kicap kipas udang tiruan yg dah dirampas kat sebuah syarikat pemborong di Jalan Tuanku Antah kat negeri Sembilan dgr kabarnya.

Macam2 kan sekarang nih tak sangka plak yang kicap pun ada tiruan sekrang nih. Ahkak dok ingatkan barang2 branded je yg selalu org nak buat yang faked punya nih kan like hbag ke mcm LV ke COACH ke  JIMMY CHOO ke FENDI or MIU MIU n mcm2 lagi  uols kan.

Yelah kan nowdays ahkak tgk bukan main belambak2 lagi yang tiruan nih dr yg gred paling koman sampai lah gred A++ kan sampaikan kita pun dah susah nak bezakan mana satu yg asli bang! n mana satu yang tiruan bang itu baru berckp bab hanbag belom ckp pasal kain baju or perfume lagi tuh....tapi apa2 pun mmg tak pernah terlintas langsung lak kat pemikiran ahkak nih yg satu hari kicap pun org nak buat yang tiruan punya kan....hahaha...........Orang2 kita nih mmg mengamalkan sikap Malaysia Boleh betul lah kan....ahaksss

Ahkak bukan apa uols if bab2 lain ahkak tak kisah sgt lah if nak buat tiruan ke palsu ke klu stakat hbag or baju ke selipar ke kan if kita dah tau tiruan xyah lah beli tapi if nak beli jugak pun xkisah lah dah tuh apa nak kisah dah duit kita kan suka hati kita lah nak beli yg original rege sampai beribu riban ke or nak beli yang imitation punya kan. Orang lain xde hak nak mempersoalkan apa2 cuma yang tinggal lagi sama2 ada kita nih bijak mengurus keewangan kita dan mengawal nafsu n jgn plak if ko dah beli yang original ko nak berlagak ngan orang yang pkai tiruan punya sampai ko nak mempersendakan orang tuh dah dikira bab dosa dah tuh kan.....bab yg itu ahkak xmoh kupas pandai2 lah uols pikir sendrik masing2 bijak pandai kan....hehehe

Tapi sekarang nih bab makanan yang bakal menjadi darah daging kita.....so yang ini mmg ahkak titik beratkan bukan apa uols katakanlah dalam kicap tiruan tuh ada bahan kimia yang merbahaya n beracun ke tak ke bahaya tuh kan ataupun ada benda2 yang tak halal ke kan tak ke haru kita kan.

Ingat lagi tak beberapa tahun lepas, kecoh pasal isu melamin dalam susu tepung kanak2 dari China tu kan.....Fuhhhhh! seriau giler darah ahkak masa tuh even time tuh Avin damia xde lagi but ahkak risau gak ler dah ramai lagi sanak saudara n kanak2 lainnya yang dok minum susu tepung tuh kot....adoyaiiii! Kes nih sampai ada kanak2 yang meninggal gak kan......huhuhuhu.
Ini plak kes kicap nih, pun lebih kurang sama je kot efek dia ahkak rasa. Sebabnya kicap nih lah yang menjadi kegemaran weols sekeluarga dan rasanya ramia lagi penggemar kicap kipas udang nih kat mesia kan. Kalau kat umah weols tuh Prebetsabu dah ler hantu kicap pastu menurun lak kat Avin Damia sket2....nasib baik ler ahkak nih takde lah suka sgt2 tapi sesekali mmg layan makan nasi ngan kicap nih.

Setakat nih xde berita terbaru lagi lah pasal kicap nih but sampel drp kicap tiruan nih dah dihantar ke makmal lah untuk dibuat kajian tapi keputusan belom ada lagi lah. Harap2 nye xde lah bahan2 kimia merbahaya nih kan....Insyaallah jom kita doa sesama jom!

Ini ada sedikit info yang nak di share kat sini yg ahkak copy paste berita drp BERNAMA nih untuk kita nak bezakan anatara yg asli or yang tiruan 

Terdapat perbezaan yang agak ketara di antara kicap tiruan itu dengan yang asli iaitu tulisan tamat tempoh penggunaan kicap tiruan itu tidak dicetak dengan laser sebaliknya menggunakan pencetak komputer biasa, katanya.

Rasanya nak stop dulu lah makan kicap nih buat masa sekarang nih kang dah ok nanti barulah start beli balik. Selamat sket rasanya kan....hehehe.



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

3 Comments Uols:

fitrihayon said...

Salam Ahkak,
Tak nak try kicap terbaru ke?
Kicap ENAQ.... Kicap keluaran bumiputra yang terjamin halal. try tgk kat website nie. InsyaALLAH kamu semua pasti akan menyukainya.... Pengusaha Kicap ENAQ ini menitikberatkan nilai-nilai Halalan Toyiban i...aitu suci lagi bersih.... Kini boleh didapati di pasaraya-pasaraya berdekatan dengan anda.
http://www.enaq.com.my

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

leez lak jenis yg sker tukar2 kicap. kejap2 suria, tamin, kipas udang, jalen.. skang tgh try adabi. he3..

lily lotus said...

family ly pun hantu kicap ni :D...aduhaiii jgnlah sampai memudaratkan kesihatan kalau terbeli yg tiruan ni

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!