Header

Monday, December 13, 2010

Siapa Gerangan Mahmoud Ahmadinejad Sebenarnya?

Lately kan aku pun heran, selalu tuh if baca paper (walaupun dah lama tak beli n tak baca paper yang real punya) walaupun online aku akan tengok sekali imbas je part² berita semasa n hal² pasal dunia nih. Aku lebih suke nak baca part² yang ringan dulu.....huhuhu biasalah tu kan pempuan kalau tak tengok sales tengok kat hiburan (huhuhu....terasa cam ceteknye IQ sendrik....uhuksss).

Pastu baru akan selak sekali lagi then baca mana² part tang current issue dalam or luar negara yang mana menarik perhatian yang mana agak² tajuk pun dah hambar minta maaf awal² selalunya terlepas ler nak baca...huhuhu

Bab now lain aku suke baca tentang hal² kemanusian,  suka nak amik tau pasal politik dalam dan luar negara. Suka nak tau pasal perkembangan palestin, pasal afganistan, pasal tokoh n pejuang² negara itu tokoh negara nih. Barrack Obama lah, Thaksin Shinawatra lah, imelda Marcos lah pasal Aung Sang Suu Kyi lah etc etc

Tapi yang terbaru aku suka nak amik tau pasal siapa itu Mahmoud Ahmadinejad? 


Memula aku tau pasal dia sebab keberanian dia untuk menghancurkan kuasa Yahudi. lantas aku tergetus sendiri siapa dia nih hebat kah dia sampai berani nak tentang Yahudi yang mmg dah semua org kat tau but xleh nak buat apa² so far kan. rakyat Palestine sampai ke hari nih masih tertindas dan menjadi pelarian biarpun ditanah tumpah mereka sendrik. Lalu siapakah si Mahmoud Ahmadinejad nih kan???

Memula aku terbaca pasal Ahmadinejad nih, hati aku dah terdetik "hebat dia nih rasanya"?? (yelah kalau tak hebat tak kan lah sampaikan satu dunia nak cakap pasal dia skrang nih. ) Lepas tuh satu malam aku stay up kat umah dok mentelaah siapakah gerangan tokoh yang hebat nih instead of selalunya if aku stay back mlm² tuh xde lain hanyalah untuk update masviona.com tapi malam tuh aku tinggalkan jauh pasal blog nih yg dr awal aku dah plan mmg banyak cerita yang aku nak share kan kat blog tapi tarikan  dan aura Ahmadinejad nih lagi tinggi malam tuh.

Lepas dah tau yang dia nih Presiden Iran, aku biasa² aje but lepas dah tau banyak perubahan yang dia dah buat lepas dia pegang jawatan tuh itu yang membuatkan aku teruja. Sanggup sedekahkan carpet² kat istana Iran yang amatlah mahal nilai dia tuh dan bagi kat masjid² di Taheran.

bangga makan masakan isteri, bukan semua lelaki yang suka bawa bekal ke pejabat malah ada yang sanggup tak makan makanan yang dibekalkan oleh isteri...maybe malu dengan rakan sekerja....huhuhu....:(

Lepas tuh, dia juga meminta supaya menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden malah dia lagi gembira dan bangga membawa tas (yang biasa dibawa oleh sang presiden ) yang berisi bekal yang dimasak oleh isterinya untuk dimakan setiap hari. Sifat² n keperibadian zuhud beliau ini dengar khabarnya turut diamalkan oleh anak² beliau.

Malah yang aku lebih² lagi kagum bila dapat tau yang dia sebenarnya, dgr² khabarnya adalah drp suku kaum Yahudi jugak tapi lepas memeluk Islam dia menentang Yahudi.

Kalau nak share kat sini semua pasal Ahmaddinejad nih rasanya sehari pun belom habis. Apa kata anda baca sendiri di wikipedia untuk maklumat lengkap beliau  dan juga di facebook untuk sama² menyokong usaha beliau.



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!