Header

Sunday, February 27, 2011

Roaming Around Mid Valley

Td lps brunch kt Bangi Kopitiam ingt nk terus balik rumah tapi anak dara plak request nk gi mall.

Masing2 xtau nak g mana last2 sampai mid valley ni jelah. Dah sampai sini anak dara request nk tengok movie plak dah, as a parents yg sporting katanya kan layan jelah tp xde plak movie yg leh bawak masuk kids n ngam ngan timing weols...adusss

Jadinya weols berlegar2 je kt sini masuk kedai tu masuk kedai ni...hahaha

Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, February 26, 2011

Gediksss Sekeluarga Menggayakan Sunglass

Kami mmg gedikssss tp gedikss sekeluarga jer bukan gediksss ngan org lain pun...hehe

Selalunya bonda ngan avin je yg dpt menggayakan sunglass kan tp sekarang tidak lagi coz walid avin pun dah jupe spek itam polarized dia so yg gediks terlebih sekarang adalah walid dia lah siap soh posing mcm2 style...hahaha lawak2...siannya org yg rabunnnn ni...ahakssss. Lol lawak giler kottt

Pastu yg tambah jadi gedikss lagi coz bonda pun baru first time nk test sunglass baru heheh. Actually xdelah baru sgt dah sbln lebih beli speck Elle ni tp baru berkesempatan nk menggayakannya coz asal nak pakai lupa bawak.Dok terperap simpan dlm rumah.

Ada banyak lagi koleksi piccas tp cukupalah tepek kt sini satu ni je kan...hahaha

Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, February 25, 2011

iPhone, Android & Blackberry users.. jom WAZE !!!

Pekebende plak nye Waze tu?

ok untuk semua pengguna smartphones, jom jadikan phone kita lebih smart ;)
Pernah deganr kan pasal aplikasi Foursquare?
Tu untuk checkin n bagitau tmpat-tempat yang dah kita pergi, dan juga untuk mengetahui tempat2 menarik di sekitar kita..

Kali ni, perkenalkan pulak WAZE.. haa.. yang ini lagi bst kot.. sebab yang ini GPS navigation appication..
Dia lebih kurang foursquare jugak, tapi yang ni lebih menjurus  kepada traffic n navigation.. so lagi ramai yang guna, lagi byk updates tentang sesuatu perjalanan tu kita boleh tau.. traffic jem, road closing, accidents etc etc..
haaaa best ooo..

Dan yang wat dia lebih best, ianya jugak mampu beri kita navigation turn by turn.. just bgtau mana nak pegi, then dia akan calculate n warn kita tentang route tu if ada users report jem ke, eksiden ke etc etc...

So apa tunggu lagi, sepertimana kita meramaikan 4sq, jom ramaikan users Waze pulak!! Insyaallah sesama kita benefits from the apps info ;)

gi sini untuk pengguna iPhone, Blackberry and Androids - www.waze.com

still tak paham? nah tengok video ni:




ok jom share keadaan lalulintas, routing and macam2 lagi di Waze!
Got  smartphone? Be a smart user as well ngeeeeee

Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Thursday, February 24, 2011

Public Private Partnership Workshop n Exhibition

Ok seharian hr ni saya kat event ni lah kat PICC, Putrajaya.

So seharian rini penat bercakap n menceritakan kat org ramai pasal company n our product n services...fuhhh penat tp seronok!

Saya suka coz boleh belajar banyak benda...:)

Now dah event dah habis n weols pun dah hbs kemas2 gak tgh tnggu nak angkut barang bwk balik je ni...:)

Sent via BlackBerry from Maxis

VIDEO - Hari ini Avin ada field trip!

Pagi-pagi tadi, sempat weols snap video Avin yang excited nak gi rombongan yang di organise oleh sekolah Q-Dees dia ;)

Dari seminggu lepas lagi weols dah kasi bakar semangat dia.. "field trip naik bas.. best! Gi ngan friends and teachers.. lawat muzium..lepas tu makan KFC " hahahha.. tu yang dia pun jadi semangat tu!

Nah video interview ngan dia sebelum keluar rumah awal pagi tadi.



Dan seperti biasa, otw ke school dia avin akan tido dulu dalam kereta.. dah sampai kat schol, terus gerak dia cakap "Avin Avin wake up.. tu tengok tu bas besaaarrr nak bawak avin n friends dah tunggu.. wahh green color tuuuuuu"

Terus dia bangkit and tengok kat bas tu tak berkelip-kelip hahahha


Macam tau-tau je school dia ni yang weols ni minat hijau ekekkekek
bukan bas je ijau, tapi dia punya topi utk kids semua yang join ni pun ijau.. wahhhh

hehehe.

Sebelum weols teruskan perjalanan ke opis, berbakul-bakul bahkan brlori-lori lah pesanan kat anak dara weols tu wakkakaka..

"jangan rebut-rebut.. jgn tolak-tolak.. dengar cakap teacher... kene que... makan jangan sepah-sepah... nanti kat muzium tu dengar apa teacher ajar.. kalau haus minum air ni... blablabla.."

hahahahaha.. weh makpak yang teruja jugak ni.. ikut hati mau je menyelinap masuk dalam itu bas dan folo diorang kikikiki...

*tak sabar nak tunggu petang ni nak dengar cerita from avin pengalaman dia gi travel ekekke


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Wednesday, February 23, 2011

TERTINGGI - Dividen EPF 2010

Baru-baru ni KWSP sudah pun mengumumkan kadar dividen yang diagihkan kepada semua pencarum.

Yang paling best, ianya merupakan kadar tertinggi yang pernah diberikan! Wahhh sejarah tu!

Berapa? Setelah diperkenan oleh menteri kewangan, maka kadar dividen kwsp bagi tahun 2010 ialah 5.8%

Alhamdulillah!

Sudahkah company anda mencarum potongan gaji anda?

Simpanan untuk hari tua (akaun 1 je la.. Akaun 2 leh wat kuar utk pelbagai urusan lain yg dibenarkan..ngeee)

Sejak -snin aritu 21 feb, kita dah boleh tengok dah berapa jumlah dividen yg kita dpt dlm akaun kita.. Waauuuu alhamdulillah.

Takyah g kaunter lah! Gi je register di iAkaun epf. Cmna nak register? Korang search lah entry lama aku dah citer panjang lebar ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 22, 2011

Dum Dum Ceng.. Avin Lion Dancing?

malas nak ceriTa panjang!

Korang tengok je lah video ni.. tak boleh blah hahahaha

sejak raya cina aritu, avin teruja ngn lion dance.. siap mimik camna orang dalam kepala lion tu buat.. hahaha

"alid tu bukan lion la.. itu orang dalam tu"

eleh avin.. like i dont know? hahahaha bijak!




hahahahha.. DUM DUM CEEEEEEEEEEEENGGGGGGGGGGGGG

Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Dokumentari KL-Hatyai - Part 2: Plaza Bazar, Songkla, Floating market

Hahahahha mari kita sambung kisah pasal Convoy Ride to Hatyai for Malaysian Trans Peninsular 3 with Choppersgarage ;)

Nah kita mulakan dengan video ini lah!





ngeeeee~ itu Brader Pojie memang sempoi lah!

Ok. Hari kedua weols di Hatyai... pagi, sarapan lah duluk around jam 8am waktu tempatan.


Sarapan apa ek nama restoan dia tu.. salma ke apa. Cadangan awal depa semua nak pekena sarapan kat Restoran Hamid nasi lemak rendang power.. tapi restoran tu tak buka plak.. ntahla weols pun tatau sebab weols sebenarnya pagi tu turun lambab wakakakkaka

Turun bawah je tengok dorang semua dah gerak ke restoran meninggalkan weols hahaha padan muka kitorang..

Text encik Tekmen tanya mana arah, terus jumpa ;) dekat je pun kawasan restoran muslim kat sini.. and jugak ada banyak pilihan.


Tapikan, sesiapa yang duduk Regency Hotel past tidak akan terlepas pandang untuk lalu bersebelahan dengan tempat orang jual babi bakar ni.. lebih tepat lagi, anak babi bakar!
Memang jalan masuk ke hotel ni koang kene lalu kat tempat orang jual ni.. :(

Tapi pagi tu kita dah kekurangan 2 ahli.. Mr Bogon  n Miera.. terpaksa shoot balik ke Taiping sebab anak kurang sihat :(

Lepas perut semua sudah diisi, tetiba viona terus meringankan mulut berbual-bual ngn pemandu tut tut yang dok tunggu customer  kat luar restoran tu..

Sembang punya sembang, last-last dia bg offer 1000baht carter tut tut dia bawak round-round hatyai n songkla. 1 tut tut leh muat dalam 8 orang. Mengenangkan minyak sini yang sangat mahal, so better we opt in untuk naik tut tut je.. senang pun senang leh dok rilek kat tut tut dia bawak kita jalan ;)

So semua ahli dah setuju.. kita akan charter 2 biji tut tut.. dah bahagi2 semua, daam rm15 je untuk sekepala.. wahh ok sgt la tuh ;)

So janji telah dimeterai bersama pemandu tut tut tu, jam 12pm kita semua akan guna khidmat dia... tapi kenapa jam 12? hahahaha sebab kaum lelaki ada misi yang belum selesai... ekkekekeke
Misi apa?  jap jap... kita intai apa yang kaum hawa dok buat sementara kaum adam pergi menyelesaikan misi...




hahahah amboi kaum-kaum hawa kita semua nih.. sementelah kaum adam takde, sakan noooo korang bershopping..

dengarnya siap ber manicure pedicure massage bagai? waahhhh :D




Sebab aku takde untuk tolong amik gambar, makanya sesi camho di lead oleh Puan Masviona kita lah..
Berjimba sakan depa..


So apa sebenarnya misi kaum adam ni?





hehehhe pagi pagi tu lagi kami kasik gegar bandar ni dulu hahaha
ada 2 misi:-

1- nak kene confirm booking hotel lain sebab ini Regency sudah kasi salah booking.. kita minta 2 malam dia bagi 2 hari je.. ish ish ish...

2- Mau singgah bengkel moto kasi tune apa yang patut


Sementara nunggu encik antulapar pi confirm booking kat hotel lain, kitorang yang lelain ni tunggu je lah kat luar hotel tu..

Baru tau, parking style kat hatyai ni pelik sikit (or maybe kat seluruh thailand?)
Rupanya dia ada syarat.. hari ganjil kene paking kat sebelah kanan jalan, hari genap paking kat sebelah kiri jalan... oooohh camtu plak.

misi pertama selesai.. mujur dekat-dekat situ still ada motel yang kosong.. lelain hotel sudah penuh lorr.. ini super duper peak season lah plak... tak kesah lah janji ada tempat memadu asmara tido


dan misi kedua....

singgah ke bengkel untuk kasi perbetul apape yang kurang betul ngehehehe
Mana yang perlu ketat rantai, kasik ketat, mana perlu tukar engine oil kasik tukar, mana perlu beli aksesori, kasi beli hahahhaha

Dan juga sebelah bengkel tu ada kedai buat no plate, so kita wat la setiap sorang bende ni..

hehhehe stiker plate tulisan siam untuk kenang kenangan ;)

Punya lah ralit weols semua geng jantan ni sampai viona ada 2-3 kali sms tanya lama lagi ke? janji kol 12pm ngn driver tut tut tu...

dan terus la weols bergegas pulang ke hotel untuk urusan checkout Regency and checkin hotel baru tu..

Sampai je kat hotel, ceehhhhhhhhhhhhhhhhh
Satu kelibat kaum hawa sorang pun takdak kat hotel tu..
rupanya dorang tak habis lagi brjimba-jimba..

ooooooooooo viona dok sms tu rupanya saje nak riki line la ek nak tau lama lagi ke tidak.. rupanya diorang nak spent their time to the limit eehhhh  hahahaha



Tanpa berlengah, semua kasi keluar segala beg, urusan checkout dan terus checkin ke hotel 1 lagi ;)
settle...

ok  sekarang masa untuk berjalan-jalan mencari pasal........ heheheehhe
jom jalan-jaan naik tut tut..



ok, ini merupakan pengalaman pertama weols naik tut tut :)
memang lah sangat teruja...

overall, tut tut ni jauh lebih selesa lah compare ngn Angkutan kat indon.. saya sukeeeeeeeee

So ramai-ramai naik 2 biji tut tut ni depa nak bawak kita ke mana???



yeahhh lokasi pertama, Plaza Bazar...
tempat untuk kita membelanjakan wang.. warrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhahahhahaahhahah

merupakan sebuah bangunan kompleks rasanya 3 tingkat kot? besar n luas jugak.. kat sini macam-macam ada jual.. dari pakaian, kasut, dan jugak makanan. orang kata makanan kat sini best2 jugak.. tapi kene pandai pilih gerai sebab sini style stall je.. so kebersihan diragui.


memang banyak lah pilihan baju-baju kat sini..
baju budak, baju baby, baju mak budak, baju bapak baby semua ada ;)
harga pun ok murah-murah ditawar.

ini viona tetiba dah terasuk character ahli gusti mana ntah.. punya lah bengis muka dia hahahaha
tenung apa tu cik viona? tajam sungguh oooooo


Wacoal.. antara brand pakaian dalam yang mahal kat malaysia, tapi kat siam ni ehh.. murah amat!
made in thailand la of course.. eh wacoal malaysia made in mana ek? takpe takpe kroang takyah jawap...
 nanti leh skodeng yang viona punya hahaha yess.. ada alasan !




Vioan sebelum kitorag berangkat ke Siam ni kan, dia sebok je dok kata "Alah nanti kita bukannya boleh shopping pun.. naik moto nanti nak letak mana..."

aku pun dok ulang la jawap "takpe takpe jangan isau.. takat baju2 souvenir lebih kurang cenggitu, boleh ae sangkut2 nanti kat handle ni ke, kat sissy bar tu ke.. haa.. tu yang bagus handle tinggi n sissy bar pun tinggi.. paling tidak pun kan kita ada saddle  bag.. nnti bubuh je dalam tu ;)"
 

ehehehhe. tapi tengok lah dia punya shopping.. "eh ini bukan kira shopping.. ini kira membeli yang perlu je " muahahhahaha

Kitorang tak lama pun kat Plaza bazar ni.. dalam sejam+ je lebey kurang.. then terus team up with the rest, and off we go........




Ya, kita menuju ke songkla :D

Perjalanan dari hatyai kalau tak silap leih kurang 50-60km, dalam kurang sejam perjalanan ;) 
sepanjang perjalanan, dalam tut tut tak habis-habis bersembang.. macam macam topik.. rasanya dalam byk2 tut tut, tut tut ktiorang je lah yang paling bising.. tut tut lain semua pax duduk senyap je hahahaha

Sesampai di songhkla, memula itu drebar nak ajak masuk ke pusat akuarium....
caj masuk dalam 300bhat seorang (rm30).. pulak tu just tinggal 15minit je sebelum akuarium tu tutup...
aiyoo.. apa kes nak masuk kan?
terus kensel je lah.. then terus gi jumpa mermaid 

Jom jom gi bermesra ngan Golden mermaid di Songkhla Beach




Dan inilah ikan duyungnya... mermaid yang lagenda..
heeppp bukan yang kiri tu!! tu tu.. yang kanan yg tengah sikat rambut tu.............


Aaauwwww ini mermaid sangat seksiiiiiiiiiii
itu wanita sebelahnya pula sagat ayuuuuuuuuuuuuuuu


Saya innocent.. saya hanya berpaut pada tangan mermaid itu.. tak terniat pun nak amik kesempatan kat mermaid tu.. tapi tangan saya ada tergesel kat dada mermaid itu.. betul.. saya ter saja.. tak sengaja.. muahahhaha


inilah satu satunya peluang yang aku ada untuk bermesra ngn "pompuan" separuh bogel sambil disokong oleh isteri saya pulak tu.. waahahhhh hahahahhaha

siap offer "B takmo amik gaba ke.. gi lah V tolong snap"



So apa kisahnya si duyung ni?
Kisahnya, diceritakan, dulu, ada seekor duyungn i selalu lepak kat pantai ni sambil sikat-sikat rambut dia tu..
tapi tetiba dia terkejut oleh seorang nelayan ni.. terus duyung ni lari menghilang...
dan nelayan ni pulak sampai ke sudah dok asyik menunggu mermaid ni naik semula n muncul..

gitu la alkisahnya si Golden Mermaid.


Sesi group photo!!!
Masa ni orang lain dah ramai beratur tunggu que..
weols pulak punya lah lama atas ni siap macam2 posing lagi.. plak tu byk plak kamera  yang nak snap.. hahaha.. sorry ye buat yang menunggu lama.

Seperti biasa, disebabkan kawasan pantai ni glamer sbg pusat pelancongan,  maka sepanjang tepi pantai ni ramai lah yang menjual..
kebanyakannya jual makanan... makanan ringan..


sangat tertarik dengan kelapa laut ni...
macam sedap jeeeeeeee......



dan memang sedap pun! kenyal molek...
best best!!

kaki ayam..
dia wat kerabu kot?
ntah aku tak sure plak..

ehehhe makcik ni gandar jual barang..
tapi aku n viona sangat blur apa bende yang dia jual tu..
telur tu nampak macam telur tembelang....
ish takkan ada orang makan telur tembelang? busuk kotttttt..
nak tanya makcik tu, dah macam ayam itik dah dia tak pandai cakap omputih, tak pandai melayu.. pandai siam jeeee..

last last baru kitorang tau.. ooooooooooooo itu telur bakar lah! adoiiiiiii





Next stop, kita ke kereta kabel...
antara akuarium, pantai mermaid n kereta kabel ni takde lah jauh sgt lokasi dia.. dekat-dekat situ jugak.
Kat kawasan ni sangatttt banyak monyet..
sangaaaaaaaaaattttttttt banyak...

Gemuk-gemuk plak tu..
tapi nasib baik monyet sini tak agresif macam monyet kat Bali.. kat bali ritu siap main rampas-rampas kamera, spek.. apape bende yang berkilau! sini punya monyet baik2 ahhahaha

Hajat kitorang nak makan aiskrim dalam kelapa tak kesampaian pulak.. that day takde sorang pun yang jual aiskrim tu.. hadoiiii


Abang drebar tut tut kitoang ni beriya2 soh amik gambar dia... siap julur kepala lagi..
dah orang bersungguh gitu takkankita takmo layan pulak kan? hahahaha

wehhh tut tut dia ada cop halal lah haahhaha

ini bukan geng ktiorang.. kitorang pun tak kenal..
ini biker Siam.. dari jauh dia sudah senyum-senyum.. :D


Petang sudah... timing yang ngam lah untuk ke pasar terapung.. Floating Market...
Floating market ni plak dia bukak on Jumaat, sabtu & Ahad je.. petang sampai malam..
eh gitu pulak ek.. ingatkan bukak tiap hari..........

udah sampe ke floating market.. itu gong sangat besar.. saya cuba ketuk kuat-kuat, tapi bunyi slow je manakala tangan saya sakit banyak... aarrghghghghhghhhhhhhhhhhhh

so mana pasar terapungnya? ni macam pasar biasa jeeeeeeeeeee..
ahhaha.. sabar sabar.. kita nak menghala ke sungai la ni..
floating market dia kat sungai depan tuuuuu..

sesambil tu kita usya-usya la apa dia jual...

apa itu? tak nampak?

jap jap aku cari gambar yang zoom baeekk punya........


ooo.. bukan jual apape pun.. just jual CENGKERIK, LIPAS, KEPOMPONG, ngan ULAT jerrrrrrrrrrrrr
yaaaaaaaakkkkkkkkkkkkk


nah jemput makan semua.. ulat ulat rangup.....

tapi rasanya takde la hardcore mana kalau compare ngn apa yg ktiorang tengok kat China aritu.. ehhehe..
kat siam ni dia dah goreng molek garing semua tu.. yang kita tgk kat beijing tu.. haaa.. siap berlendir-lendir lagi..


sangat tertarik ngan jualan air diorang ni.. siap dia bagi bekas camni lagi...
murah sajorkkk.. 20baht (rm2) untuk bekas ni berisi penuh dengn air.. lepas dahaga n bekas tu leh wat koleksi..

tapi bekas tu dah pecah aritu baru perasan masa kat umah.. kitorang letak kat luar balkoni atas meja.. alih2 tengok dah berderai dah.. ntah siapa punya angkara... dah pecah camtu siapa nak ngaku ye dak..

takpe takpe.. ada alasan tambahan untuk repeat travel lagi ni hahaha.. nak beli bekas air camni....



dan.... taraaaaaaaaa....
belakang viona tu lah dia floating arket...

tempat penjaja menjual dari sampan dia atas air..
koran tengok2 apa yang dia jual, kalau berkenan, bgtau nak berapa, then dia siap2 lepas tu dia hulur kat ko pakai kayu.. ko pun amik then letak lah duit kat bekas kayu yang dia hulur tu.. ;)






semua produk adalah produk makanan...

huh tapi boleh jadi rambang mata oooo

tengok sampan tu, waahhh sedap nih.. tengok sampan ni.. waahh ni pun sedap...
setiap hidangan majoritynya rm2 je.. murah oooooooooooooo

burrpp kenyang!

rasanya kalau seminggu duduk kat hatyai ni, mau gemok oooooooooo
dinner lobster n pulut, plak tu kudapan2 macam2 perghhhhhhhhhhhh aiyoooooooooooo

anda ada penyakit gaut? atau anda allergic seafood?
then jangan datang ke sini sebab sure anda akan sakit hati hahahahahahaha

TAMAT episod 2... tamat lah takkan nak cerita lepas floating market ni ktiorang balik ke hotel, then rehat2 mandi2 then terus keluar semula malam tu jalan2 kat area lee garden.. then tetiba terserempak ngan AbeNasir, biras weols belah viona.. waahhhhh tak sangka leh serempak kat hatyai plak.. tapi malangnya gambar bersama beliau dah corrupt.. uh uh memory henpon aku corrupt weehh.. banyak gambar dalam henpon aku tak dpt publish ni sob sob sob.. eh eh.. tercerita pulak.. ok lah . Done.


episod 3 coming soooooooooooooooooooooooooon.

*kan aku kata henpon memory aku korup.. so gegambar kat sini kalau bukan dari digicam viona, ianya adalah hakmilik geng cg.. antulapar and zaiton budd.. thanks ye aku curik gambau tau muahhaha

Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!