Header

Wednesday, February 09, 2011

Dokumentari KL-Hatyai - Part 1: Promm Pom Pom


Bismillah...
Sawadikaappppp

ok semalam weols dah hidangkan uols dengan video n gamba teaser mengenai travel weols yang latest.
Kali ni weols travel ke negara seberang... takde seberang laut pun ;)

Mana lagi kalau bukan Thailand!

Dan kali ni method of traveling pun berbeza. Weols pergi sana dengan motosikal ;) 

Kisahnya, kitorang sepatutnya bertolak seawal 3am pada 3 february yang lepas... makanya, pada 2 feb tu weols pun pegi la PJ untuk tumpangkan Avin kat umah Wan dia then nanti 4 feb Maklang Avin mai dari Perak untuk ambil Avin n take care of her sementara weols keluar ride.

Tapi si Avin ni memang dapat hidu lah apa yang weols plan.. sampai ke jam 140am 3 feb, si Avin ni takmo lelapkan mata kat umah wan dia tu.. adoiilah..

Atlast, lelap juga lah dia dekat-dekat 2am tu, dan off we go riding towards our 1st rv point, R&R Rawang arah utara ;)

Bawak motor pelan pelan je menuju ke Rawang.. nak kasi viona kita tu warm up badan dia untuk this looongg ride to utara ;)

Odometer semasa sampai Rawang, 9445km.. ride ni keseluruhannya pergi n balik dijangka 1300km fuuhhhh ironbutt!
 Sampai di rvpoint rawang, weols antara yang terawal.. yang dah ada situ baru ada 2 moto yang dah sampai sebelum weols...

Tak lama lepas tu dalam 10minit, mai sudah geng-geng kita yang lain.. dari jauh lagi dah dengar bingit letupan dentuman ekzos chopper memasing..
So memana ahli yang dah sampai dulu ni, kita pi minum early breakfast ;)




Agaknya dalam hati viona "Ish betul ke aku nak ikut ride ni.. jauh ni.. penat plak tu siang tadi tak dapat rest"

Aha.. memang aku n viona sebenarnya dalam keadaan letih nak ride tengh malam/pagi buta tu..
Mana tidak, siang tu weols pi bantai mengemas umah.. basuh baju kasi settle sebelum tinggalkan umah.. cadang nak lelapkan mata sekejap malam tu tapi dah avin plak takmo tido.. so weols melayan avin pulak sementara tunggu da tido untuk weols cau..

so memang aku dah expect, viona sure rabak punya mata.. nak tido atas moto? huh camna? Risau gak, ini merupakan ride viona long distance yang pertama.. kiranya macam malam pertama lah ekekkeke sure kekok lagi ;)

Tapi viona memang gagah perkasa.. dia ride jugak!! Walau mata ngantuk, walau sakit vontot...syabbashhhh


ok setelah lebih kurang lewat sejam dari jadual, patutnya kol 3am semua tayar golek dah... tapi ada ahli yang mengalami sedikit masalah, so tunggu dia sampai...

Bila dia dah sampai, tanpa berlengah lagi maka sesi briefing untuk ride ni pun bermula oleh lead kita, Mr. Hungryghost ;)

"Ini malam kereta banyak... laju2.. so takde style convoy.. folo road captain, jangan potong dia and jangan tertinggal belakang last man" begitulah antara isi briefing lepas briefing kita reramai baca doa semoga segalanya selamat ;)


Khusyuk viona mendengar taklimat ;) ke dalam pikiran dah melayang ke katil? hahaha
So ride di kala pagi ni diketuai oleh Mr Pak Yunuih yang forever young ;)
Laju gak dia bawak moto dia... maintain 110-130kmh. From Rawang ni, next rv stop point is R&R Tapah untuk refuel n break.

Jam 430am, tayar golek!

Ride tengah malam/pagi, so takde apa scenery yang menarik lah.. gelap.. masuk hiway plak tu straight je.. boring gak especially pillion lah, viona kita.. dia dah mula tersengguk sengguk kat atas moto.. kasi peluk erat-erat, so kalau tertido tu takde la terlepas and mujur motor kita ada backrest tinggi ;)

Lebih kurang jam 540am, maka bergegarlah R&R Tapah with dentuman ekzos kami yang bising itu hahahaha
terus pit stop di stesen minyak, refuel n luruskan pinggang.. Ada sebiji moto yang wiring short, and ada sebijik lagi moto yang secara misteri engine oil jadi kurang ulak so terus topup itu engine oil ;)


Safety first... pakai vest luminous

Break di Tapah ni pun tak lama.. lepas semua dah refuel, terus semua bergegas bila Road Captain dah memekik "On the Bike!!!!!"


Proomm pom pom menuju next rv - Hentian Sg Perak...

Masa otw Sg Perak ni, banyak kali jugak aku rasa orang belakang aku ni tetiba je badan dia memberat ke arah aku then helmet berlaga... hah! Sah dia terlelap ni! Terus tepuk peha dia kasi alert sikit...
Dan masa ni dah mula banyak kali weols membetulkan kedudukan vontot memasing sebab dah mula rasa pedih dah.. hahaha.. aku yang dah biasa ride ni pun dah terasa pedih bontot, apatah lagi viona sure lagi pedih! Adoi mak.. perjalanan masih jauh!

Cuaca sepanjang perjalanan ni pulak, fuuhh best.. sojuk angin malam!
Sampai area Jelapang kat Ipoh yang kawasan bukit tu, perghh lagi lah sejuk.. berkabus sikit-sikit...



Yeahh... dalam jam 630am, selamatlah semuanya tiba di R&R Sg Perak.. sini kita rest lama jugak lah... breakfast, subuh, rest.. dan..... cuba teka apa lagi yang weols buat.....

ni ha :-

Ekeekekekke.. aduhlah mak aiiii... Permaisuri hati aku ni kesian sungguh.. sampai terlelap dia ngn bersandarkan kat helmet hijau dia.. letih betul dia.. sian dia..

So aku biarkan aje dia lelap dulu dalam 10-15minit, then semua berkumpul semula... ready to roll.


Tapi ada masalah sikit... sebijik motor ada yang pancit tayar belakang... nak tunggu pomen, banyak pulak kedai-kedai yang tutup.. so gigihlah memasing roger kawan-kawan cawangan sg perak..
Dan keputusan dibuat, convoy group terpaksa berpecah... group yang nak cross border to Hat Yai, memang terpaksa teruskan perjalanan kalau tak nanti bertambah lewat nak cross border dan ada beberapa rv point lagi yg prlu tempuh untuk regroup ngn team member yang dari utara yang sudah menunggu.. So group yang memang tak cadang nak cross border, gerak kemudian sehingga motor ni sihat semula :(


On the bike!
Maka kami dalam 8 biji motor gerak dulu, menuju next pit stop, R&R Gunung Semanggol.



Dalam jam 900am, maka sampai lah kita ke R&R Gunung Semanggol untuk regroup with 1 biker with his wife kat sini.. siapa lagi kalau Encik Bogon and wifenya, Cik Puan Nurul Miera ;)
1st time jumpa with Miera.. alahai.. nice orangnya.. ngn lakinya si bogon udah selalu jumpa sebelum depa ni pindah taiping lagi dah selalu jumpa ehhehehe.. Bogon, i lap u lah!


Kat sini kasi refill lagi... dan rehat-rehat...
dan gambar kat atas itulah dia barisan female lady biker ;) total of 5 gegirl.. fuh cukup dah ni korum untuk pakatan shopping di Hat Yai nanti.. hahaha.. tapi nanti kat Gurun ada lagi sorang lady biker yang akan regroup kat sana lagi.. so total 6 orang gegurl :D


 Banyak pula kat area R&R ni monyet-monyet dan kera.. macam ada party je diorang ni hahaha
Dari yang kecik sampai yang besar semua ada berparti kat kawasan ni!




 Selesai isi minyak, melunjur kaki dan ke tandas, maka terus on the bike.. dalam jam 930 semua dah cargas di atas hiway menghala ke next stop, R&R Juru untuk teamup with sahabat dari utara.


Dalam jam 1030am, sampai la weols semua di R&R Juru... team dari Utara yang akan escort weols sampai sempadan ni pun dah lama tunggu weols... hehehe.. sorry.. lewat.

 As usual, tiap kali stop, benda pertama sekali yang akan dibuat ialah, tengok henpon kot-kot ada org sms ke, miscall ke, fb ke, bbm ke, ym ke... hahahah.. tak lupa juga, update fb lah apa lagi ngeee~

Stop di juru ni pun tak lama... gi singgah toilet, then off we go pulak. nak singgah di R&R Gurun untuk urusan insurans kenderaan Thailand dan juga White Card (Arrival & Departure Card).


Hoyeh hoyeh.. dalam jam 11am, sampai sudah rombongan ke Hentian Gurun.. straight terus ke Esso Gurun tu n terus queue untuk urusan insurans dan white card.



ahahha muka girang nak ride ke hat yai! padahal ini time badan sudah letih lembik ooooooo... mata sudah rabak... tapi sbb terlebih excite, terlupa lak semua kepenatan tu ;)


Settle urusan insurans untuk motosikal dan whitecard.
Untuk motosikal, kita akan dikenekan bayaran sebanyak rm17 untuk insurans. Whitecard pulak akan dicharge rm1 untuk seorang.. pelik kan? kalau negara lain, whitecard ni dia bagi free je masa dalam flight.. ke flight tu dah cover kos rm1 ni? entah lah.. dah memang camni prosedu nak masuk siam ikut jalan darat.. follow je lah.

Sementara geng lelaki pi beratur buat insurans, geng kaum hawa pi melepak kat tepi jalan tu.. ada yang terlelap, ada yang tersengguk-sengguk tepi tu.. yang pasti memasing muka monyok je hahahh letih la tu..



Settle urusan documentation untuk menyeberang, then off we go to our last rv point kat Stesen minyak BHP Bukit kayu hitam!

Stop di BHP ni pun sekejap je.. untuk refuel kasik penuh tank sampai melimpah ruah hahahaha... sebab minyak kat siam sana mahal ooo.. hampir 3x ganda harga dari malaysia.. so stesen minyak ni merupakan stesen paling akhir sebelum sempadan. Lepas isi minyak, isi tekak pulak dengan air.. matahari dah terik panas tengahari dah mula terasa pedih... so baik minum air banyak-banyak takut dehydrate pulak nanti.

Ok its crossing time!

Dalam jam 115pm, sampai lah weols di border Malaysia-thailand.
Urusan di border imigration Malaysia sangat mudah.. ride terus ke laluan motorsikal dan ada pondok imigration situ, terus pass passport and diorang cop cop cop (owwhh dia tak pakai computer pun terus cop manual je.. pastu remark as CR)




lepas dah cop passport untuk menandakan kita dah keluar Malaysia, regroup balik tunggu yang lain semua selesai.. then off we go ke depan sana pintu Thailand...


Bye bye Malaysia, Hello Thailand ;)

Nak lepas border Malaysia, senang je.. tapi nak lepas border thailand ni yang leceh sikit...



 Kene park moto kat tepi, then beratur kat pondok immigration diorang... dan barisan diorang adalah panjangggg... adoiiii

Time nak cross border ni baru nampak viona semakin ceria... ehehhe.. seronok la tuh dia leh travel ;)

See? ramai orang kene beratur.. barisan berlingkar-lingkar.. total kaunter ada dalam 5-6 biji je kot.


 Dan jangan lupa untuk selitkan RM1 kat celah passport tu! tatau la ini prosedur ke atau duit kopi utk pegawai immi thai tu.. tapi kalau tak letak pun, nanti dia mintak gak! Dia amik pastu terus masuk dalam drawer dia.. walaweh.. sorang dia mintak rm1.. kalau dah 100 orang? perghhhhhh.. tapi kang kalau kita tak bagi, dia deny plak kita takleh masuk.. haaa.. bagi je lah.

Lepas dah cop passport, kene pegi pulak ke kaunter lagi satu untuk declare kan kenderaan yang kita bawak. Time ni dia nak kita tunjuk salinan geran. If geran tu atas nama orang lain, kene bawak juga surat serah kuasa dari pemilik asal kenderaan tu ;)

Dan setelah lebih kurang sejam lebih beratur menunggu giliran, akhirnya secara rasminya weols dah menyeberang dari malaysia ke thailand.. fuhh lotih acik beratur!

Perut dah berkeroncong... jom lunch! kat danok! Tak jauh pun dari pintu sempadan tu...

Masakan dia memang superb.. pekene air kelapa, tomyam and telur bungkus! tapi.. servis lambat.. lupa la plak nama restoran tu.. geng utara tu yang tunjuk jalan.

lepas dah kenyang, around 4pm, memasing dengan perut yang sendat, bersalam berpelukan with geng utara yang escort weols sampai sempadan ni.. depa terus masuk Malaysia semula while the rest akan teruskan perjalanan ke Hat Yai.

Dari Danok ke hat Yai ni ada dalam 60km lagi perjalanan. tak bawak laju pun bila dah masuk Siam ni sebab trafik dorang ni suka suki je bebila masa je nak wat uturn, nak lintas etc etc.. so weols maintain speed around 80-90kmh saje ;) slow and steady sambil tengok-tengok persekitaran.

Lebih kurang jam 530pm waktu malaysia, maka sampai lah weols di Hat Yai... terus checkin hotel Regency. Masa ni dah tak nampak bende lain dah, kecuali tilam and bantal.. huuhuh lotih woiiii tak tido..

So aku and viona terus bumbum tido dalam 2 jam ;) Nikmatnye tido :D


Jam 8pm waktu Siam (sana lewat sejam.. waktu mesia dah kol 9pm) terus weols turun bawah and meronda-ronda sekitar bandar Hat Yai.. apa barang tido je kan?
Jom jalan-jalan...

Haha tempat pertama yang menarik perhatan aku ialah booth ni.. ada jual pedang, pistol and stuff.. ekekkeke

Takleh jadi ni.. perut udah keroncong.. jom dinner dulu apa yang ada sini before jalan-jalan lagi ;)



And we opt in untuk dinner ayam n udang goreng... marvelous lah! takde lah mahal mana range harga from rm2-rm10 tengok size udang.. sodap!

ingat nak pekene jugak pulut durian ke, pulut mangga ke, tapi orang ramai sangat beratur.. takpe.. kita makan dulu ayam-ayam and udang ni then kita repeat lagi pulut pulak hahahahah


 sempat tengok anak gajah jinak... siapa nak bagi makan leh beli makanan dari tuan yang jaga ni..
jinak weh!!!

Ini ialah jagung pulut.. kita tak beli pun.. ada member tu beli dia kata memang rasa macam pulut.. eh kat Malaysia takde ke? ke weols yang tak perasan? comey jagung kaler ungu-ungu putih ;)

then kita pusing-pusing tengok apa yang ada dijual area tu...
macam macam jugak lah! especially pakaian tshirt...
dari untuk budak-budak sampai lah ke orang tua..
1st round ni weols tak beli apa sangat.. just lebih kepada survey-survey je.. kalau dah berkenan tu baru terus beli.. sebab kita ada lagi satu malam kat sini.. so masih sempat menyopping ngeee

Tapi dalam pada tak membeli tu pun, sempat la jugak sambar selai dua baju untuk anak dara tu.. and beli jugak kacang siam n walnut ;)

 



Haha
Mana sah kalau travel memana weols tak try untuk massage.. tambah plak ni kan Thailand, memang dah terkenal ngan urut dia selain dari urut indonesia ;)
tapi apakan daya, nak urut badan, udah penuh.. ramai orang.. so kita wat urut kaki je lah.. sekurang-kurangnya lega lah jugak kaki yang dah kejang duduk atas motor tu...
tapi memang superb lah dia urut lega yang amat.. sangat rileks.. murah pun ye jugak... urut kaki baru 250bht aka RM25 untuk sejam.. wah!

Lepas dah urut, kita pegi repeat jalan-jalan and perut terasa lapar lagi tiap kali lalu kat bahagian jual goreng-goreng ni.. so weols stop untuk kali yang keberapa ntah untuk makan lagi..
nak pekena pulut durian, durian abis stok puleekkk.. so belasah je pulut mangga... sodap kau pekat melekat pulut siam ni!!!

Then lebih kurang jam 1am dah puas meronda kita pun nak lah ke bilik...
keesokannya nak berjalan sekitar bandar Hat Yai dan Songkla ;)

Next episode yeeehhh!!

.. kap kun kaapp... meekk aauuu


*sesetengah gambar yg dipaparkan dalam ni adalah bukan hak milik kami.. ianya belongs to the group.. thanks n credit to www.choppersgarage.tk

Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

14 Comments Uols:

buck-7 said...

lamenye baru sampai kat hadnyai? Aku bertolak dari bangi pukul 3am, pukul 11 da cross border dah

prebetsabu said...

ekekek bak.. kita banyak stop + ada masalah teknikal along the way... ni mesti kes tak baca bebetul ni hahahahahahahahahha

buck-7 said...

bace, tapi macam tak percaye, aku naik fz150 je, siap tido 30 minit lagi kat sungai perak rnr

prebetsabu said...

eh... 3am, 11 kat border ek..

so kalau camtu weols cepat lah... 430am, 1pm kat border + benti rosak + makan + tido + regroup

lalalalla yesss... aku menang

buck-7 said...

ye la, kau menang, aku tak leh lawan kepala aerodynamic kau tu keh keh keh

prebetsabu said...

ahhaha siot demmmmmmmmmm

buck-7 said...

kalau aku tau ko pegi thailand aku nak gak pesan, fanta oren

Kaseh said...

cool giler tgk convoi u all tuuh.. siyes beshh..

p/s: MV sgt comelll..

masviona said...

Kaseh,
Sempoiii! Hehe tp sian kat montottt kebas...ahaksss

Hehe tq kasehh

Ada Dalina said...

wowwwwwwwwwwww...mmg best gilerrr..kalo i kan, penat pon penat laaa janji dpt travellll....hehehhe....

zmah said...

Tahniah ! Pastikan kehadiran anda n pasangan di Phuket,Bang Nasir n kak Nora sedia bagi tips....Pertama kali penat,kedua kali seronok,ketiga,keempat,kelima...GIAN RIDE! CAYALAH....

prebetsabu said...

Ada, hahaah ni pun mujur sebab ride convoy ni nak seberang sempadan, baru lah viona tergerak nak ikut.. kalau idak tu viona kita ni liat beul nak ikut ride :(

zmah, hahaha tak sangka plak leh terjumpa worih denu ek? igtkan siapa la yg dok terjegat pikir2 mcm kenal sekali mmg kenal lah haha
Phuket mmg kami dah dalam schedule, but bukan ride lah pulak... terbang aje bawak avin sekali ;) hope lepas ni kita leh try ride sama2 plak :D

[-suziey-] said...

perghhhh.siyes teruja wei! haih syiok jgk layan riding mlm2 subuh convoy ramai2..syiokkkk..

geng2 konvoi tu sume kwn2 ko ke atau kenal bila mula menjebakkan diri dlm riding ni (mcm bloggers2 tu ke?)

prebetsabu said...

suziey... ekkeke tu la mmg syiok oo.. especially aku lah.. 2 hobi dalam 1 masa dpt dipraktikkan terus.. kekeke.. viona pun teruja sbb dpt travel ;)

geng2 moto ni semua kawan2 sahabat2 brother2 baru kenal seak beli jerkahserakah aritu.. main blog dpt kawan blog ;) main moto dapat kawan moto ;) ramai kawan best!

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!