Header

Thursday, May 26, 2011

Dokumentari India - Day 1 - Delhi: The Arrival

Sebenarnya ada sedikit rasa bersalah dalam diri ni.. sebab patutnya aku habiskan bab water sport kat dokumentari phuket tu dulu.. tapi.. ahhahahhahaha malas! bluweekkkk

So sebelum aku jadik malas tahap dewa, cepat² kita mulakan pulak dokumentari India ni.. lagipun part² awal ni la yang banyak info.. part² last tu bukan kata takde info, ada jugak.. tapi tak sepenting info² kat part² awal ni la kan? kekekeke

Alkisahnya, weols Team Masviona.com telah memulakan pengembaraan ke India!
Masa memula weols nak book tiket dulu,  rasa macam tak konfiden je..

"Alaa.. best ke india ni.. orang dok kata kotor la... malas pulak nak pegi.. tapi nak tgk taj mahal... acane?"

So disebabkan Taj Mahal,  weols book la terus tiket untuk ke India.. lebih spesifik, ke New Delhi... memulacadang  nak g 3-4 hari je.. tapi last last amik la 5 hari.. tu pun dah rasa lamaaa sgt kat sana (sebab dok termakan input² negatif dari ORANG YANG TAK PERNAH PEGI PUN SANA HAAHHAHA )

Lepas booking tu baru la weols buat kajian.. apa tempat menarik, pengangkutan etc etc..
haaa kau! baru menyesal tak sudah... rasa 5 hari tu terlalu cramp! tak cukup! aarrgghhhh
pulak tu, time april-july sepatutnya ialah musim panas, which could reach 46c!! alamak. rentung!

apa nak buat.. tiket dah beli.. nak tukar tiket balik, dah tak mampu hahahahahha.. so weols pun try la sehabis baik untuk maksimakan 5 hri yang ada... so here we go!!!

29 April 2011, kitorang pun dah bersedia lah untuk ke India.. bersedia dari segi fizikal dan mental... hati kene kental, jiwa kene kuat untuk backpack ke India hahahaha..

Ilmu di dada tentang backpacking sedikit sebanyak dah meresap dalam jiwa ni.. orang kata, kalau kita boleh survive backpacking di India, kita insyaAllah leh survive untuk backpack kat mana² serata dunia pun.. memula macam sangsi jugak statement tu.. tapi lepas dah meras pengalaman backpack kat india, now we know.. THE STATEMENT IS REALLY SOO TRUE!!!
Backpacking di India ni kita dapat rasa pahit pahit pahit pahit dan manis.. haa.. perasan tak berapa banyak words pahit kat situ.. wakakka.. thats the fact! But bila kita dah berjaya harunginya, bila dah balik ke malaysia, kita akan rasa rindu pada India.. sungguh!


Ok cukup pengenalan, jom kita kongsi pengalaman India...


ok, dalam jam 4pm, weols dah settle segala urusan checkin segala.. memula nak wat web checkin tapi itu sistem sangat kejam... dia letak weols jauh2 seat memasing.. saje la tuh soh weols beli seat pulak wakakak..

so weols opt in utk kaunter cekin je wakakka.. terus dapat seat sebelah2 hahah padan muka Tony tak dapat nak peken kitorang bluweekkkk


flight dalam kol 530pm, so masih sempat weols untuk pekena late lunch..
tak sempat nak lunch tengahari tu sebab rushing settlekan segala urusan sebelum fly..
oooo.. weols ke lcct ni tumpang kak nuri n family. kenal ngn family bagus ni masa sama2 tgh riki info n research pasal india ;)


dalam jam 430pm gitu, terus weols pun g area boarding...
enyum lebar viona kita tu kan? hepi la tu... ekekekek
siapa tak hepi? dapat gi bercuti kasik release segal tension n tanggungjawap di malaysia buat sementara ;)


sampai kat boarding area, terus cari kedai kamera..
viona kita sudah tertinggal dia punya sony memory card puleeekkk..
so beli memory card baru.. sib baik ada jual.

Masa tengah dok tanya² salesgirl kamera ni, sempat lagi mv kita ni terperasan kelibat seseorang..

terus dia bisik "B.. b... itu Asyraf Muslim"

elok weols tengah pandang dia, dia pun pandang weols.. ceewahh.. mata bertemu mata la kekononnya.. dia senyum.. viona sudah cair.. aku sudah panas wakakkakakak

dia jalan laju.. ke arah toilet... tak sempat nak snap gambar pun.... ;(
viona berharap asyra tu nak g india sama flight jugak..
aku berharap...... jgn lah mamat tu nak g india pulak.. habis nnti aku tenggelam.. muahahahhaha



boarding gate.. ramai weh!
asanya penuh ni flight ni.. kat tempat menunggu ni punya seat pun dah penuh...

 taraaaaaaaaa..
itu lah dia flight yg akan bawak weols menuju ke tanah Maharaja Moghul...
tempat yang pernah melakar sejarah kehebatan maharaja islam ni...

 as usual, naik je air asia, mesti tak sabar nak baca majalah 360 dia..
penuh info!
Weols dapat issue May.. baru letak kot.. cun lagi majalah dia takde komot komot pun lagi


keluarkan pen..
kasi isi arrival and departure form ni sesiap..
then kita tunggu makan.. then boleh tidooooo



ekekkeke.. sesi wajib ketika fly.. camho!
lambat pulak nak tunggu makanan ni....

total flying hour from KL - Delhi lebih kurang 5 jam.


jangan jeles..
kitorang tak duduk kat tempat premium pun.. hahahah
budget traveler je la weols pun.............



dan yang di tunggu telah tiba.........
pre order meals...
mmg weols order sesiap makanan sbb dah tau sampai sana nanti dah malam..
and weols cadang nak stay lepak2 dalam airport je sebab tgh malam tu nanti nak gi stesen keretapi to agra terus... so kasik prut kenyang dulu lagipun kat sana kita tatau susah senang nak dapat halal food lagi camna.




ok perut dah kenyang...
sambung camho lagi and sembang² cinta sat sementara kasi makanan tu turun dalam perut ;)
lepas tu kita kasi tidoooooooooooooooo..


lepas lebih kurang 5+jam, maka sampai lah weols ke India..
weeeeeeeee.. excited lah!

Sampai je sana, terus FA spray anticeptic ke apa bende ntah utk bunuh kuman... ;)
Perbezaan waktu antara malaysia - India ialah lebih kurang -3jam setengah..
maknanya, malaysia dah jam 10pm, india baru jam 740pm gitu...


dan inilah dia lapangan terbang antarabangsa Indira Gandhi.. air asia park kat Terminal 3..
besar weh airport ni!


Muka standard bila sampai ke tempat orang..
muka blur..
hahahahaha
bukan viona sorang, aku pun muka blurrr gak!

biasa la tuh.. gi ke tempat yang asing bagi kita, pertama kali plak tu, sure la macam blurrrr je kan?


 nah bukti viona dah sampai ke India...
ecececececeehhh.. macam la kat tempat lain takde gamba bukti dah sampai india hahahaha layaannnnnn



Terpesona gak lah ngn architecture airport ni especially kat tempat immigration..
cun siot!!  Ada tangan gergasi...
 

Viona sementara menunggu que sedang membelek visa..
Nak gi india kene buat visa.. harga dalam rm160 seorang....

Urusan di kaunter immi ni mudah dan cepat, dan jugak selesa...
banyak kaunter dia buka.. ada dalam 8-10 kaunter kot.. so cepat la urusannya..



cantik kan?
ini bukan ruang iklan..
tapi ini ialah petanda tandas lelaki dan tandas wanita..
ini kalau ada orang silap masuk lagi, sah dia buta!!!


Ruang menunggu di dalam Arrival Hall ni simple je..
ye la jugak.. ini kan arrival hall, watpe nak wat grand grand.. org yg datang sini pun bukan nak stay lelama kat bahagian sini sume akan terus beredar ke destinasi memasing..
tapi, weols je pelik sikit.. sebab bercadang nak menunggu sehingga jam 3am then baru nak gerak ke stesen keretapi..

So lepas dah 5 jam+ dalam flight, keinginan membuak² lah untuk merokok..
so aku pun bagitau isteri tersayang, "Dinda, kanda ingin keluar sebentar untuk menghisap rokok"
hahaha kekonon mood Maharaja Shah Jahan ngn Mumtaz la tu!


Melangkah keluar dari pintu Arrival Hall, teus aku dapat rasa bahang panas..
alamak... aku dah mula isau..
ye la, sedangkan malam dalam area kol 8pm sana pun masih terasa bahang, camna pulak lah waktu tengahari dia? aarrrghhhhhh... sahih sure rentung!


Sambil2 aku hisap rokok ni mata aku meliar jugak untuk mencari pondok teksi rasmi yang dikelolakan oleh Polis India..
orang kata, teksi kerajaan camni je yang boleh dipercayai dan kurang auta..

kat dalam tadi memang ada banyak servis teksi lain.. tapi itu teksi swasta.. hati-hati ye!
sebab teksi swasta prepaid ni selalunya dia akan auta korang and bg alasan macam2 kata hotel yang koragn dah book tu dah penuh so dia akan bawak korang ke hotel lain.. haa.. komisen utk dia.. dan hotel yg dia bawak tu rate dia akan jadi mahal.. muahahahha..

Mana ltaknya pondok ni? korang keluar je dari pintu arrival tu sure akan nampak.. kat tpt teksi parking ke arah kanan sedikit.

Tapi sebenarnya kat bahagian dalam arrival hall tu pun ada dia buka kaunter teksi polis aka teksi kerajaan ni.. cumanya dia terletak kat belah kiri hujung sekali.. so ramai yang tak perasan sebab deretan tu penuh dengan teksi swasta.........




dan beginilah rupa teksi teksi kerajaan aka police taxi..
ekekke... selalu dah tengok dalam filem hindstan kan?
kalau london terkenal ngn London Black Cabs, apa kurang nya india ngn teksi dia ni kan? dah macam ikon dia jugak ekekke


Ok lepas dah hilangkan ketagih tembakau aku ni (masvionaku, sabar dan tabahlah duhai adinda permata hatiku, kelak pasti kanda akan berhenti dari tabiat buruk ni) and dah berjaya recce kaunter teksi, so aku pn nak masuk balik lah ke dalam arrival hall...

tup tup nak masuk semua pintu dia kunci, kecuali pintu yang aku keluar tadi..

pintu tu plak di kawal rapi oleh beberapa armed guards..
dah takde pilihan, aku pun cakap kat dia..

"I want to go in."
"No you an not go in.. if u want to go in, u have to buy tickets to enter the arrival area at th counter" sambil tunjuuk kat aku arah kaunter.

aaahhh sudah.. aku dah la keluar isap okok ni sehelai sepinggang dalam pouch aku just ada duit malaysia n passport je.. duit rupee ada kat viona tak dan lagi nak bahagi2... ayoyooooo

"But Sir, my wife is inside and i just arrived from malaysia. I went out to have some smoke and now i want to go back in. my wife is waiting or me" sambil buat muka kesian habis dah time ni.. rasa mcam nak nagis je time ni wakkakakakakakakaka.. risau jugak dah tu camna, viona tinggal sorang2 dalam arrival hall tu and aku kat luar ni plak ngn takde cash.. waaaakkkkkkkkkkkk

mamat guard tu atas bawah atas bawah dia belek aku..
"You have proof of landing?"

nasib baik aku bawak passport sekali dalam pouch bag tu..
akhirnya pakgad tu kasik gak aku masuk.. waaaa legaa!!



 Masuk je Arrival Hall, nampak kelibat viona, rasa macam nak terpa kat dia and peluk kuat2 beapa leganya hati hahahahhaha
bila aku cerita kat mv, alih2 aku kene bebel....
"tu la siapa soh gi siap okok blablabalbla...."

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarkkkkkkkkkkkkk


 oleh sebab hati dah gumbira dapat bersatu kembali with masviona, makanya ktia camho lagi ahahhaha

So weols pun duduk la sembang2 dalam setengah jam..
then dah mula rasa boring..
weols nak naik ke Departure Hall sebab sepatutnya area situ lagi happening with kedai2 and bench utk tido..
tapi takleh masuk.. ada pakgad with mesingan dok jaga jugak.. adoiii..

So lepas berbincang with viona, maka weols sepakat utk tuun ke area town delhi and pi carik hotel..
terus weols sms kak Nuri and family tanya dia dok hotel mana and address...
katanya hotel tu amat dekat ngn stesen keretapi so senanglah pepagi hari esok kita nak naik train ke agra.

Then terus lah aku menuju ke kaunter teksi polis yang dah di recce tadi..
tanya dia nak ke area Pahar Ghanj berapa dia caj..
tak silap aku murah saje dalam INR300 aka RM20 saje.. murah kan teksi?

Area Pahar Ghanj ni mmg tersohor sbg tampat backpackers jugak.. banyak hotel2 murah kat sini.. and kawasan ni mmg dekat ngn stesen besar keretapi delhi.

Bayar kat kaunter tu, then dia pulang baki..
nasib baik tergerak hati nak kira... kira baki aikk tak cukup inr100 lagi.. aku pandang orang kaunter tu, belum sempat aku buka mulut, terus dia hulur lagi 100...

waahhh cubaan untuk mengauta nampaknya wakakaka.. try again next time ya bai shahab!!!



lepas dah dapat rsit n voucher, terus weols keluar and tunggu taxi..
kali ni viona pulak yang baru dapat asa bahang kat india ni.. baru dia tau.. malam pun dah panas, siang apantah lagi!


gini lah rupa keadaan dalam teksi dia...
rasanya jauh 1000x Angkutan Kota kat Bandung or Tuktuk kat siam tu lebih cantik dan selesa!
ekkeke.. tapi harga pun rm20 je, so... eh its a nice experience lah wakkkakakka


ni muka masa baru bertolak from airport menuju ke Pahar Ghanj, New Delhi..
kejap je muka ceria ni.. keluar dari perkarangan airport, muka memasing jadi pucatt lesi..

itu driver taxi bawak teksi sangat kasar.. sangat kurang ajar.. tapi bila org lain kurang ajar ngn dia, dia pi cucuk rapat kete tu and kasik high beam pulak..

wahh.. gaya gangster sungguh..

Sampai di Pahar ghanj, itu driver teksi sudah pening kepala...
dia tak jumpa hotel yang weols nak carik tu..
kejap kang dia benti tanya orang, orang tu kata ke kanan, kejap kang dia tanya lagi, orang tu kata ke belakang, kejap kang ke depan..
adoiiiiiii... selalu kita dok dengar orang kata putar alam kan? haa.. ni live ni kena putar!!!

and last-last, driver teksi tu pun bgtau apa ntah, sepatah haram dia tatau nak cakap BI..
dok belasah cakap hindi dia je..
so maybe dia cakap dia dah tatau kat mana hotel tu, and dia kata ni area Main Bazar Pahar Ghanj.. hotel tu patut ada area sini..
so weols pun turun je lah..



dia kasi turun depan kedai makan...
tingkat atas orang masak2, campak kasik turun tingkat 1 sambut makanan.. roti nan n paratha (roti canai)
dasat.. main campak2 je...

dan tinggallah kami berdua warga asing terkontang kanting di malam gelap mencari hotel..
kawasan tu pulak agak menyeramkan.. kotor... macam kawasan back alley gitu.. gelap..

sesambil weols jalan, sesamil dok tanya orang mana hotel tu.. lagi tanya, lagi pening.. diroang sebok soh ikut dorang bawak ke hotel diorang

"come cheap ceap hotel.. come.. near"

aaaaarrgghh serabut weh! sepanjang jalan dia pi ikut n oujuk rayu soh amik hotel dia..

ternyata sangkaan aku yang weols ni dah ready mental dan izikal adalah kurang tepat..
mental kitorang kene kasi kuat lagi.. tahan pujuk rayu yang sangat annoying..
rasanya siapa yang pernah gi indon pun pernah kene ngn penjual jalanan yg dok pujuk rayu kan tapi india ni lagi ekstrim.. siap rapat2 ngn kita, pegang2 and tarik2.. aku takut depa amik kesempatan pick pocket je.. and lucky time travel mmg aku pakai pouch and ikat rapat kat pinggang...

last last, carik hotel tak jumpa, dah la takleh nak fokus and diskas with viona dek orang-orang lain ni yg sebuk kerumun dok pujuk (paksa) ikut depa and checkin hotel depa.. hhuiii serabut..

So aku signal viona, and dia pun ntah paham ke tak, teus aku bawak dia masuk je hotel memana.. haaa.. puas hati!!

yang dok kerumun weols tu pun macam bengkekkk je sebab tak ikut depa..
masuk je hotel, teru tanya ada bilik ke tidak, harga walaupun agak mahal dari rate yg weols baca time research, tapi mengenangkan kalau keluar je nanti depa sebuk dok tarik2 lagi, dan badan pun dah letih, mata ngantuk, need rest, maka weols pun duduk je la hotel tu.. sangat dekat ngn stesen train.. jalan kaki 5 minit je. even dari depan hotel tu pun leh nampak dah station tu.

Hotel tu caj weols inr900 aka rm60 whereas masa research rata-rata aku baca, hotel rate dalam 700-800inr je.. takpe lah.. janji ilang serabut n leh rest..

lepas dah masuk bilik, aku kuar balik sebab nak carik air.. haus wehhhh.. itu time aku kuar ngn muka berlagak je kat set set orang yg dok paksa2 amik hotel tu..
ahhahaha.. dorang pun dah tau aku dah cekin, terus tak kacau aku and aku leh jalan ngn tenang wakakkakaka nasib baik ada kedai jual air yg still buka...

bukan takmo minum masak dalam bilik tu, tapi berdasarkan pengalaman backpackers lain, better gi minum air mineral dalam botol sbb air biasa tu kalau tak kene gaya, leh cirit biit.. so why take risk kan?






tapi nak beli air mineral ni pun kene hati-hati..
ada yang aku jumpa botol mineral tu dah usang, and tutup dia pun dah takde seal, so aku expect dia recycle je botol tu and bubuh air kosong! perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
lepas beli air, lagi sekali, dengan angkuhnya aku berjalan depan set set tadi hahaha.. tapi dalam hati aku cuak gak diuatnya depa tu desperate nak duit sangat, kang depa main kasar ngn aku pulak.. haahahha.. kalau depa main kasar, aku pun guna la skill belasah ala-ala Sivaji The Boss wakakkakakakakakakkakkaa....

naik bilik, on wifi (yes, hotel ni ada kasik wifi), mandi2 bersih badan, set alarm jam 5am, and terus bubum....

esoknya jam 615am we got train to catch (and have to prepare our metal tourcher sbb kat train station dia punya scam lagi dahsyat!!!)

pengalaman backpack yang paling berharga!!!!

itu semua episod 2!!
ekekke muka mv yang dah letih menangkis scam yang tak putus-putus di Railway Station

Episod 2 - From Delhi to Agra via Train!

Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!