Header

Tuesday, May 31, 2011

Hey, Its My Birthday!


Bismillah! hati saya berbunga-bunga!
rasanya spongebob kat bawah ni pun tidak selebar senyuman yang terukir kat muka aku muahahahahahahah


ini sebenarnya spongebob avin dpt kat mcd..
saje je ketak kat bag kamera baru tu.. beg tu hadiah beday sekunder.. hahahaha
hadiah beday aku ada primer and sekunder tau jgn jeles!

so ni aku nak citer lah ni kejadian pada 28 May 2011.
saya tertipu...........

Begini kisahnya.........












ok, sekian.....


eh belum citer lagi ek? ngeeeee...
ok ok gini..

sebenarnya 29 may aritu ialah beday aku..
udah tua dah..

dan kebetulan time beday ni weols kekurangan budget..  maklum sajalah, kekadang kita dah allocate sekian sekian tu untuk benda lain..
so untuk beday ni mmg aku dah kering lah dah takde bajet..

viona kita tu pun berkali-kali bgtau sorry sbb xdpt nak beli apape for my birthday.. thats y lah masa kat alamanda tu time terserempak ngn sale fotokem tu, dia belikan aku kamera bag baru.. lgpun murah je kamera bag tu lps heavy diskaun ;) i like!

so aku pun dah prepare lah and redha lah itu adalah hadiah beday... alhamdulillah..!

tup tup ari sabtu 28hb tu pepagi dia bgtau aku soh sesiap dia nak ajak weols sefamili gi tido kat Mines.. eh eh..eh..eh..

"tapi ini je yg v mampu... kita lepak2 je kat sana ek?" kata dia..
"takpelah v.. b tak kisah pun kalau v nak stay umah je pun b ok kita celebrate kat umah je.. b paham as long dpt celebrate ngn v n avin sesama"

sementara tunggu bonda siap, anak dara ngn walid dia layan golek2 gura2 ahaha

tapi takpelah, aku pun ngikut je atleast dpt spend quality time kat sana..
bukan nak kata kat umah tak kualiti, tapi for special occasion camni, dpt dok hotel lagi syioook!
kita wat sepah ke, tak kemas katil ke, kita xde nak serabut sbb dah tau nnti ada org tolong kemas muahahahah.. and lain tempat memberi kita lain mood n feel gitu... ehem ehem...

so dalam tghari tu weols pun bergerak menuju ke Mines Wellness Hotel or dulunya dikenali sebagai Mines Beach Resort.

dekat je ngn umah weols.. so takyah rush and sure jalan g sana x jem.
so weols sampai ke Mines Wellness dalam jam 3pm.. mmg sedang elok la u sbb checkin time pun jam 3pm gak!

sampai je kat bilik.... eheheheehhe acara wajib Team Masviona.com lah! Bed jumping!!










insan yang paling hepi time bed jumping dah tentulah si Avin Nurdamia!!!
dah kat umah mmg takleh la nak bed jumping bagai ni kan?

"avin jump kat hotel je kan walid?"
ehehehehe tau takpe....



so sementara dia sebok berbed jumping, aku pun snap la sikit gamba dalam bilik ni..
overall, ok je la bilik dia ni... selesa, ambience pun nice je tenang aman damai.


toilet ada bath tub.. avin suke leh berendam.. haha



view from bilik.. menhadap ke swimming pool yang di design macam kat pantai..
siap ada sand lagi..
cun..




sementara menunggu avin and binda freshen up, aku layan perasaan kat balcony bilik dgn pemandangan indah kawasan tasik bekas lombong ;)
best jugak especially kita tau kita ada kat tgh bandar tak berapa jauh dari kl but still kita dpt enjoy serenity...

cantik pulak dia wat mentol lampu jadi pasu ;)


lepas bonda and avin dah freshen up, kita kuar g Mines Shopping mall pulak..
bonda yang ajak.... katanya saje nak jejalan.. hehehe
kita layankan aje...





otw tu sempat lagi kita layan bergamba n menerjah sekitar hotel tu lagi..
landscape yg simple but kemas.. even ada sesetengah bahagian yg nak terbiar but still tak menggsnggu mood ;)




acececeecec anak beranak ni dok pandang atas tu napa?
ekekeeke avin kata dia nampak bird..
mmg ada bird atas pokok sana n bunyi dia bergema terpantul dek bangunan sekililing..

pastu avin dah gelenyar nak g mandi pulak sbb dia dh tgk pool tu..
mujur anak dara tu makan dipujuk..
"kita g mall dulu ye avin.. nnti tomorrow morning kita swim.."
fuhh dia dgr je nak g mall, terus setuju... adoiilah!









so dari hotel ni jalan kaki sajorrkk menuju ke Mines shopping fair tu..
nak kata jauh, takde kah jauh mana.. tapi rasanya semoat berpeluh manja...

sebekum tu weols dah tanya dah kat receptionist tu ada tak jalan shortcut..
so dia bgtau lah boleh ikut basement parking MIECC

lebih kurang 5minit maka sampai lah Team Masviona.com ke mall...

lepas tu...
aku dah rasa ngantuk lah!
hahahahaha

avin pun dah mula panggil aku ni...
nanti aku sambung schedule entry ek!

apa yang berlaku di Mines shopping fair?

ada rahsia rupanya masviona kita ni...
rahsia yang aku suka!!!!

nanti ek... sabaaaaaaaaaaaa.....

Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!