Header

Thursday, June 02, 2011

BlackBerry Playbook - My Review

Nah..
simple user review carca merba dari aku pasal BlackBerry Playbook..
Sebelum tu meh aku nak explain, ni merupakan 1st time aku guna tablet..
tak pernah guna secara berterusan tablet2 lain macam iPad, Galaxy Tab, Acer etc etc tu, so aku tak boleh lah nak compare Playbook ni dgn tablet lain, just aku leh cerita pasal Playbook je ;)

Adil kan? kekekeke



Rupa paras kotak BlackBerry Playbook..
ceria la plak.. ada gamba Playbook tgh on.


Bila buka sarung luar yang ada gambar tu, haaa gini la rupa dia..
rupa standard bagi kotak devie BlackBerry..
Hitam dan ada logo..

Aku mmg suka imej dia ni.. nampak smart and korporat ekekkeke
tak funky.. exeutive look gitu kan? :)


Buka je kotak tu, akan nampak gini lah..
eh eh kaler biru la plak dalam dia..
sejak bila RIM ni integrate ngn kaler biru? sebelum ni hitam memanjang..

Ruang kosong kat tengah tu sebenarnya tempat Playbook tu lah tapi aku dah bawak kelua sebab nak amik gambar kotak ni..
Gambar2 ni adalah di snap dari Playbook.. cun gak kan?

Kat bawah tu ada kad, dia tulis arahan ringkas camna nak switch on and initial setup utk playbook.. ada beberapa bahasa.


Bila kita angkat lapik biru tu, ada bende alah ni.. kotak kecik 2 bijik..

Kotak atas yg panjang tu, dalam dia ada wall charger and usb cable.. malangnya, mini HDMI cable memang tidak disertakan sekali :( kene beli asing.. memang out of the box dia tak bagi huhuhuhu

Dan oleh sebab Playbook ni belum official launch utk international market, so kepala plug wall charger tu adalah bukan kepala yang sesuai untuk malaysia, tapi kepala untuk Canada, negara asal RIM..
So kalau korang beli sebelum launching ni, korang kene pow la kat kedai tu soh dia sediakan international adapter... ekekke.. Masviona masa beli ni dia dapat sekali ngn international power adapter.. bijak dia membeli ;D

Yang kotak kecik tu pulak, dalam dia ada risalah pasal User Safety.. ringkas je pun.. dia bgtau camna penjagaan yang betul utk playbook ni.. ada beberapa bahasa.. dan jugak ada risalah pasal Limited Warranty dia.. apa yang dia cover dalam warranty.


Ok, tak best lah pulak kan kalau kita nak bawak laybook kita ni bogel gitu wakakka..
so RIM bagi sekali ngn sleeve ni..
aku suka sleeve ni.. fabrik dia sedap pegang..
design simple, all black with tulisan BlackBerry besar kat site tepi..
Bila kita sarung Playbook dalam ni, rasa yakin la sikit nak bawak n pegang incase jatuh ke apa ke, dia lembut and absorb vibration and skrin pun terjaga.

Dah habis bab unboxing...

camna rupa paras Playbook ni?
aku tak snap gambar lah..
malas.. wakkakaka


ini gambar aku curi from google je ;)


tapi meh aku cerita je lah..
aku sangat suka physical look Playbook ni.. bagi aku dia nampak lebih formal, tak macam tablet2 lain yang nampak too funky and muda mudi.. yang ni nampak lebih kepada image profesional lah.. setuju?

Skrin dia kecik je 7ici. sama macam skrin Galaxy Tab. Sedap digenggam and senang dibawa...
leh muat kat poket dalam jaket and poket seluar pun muat tapi jadi segi la poket tu hahahah..
dalam henbeg senang2 je muat..
so portability mmg bagus.. senang dibawa... tak bulky...

Berat dia pulak, errr korang pernah pegang torch kan? berat Playbook ni lebih kurang macam korang pegang 2 bijik Torch.. tak ringan tapi tak berat sgt... just nice.. kena dengan size dia.

Kat belah atas, ada earphone jack size 3.5mm, ada suis on off, volume up down and pause play.
sebelah bawah ada mini usb utk charge and data transfer, ada mini hdmi utk view kat skrin secara HD... clear cripsy !

Speaker dia pulak terletak kat belah kiri and kanan skrin secara melintang, which is really good sebab dia boleh deliver stereo sound dengan lebih jelas.. tablet lain speaker dia antara kiri kanan tu ddekat sangat so kita tak dpt rasa stereo..
Volume dia, paling maksimum takde lah kuat sgt bagi aku.. kalau kita kat tempat awam, rasa macam tak ukup kuat je.. tapi kalau kat dalam bilik ke kat umah ke, dah sedang elok lah tu, but i wish standard speaker dia leh boost up lagi volume.. tapi solution mudah, pakai earphone je lagi pueh hati !

Skrin dia pulak, 7 inci comel lotey... Steve Jobs, Apple punya orang kuat, beriya2 kutuk katanya tablet should be 10inch... tapi realityya, tablet 7inch lebih praktikal.. maybe bagi users iPad, tujuan utama tablet adala untuk entertainment, so memang lah 10inch tu dah best.. tapi, ada jugak golongan user lain yang mencari jalan tengah antara entertainment dan portability..

Skrin 10inch, sama je lah macam netbook... besar.. nak bawak susah kene letak dalam bag khas pulak.. so might as well kita angkut je betbook tu kemana2 je.. lagi power and versatile guna laptop..

so pilihan 7inch ni sgt sesuai, sama ngn Galaxy Tab 7 inch jugak. Tapi buat mereka yang nak jugak 10inch, tak lama lagi RIM akan introduce pulak versi 7inch with 4g sim. Bila? Entah lah.......................

RIM pun dah wat statement, tablet Playbook ni memang dia aim for business use, sama macam smartphone dia jugak... dan yang paling penting security dia. RIM claim, security feature kat Playbook ni adalah sama level with security kat smartphones diorang.. which is really nice... penting weh security data ni utk business... byk email and data PnC yang perlukan connection yang selamat.. bukan lah maknanya pengeluar lain tu tak selamat, bukan senang nak tap and sniff data ni, but at least, RIM dah incorporate lebih banyak safety features dalam wireless connectivity and device dorang.. so kita as user lebih rasa selamat secara psikologi lah.. ;)

Buat masa ni, spec hardware Playbook is the best among other tablet... err tak perlu lah aku explain sini spec details dia sebab aku pun tak hafal hahaha.. tapi yang penting, Playbook ni laju n snappy secara overall, boleh multitasking dengan mudah (pebenda multitasking ni? ala.. sng cakap, korang leh buka video HD, pastu korang minimize then korang hantar email, pastu minimize lagi tetiba nak main game 3D ke apa ke, semua ni dia leh handle takde masalah lagging... korang bukak la sebanyak mana apps pun, insyaallah tak compromise on its performance). Graphic memang sangat puas hati, sangat kemas dan tajam ;) warna sangat vibrant.

Contoh multitasking lah ni.. tapi ni aku just buka yang simple2 je.. browser, bbm, facebook kekeke.. tapi kalau buka game 3d, video sekaligus pun, memang tak terasa berat pun.



kemera pulak? ada 2.. satu kat depan 1 kat belakang...
yang kat depan, with 3mp and belakang 5mp.. gambar dia ok, tak lari sangat kaler tapi kalau indoor and malam, out lah sebab takde flash so memerlukan cahaya ambient yang mencukupi.
Video pulak leh record HD and Full HD.. nice!!!!

So far baru je pun pakai dalam 5 hari ni, battery wise, sangat memuaskan hati..
Bende baru sure kita akan godek n godek n godek kan? to my surprise with heavy usage pun, senang2 bateri dia leh tahan dalam 24jam... tanpa caj..
So kalau untuk ordinary use, macam amik nota time meeting, browse for info, main game sikit2, tengok movie sikit, rasanya senang2 je batteri tu leh tahan lebih dari sehari ;)

Tapi, aku perasan, tempoh untuk charge bateri dia ni macam lembab lah!
At least untuk fully charged, dia nak lebih kurang 5-6jam lebih kurang baru lah dia dapat 100%... lembab!
the easiest way is, korang caj la Playbook tu sejurus sebelum korang nak tido, and lepas dah bangun, wallaaa.... Playbook korang dah fully charged ;)

Tapi, charger Playbook ni even kepala dia sama dengan smartphone, guna mini usb, tapi rating Amp dia beza..
aku perasan, Amp untuk Playbook charger ni besar dari smartphone punya.. so kalau ktia guna charger smartphone BlackBerry, lagi lembab lah dia nak full..
Aku tak berani nak caj Torch aku guna charger Playbook sebab arus dia besar 2 kali ganda... takut akan memendekkan lifespan batt Torch tu plak huhuhuh.. so better guna charger masing2 yang dia dah bagi.. selamat.


Buat masa ni, Operating system playbook ni still perlukan connection dengan smartphone BB utk bbm, email, calendar yang dipanggil BlackBerry Bridge..
But desas desus yang kita dengar, nati masa pelancaran Playbook ni secara international, dia akan perkenal sekali dengan OS update yang terbaru, yang akan menyediakan kemudahan email calendar etc etc ni onboard Playbook sendiri so kita leh sync je ngn smartphone ;) cant wait!!!

So sekarang aku rasa skrin Torch aku ni sgt kecik and tak best.. sebab aku dah BBM, fb cek email thru Playbook je hahahahahah puas menengok kat skrin 7inch! nyummy


Skrin shot application BBm thru Bridge.
lagi puas nak taip and tengok skrin cmpare to skrin henpon lah of course..
tapi oleh sebab Bridge ni dia connet thru Bluetooth, so speed dia kurang lah.. ada sikit lagging bila dia nak retrieve data back n forth to the phone.. takde lag besar sgt.. ada la dalam milisecond gitu ehehehhe.. tapi still bole tolerate la for me.

Ada yang menggangap Playbook ni tak cukup sifat sebab dia takleh support simcard..
tapi bagi aku, aku dah puas hati ngn sifat dia yang tak perlu ada simcard.. sebab aku leh tether with my Torch untuk dapatkan internet kalau takde wifi pun..


So takde lah rugi aku subscribe unlimited plan untuk blackberry ni..
and aku takyah pulak nak maintain and bayar line lain just untuk playbook..
huhuhuhu..

lagipun kat Malaysia ni, rata-rata tempat dah ada wifi.. kedai mamak cabuk pun ada wifi.. takyah bazir lah untuk bubuh simcard.. darurat sangat, tether je ngn torch.. dah dapat internet.. selalunya dalam kete, weols tether je ngn torch so leh browse thru Playbook walaupun on the go ;)


Screen shot application Bridge utk email...
puas hati.. attachment leh buka terus ull version guna Docs to go ataupun PDF reader yg memang dia ah bagi untuk Playbook.
bagus!
Presentation pun leh buat.. takyah nak angkut lagi laptop utk buat presentation kat client.. bawak je Playbook ni lebih kemas and impression pun boost up! kan kan?
 1st impression ni penting bila nak seal deal with client.


heheheeh.. facebook?
ada.....
RIM dah create dia punya acebook apps for Playbook..
cepat, and ciri2 standard dia dah ada... but still hope this coming future diorang akan update FB dia ni and tambah some feature lagi..
Facebook chat ada disediakan kat apps ni.. err.. best la kot? tapi aku memang tak chat kat fb unless ada orang yang tego aku dulu kekeke


Apps utk Youtube dia pun best...
mudah and simple
video render direct guna Flash ;)


Browser pulak?
aku sangat puas hati dengan browser dia ni..
even tujuan tablet ni lebih kepada untuk mobility, tapi RIM amik langkah yang sangat tepat untuk prepare browser dia with "Full web eexperience"... tapi takde lah full sangat kot.. still browser dia tak support utk Silverlight, but yang lelain, JSscript, suem tu mmg compatible, and point dia paling besar is, ability to play Falsh!

Kalau kat browser phone or tablet lain, rasanya sure web masviona.com ni punya header yang ijau tu tak keluar, sebab header tu aku guna Flash ;) kekekeke tapi dengarnya tablet yang pakai Android pun leh display flash kan? aku tak sure.... sorry.


Ni kira Ui untuk Home la kira. simple and organised..
tapi still version yang sekarang ni kita takleh nak organisekan icon and tab tu untuk duduk dalam 1 folder yang kita create sendiri.. hope that feature ada dalam next incoming OS.. lebih memudahkan nanti..


Yang ni pulak menu bila kita bridge.. hanya akan aktif bila Bridge aktif.





Game 3D Need For Speed Underground..
Free je untuk Playbook..
syiok.. laju and graphic cun..
kalau tgk aku pegang playbook ni pastu kepa2 kiri kejap2 playbook ni kanan, paham2 je lah maknanya aku tgh race la kiukiukiukkiuk


Antara faktor yang memberikan kelebihan kepada tablet yang support Flash ni ialah kita leh buka hampir kesemua website tanpa ada restiction untuk display dengan betul..
termasuk lah web yang camni.. ni contoh.. web Disney.. so Avin leh main educational games yang ada dalam web ni.. ;)


So gitu lah serba sedikit tentang Playbook ni..
Merupakan produk pertama dalam kelas tablet yang RIM pernah buat..
Masih ada ruang untuk dia enhance..
But overall, aku suka!

Keep it up RIM!

So dulu aku dok tertanya-tanya, apa function tablet ni and mana dia nak slot in between laptop and smartphone?
sebab apa yang dia leh buat, smartphone leh buat, and banyak jugak yang dia takleh buat tapi laptop leh buat..
So now aku dah paham kegunaan Playbook ni...
For me its a tool for mobility, duduk tengah2 untuk melengkapkan gap antara smartphone and laptop..
nak bawak laptop merata, kene bawak beg khas n heavy.. Playbook kecik leh masuk poket and ringan..
Function lain yang selalu aku buat kat smartphone semua aku buat kat Playbook keuali receive call n answer call je lah yang still pakai smartphone.. even taip entry ni pun aku guna Playbook.. skrin jelas and clear!

So for me, Playbook = Senang!

Bape harga?
err... aku pun tak tau sebab aku dapat free
viona yang beli sbg hadiah arijadi..
tapi baru sat tadi aku search kat Mudah.my, harga range dari 1599 hingga 2k untuk Playbook 16gb..

Jom kita main ngn buku!

*thanks viona!

Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

1 Comments Uols:

naza said...

wahh.. playbook ni byk gak funtion dia yer! i looiikeee.. kalah ipad akak.. hehehe.. anyway, ipad kitorang tu pun buat browse tenet and kids main game jer.. tak reti nk guna lebih2.. :p

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!