Header

Wednesday, June 15, 2011

Dokumentari India - Day 2 - Agra: Taj Mahal yang sangat indah!



Team Masviona.com datang lagi!!!!
Wah ada yang bersorak girang nampaknya!! kali ni datang dengan cerita baru... cerita sambungan Dokumentari Cinta di Taj Mahal, Agra, India..

Lepas dah sampai di stesen Agra Cantt dah beli sesiap tiket nak ke Jaipur pada petang hari tu, makanya hati pun sudah senang and lega, boleh concentrate pada itinerary hari itu, iaitu, melawat keajaipan dunia... Taj Mahal!

Teruja wehhh sangat teruja..







 dalam teksi yang weols tempah sesiap untuk bawak weols round di Agra..
Penat otak pun dah reda, so hati memang dok lonjak-lonjak mau tgk main attraction yang menyebabkan weols tempah tiket ke India ni.. memang niat dalam hati masa tempah aritu memang sebab nak tengok Taj mahal ni lah.


Encik drebar teksi.. lupa plak nama dia..
naik teksi Tata.. brand india.. memang khas di buat utk jadikan teksi.. leg room passaner memang luas and ada aircond utk passanger.. best!


Dari stesen keretapi Agra Cantt ni amik masa dalam 20minit gak rasanya untuk sampai ke kawasan Taj Mahal..
Masa berhenti tu, sebelum dirver tu tinggalkan weols, macam-macam dia bagi pesanan.. huhuuh.. caring betul dia..
Dia bagitau, segala makanan, minuman, rokok, lighter, sila tinggalkan dalam teksi ni je sebab kat dalam taj mmg tak dibenarkan.. dia jugak pesan weols video camera pun takleh bawak.. kalau nak tinggal ngn dia, bole je or kalau ragu-ragu, dia kata kat entrance nanti ada safe box tapi kene bayar.. huhuhu..

Dia jugak berkali-kali, berkali kali, berkali kali pesan agar weols sentiasa alert ngn barangan penting mcm wallet, duit, passport etc etc sbb kawasan ni mmg ramai pick pocket!

Wah terima kasih encik driver atas nasihat2 tu semua ;)

Dari kawasan parking tu, kena menapak dalam 1km gak lah untuk sampai ke entrance taj mahal.. jalan dia naik bukit... huhuuh

Sampai je kat bawah tu ramai la yang akan apporach utk service beca.. ada yang beca kayuh, ada beca letrik..
memula weols jual mahal gak takmo amik beca hahaha..
tapi bila tgk jalan dia tu naik bukit, alahaaiiii pikir2 balik baik amik beca je leh rileks dah la cuaca panas terik camni..

so seperti biasa, proses nego harga pun bermula.. mai la sorang pakcik tua ni.. senyum manis je dia.. beri salam, then dia offer beca dia for inr10.. murah je.. dalam 60sen gitu..



Rasa macam kesian plak kat pakcik ni...
tapi dia senyum je sepanjang jalan tu sambil kayuh, dia dok sembang2 tapi tak pandai english sgt..
tanya weols muslim ke? bila eols cakap ye, terus dia baca surah al fatihah kuat2 sambil kayuh.. :)


Muka manja viona dah kuar dah..
maknanya da pu tengah excite la niii.. ngeeeeeeeeeeeee



Perjalanan dari bawah tu nk naik ke at kat entrance ni naik beca pakcik tu kayuh slow slow ada la dalam 5-10minit gitu...
tak boring pun.. sebab pakcik tu banyak mulut.. sambil kayuh sambil baca surah, pastu kitorang pi layan dia sembang2 dialog citer hindi ekekekke..


Dah sampai...
tanya dia nak amik gambar sama2 tak? terus dia senyum sengih2 sambil betulkan rambut wakakakak
kelakar ok pakcik ni..
terkedek2 dia pi jalan n pose sebelah viona.. tetiba dia tukar muka macho dia hahahahaha alahai pakcik!

So sebab kederat dia, ramah, kelakar, weols bayar dia lebih.. suka dia siap tadah tangan doa2 bagai.. ;)


Jalan menuju ke main entrance.. tak silap, weols masuk thru West Gate.
Ramai local people je pagi2 camni.. india kan besar.. even tak semua rakyat diorang berkesempatan nak lawat pusat pelancongan dia sendiri.


otw jalan tu seperti biasa, kita akan di approach pulak oleh budak2 camni..
diorang sebok nak jual souvenir...

Ada la orang local situ yang bagitau kat bebudak tu soh jangan kacau and dia bgtau, jangan beli sekarang sebab nanti takleh bawak masuk kat dalam...


bila kita cakap takmo, terus dia cakap "Ok madam, after u see Taj Mahal, you come and look for me, my name is khan"
sorang lagi budak nympuk "look for me, im john"

wah wahh.. nama diorang!
weols senyum sambil jalan je lah.


ok ni lah dia kaunter tiket.. ada kaunter untuk foreigner and ada kaunter untuk local people..
untuk foreigner kene caj inr750 aka rm50 seorang.. dia kasi air mineral.

masa ni datang sorang mamat tu nak tawarkan service guide.. dia kata dia dilantik olh government and dia tunjuk lah kad laminate dia.. dia kata takyah bayar apape, pastu tunjuk lagi kad dia...

errmm.. takyah bayar apape ek??? boleh percaya??? ekekeke.. sib baik sudah ada ilmu sebelum sampai sini sudah research.. takpe takpe.. kita layan je guide ni..
penting gak nak ada guide ni sebab dia leh terangkan sejarah masa kat dalam nanti.. handy..



Jom masuk ke dalam Taj Mahal!


Antara kegunaan guide ni, dia leh bawak kita potong queue!!
ekekkeke.. best best..  terus masuk je dalam tu.. yang takde guide, sila beratur..



Security check..
strict jugak.. dia selongkar segala isi beg..
hanya air mineral sebotol sorang je dia kasi bawak masuk..



ok.. dah masuk ke perkarangan taj mahal...
rasanya masa ni memasing tengah dok tersenyum senyum kot puas hati dapat gak sampai ke sini.



Ini lah dia guide weols...
sesi penerangan awal...
dia explain lah apa itu taj mahal, bahagian2 dalam taj mahal, pembinaan, siapa maharaja shah jahan n mumtaz, kenapa dibina taj mahal ni, apa keunikn dia..

banyak weh input!




Main entrance Taj mahal ni ada 3, East, West and South rasanya nama entrance2 tu..
semua entrance tu akan bawak masuk menuju ke Gate yang ni.. kiranya ni main gate lah..


semua bangunan di dalam kawasan Taj Mahal ni adalah simetri and identical!
kubah2 kecik atas main gate tu melambangkan berpa tahun yang diambil untuk membina taj mahal ni.. kalau kira ada 11, tapi sebenarnya kubah tu ada 2 lapis.. so ada 22, melambangkan 22 tahun pembinaan untuk siapkan taj mahal.

di sekitar main entrance yang 3 tu, ada disediakan bilik -bilik khas untuk tetamu diraja..
ye lah dulu kan mana ada hotel2 ni bagai.. so semua tetamu raja akan tinggal kat bilik2 kawasan ni.. kiranya hotel di raja lah ni..



rilek2 dulu menikmati pemandagan di dataran ni sebelum kita masuk ke pintu gerbang tu...
dari sini, tak nampak lagi bangunan Taj Mahal yang putih tu..
rasa macam nak cecepat je masuk dalam tu nak tengok taj yang putih marble tu.. ekekke

sabar sabar take ur time!

bukan bangunan putih tu je yang unik, instead, segala pembinaan bangunan2 lain kat sektia ni pun sangat unik, sangat simetri and arkitektur yang kreatif and praktikal.


Kita amik contoh ayat surah Yasin kat pintu gerbang utama dia ni..
dari jauh kita akan lihat ayat ni sama besar je kan?
sebabnya dia dah buat bahagian bawah ni lebih kecik dari bahagian atas.. thats y bila kita tgk kita nampak sama besar uruf2 ayat tu padahal gerbang tu punyalah tinggi.. rupanya dia dah buat atas kecik and bawah besar supaya selaras ngn sudut pemandangan kita.


ok ok..
jom jom jom laa cepat nak masuk dalam ni....


view yang selalu orang amik gambar..
from dalam pintu gerbang tu, straight kita akan nampak Taj Mahal tersergam indah..
ini time aku dah mula melopong, habis ke laut setting kamera nam amik gambar.. composition pun senget hahahah...
masa ni tak terpikir dah nak amik gambar elok2 angle ke apa ke.. sebab masa ni weols dok jamu mata sendiri.. cantik weh!


dan itulah dia Taj Mahal!
Besarrrrrrrr weh bangunan dia!!
tersergam indah gagah je!




ok.. time ni lah kita pergunakan guide tu seboleh bolehnya..
dia kata free je service dia ek? hahahaha.. takpe takpe..
free ye.. tak kesah lah ko kata free ke apa ke janji masa ko serve weols, serve leklok.. tolong amik gambar weols hahahhaa


Masuk2 je dalam kawasan taman ni, kita akan di approach pulak oleh photog2 yang menawarkan service tangkap gambar.. macam2 la dia tunjuk katalog dia.. ada pegang menara lah, ada lompat lah...

aku tak sure sekeping berapa dia caj sebab tak minat pun.. lagipun weols dah ada kamera, and weols dah ada guide hahahahaha

ok encik guide, silakanlah amik lagi gambar kami banyak2 muahhahaha..
dan antara hasilnya:



fuiiyoooo masviona kita ni leh gapai menara taj mahal lah! hahaha
tak aci ni tak aci..

Encik Guide, saya nak jugak!!!!




Aarrghhh ini tidak adil...!!
masa gambar viona, cantik je si guide ni amikkan..
tiba time aku, gitu plak jadinya..

ini sabotaj ni

hahahahhaa


Ok, sepanjang perjalanan dari hujung taman ni nak ke main building of taj mahal, ada 4-5 stop yang guide ni akan bawak, and each stop dia akan explain lanjut pasal kawasan tu, sejarah and mengapa perlu adanya semua bangunan2 tu...

nah serba seditkit mengenai main building ni...
ianya bukan dibina oloeh arkitek india, tetapi Maharaja Shh Jahan import arkitek dari Parsi.. Selain dari taj ni, arkitek tu jugak lah yang design kebanyakan dari kubu2 kerajaan moghul.

Senibina Taj Mahal ni bukan sekadar cantik, tapi ada sebab2 mengapa ianya dibina sedemikian rupa..
Contohnya, kalau kita tgk bebetul 4 tiang yang mengelilingi main building tu, kita akan nampak 4 tiang tu condong menghala ke luar.. ini sebab jika berlakunya malapetaka such as gempa bumi, and tiang tu roboh, tiang tu takkan hempap ke Taj mahal... mana boleh hempap.. sebab taj mahal tu sebenarnya kubur Mumtaz.. mesti lah Shah jahan nak jaga elok2..

haaa gitu...



kan tadi dah bgtau, semua bende dalam kawasan ni simetri?
tgk tu belakang viona tu pintu gerbang tadi.. dalam and luar dia sama je kan design?



dan sekali lagi, Encik Guide ditabalkan sebagai photographer rasmi Team Masviona.com di taj Mahal..
kekekekekke

Tempat yang weols amik gambar ni ialah tempat yang sama masa Princess Diana lawat Taj mahal dulu, dia akan stop kat situ and mengamati pemandangan taj Mahal tu..


separuh perjalanan dari ujung taman tu nak ke main building, ada 2 bangunan kiri and kanan yang sama rupa..
tempat dia main kan alat muzik..
agaknya bila dia main muzik dari bangunan tu, gema dia boleh dengar kat semua kawasan kot?



Lagi ekat, lagi terserlah kecantikan and keunikan seni ukiran kat dinding taj mahal tu..
dari jauh nampak kecik je kan taj ni?
tuuu dia bila da dekat.. mak aiihh besar betul..



rasanya gambar ni nanti leh print besar2 ganti feature wall kat umah tu ekekkeke
saya sukeee...


ok.. perjalanan dari ujung taman ke main building ni amik masa 40-45minit gak sebab banyak benti and sesi penerangan dari encik guide and sesi amik gambar and sesi melopong mulut.. ooooo.. waaaa... cantiknyeeeeeeeeeeeeeee

sampai di perkarangan main building aka tapak perkuburan Shah Jahan and Mumtaz, kene tanggal kasut..
tapi ada sediakan pelapik kasut buat mereka yang takmo tanggal kasut..
panas weehh.. kang melecur pulak kaki even dia ada sediakan lapik karet sepanjang jalan tu..





sesi memakai lapik kasut.. ekekkekeke
muka masa ni memasing dah merah padam sebab cuaca terik amat weh..
guide tu kata suhu masa tu dalam 42c...


taraaaaaaaa.. kaki weols dah berlapik..
baru dibenarkan untuk masuk ke dalam main building Taj Mahal..



view from outside the main building's door..
berangan sat kekonon camni lah view yang Shah jahan tengok tiap kali dia pi lawat kubur bini dia...


antara corak senibina yang banyak terdapat kat bangunan Taj mahal ni..
corak sarang lebah..

Dalam taj Mahal ni, tiada lampu ataupun sebarang api yang dibenarkan sejak dari dulu..
even senibina dia ni pun dibuat agar pencahayaan dalam bangunan tu adalah natual lighting...
redup je dalam tu tak gelap tak terang even ramai orang berpusu2 dalam tu..
and semestinya udara dalam tu nyaman je since dia di buat dari marmar high grade lagi kan?
takyah ada ekon or kipas pun dah nyaman je dalam tu..


semua corak ukiran dalam taj mahal ni bukan lukisan tetapi terdiri daripada beberapa jenis batu yang dipotong dan diukir sedemikian rupa..

jangan tertipu, memang nampak macam lukisan tapi bila kita tengok bebetul and pegang, baru kita realise ianya semua adalah hasil dari ukiran baru... superb!


masuk je dalam taj mahal ni, kita akan lihat entrance to basement yang ditutup dan dikawal rapi oleh guard...
bawah tu ialah kubur and batu nissan asal Mumtaz dan disusuli pula oleh kubur Shah Jahan setelah dia meninggal dunia...

err.. apa kes lah orang ramai pi baling duit kat dalam tu ek? nak bagi tips kat pakcik guard tu kot? ekekkeke


view dari dalam taj mahal..
sebenarnya, no camera allowed to take pics...
tapi encik guide tu ajar camna nak sorok2 amik gambar and dia tolong cover line..
tapi dia sh amik gambar pakai compact camera je..
and unfortunately, time aku schedule netry ni, gegambau dalam compact camera tu ada ngn viona tak transfer lagi.. hohohohooh

so korang tunggu la maybe nanti aku wat special dedicated entry untuk gegambau dalam bangunan taj ni..

Tapi yang penting, meh aku explain je dulu..
masuk je taj ni, lepas dari kubur original, kat tengah2 taj mahal ni ada kubur n nisan replika yang dubuat sama ngn kubur n nisan original yang ada kat basement tu..
kubur Shah Jahan, and kubur Mumtaz.. kubur Shah jahan lebih tinggi dan kedepan dari kubur Mumtaz.. ketua kan?

Dan yang paling menarik sekali ialah ciri2 natural lighting kat dalam bangunan taj ni..
batu2 dia pulak ialah batu2 yang akan membalikkan cahaya..
kalau malam bulan penuh, seluruh taj mahal ni akan berkedipan....

en guide tu pun ada wat demo dia suluh batu tu pakai lampu led.. umakaihh.. menerlip uols!!!
cuba bayangkan kalau malam hari disuluh ngn cahaya bulan... indahnye!




viona skodeng apa tuuuu?
ekekkeekke


tapi kan, weols sebenarnya sedikit pelik lah..
dari luar kita tengok taj mahal ni besar bebenooorrr kan?
tapi bila masuk ke dalam... eh eh napa kecik je.. takde la lapang macam yang kita imagine bila tengok dari luar..

so teori weols ialah, terdapat banyak lagi bahagian2 yang tidak dibuka untuk tontonan umum... huuhuhhu

 dari depan, masuk ke dalam, now dah ada di bahagian belakang taj mahal...

kat sini leh tengok ramai orang local sana dah macam berpiknik pulak kat sini..
sebab sini kawasan lapang, tlindung dari matahari terik.... so dorang leh bantai baring2 lak kat sini.. kekeke


 Soalan -
Berapakah segi yang korang nampak dalam gambar di atas?
nampak macam banyak segi kan?
macam 6-7 segi kan?



ttettttttttttttttttttttttt...
salah!

sebenarnya ada 3 permukaan je...
dari jauh nampak macam byk permukaan sebab ukiran batu tu dia wat camtu..

ekekek pandai nooo dia main ilusi optik..
tertipu semua...



belakang taj mahal ni, mengalir lah sebuah sungai yang tenang...
pandai doang pilih lokasi kan?

dan dari sini jugak kita leh nampak sayup sayup kubu utama kerajaan Shah Jahan, atau lebih dikenali sebagai Agra Fort... kat situ lah Istana Shah jahan dan situlah jugak menjadi penjara Shah Jahan.. sian dia.. bini mati, pastu anak pulak penjarakan dia sampai akhir nyawa...

cerita Agra Fort nanti tunggu bab tu lah.. weols pegi jugak lawat ke sana.. best!!



dan dibelakang taj ni sebelah sungau sana tu lah tapak di mana sepatutnya Shah jahan nak bina Taj Mahal kedua..

Black Taj Mahal..

tapi ditentang oleh anaknya sebab nak bina tu makan belanja besar and anak dia takut nanti duit kerajaan habis bangkrup and bila dia take over takha, kerajaan takde duit.. so dia penjarakan bapaknye.. alahaiiii


view belakang taj mahal.. 
putih indah gebu...
bukan taj tu..
tapi masviona lah!!



Sebelah taj mahal ni ada masjid...
ingat ye taj mahal ditutup setiap ari jumaat..
tapi dia bukak selama sejam je untuk solat jumaat kat masjid tu..

dan masjid tu ada simetri ngn bangunan di sebalah sana nye jugak!










Dah.. penat lah taip!!!

lepas dah puas bergambar, pegang rasa and lihat bangunan taj mahal tu, weols pun terus keluar untuk tengok2 kawasan kedai dia....

ada jual batu2 and souvenir daripada batu yang sama digunakan untuk buat taj mahal tu jugak..
seperti biasa, diorang kaki auta.. so pandai2 lah tawar harga and riki2 semua kedai yang ada...

last2 masa nak habis tu, encik guide tanya suka tak ngn service dia.. and lagi sekali dia tunjuk kad laminate dia..
kali ni baru dia tunjuk keseluruhan kad tu..
rupanya kad bawah kad tu ada tulis harga service dia wakakkaka
memula tadi dia tak tunjuk semua isi kad dia dia tutup ngn jari

kakakakakka pandai kan?

dalam kad tu dia tuis service utk foreigner is inr900

aku senyum je and bayar je dia inr250 sebab aku tau tu rate biasa sana untuk service guide..
dia terbeliak2 bijik mata tak puas hati... dia ingt nak putar belit, tapi salah orang laa..

ekkeke...

semoga jadi pengajaran..

overall, pengalaman berada di sana in personal, tak dpt kita nak describe secara adil dalam entry ni..
sebab lain ooo feeling dia time kita ada sana..
dia punya awwww.... waaaa.. oooohh.. perrgghhh.... semua tu boleh kita sendiri rasai time kita ada sana and susah kita nak ungkapkan dgn baris ayat!!

Weols puas hati dapat tunaikan hajat untuk melawat antara bende ajaib di dunia!!

tamat episod Taj Mahal..

next episod? Agra Fort!! kita tengok istana and kubu Shah jahan! ada bilik rahsia yang weols dapat masuk.. bilik mandi Mumtaz!!

next tau!




*untuk episod2 india yang sebelum ni dan juga episod2 dokumentari travel Masviona.com's Style, sila scroll kat link sebelah kanan tuuu.. ada banyak cerita :)



7 Comments Uols:

Emy Tak Kecik said...

iss entry mv & prebetsapu ni boleh bikin seperise la...

ok..i stay for next entry ekekekek

Masviona said...

muslimah,

hehe tungguuu......lagilah menakjubkan n memeranjatkan kat dlmbilik tuh.

* sesungguhnya kecantikan n keunikan serta keutuhan taj mahal xdpt diungkapkan dgn kata-kata

PS, ada salah info lah corak tulisan yasin tuh dibuat atas besar n bawah kecik supaya bila kita tgk dr jauh or dr bawah kita semua akan nmpk tulisan tuh sama size....:)

prebetsabu said...

aduh ye lah.. salah terbalik lak info.. pintu tu tulisan atas besar bawah kecik.. hahaha saje je nak tst mv kita ni peka ke tiak eehehehhehe

banyak betul typo kan entry b ni.. alah.. pepaham je lah baca tu tertinggal uruf ke terbalik uruf ke ekkeekek

Ada Dalina said...

perhhhhhhhhhh..ke india pulok kak MV & PS? Mantopppp......syiokknyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!

Masviona said...

Ada,
hehe...alhamdulillah ada...:)

wan muliani said...

lama xmenjenguk kat sini..bercuti sakan kak vi kite sorang ni..best kan..jeles owh!

Masviona said...

oneyani,
hehehe bukan selalu pun oneyani, time2 free ada duit lebih sket gi lah jenjalan release tension katanya kan...hehehe

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!