Header

Thursday, June 30, 2011

Mari Layan Aiskrim

Rasanya semua orang pun tau n kenal apa itu aiskrim kan or bahasa omputihnya di spell kan sprti ini ice cream # mood cikgu skolah tadika dah dtg dah..lol

Dan rasanya jugak ramai yg suka makan ais krim kot kan, penggemar aiskrim ni bukan hanya terdiri drp golongan budak² kecik je kan rasanya mak pak budak pun minat jugak.
Tapi imej aiskrim nih saya rasa tercemar buat golongan wanita² anggun n jugak #perahsantan perasan anggun dan feeling² diva or model or paling kurang feeling #retis lah katanya kan. Sebab apa ofcoz lah aiskrim nih khabarnya dikatakan sebagai punca kegemukkan tapi sejauh mana kebenarannya or mungkin benda nih hanylah mitos semata² tak de sapa yang dapat membuktikannya #termasuk lah ahkak jugak uols...hiksss. Jadi tentunya golongan #perahsantan nih akan anggap aiskrim sebagai musuh kan.

Kadang² saya pun bila dtg angin #perahsantan tuh takut gak nak makan aiskrim #sbrnya ahkak bukan perasan tp ahkak takut uols bila berdiri depan cermin n tgk benjolan sana sini kan rasa menangis pun dah xde lagu dah.....uwaaaaaaa!

Tapi kan satu kenyataan dann fakta yang benar lagi sahih yang kita xdpt nak sangkal adalah aiskrim nih sedap sebenarnya kan. Sapa setuju sila senyum dalam hati cukup lah...hiksss

Tak payah cakap yang memahal n yg ada class tuh mcm Baskin Robbins ke Haagen Dazs ke apa kan aiskrim yang pakcik jual ngan moto yang 0.30 sen se scoop tuh pun kita masa kekecik dulu kalau dapat tuh mau melompat kegirangan kan. Aiskrim potong tuh pun asal pakcik jual aiskrim datang kita siap menagis² sampai keluar ayaq hidung dulu² if tak dapat kan #haaaa ye kan korang ada cam tuh kan...tetiba malu nak ngaku kan......hiksss

Sekarang nih mcm² jenis n jenama aiskrim dah ada kat pasaran n jugak macam² flavor dok ada tuh. Macam Vanilla (rasanya yg ini all time favorite nih), coklat, starwberry, jagung, mint semua tuh rasanya dah selalu kita dgr kan dari dulu pun dah ada. Skrang ni lagi lah macam² ada yg glemer skrang nih red velvet lah kot, kiwi, delima dan macam² lagi lah #eh ahkak nih macam bitau flavor kat tutti fruitti je nih....hiksss

Ok sebut psl Tutti Fruitti kan, actually Tutti Fruitti nih dia bukannya macam aiskrim biasa, dia sbnrnya aiskrim yogurt. Satu inovasi dalam teknologi aiskrim yang terbaru sbb tuh lah rege dia lagi mahal  dr aiskrim biasa coz dia lagi banyak khasiat dia kan #Bukan apa ahkak explain nih coz ritu ada lah member² ahkak dok complaint ckp nape TF nih mahal sangat kan...hihi...

Tapi rini kita bukan nak cerita pasal Tutti Fruitti pun kita nak citer pasal aiskrim biasa² je. Sebenarnya aiskrim nih ada juga kebaikkan dia uols bukannya xde khasiat langsung tau.Ini katanya kata² pakar lah ye bukan saya punya kata² #ahkak tak main petik je eh...hiksss

  1. katanya KALSIUM yang ada dalam aiskrim nih ada banyak kelebihannya kepada sistem tubuh badan manusia #apa kelebihannya uols google sndrik eh ahkak mlm nih nak tido awal...hiksss
  2. Aiskrim yang sejuk itu boleh mengembalikan sifat pelupa yang keterlaluan #so yang ini baik untuk org² yang hampir² nyanyuk kot...kalau dah betul² nyanyuk payah dah kot...hiksss 
  3. Aiskrim Vanilla terutamanya dikatakan dpt menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan #kaum suami tuh bila isteri msg² PMS bolehlah kot belanja isteri anda makan aiskrim kasi tenang sket hati n fikiran tuh....hiksss
  4. #Baik untuk tumbesaran gigi anak² kita kerana....Tindakan mengunyah aiskrim bagi kanak² boleh menguatkan gigi mereka

Makanya, setelah dipikirkan kebaikan tersebut makanya ada disuatu hari yang panas lagi hangat itu (kes lupa dah bila tarikh kejadian mls nak cek date kt picca nih...hiksss) weols satu keluarga, masviona's team melayan makan aiskrim nih back to back tanpa rasa bersalah....hiksss

Memula makan aiskrim mcD choco top....bestnya vanilla kat dalam coklat dia ygg keras² cair....bestttnya pastu gi berjalan² kat Alamanda tersangkut plak kat The Cream & Fudge Factory nih kan...layan lagi. tanpa rasa bersalahnya...#eh tak per pikir positive kan ada jugak kebaikkan dia tuh...saya nak kuatkan gigi avin damia tuh sebenarnya....lol


Ini pilihan weols...sprti biasa sbnrnya semuanya pilihan saya sbb apa suami n anak sangatlah yakin n percaya ngan pilihan saya sampaikan semua benda nak kena saya yang buat pilihan n they all selalunya menurut ngan senang hati

haaa see, avin tunjuk gigi dia #lps nih gigi avin pasti kuat n sihat...hiksss

mereka makan ngan gembira sambil bersenda gurau...family quality time!!!!
Itulah yang lebih bermakna.....masa bergumbira bersama² dengan keluarga n insan² yang tercinta lagi disayangi. Jadi moral of the story walaupun hanya sekadar makan aiskrim jika pengisiannya dpt kita temui n rasai benda yang biasa pun boleh jadi extra ordinary benda yg pada mata kasar tak elok pun boleh jadi dan nampak kebaikkannya.Tak perlu tempat² mewah tak perlu makanan sedap² serta mahal² tak perlu habiskan masa berejam² tak payah bazirkan duit berjuta² kan uols.....:) chillll!!!!
 


Yang baik kita sampai²kan.. Uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like tau!!!!!  MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

2 Comments Uols:

Gina said...

Di Aussie sekarang ice cream tgh murah sebab winter kan, siapa nak makan ice cream winter nie, giler ke hapa

Masviona said...

klu time winter pun layan aiskrim gak tu dah mengidam sgt2 dh tu kot gina kan or maybe niat nk byr nazar ke apa...hehehe

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!