Header

Thursday, August 04, 2011

Bangun Sahur....Terlena

Pagi tadi masa weols tengah syok berdua-duan menjamu selera ngan juadah bersahur homemade lagi uols!!!!  # tangan didada mata keatas lah kan.....hehehe sambal merah telur puyuh, sayur tumis sawi+carrot, tempoyak (ahkak buat sendrik jugak....fenat menumbuk cili padi...hikss  ) dan jugak frankfurter blackpaper.....alhamdulillah syukur ngan rezeki Allah kasi walaupun simple dimple je tp cukup lah untuk mengenyangkan dan memberi tenaga untuk weols laki bini berpuasa...insyaallah!

Dalam pada tengah layan feel makan di dinihari tuh kan, tetiba je dengar daun pintu di kuak (cehhhh dikuak ko....entah betul ketak panggilan nih eh tp dlm erti kata lain ditolak slow motion lah...kan pintu tuh ada bunyi kreeek krikkkk haaa mcm tu lah kan...hiksss) sah2 ler anak dara weols dah terjaga kan.

Pastu cecpat ler weols panggil nama dia soh dia turun kebawah ckp sesiap bonda n walid tengah makan nih...sahur. Dia pun turun slow2 pastu terus menuju ke meja makan. So dipendekkan cerita bersahur lah dia bersama2 bonda n walidnya pagi tadi. First time bangun untuk tahun 2011 nih.....hehe.

Lepas sudah makan terus bersiap2 ke tempat keje n skool terus. Mata dia pun segar bugar n xmau lelap lagi. Punya lah bertenaga tak ngantuk langsung....hehehe.

Siap bebel kat walid dia lagi coz masa weols tengah bersiap2 walid dia leh plak sambung tido. So dia pun start ler mengambil alih tugas bonda dia start enjin bebelan dia. 


Walid, wacky wacky naaa dah lewat dah nih nak gi work dah nih.... Avin kejut walid dia sambil tepuk2 perut walid dia

Sat ye Avin 5 minutes only.....please! walid dia merayu sambil mata pejam lagi

Xde 5 minit 5 minit....bangun shekarangggggggggg! jerit avin damia....diikuti suara gelak bonda....sebijik cam bonda bebel kat walid dia....so now saya dah ada pembantu...hiksss



Lepas tuh oleh kerana walid dia lambat sangat maka weols anak beranak bergerak dulu. Walid dia gerak kemudian lah dah tu sapa soh lambat kan

Tapi Avin masih tak puas hati dalam kete dia sambung bebel2 kat walid dia lagi walaupun walid dia xde. Dia mengadu kat bonda dia lah plak.Antaranya macam

Apalah walid tuh kan bonda, kuat tido, avin soh wacky dia tak moh.....avin gud girl kan bonda avin mandi kat rumah...pkai baju skool siap2....nnti haikal n iskandar n kawan2 semua tak leh ckp "eiii tak malunya" . walid tuh dia notty kan bonda dia hisap roko tak.......bla bla bla


Dia punya sembang mulut tuh dok pot pet pot tak henti2. Dia punya style plak kalau bersembang nak kena dengar respond drp org xleh org senyap je...hiksss

Pastu dia amik book dalam bag dia kata nak baca buku Ana Muslim (dia pronouns Hana Muslim....pastu nnti tanya lagi nama dia Hana ke Bonda...bila kita ckp Ana baru dia sbb ini buku Ana Muslim....ooo nama dia Ana.....klakar ok) memula semangat belek sehelai demi sehelai pastu tak lama pastu tengok senyap je kan.

Ghopernya tengok anak dara saya




bestnya dia lena

dia punya lena tuh nasib baik tak terkeluar air liur basi
Sian dia brape kali kepala terjatuh2 dari kerusi tuh, tak tersedar2 jugak. Bonda dia dah bape kali driver sblh tangan jer coz nak pegang kepala dia kang dah betul tak lama jatuh balik....hehehe

Tulah avin nih pandai bebel kat walid tgk now sapa yang lenaaaaaaaa lebih....hehehe....lol



Author note's: Terasa sgt anak dara weols dah besar. Pandai giler berfesyen. yang weols prasan dia betul2 menitik beratkan soal rambut, baju n kasut dia. Rambut kalau kita nak pakaikan sepit rambut kena sepitkan kat bahagian yg dia nak je klu tak dia xmoh....dia kata nnti tak cantik. Kalau pakai cekak tuh langsung xkasi kita pakaikan or kalau bagi pun xkasi naikkan fringe dia keatas nak kena fringe jatuh kebawah tutup dahi (yg ini sgt2 dia bertegas) pastu slipper ke kasut ke nak yg dia berkenan je yg mcm princes yg mcm ala2 feminin tuh lah senang ckp yg mcm bonda dia....huhu. ini dah 5hr dok merenggek nak sandal mcm zara (zara tuh kwn dia kat skool) sandal tuh sandal kaler hitam+ pink ada corak2 princes.....huhuhu. Mcm2 kan ragam anak2 zaman skrang nih....hiksss



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

2 Comments Uols:

rasp said...

sooo comels lah sis dia membebel...
then kita prasan cara dia bebel mesti sama cam kita kan...
kuah nak tumpah ke mana lagi kan sis...kalo tak ke nasi :)

pandai avin bergaya ya...suka kalo gegirl suka bergaya nie...tak macam sapphire, tak suka langsung berklip rambut ke, hairband ke, gelang ke, rantai ke...it's a no no to her...

Masviona said...

rasp,

sis, dia mmg sgt talkative n sgt suka bebel terutama time walid dia isap rokok....huhu

bab bebel tuh cam org besar kdg2 siap ckp "haaa tulaaaa.....kan avin dah ckp blabla"

bila dgr tang tu nak tergelak xleh tahan...hehehe

sapphire tak suka bergaya pun dia dh cute klu lg suke bergaya lagi lah....hehehe

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!